You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PENUBUHAN

KELAB RAKAN PENA

SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI NYAK GAM

Tarikh : 25 Januari 2019

Hari : Rabu

Masa : 2.30 petang hingga 4.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Bunga Daisi

Kehadiran :

Bil Nama
1 Mohd Faizal Bin Mad Noor
2 Fairuzzatulnajwa Binti Abu Bakar
3 Naima Binti Shaimi
4 Irham Bin Imran
5 Nur Dinie Dayana Binti Halisree
6 Nur Najiha Binti Nashrol
7 Mohd Zuhdi Bin Daud
8 Muhamad Noor Akmal Bin Hamzah
9 Nurul Ashikin Binti Ishak

Tidak Hadir :
-

Agenda mesyuarat

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli jawatankuasa penaja dan


mengucapkan terima kasih kerana dapat sama-sama menghadirkan diri ke
mesyuarat ahli Jawatankuasa Kelab Rakan Pena Sekolah Kebangsaan Haji
Nyak Gam.
Tindakan : Makluman semua AJK

1.2 Pengerusi berharap agar Pemohonan Penubuhan Kelab Rakan Pena ini
diluluskan seawal mungkin agar dapat menjalankan aktiviti penulisan ini
dengan lebih baik dan berkesan dengan adanya ahli jawatankuasa yang telah
dilantik.
Tindakan : Makluman semua AJK

2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu

2.1 Dicadang untuk disahkan oleh : Encik Zuhdi bin Daud


2.2 Disokong oleh : Puan Najiha Binti Nashrol

Tindakan : Setiausaha

3. Persetujuan menubuhkan Kelab Rakan Pena

3.1 Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan Kelab Rakan Pena
yang bertujuan untuk menggilap bakat dan potensi murid-murid dalam
kemahiran penghasilan karya atau menulis.

Tindakan : Makluman semua AJK

4. Pembentangan kertas kerja penubuhan Kelab Rakan Pena

4.1 Pengerusi membentangkan kertas kerja .


4.2 Rasional penubuhan Kelab Rakan Pena Sekolah Kebangsaan Haji Nyak
Gam adalah untuk meningkatkan pembudayaan ilmu dan menggilap bakat
murid-murid dalam bidang penulisan.
4.3 Objektif persatuan ini adalah untuk meningkatkan kebolehan murid-murid
dalam penulisan karya
4.4 Cogan kata Kelab Rakan Pena adalah ‘Perintis Karya, Hidup Berjasa.
4.5 Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan kertas kerja yang disediakan.

Tindakan : Setiausaha/ semua AJK

5. Meluluskan nama Kelab Rakan Pena

5.1 Mesyuarat bersepakat untuk menubuhkan persatuan ini dengan nama Kelab
Rakan Pena Sekolah Kebangsaan Haji Nyak Gam.

Tindakan : Setiausaha/ semua AJK


6. Penetapan alamat penubuhan

6.1 Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk memilih alamat penubuhan bagi
kelab ini yang beralamat seperti berikut :

Kelab Rakan Pena,


SK Haji Nyak Gam,
06900 Yan,
Kedah Darul Aman.
Tindakan : Setiausaha/ semua AJK

7. Pembentangan perlembagaan

7.1 Perlembagaan Kelab Rakan Pena dibentangkan oleh Pengerusi


Kelab Rakan Pena.
7.2 Tidak terdapat sebarang peraturan yang dipinda, ditambah atau dimansuhkan
oleh ahli mesyuarat.
7.3 Mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan semua perkara yang termaktub
dalam perlembagaan tersebut.

Tindakan : Setiausaha/ semua AJK

8. Hal-hal lain
Tiada
Tindakan : Makluman semua AJK

9. Ucapan Penangguhan
Pengerusi berharap agar ahli jawatankuasa dapat bekerjasama dalam mengaktifkan
persatuan ini hingga mencapai kejayaan yang cemerlang. Mesyuarat ditangguhkan
pada jam 4.30 petang

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

………………………………… ………………………………….
( ) ( )
Setiausaha kelab, Penasihat kelab,
Kelab Rakan Pena, Kelab Rakan Pena,
Sekolah Kebangsaan Haji Nyak Gam Sekolah Kebangsaan Haji Nyak Gam,
06900 Yan, 06900 Yan,
Kedah Darul Aman. Kedah Darul Aman.

You might also like