You are on page 1of 3

SMK METHODIST (ACS) IPOH

MINIT MESYUARAT MINGGU SAINS BIL 1(2019)

Tarikh : 29 Januari 2019

Masa : 1. 30 petang

Tempat : Makmal 3 (Fizik)

Kehadiran : 1. Norita binti nordin 2. Cheang Mun Yi

3. Cicilia Mowlin a/p Amaladass 4. Haslini binti Md Nor

5. Irim norhafiza binti Baharuddin 6. Jocelyn Agnes Lazarus

7. Junaidah binti Mohd Yusof 8. Lee Meng Yin

9. Nazri bin Mohamed 10. Norasikin binti Mohd Nawi

11. Norasina binti tajon Aros 12. Norziyani binti Zinuddin

13. Ong Swee Lin 14. Rofishah binti Isa

15. Siti Hurul ‘Aini binti Jailani 16. Siti Nuruol Huda binti Zulkifli

17. Siti Zakiah binti Yakob 18. Tan Hui Min

19. Teeh Siew Yee 20. Valarmathi a/p Arumugam

21. Vanitha a/p Kandasamy

1.0 Ucapan Pengerusi

Guru kanan sains dan matematik selaku pengerusi majlis mengucapkan terima kasih di atas
kehadiran guru- guru pada mesyuarat kali ini.

2.0 Membentangkan Senarai AJK

2.1 Minggu Sains akan diadakan pada 04 – 03 – 2019 hingga 08 – 03 – 2019


Tindakan : Semua guru

2.2 Lampiran jawatankuasa Minggu Sains telah diedarkan kepada setiap guru.
Tindakan : Semua guru

2.3 Terdapat sedikit perubahan kepada jawatankuasa pertandingan Explore Race yang mana
tempat Pn. Norasina telah di tukarkan kepada Pn. Vanitha manakalan Pn. Norasina akan di
tempatkan pada Projek Sains dan Matematik.
Tindakan : Pn. Vanitha, Pn. Norasina

3.0 Cadangan Aktiviti/ Pertandingan


3.1 Pelancaran Roket akan dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Tingkatan 1 dan Tingkatan 2,
Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 dan Tingkatan 6. Hanya 2 peserta untuk setiap
kumpulan.
Tindakan : Semua guru

3.2 Pertandingan Dapur Solar hanya 2 kategori iaitu Tingkatan 1& 2 dan Tingkatan 3, 4 dan 5.
Pemenang pertandingan akan mewakili sekolah ke peringkat daerah. Peserta bagi
pertandingan dapur solar adalah 3 orang untuk setiap kumpulan.
Tindakan : Semua guru

3.3 Pertandingan Tema Minggu Sains adalah berkaitan dengan Teknologi Hijau.
Tindakan : Cik Tan Hui Min

3.4 Projek Sains dan Matematik pada awalnya hanyalah untuk pameran telah ditukarkan
sebagai pertandingan untuk menggalakkan lagi penglibatan murid dalam aktiviti minggu sains.
Walau bagaimanapun penglibatan dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 adalah sangat tidak
menggalakan.

Pertandingan terbuka kepada semua pelajar yang mana peserta untuk setiap kumpulan adalah
seramai 3 orang.
Tindakan : Semua guru

3.5 IQ Test akan dijalankan ketika waktu perhimpunan dan hadiah akan disampaikan terus
pada hari tersebut.
Tindakan : Pn. Norhaziroh

Selain daripada itu, kemungkinan pameran dari Pusat Sanis akan di adakan pada Minggu Sains
nanti.

3.6 Lawatan kelas ke Projek Sains dan Matematik hanya untuk sesi pagi sahaja sehingga jam
3 petang. Pelajar- pelajar boleh melawat Projek sains ketika masa senggang yang ada.
Tindakan : Semua guru

3.7 Anggaran perbelanjaan untuk hadiah dan sijil seperti lampiran.

4.0 Hal- hal Lain

4.1 Guru- guru teknologi Hijau berjumpa untuk membincangkan laporan yang perlu
disediakan.

4.2 Pengurusi meminta guru- guru untuk mengwar- warkan Minggu sains kepada pelajar agar
mendapat sambutan yang hangat dari pelajar untuk menyertai semua aktiviti yang telah
disediakan.

4.3 Hadiah untuk Pertandingan Dapur Solar, Explore Race dan Projek Sains dan Matematik
adalah dari nombor 1 hingga nombor 5.

Penutup
Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada jam 2.30 petang.
Mesyuarat kedua akan diadakan pada 20 – 02 – 2019.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

..........................................……… ……...............................……….

(NORASIKIN BINTI MOHD NAWI ) (NORITA BINTI NOORDIN )

Tarikh : 29 Januari 2019 Tarikh :

You might also like