You are on page 1of 4

KRISIS EKONOMI MALAYSIA : PUNCA IMPLIKASI DAN LANGKAH

PENYELESAIANNYA

Malaysia pertama kali mengalami krisis ekonomi ialah pada tahun 1973 dan
1974 beriklutan kenaikan harga minyak yang lebih dikenali sebagai kejuitan minyak
pertama sebagai akibat peperangan antara mesir dengan israel. Ekoran daripada
kejadian tersebut, sektor ekonomi negara telah mengalami penguncupan yang turut
memberikan kesan terhadap pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Krisis yang sama telah
melanda Malaysia iaitu pada tahun 1978 juga berpunca daripada kenaikan harga
minyak aibat daripada revolusi Iran. Bah yang melanda Malaysia itu mengakibatkan
kemelesetan ekonomi , inflasi, dan pengangguran di negara maju.

Strategi kerajaan bagi mengatasi masalah ekonomi pada tahun 1973 dan 1974
serta pada awal tahun 1980 adalah dengan meransang pertumbuhan ekonomi
mengikut pendekatan “KEYNESIAN”. Melalui pendekatan ini, kerajaan meningkatkan
subsidi, membantu golongan berpendapatan rendah, mengatasi inflasi melalui kawalan
bekalan wang serta menambah perbelanjaan untuk melaksanakan projek infrastruktur
asas bagi meransang aktiviti ekonomi dalam negara. Ekonomi negara mulai pulih pada
tahun 1983.

Pada tahun 1985, ekonomi Malaysia jatuh merudum sebanyak satu peratus
sebagai kesan daripada kejatuhan harga komoditi seperti petrolrum serta rentetan
daipada kelembapan ekonomi dunia. Kadar pengangguran juga semakin meningkat.
Langkah yang diambil kerajaan ialah dengan mengekalkan dasar melawan kitaran bagi
meningkatkan kapasiti pengeluaran yang bermaksud bahawa kerajaan meningkat
perbelanjaan walaupun dalam keadaan ekonomi merosot. Hal ini menyebabkan
perbelanjaan mengurus terus meningkat pada tahun 1986 walaupun dalam ekonomi
yang meleset . kerajaan seterusnya ,mengambil langkah dastik dengan mendorong
sektor swasta supaya berperanan lebih aktif. Dengan melaksanakan dasar
penswataan, melonggarkan pemilikan ekuiti asing, mengurangkan kadar cukai korporat,
dan memberikan insentif kepada perusahaan kecil dan sederhana .
Dari segi kewangan pula, kerajaan mengambil langkah jimat cermat dengan
mengawal perbelanjaan mengurus dan pembangunan dengan ketat. Kerajaan juga
turut menarik diri secara pelahan-lahan daripada terlibat secara langsung dalam aktiviti
ekonomi yang menjadi saingan terus kepada sektor swasta. Langkah yang diambil
membuahkan hasil apabila pertumbuhan ekonomi kembali meningkat pada tahun 1988
dan KDNK tahunan negara meningkat dari tahun 1988 hingga 1996 yang
mempelihatkan Malaysia mencatatkan kadar pertumbuhan yang tertinggi sejak
merdeka dengan sektor pembuatan menjadi penyumbang terbesar KDNK negara.

Pada pertengahan tahun 1997, krisis kewangan Asia yang bermula di Thailand
turut merebak ke seluruh negara ASEAN termasuk Malaysia yang menyebabkan
kejatuhan nilai matawang, pasaran saham dan nilai aset. Pada tahun yang sama juga,
malaysia diserang oleh penyangak matawang yang membawa jualan menyeluruh
dalam pasaran saham dan pasaran tukaran wang yang menyebabkan indeks Bursa
Saham Kuala Lumpur menjunam merosot. Mempelihatkan kepada bencana yang
menimpa, perdana menteri mengambil keputusan mengadakan kawalan modal dan
menetapkan nilai ringgit pada RM 3.80 bagi setiap dolar Amerika Syarikat. Ianya
melibatkan menghadkan pinjaman asing di samping mengadakan peraturan dan
pengawalan yang ketat kepada sektor perbankan negara.

Ianya merupakan langkah yang berisiko dan menerima kritikan daripada


pemimpin dunia pada awalnya namun begitu Malaysia merupakan negara yang
terpantas pulih daripada krisis tanpa bantuan Tabung Wang Antarabangsa (IMF).
Ekoran itu, langkah kawalan modal yang diambil oleh malaysia akhirnya menerima
pujian IMF dan pemimpin dunia.

Selain langkah kawalan modal tersebut kerajaan juga menubuhkan Majlis


Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada tahun 1998. Pelan tindakannya ialah dengan
menyediakan kertas kerja Rancangan Pemulihan Ekonomi Negara yang bertujuan
memperkukuhkan semula ekonomi negara yang dilanda teruk krisis ekonomi. Antara
gerak kerjanya termasuklah penubuhan Syarikat pengurusan Danaharta nasional Bhd. ,
Syarikat Pengurusan aset Negara, Danamodal Nasional Bhd. Dan Jawatankuasa
Penstrukturan Hutang Korporat dan ianya sangat membantu dalam usaha melancarkan
sistem perbankan. Langkahpenggabungan bank juga dilaksanakan sebagai salah satu
strategi bagi mengatasi krisis kewangan yang berlaku.

Pada tahun 2000, ekonomi Malaysia kian pulih dengan memperlihatkan


peningkatan KDNK sebanyak 8.9 peratus dan momentum positif ini di teruskan
sehinggalah pada tahun 2007. Namun begitu kegemilangan ini tidak mampu diteruskan
apabila pertumbuhan ekonomi di malaysia kian perlahan dengan kelembapan sektor
luaran dan kejatuhan pelaburan swasta dan berterusan hingga pada tahun 2009.
Insiden ini belaku bermula dengan kegagalan institusi kewangan Amrika Syarikat pada
tahun 2007 yang berpunca daripada kemerosostan kualiti aset subperdana. Krisis ini
bertambah buruk apabila banyak aset kewangan mengalami kerugian yang
menyebabkan kesan negatif kepada pendapatan penduduk. Malaysia yang
megamalkan sistem dasar terbuka begitu merasai kemelesetan yang berlaku terutama
kepada sektor perdagangan luar yang mengalami kemerosotan dalam eksport dan
pengeluaran kilang.

Bagi menjana aktiviti ekonomi yang lebih memberansangkan, kerajaan telah


mengeluarkan bajet bagi menggerakkan aktiviti ekonomi terutama pelaksanaan projek
infrastruktur. Keberkesanan ransangan yang dilaksanakan bergantung kepada
beberapa faktor. Faktor yang pertama ialah sejauh mana kesan langsung daripada
insentif tersebut menjadi pengganda akiviti ekonomi agregat faktor yang kedua ialah
kadar dan kecepatan pembayaran. Perkara itu melibatkan pegawai awam selaku pihak
yang melaksanakan projek. Peranan pegawai awam amat penting bagi memastikan
peruntukan yang disediakan dapat dibelanjakan dengan segera bagi memberikan
impak yang maksimum di samping nilai integriti yang jugaturut sama memberi kesan
kepda nilai sesuatu projek yang dilaksanakan.

Pada tahun 2010 pula, kerajaan telah mengumumkan pelancaran Pelan


Transformasi Kerajaan dan Pelan Transformasi Ekonomi. Kerajaan menetapkan
saasran supaya pendapatan rakyat Malaysia perlu mencapai AS$15000 per kapita bagi
membolehka Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020.
Bagi mencapai sasaran tersebut kerajaan telah telah memastikan beberapa langkah
terus dilaksanakan. Antaranya ialah, kerjasama sektor awam dan swasta yang
memainkan peranan penting dalam sesuatu perancangan kemajuan ekonomi negara.
Hal ini adalah kerana sektor swasta menyumbang 90 peratus daripda jumlah pelaburan,
manakala sektor awam pula akan memberikan bantuan dari segi perkhidmatan bagi
membantu usaha mempercepatkan pelaksanaan projek oleh sektor swasta.

Secara kesimpulannya, untuk menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi,


sumbangan sektor perkhidmatan menjadi antara faktor terpenting dengan menjadikan
kualiti produktiviti yang tinggi sebagai senjata utama. Peningkatan produktiviti
memerlukan modal insan yang berkaliber sebagai ramuan utama disamping komited
dan berkemahiran tinggi untuk memacu perubahan transformasi yang berasaskan
kecemerlangan dalam jangka masa yang panjang. Oleh hal yang demikian, pelaburan
dalam teknologi baharu dan inovasi amat penting dalam persekitaran persaingan dan
perniagaan global.

You might also like