You are on page 1of 2

Rene Descartes (1596-1650) merupakan seorang ahli falsafah, ahli matematik dan ahli sains.

Beliau telah dilahirkan di sebuah bandar kecil La Haye yang terletak di Perancis. Ibu beliau
telah meninggal dunia sejak beliau berumur satu tahun manakala ayah beliau, Joachim
merupakan seorang kaunselor di Parlimen Brittany. Selain itu, telah berlaku satu konflik antara
beliau dengan ayah beliau akibat pandangan Descartes tidak dapat diterima oleh ayah beliau
sewaktu beliau menghantar salinan buku beliau. Tambahan pula, beliau telah dipelihara oleh
nenek kandung beliau sehingga pada umur beliau mencapai 10 tahun. Setelah itu, beliau telah
dihantar ke sebuah kolej di Anjou. Beliau telah menetap di asrama kolej tersebut sambil belajar
di kolej tersebut selama lapan hingga 9 tahun. Selepas itu, pada tahun 1618 beliau telah
menyertai tentera di bawah Putera Maurice dari Nassau. Sewaktu itu, beliau juga telah
menyusun lagu pendek yang bertajuk Compendium Musicae. Pada tahun 1637, beliau telah
menerbitkan sebuah buku, Discourse on Method, Optics, Geometry, and Meteorology.
Kemudian pada tahun 1641 beliau telah menerbitkan dua buah karya iaitu, Meditation on First
Philosophy dan Objection and Replies. Setelah itu, pada 11 Februari 1650, beliau telah
meninggal dunia di Stockholm, Sweden (Descartes, 1996). Beliau dianggap sebagai salah satu
tokoh intelektual yang paling terkenal sewaktu zaman emas Belanda. Falsafah beliau telah kuat
mempengaruhi dan mengubah sejarah falsafah barat pada era tersebut sehinggakan seorang
pelukis, Frans van Schooten telah melukis potret Rene Descartes pada tahun 1644 (Nadler,
2013).

Potret Rene Descartes, 1644

Sumber: (Nadler, 2013)


Nadler, S. (2013). The Philosopher, the Priest, and the Painter: A Portrait of Descartes. Princeton:
Princeton University Press.
Descartes, R. (1996). Meditations on first philosophy : with selections from the Objections and
Replies. (J. Cottingham, Ed., & J. Cottingham, Trans.) Cambridge Cambridgeshire:
Cambridge University Press.

You might also like