You are on page 1of 2

Ruj.

Kami :
Tarikh : 17 April 2019

Pengetua,
Sek. Men. Keb. Tasek Damai
30010 Ipoh, Perak
(UP: Encik Ahmad Kemunchak Bin Abd Karim)

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH UNTUK PROGRAM PECUTAN MINDA


BAHASA MELAYU (BENGKEL TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1)

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah berhasrat menjemput Puan Nor Afizah
Binti Muhamed ke SMK Sultan Yussuf untuk menjadi penceramah bagi program di atas. Berikut
adalah butiran program :
Tarikh : 29 April 2019 (Isnin)
Masa : 11.00 – 1.00 teangahari
Tempat : Dewan Warisan, SMK Sultan Yussuf
Tajuk : Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Melayu Kertas 1 SPM

3. Besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat mengizinkan pegawai berkenaan hadir ke
sekolah kami bagi tujuan tersebut.

4. Kerjasama di pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’


Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………………….
(NURHAFIZAH BINTI HASAN)
Ketua Panitia
Bahasa Melayu
SMK Sultan Yussuf

You might also like