You are on page 1of 7

PENGGUNAAN PENGAJARAN MAYA (FROG VLE) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH

PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN.


THE USE OF VIRTUAL TEACHING (FROG VLE) AMONG TEACHERS OF SPECIAL
EDUCATION SCHOOLS HEARING PROBLEMS.
Dashwini A/P Selvam
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Pendidikan Khas)
dachuselva@gmail.com

ABSTRAK

Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara maya (virtual learning) merupakan kaedah yang paling
popular digunakan masa kini di sekolah memandangkan kebergantungan manusia yang sangat tinggi
kepada teknologi maklumat, maka abad ke-21 dicirikan sebagai abad teknologi maklumat dan komunikasi.
Manakala terdapat ramai guru dan murid mengalami masalah dalam penggunaan aktiviti berasaskan
teknologi dalam proses PdPC di bilik darjah. Kajian ini untuk mengenal cabaran yang dihadapi oleh guru
pendidikan khas masalah pendengaran dalam penggunaan pengajaran maya (FROG VLE). Kajian ini
dijalankan menjurus dua objektif iaitu untuk mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh para guru SKPK
Masalah Pendengaran dalam penggunaan Frog VLE dan juga mengenalpasti cadangan untuk
menambahbaik Frog VLE di Sekolah Pendidikan Khas Masalah Pendengaran. Kajian ini berbentuk kaedah
kuantitatif dengan menggunakan instrumen kajian soal selidik dan untuk menyokong data kuantitatif
pengkaji pula mengadakan soalan terbuka untuk mengumpul pandangan guru mengenai pelaksanaan Frog
VLE. Sampel kajian ini terdiri daripada 30 orang guru yang dipilih secara rawak daripada sebuah sekolah
pendidikan khas masalah pendengaran di negeri Selangor. Sebilangan besar responden bersetuju bahawa
kemudahan makmal komputer, kemudahan internet, pengetahuan guru, kefahaman murid masalah
pendengaran, kemahiran guru dan kekurangan masa merupakan cabaran utama yang dihadapi oleh
responden di SKPK Masalah Pendengaran dalam penggunaan pembelajaran maya Frog VLE. Antara
cadangan penambahbaikan yang dikemukakan oleh responden ialah meningkatkan kemudahan internet,
mempertingkatkan kemahiran guru dengan mengadakan lebih banyak latihan atau kursus program Frog
VLE kepada guru-guru.

kata kunci: Frog VLE, internet, pembelajaran dan pengajaran, guru pendidikan khas

ABSTRACT

Virtual learning is the most popular method used today in schools as human reliance is extremely high on
information technology, so the 21st century is characterized as information technology and communication
age. While there are many teachers and students experiencing problems in the use of technology-assisted
activities in the PdPC process in the classroom. This study is to identify the challenges faced by special
education teachers of hearing problems in the use of virtual teaching (FROG VLE). This study is aimed at
identifying the challenges faced by SKPK teachers in the use of Frog VLE as well as identifying the proposal
to improve the Frog VLE at the Special Education School Hearing Problems. This study is a quantitative
method using questionnaire survey instruments and for supporting the quantitative data of the researcher
has open questions to gather teacher views on the implementation of Frog VLE. The sample of this study
consisted of 30 teachers randomly selected from a special education school hearing problem in Selangor.
A large number of respondents agreed that computer lab facilities, internet facilities, teachers 'knowledge,
understanding of hearing impairments, teachers' skills and lack of time were the main challenges faced by
respondents in SKPK Hearing Problems in the use of Frog VLE virtual learning. Among the challenges
faced by teachers in the Frog VLE presented by respondents are the improvement of internet facilities,
teachers' skills need to be improved and to provide Frog VLE program training to teachers.

Keywords: Frog VLE, internet, learning and teaching, special education teachers

1
PENGENALAN
Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara maya (virtual learning) merupakan kaedah yang
paling popular digunakan masa kini di sekolah memandangkan kebergantungan manusia yang
sangat tinggi kepada teknologi maklumat, maka abad ke-21 dicirikan sebagai abad teknologi
maklumat dan komunikasi (Shahrizan Salian, 2010). Frog VLE adalah salah satu platform yang
fleksibel di mana fail dan data yang disimpan di cloud boleh diakses di mana-mana sahaja tanpa
mengira masa, tempat di dalam sekolah atau diluar sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) dan Syarikat 1Bestari Net telah bermuafakat untuk meningkatkan tahap pendidikan dan
melengkapkan murid-murid dengan kemahiran sewajarnya dalam bidang teknologi projek Frog
VLE. Demi menjayakan projek Frog VLE, kemudahan Internet 4G tanpa wayar berkelajuan tinggi
berserta Frog VLE telah disediakan oleh KPM di semua sekolah di seluruh Malaysia melalui
bekerjasama dengan YTL Communication.

PERNYATAAN MASALAH
Isu yang ingin dikenalpasti melalui kajian tinjauan ini adalah cabaran penggunaan Frog VLE di
dalam kalangan guru pendidikan khas masalah pendengaran serta pandangan para guru
terhadap penggunaan Frog VLE. Hal ini demikian, kajian Norhayati Edje dan Johari Hassan
(2012) mengatakan bahawa penggunaan Internet dalam proses pembelajaran seperti Frog VLE
memudahkan beban pendidik serta melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Namun,
Johari Hassan dan Fazliana Rashid (2011) berpendapat bahawa ramai guru dan murid yang
mengalami masalah dalam penggunaan aktiviti berbantukan teknologi dalam proses PdPC di bilik
darjah. Pada masa yang sama menurut Ida Norini Mahamad (2013), Laporan Ketua Audit Negara
Siri 3/2016 penggunaan VLE oleh golongan sasaran iaitu guru, murid dan ibu bapa sangat
rendah iaitu pada tahap penggunaan 0.01 peratus sehingga 4.69 peratus sahaja walaupun
beberapa latihan Program Pembelajaran Maya (PPM) kepada pemimpin sekolah telahpun
dilaksanakan pada tahun 2013 dan 2014.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN


Kajian yang dijalankan menjurus kepada dua objektif berikut :
1) Mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh para guru SKPK Masalah Pendengaran dalam
penggunaan Frog VLE
2) Mengenalpasti cadangan untuk penambaikan Frog VLE di Sekolah Pendidikan Khas Masalah
Pendengaran

Kajian ini menetapkan dua persoalan seperti berikut:


1) Apakah cabaran yang dihadapi oleh guru-guru SKPK Masalah Pendengaran dalam
penggunaan Frog VLE?
2) Apakah cadangan untuk penambahbaikan Frog VLE di SKPK Masalah Pendengaran?

2
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini telah menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan.
Data kajian diperoleh daripada hasil jawapan responden dari borang soal selidik yang diedarkan
kepada sampel kajian di atas talian. Populasi kajian adalah terdiri daripada 30 orang guru dari
SKPK X di kawasan Selangor. Instrumen kajian ini iaitu soal selidik terdiri daripada enam
bahagian yang mengandungi maklumat demografi, kemudahan makmal komputer, kemudahan
Internet, pengetahuan guru, kemahiran guru dan faktor masa serta cadangan penambahbaikan.
Kajian rintis telah dijalankan di salah sebuah sekolah pendidikan khas masalah pendengaran di
kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk mengenal pasti kesesuaian soal selidik,
melibatkan 12 orang guru menjawab soal selidik di atas talian dan telah pun mendapat bacaan
nilai Alpha Cronbach sebanyak 0.96 dengan bantuan perisian Statistical Package For Social
Science (SPSS). Data telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif yang memerihalkan
kekerapan, peratus dan min oleh perisian (SPSS) dan dipersembahkan dalam bentuk graf, jadual
dan carta. Manakala data kualitatif pula dianalisis melalui kaedah transkripsi dan koding mengikut
tema yang telah ditetapkan berdasarkan konstruk-konstruk dalam instrumen kajian.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Secara keseluruhanya, responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 30 orang guru
pendidikan khas masalah pendengaran di Sekolah Pendidikan Khas Masalah Pendengaran X
yang terdiri daripada 15 orang lelaki dan 15 orang perempuan. Didapati sebahagian besar
responden terdiri daripada lingkungan umur 35-40 tahun iaitu sebanyak 36.7% atau 11 orang
dan juga responden dalam lingkungan umur 29-34 tahun iaitu sebanyak 33.7% atau 10 orang.
Seterusnya, responden lain pula terdiri daripada lingkungan umur 40-45 tahun tahun iaitu
sebanyak 16.7% atau 5 orang dan hanya seramai 4 orang iaitu 13.3% responden terdiri dalam
lingkungan umur 23-28 tahun. Manakala dari segi pengalaman responden mengajar di Sekolah
Pendidikan Khas Masalah Pendengaran X, didapati bahawa kebanyakkan responden tidak
mempunyai pengalaman yang mendalam dan luas dalam bidang pendidikan khas masalah
pendengaran ini.

Jadual 1
Taburan Skor Min Bagi Setiap Konstruk Dalam Soal Selidik
Bil Perkara Min
1 Kemudahan Makmal Komputer 3.61
2 Pengaksesan Internet 3.11
3 Kemahiran Menggunakan FROG VLE Dalam Kalangan Guru Pendidikan 3.30
Khas
4 Minat Murid Terhadap FROG VLE 3.43
5 Faktor Masa 3.30

Kemudahan Makmal Komputer


Berdasarkan jadual 1, analisis purata min bagi konstruk kemudahan makmal komputer pada
tahap sederhana iaitu sebanyak 3.61. Kebanyakkan responden bersetuju bahawa sekolah
mereka meliputi dengan kemudahan komputer yang secukupnya serta mereka diberi input atau
informasi yang mantap mengenai penggunaan Frog VLE. Namun begitu, ramai responden
bersetuju bahawa wujudnya masalah penyelenggaraan peralatan ICT yang mengakibatkan

3
murid-murid masalah pendengaran dan guru-guru tidak dapat menggunakannya apabila program
FROG VLE berlangsung.

Pengaksesan Internet
Purata min bagi konstruk pengaksesan internet adalah pada tahap tinggi iaitu sebanyak 3.11.
Kebanyakan responden bersetuju bahawa perkhidmatan Internet 1 Bestari Net yang diberi oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama YTL Communication telah pun
dibekalkan. Walaubagaimanapun, responden mengatakan bahawa perkhidmatan Internet di
sekolah X sangat tidak stabil dan hanya beberapa tempat tertentu sahaja dapat pengaksesan
Internet di kawasan sekolah.

Kemahiran Menggunakan FROG VLE Dalam Kalangan Guru Pendidikan Khas


Menurut jadual 1, kemahiran guru pendidikan khas dalam Platform Frog VLE ini pada tahap yang
sederhana dengan mencatat min sebanyak 3.30. Kebanyakan responden yang menjawab positif
dalam konstruk ini adalah responden-responden yang terdiri daripada golongan lelaki serta
daripada golongan yang berumur muda. Mereka berpendapat bahawa penggunaan Frog VLE
memudahkan tugas guru dalam PdPC serta mereka bersetuju bahawa mereka menggunakan
aplikasi Frog VLE dalam PdPC sekurang-kurangnya 30 minit dalam seminggu. Manakala,
dapatan juga membuktikan bahawa kebanyakan responden yang lama dalam perkhidmatan
serta kebanyakan responden perempuan berasa penggunaan Frog VLE tidak memudahkan kerja
mereka malah hanya membebankan mereka dalam kerjaya mereka.

Minat Murid Terhadap FROG VLE


Berdasarkan jadual 1, kefahaman murid-murid bermasalah pendengaran dalam penggunaan
Frog VLE berada pada tahap sederhana juga iaitu sebanyak 3.43. Murid-murid masalah
pendengaran ini hanya memahami kaedah penggunaan platform ini yang rendah walaupun
mereka mempunyai keminatan yang tinggi dalam penggunaan platform ini. Hastie, M dan Dornan,
D (2011) pula menyokong kenyataan di atas bahawa murid-murid masalah pendengaran lebih
gemar melibatkan diri dalam pembelajaran maya berbanding dengan pembelajaran dalam bentuk
konvensional.

Faktor Masa
Jadual 1 membuktikan bahawa faktor masa yang mempunyai soalan berbentuk negatif
mencatatkan min sebanyak 3.30. Ramai responden bersetuju bahawa dengan menggunakan
platform Frog VLE mereka dapat mencapai objektif sesuautu PdPC dengan cepat dan tidak
menyusahkan kerjaya mereka. Walaubagaimanapun, kebanyakan responden juga bersetuju
bahawa ia tidak mempercepatkan kerja guru serta mereka tidak mempunyai masa yang
secukupnya untuk membuat persediaan PdPC dalam Frog VLE.

Analisis Kualitatif
Responden-responden juga menjawab kontruk jenis soalan terbuka ini dengan penuh jujur ke
arah proses penambahbaikkan Program Pembelajaran Frog VLE. Antara cadangan yang
dikemukakan oleh responden-responden adalah:

4
a) penambahbaikan kemudahan Internet di kawasan sekolah seperti meningkatkan kelajuan
Internet dan menambahbaik server down serta meluaskan rangkaian Internet supaya
pencapaian Internet dapat diakses di seluruh kawasan sekolah.
b) meningkatkan kemahiran guru terutamanya guru-guru yang lama dalam perkhidmatan seperti
mencadangkan mengadakan kursus latihan pengendalian aplikasi Frog VLE.
c) buku teks sekolah terutamanya buku teks aliran pendidikan khas masalah pendengaran perlu
diupload dalam platform Frog VLE untuk kemudahan penggunaan para murid.
d) proses penyelenggaran kemudahan ICT perlu dilaksanakan secara kerap.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI.


Dapatan kajian menunjukkan bahawa pihak sekolah perlu menumpukkan lebih perhatian
terhadap proses penyelenggaraan peralatan komputer di makmal komputer supaya peralatan
dapat berfungsi dengan baiknya walaupun sekolah mereka diliputi dengan kemudahan makmal
komputer yang secukupnya. Hal ini demikian, Dnyaneshwar (2011) bersetuju bahawa demi
menjayakan Program Pembelajaran Maya yang mengintegrasikan teknologi maklumat dalam
PdPC prasarana seperti kemudahan makmal komputer yang dilengkapi dengan peralatan
berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat serta penyediaan dan penyelenggaraan
komputer yang mencukupi dan lancar amat diperlukan.Tahap pengaksesan Internet di sekolah
pula satu lagi cabaran yang dihadapi oleh guru pendidikan khas di sekolah X. Di mana aspek
kelajuan Internet pula perlu dititikberatkan oleh pihak KPM dan pihak sekolah.. Siti Aminah
Khasiman (2013) pula mengutarakan pendapat beliau bahawa masalah akan wujud apabila
prasarana yang tidak mencukupi menyebabkan terdapat ramai pelajar yang tidak dapat turut
serta dalam proses PdPC melalui Frog VLE ini.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran para guru pendidikan khas dalam
pengendalian platform Frog VLE berada pada tahap sederhana dan Fadhilah Abtholuddin (2013)
berpendapat faktor terpenting dalam menentukan corak penggunaan TMK merupakan kebolehan
atau efikasi kendiri para guru mampu bekerja dan menerima perubahan kaedah pengajaran yang
berasaskan TMK. Ardi Marwan (2009) juga menambah bahawa mereka (guru) mempunyai
perasaan resah atau computer anxiety serta akan sentiasa teragak-agak untuk menggunakan
inovasi teknologi tersebut dalam PdPC. Ardi Marwan (2008) di mana beliau berpendapat bahawa
dalam pada umumnya, pelajar lelaki menggunakan komputer lebih kerap daripada pelajar wanita.
Kemahiran dan kefahaman murid-murid terutamanya murid-murid berpendidikan khas masalah
pendengaran dalam Frog VLE sebagai antara ahli komuniti pembelajaran maya Frog VLE adalah
sangat penting. Walaupun murid-murid bermasalah pendengaran memiliki ketidakupayaan dari
segi fizikal namun mereka masih cukup sempurna dari segi intelek untuk melibatkan diri dalam
program pembelajaran maya ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa murid-murid masalah
pendengaran kurang minat terhadap aplikasi FROG VLE dan hal ini mungkin berlaku sebab
mereka kurang memahami penggunaan aplikasi ini.

Menurut dapatan kajian pengkaji boleh menyimpulkan bahawa guru-guru mengalami


kekangan masa semasa mengendalikan Program Pembelajaran Maya (FrogVLE). Terdapat
kekangan seperti capaian Internet rendah yang mengambil masa yang lama akan membantutkan
usaha guru untuk menggunakannya. Responden juga bersetuju bahawa guru-guru pendidikan

5
khas masalah pendengaran tidak mempunyai masa yang secukupnya untuk membuat persiapan
PdPC dalam halaman Frog VLE (Clay Posey,2010). Antara cadangan penambahbaikan yang
dikemukakan oleh responden untuk menangani cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru dalam
penggunaan aplikasi Frog VLE adalah meningkatkan kelajuan Perkhidmatan Internet 1 Bestari
Net di sekolah. Seterusnya, kemahiran guru-guru pendidikan khas perlu dipertingkatkan melalui
mengadakan program latihan Frog VLE untuk meningkatkan keyakinan untuk melibatkan diri
dalam persekitaran maya. Selain itu, responden juga berpendapat bahawa Kementerian
Pendidikan Malaysia juga perlu menyelitkan kandungan Frog VLE dalam buku teks sekolah
pendidikan khas masalah pendengaran. Guru-guru pendidikan khas juga perlu selalu
menggalakkan murid-murid pendidikan khas melibatkan diri dalam platform Frog VLE dan tidak
boleh pandang rendah dengan kebolehan murid-murid pendidikan khas masalah pendengaran.
Hal ini demikian murid-murid pendidikan khas masalah pendengaran juga memiliki tahap
keintelektual yang hampir sama seperti murid-murid dalam aliran perdana.

IMPLIKASI
Implikasi untuk aliran pendidikan khas masalah pendengaran adalah dapat melahirkan guru-guru
pendidikan khas masalah pendengaran yang berproduktif serta melahirkan guru perlu berani
menempuhi cabaran yang dihadapi olehnya semasa penggunaan teknologi maklumat serta guru
yang memiliki keyakinan yang tinggi. Selain itu, kajian ini juga dapat membantu murid-murid
masalah pendengaran dapat peluang sama seperti murid-murid tipikal turut menjadi ahli komuniti
dalam segala kemajuan dan inovasi dalam dunia pendidikan terkini. Pelaksanaan program
pembelajaran maya seperti Frog VLE merupakan salah satu kaedah PdPC yang dianggap lebih
berkesan kerana ia dapat mempromosikan pembelajaran aktif di samping meningkatkan tahap
pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam bidang komputer. Pelaksanaan program
pembelajaran maya Frog VLE di sekolah-sekolah pendidikan khas mampu membentuk dan
memperkembangkan potensi individu murid-murid pendidikan khas masalah pendengaran
secara holistik dan bersepadu agar dapat menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis.
Mohd Izham Mohd Hamzah (2015) berpendapat bahawa KPM berhasrat bahawa pelaksanaan
platform Frog VLE tanpa halangan, ia dapat mewujudkan sistem pembelajaran berasaskan laman
web yang menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan
konvensional serta meningkatkan mutu pendidikan negara ini. KPM berhasrat juga bahawa tahap
pendidikan murid-murid masalah pendengaran tidak sepatutnya berhenti di tahap sekolah malah
mereka perlu melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat tertinggi dengan menguasai
kemahiran penggunaan komputer.

CADANGAN
Beberapa cadangan kajian yang boleh dijalankan dimasa akan datang adalah pengkaji boleh
Melihat perbezaan ciri-ciri demografi seperti faktor jantina, pengalaman mengajar untuk
menentukan perhubungan antara jantina, umur dan pengalaman mengajar guru dan penerimaan
pembelajaran maya. Selain itu, berkemungkinan kajian yang serupa perlu dilaksanakan dengan
skop batasan kajian yang luas untuk mendapat gambaran yang jelas mengenai cabaran-cabaran
yang dialami oleh guru SKPK masalah pendengaran dalam penggunaan Frog VLE. Kajian masa
hadapan juga boleh mengambil kira metodologi kajian yang lebih kompleks seperti kajian kes
yang merangkumi pelbagai kaedah pengumpulan data demi mengenal pasti isu yang dikaji
dengan lebih mendalam dan jelas. Kajian lanjutan juga boleh dilakukan untuk mengetahui

6
kefahaman dan kemahiran guru-guru SKPK dalam penggunaan Frog VLE dalam PdPC mereka
demi menguji kefahaman dan kemahiran guru serta kenal pasti tahap kemahiran guru-guru SKPK
dalam pengendalian sesebuah platform program pembelajaran maya.

KESIMPULAN
Kajian ini telah mengenalpasti beberapa cabaran yang dialami oleh guru pendidikan khas
masalah pendengaran dalam penggunaan Frog VLE. Aliran Pendidikan Khas juga perlu diberi
peluang bagi memberi sumbangan ke arah perkembangan dunia pendidikan ke arah dunia
pendidikan maya. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia perlu mengatasi cabaran-cabaran
yang dihadapi oleh guru-guru pendidikan khas dalam pengendalian Frog VLE supaya usaha KPM
tersebut akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan.

RUJUKAN
Ardi Marwan. (2008). An Analysis of Australian Students’ Use of Information and Communication
Technology (ICT). Indonesia: dipetik dari http://itdl.org/Journal/Nov_08/article05.html.

Ardi Marwan. (2009). Teachers’ Perceptions of a Computer Technology Integration Program in an


Indonesian Polytechnic. International Journal of Arts and Sciences, 3(5), 80-97.

Clay Posey, Paul Benjamin Lowry, Tom L Roberts, & T Selwyn Ellis. (2010). Proposing the online
community self-disclosure model: the case of. European Journal of Information Systems.

Dnyaneshwar,S. (2008). Use of virtual classroom in teaching through distance mode: A case study of
SCDL. ELT-India. International Journal for the Teachers of English, 1(3), 35-42.

Fadhilah Abtholuddin. (2013). Hubungan Antara Efikasi Kendiri dan Kemahiran Belajar Dalam
Kalangan Pelajar Kejuruteraan (Master's thesis). Dipetik dari
http://eprints.uthm.edu.my/4171/1/FADHILAH_ABTHOLUDDIN.pdf

Ida Norini Mahamad. (2013). Kajian tinjauan mengenai keberkesanan penggunaan konsep
persekitaran pengajaran maya frog (vle frog) di kalangan murid sk haji mahmud chemor, perak.
Kertas Projek Fakulti Pendidikan, Universiti Perguruan Sultan Idris, 16-20.

Johari Hassan, & Fazliana Rashid. (2011). Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di kalangan pendidik Fakulti Pendidikan University Technologi Malaysia, Skudai
Johor . Journal of Technical, Vocational & Engineering Education, 22-37.

Mohd Izham Mohd Hamzah. (2015). Amalan Kepimpinan Teknologi Pengetua dalam Pengintegrasian
ICT di Sekolah Menengah. 3rd Global Summit on Education, 684-694.

Norhayati Edje, & Johari Hassan. (2012). Penggunaan Internet Di Dalam Mempertingkatkan Proses
Pengajaran & Pembelajaran (P&P) Dalam Kalangan Pensyarah Fakulti Pendidikan, UTM
Skudai. Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository, 1-7.

Shahrizan Salian. (2010, Mac 11). Teknologi remaja guna laman web sosial pamer popularity. Dipetik
dari Berita Harian Online: http://www.bharian.com.my/

Siti Aminah Khasiman. (2013). Tinjauan awal penggunaan frog vle di sekolah. Dipetik dari
https://sekolahpenandaaras.wordpress.com/

You might also like