You are on page 1of 2

SET 1

1. (a). Jelaskan dasar yang berkaitan dengan Pendidikan inkusif.

Pendidikan inklusif merupakan satu inisiatif yang diwujudkan bagi membolehkan


murid berkeperluan khas mendapat hak pendidikan yang sama seperti murid lain. Pendidikan
ini dilaksanakan berdasarkan beberapa dasar antarabangsa dan juga dasar KPM.
Salah satu dasar adalah yang dikeluarkan oleh UNESCO dimana ianya telah
menyatakan bahawa pendidikan inkluisf ini merupakan pendidikan norma bagi murid-murid
berkeperluan khas. Oleh hal yang demikian, kanak-kanak berkeperluan khas ini sepatutnya
tidak didiskriminasi dan diberikan hak yang sama seperti murid biasa.
Selain itu, pada tahun 2004, IDEA telah diubah suai untuk merangkumi beberapa
peruntukan utama daripada NCLB supaya murid-murid yang tidak berupaya dibekalkan
dengan ekspektasi yang tinggi dan akses kepada kurikulum pendidikan aliran perdana
semaksimum yang boleh. dengan yang demikian, tidak lagi timbul pendidikan yang terasing
bagi kanak-kanak berkeperluan khas ini.
Pendidikan inklusif di Malaysia pula mempunyai dasar Kod Amalan Pendidikan Murid
Berkeperluan Khas dimana ianya menentukan kesesuaian murid berkeperluan khas mengikuti
Pendidikan khas. Murid yang memenuhi kriteria akan menjalani tempon percubaan selama 3
bulan dan selepas itu baru ditentukan sama ada layak ataupun tidak untuk mendapatkan
Pendidikan inklusif.

1. (b) Banding beza 2 pendekatan untuk melaksanakan Pendidikan inklusif di sekolah


Perbezaan yang ketara di antara 2 pendekatan untuk melaksanakan Pendidikan
inklusif adalah di mana Sekolah Pendidikan Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan
pendengaran, dan Program Pendidikan Khas Inte-grasi disediakan untuk murid-murid
bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Kedua-dua
program ini diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah
teknik atau vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara
pen-gasingan dan separa inklusif. Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas di
peringkat rendah ialah 6 tahun, manakala bagi pelajar berkeperluan khas peringkat menengah
ialah 5 tahun. Namun begitu, tempoh ini boleh dilanjutkan sehingga 2 tahun maksimum sama
ada di peringkat rendah atau menengah mengikut ke-perluan para pelajar berkenaan.
SET 2

3 (a). Peranan guru besar atau pengetua dalam menjayakan ppi di sekolah.
Antara peranan guru besar dalam menjayakan ppi di sekolah adalah dengan melaksanakan
ppi mengikut garis panduan yang telah disediakan di mana ianya perlu diseragam di semua
sekolah. Selain itu, guru besar juga berperanan untuk merancang, menubuhkan dan
mempengerusikan JPKS di mana guru besar juga berperanan untuk menguruskan PCG bagi
kegunaan MBK di PPI sama ada yang mengikuti PPI secara inklusif penuh atau inklusif separa
dengan mengikut peraturan kewangan dan kelulusan kewangan semasa

(b). Jelaskan dengan contoh bagaimana guru Pendidikan khas membantu guru arus perdana
merancang aktiviti PdP.

Dalam pelaksanaan Pendidikan inklusif, watak penting yang memainkan peranan


adalah guru. Dan didalam skop Pendidikan inklusif ini, terdapat dua kategori guru iaitu guru
Pendidikan khas dan juga guru arus perdana. Kedua-dua guru ini hendaklah berganding bahu
dalam melaksanakan Pendidikan inklusif.
Guru Pendidikan khas merupakan guru pakar dalam bidang inklusif ini dan
mempunyai tanggungjawab untuk membantu guru arus perdana. Antara bantuan yang boleh
diberikan adalah memberi cadangan pendekatan PdP yang bersesuaian mengikut jenis MBK.
Setiap MBK mempunyai ciri masing-masing. Oleh itu, guru Pendidikan khas dan guru arus
perdana hendaklah bekerjasama dalam menghasilkan PdP yang menarik dan bersesuaian
dengan MBK.
Selain itu, guru Pendidikan khas boleh membantu dari segi kemahiran dan
pengetahuan. MBK mempunyai keistimewaan yang mana memerlukan kemahiran dan
pengetahuan khas untuk menguruskannya. Sebagai contoh, MBK bermasalah penglihatan,
guru Pendidikan khas boleh menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan MBK
berdasarkan proses PpP yang dirancang oleh guru arus perdana.
-membekalkan maklumat diri MBK kepada guru arus perdana
-berbincang dgn guru arus perdana tentang akomodasi strategi kolaboratif
-kolaborasi guru arus perdana tentang coach teaching
-bantu guru arus perdana dalam melaksanakan pentaksiran dan penilaian

You might also like