You are on page 1of 4

Keutamaan persaingan

University Inn adalah sebuah tempat penginapan yang utama di sekitar Universiti

Utara Malaysia dan juga penginapan kepada sesiapa yang berurusan di dalam

Universiti ini. Penginapan yang terletak ditengah-tengah perhubungan jalan

utama antara Negeri Kedah dan Negeri Perlis.

Universiti Inn tidak mempunyai saingan terdekat disekitarnya. Saingan yang

terdekat adalah terletak sejauh 15 kilometer dari Universiti Inn. Dengan strategic

kedudukan yang cukup baik dan sempurna Universiti Inn seoleh-oleh tiada

persaing terdekat bagi perniagaan ini walaupun penginapan luar mampu

memberi persaingan. Universiti Inn ini mampu memberikan keselesaan tempat

penginapan dengan suasana yang tenang dan damai.

Universiti Inn pada satu-satu ketika boleh memenuhi kehendak pelanggan,

kecuali pada aktiviti utama Universiti Utara Malaysia seperti Konvokesyen dan

pendaftaran pengambilan pelajar sesi baru. Masa ini bilik penginapan tidak dapat

menampung bilangan tempahan yang terlalu banyak dan melebihi bilik

penginapan yang ada.

Ini menunjukan priority competition Universiti Inn adalah sebuah tempat

penginapan yang utama disekitar Universiti ini. Universiti Inn boleh dikatakan

menjadi leader kepada penginap yang ada disekitarnya.


Kawalan Kualiti.

Kualiti bermaksud keupayaan untuk memenuhi dan memuaskan keperluan dan

kehendak pelanggan, penguna dan pihak yang berkepentingan dengan

organisasi (stakeholders). a

Kualiti bukan sahaja merupakan isu operasi, malah ia adalah sebuah isu

strategic yang memerlukan pengurusan jangka panjang dan menyeluruh.

Peningkatan kualiti yang menyeluruh memerlukan pencapaian peningkatan

kualiti secara berterusan, proses perancangan, pelaksanaan dan pengawalan

kualiti yang saintifik dan sistematik perlu diinstitutkan.

Kawalan Kualiti perlu alat-alat asas kualiti. Kawalan kualiti memerlukan alat-alat

tertentu untuk melaksanakan proses-proses kualiti, memantau proses-proses

dan menyelesaikan –masalah-masalah berkaitan dengan kawalan kualit. Alat-

alat ini bukan sahaja boleh digunakan oleh pihak atasan malah alat-alat ini juga

boleh digunakan oleh pekerja-pekerja bawahan.

Alat-alat kawalan sepeti Lembaran semak, Carta Aliran dan histogram digunakan

dalam kawalan terhadap kualiti Universiti Inn. Ia terbahagi kepada beberapa

tujuan dalam penggunaan alat kawalan.

1. alat yang mengenalpasti dan menghitung masalah yang berlaku seperti

lembaran semak dan Carta Aliran.

2. alat menentukan Prioriti seperti Histogram dan gambarajah Pareto.


Kawalan kualiti yang baik adalah juga berpandukan oleh kepimpinan yang baik

oleh ketua atau ketua bagi sesuatu pengurusan itu sendiri. Kepimpinan yang

baik oleh pengurus penginapan Universiti Inn yang baik dari semua segi dan

berpengetahuan bagi setiap masalah meningkatkan lagi mutu kawalan kualiti

pengurusan di situ.

Kawalan kualiti Universiti Inn mengutamakan keselesaan pelanggan semaa

menginap. Universiti Inn membuat satu boring setiap pelanggan yang

menggunakan perkhidmatan. Dengan ini kawalan kualiti dapat diukur dengan

lebih berkesan dan Universiti Inn akan mempeolehi data dengan cepat.

Kawalan kualiti yang berkesan dapat membetulkan dan memperbaiki suasana

penginapan yang baik kepada yang lebih baik. Universiti Inn akan membuat kaji

selidik atau penilaian keatas setiap pekerja bagi memastikan kawalan kualiti

sentiasa terkawal.

Kawalan kualiti pekerja bagi melihat pekerja itu memahami objektif Universiti Inn

dan memberi komitmen terhadap sesuatu kerja. Kualiti sesuatu yang

penting,pekerja itu perlu buat untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti dan

pihak pengurusan perlu menyediakan sumber yang sepatutnyan untuk

membantu pekerja bawahannya.

Kawalan kualiti yang cekap agi Universiti Inn adalah mengadakan Pasukan

Kualiti. Pasukan ini boleh definisikan sebagai satu kumpulan individu yang

mempunyai satu atau lebih dari satu cirri yang sama, dikumpilkan untuk

mencapai matlamat organisasi, mereka perlu komited untuk berkerjasama oleh

kerna mereka saling perlu memerlukan antara satu sama lain, mereka
mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kekuatan yang berbeza yang

sekiranya disepadukan akan menjadikan mereka saling lengkap melengkapi

antara satu sama lain dan dapat mencapai matlamat bersama secara efektif dan

efisyen.

Kelebiahan pasukan yang dibentuk akan membentuk organisasi yang lebih

berkualiti. Ia juga meningkatkan kepuasan kerja dan komitmen kerja ahli-ahli

organisasi. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan proses komunikasi dan

membantu proses penerimaan dan pelaksanaan keputusan yang ada impaknya

ke atas kualiti yang dibuat oleh pihak atasan atau pengurusan operasi.

You might also like