You are on page 1of 10

SULIT Nama..........................................................................

Kelas……………………………
SEJARAH
OKT
2018
1 Jam 15 Minit

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NARINANG


KOTA BELUD

PEPERIKSAAN SEMESTER 2
TINGKATAN 2
2018

SEJARAH
1 Jam 15 Minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Arahan

1. Kertas soalan ini mengandungi 60 soalan objektif.

2. Jawab semua soalan. Hitamkan jawapan anda dalam kertas jawapan OMR yang disediakan.

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak termasuk muka hadapan.

1
Jawab semua soalan. Hitamkan jawapan anda dalam borang OMR yang disediakan.

1. Tokoh-tokoh tempatan dan luar berpendapat, konsep Alam Melayu boleh dilihat dalam 3 aspek
berikut iaitu
I. Ekonomi III. Bahasa
II. Geografi IV. Budaya
A. I, II, dan III C. I, III, dan IV
B. I, II, dan IV D. II, III dan IV

2. Tokoh-tokoh berikut terlibat memberi pandangan berkaitan aspek geografi Alam Melayu kecuali
A. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Nik Hassan Shuhaimi
B. Alfred Russel Wallace
C. Profesor Ahmad Albab
D. Abdul Hadi Haji Hassan

3. Mengapakah kerajaan-kerajaan awal alam Melayu kebanyakannya wujud di kawasan lembah


sungai?
A. Mudah mengawal kegiatan lanun
B. Kawasan lembah sungai subur untuk kegiatan pertanian
C. Memudahkan pembinaan kuil dan candi
D. Terlindung dari tiupan angin monsun

4. Kerajaan Champa diasaskan oleh


A. Chu-Lien C. Raden Vijaya
B. Kaundinya D. Parameswara

5. Pilih susunan urutan kemunculan kerajaan awal Alam Melayu yang betul dalam urutan terawal-
terakhir.
A. Funan - Srivijaya - Champa - Majapahit
B. Champa - Funan - Majapahit - Srivijaya
C. Srivijaya - Majapahit - Champa - Funan
D. Funan - Champa - Srivijaya - Majapahit

Soalan 6 dan 7 berdasarkan maklumat berikut

Lokasi: Lembah Sungai Musi, Sumatera


Masa: Abad Ketujuh
Pusat Kerajaan: Palembang

6. Berdasarkan maklumat di atas,kerajaan tersebut merujuk kepada kerajaan


A. Funan C. Srivijaya
B. Champa D. Majapahit

7. Pengasas bagi kerajaan di atas adalah


A. Sangramadhananjaya C. Dapunta Hyang Sri Jayanasa
B. Suryavarman II D. Raden Vijaya

8. Berikut merupakan kerajaan luar yang sezaman dengan kerajaan Funan di Alam Melayu kecuali
A. Empayar Rom B. Empayar Parsi

2
C. Empayar Mongol D. Dinasti Han

9. Peta berikut menunjukkan perkembangan hubungan perdagangan kerajaan Alam Melayu dengan
kerajaan luar sekitar abad pertama hingga abad ke-15.

Apakah sikap para pemerintah kerajaan Alam Melayu yang dapat kita contohi dalam analisis peta di
atas?
A. Sikap menunjuk-nunjuk pemerintah kerajaan Alam Melayu telah mendorong kuasa luar menyerang
dan menguasai kerajaan Alam Melayu.
B. Sikap keterbukaan pemerintah kerajaan Alam Melayu telah membawa kemakmuran ekonomi.
C. Sikap tamak pemerintah kerajaan Alam Melayu membolehkan mereka meluaskan hubungan
perdagangan hingga ke Empayar Rom
D. Dasar tutup pintu kerajaan Alam Melayu gagal menghalang kedatangan pedagang-pedagang dari
luar Alam Melayu.

10. Hubungan kerajaan Alam Melayu dengan kerajaan luar telah mendorong penyebaran agama Hindu,
Buddha dan Islam. Antara berikut, yang manakah merupakan cara penyebaran agama Hindu,
Buddha dan Islam di Alam Melayu?
I Peranan pedagang III Peranan pemerintah
II Penghantaran sami-sami Buddha dari India IV Peranan pendakwah
A. I, II dan III C. II, III dan IV
B. I, III dan IV D. I, II, III dan IV

11. Apakah yang dimaksudkan dengan inskripsi ?


A. Kata, ungkapan, lambang yang ditulis atau diukir pada permukaan sesuatu objek
B. Bahan binaan atau bangunan yang melambangkan amalan keagamaan sesebuah masyarakat
C. Peralatan batu atau logam sesebuah masyarakat
D. Artifak bersejarah yang diperolehi melalui kaedah arkeologi

12. Ketua-ketua wilayah kerajaan Funan dilantik dari kalangan putera-putera raja yang digelar sebagai

3
A. Kurung Bnam C. Rajadhiraja
B. Raja Kecil D. Cakravatin
“Raja-raja mempunyai unsur kesaktian dan dianggap sebagai Bodhisattva yang merujuk peranan raja
sebagai Buddha di bumi. Raja juga digelar sebagai Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau.”

13. Petikan di atas merujuk gelaran yang digunakan oleh raja dari kerajaan
A. Funan C. Srivijaya
B. Champa D. Majapahit

14. Bandingkan pentadbiran wilayah secara Kedatuan dengan Pradatuan dalam kerajaan Srivijaya
A. Kedatuan ditadbir oleh Datu berketurunan raja manakala Pradatuan ditadbir oleh Datu bukan
berketurunan raja
B. Kedatuan ditadbir oleh Datu bukan berketurunan raja manakala Pradatuan ditadbir oleh Datu
berketurunan raja
C. Kedatuan merupakan wilayah jajahan manakala Pradatuan merupakan wilayah naungan
D. Kedatuan diperintah oleh Raja di Gunung manakala Pradatuan diperintah oleh Maharaja di Pulau

Soalan 15 dan 16 berdasarkan petikan berikut.

“Wanita kerabat diraja mendapat tempat yang tinggi dalam pentadbiran kerajaan X. Mereka menjadi
anggota Sapta Prabu, malahan ada yang dilantik menjadi raja.”

15. Kerajaan X dalam petikan di atas merujuk kepada kerajaan


A. Srivijaya C. Majapahit
B. Angkor D. Kedah Tua

16. Sapta Prabu yang disebut dalam petikan di atas ialah merujuk kepada
A. Majlis Penasihat Diraja Majapahit C. Barisan kabinet kerajaan pusat
B. Golongan agama dan pendakwah D. Majlis Raja-Raja

Soalan 17 dan 18 berdasarkan jadual berikut

SUMBER
KEGIATAN HASIL HUTAN HASIL LAUT KEGIATAN-X PEMBUATAN

 Gaharu  Hasil Laut-Y  Emas  Barang


HASIL-HASIL  Sarang Burung  Rumpai Laut  Perak Perhiasan
KEGIATAN  Rotan  Mutiara  Bijih Besi  Tembikar
 Kapur Barus  Cuka Kelapa
 Garam

17. Kegiatan-X dalam jadual di atas mungkin sekali merujuk kepada kegiatan
A. Penternakan C. Pertanian
B. Perlombongan D. Perdagangan

18. Selain dari rumpai laut dan mutiara, apakah hasil laut-Y yang tidak tersenarai dalam jadual di atas?
A. Sirip Ikan Yu C. Ikan Basungan
B. Gamat D. Ikan Masin

4
19. Sistem tulisan dan bahasa kerajaan awal Alam Melayu banyak dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit dan
tulisan Palava yang berasal dari India. Perkara ini mungkin sekali disebabkan oleh
A. Pengaruh agama Hindu dan Buddha di Alam Melayu
B. Kerajaan Alam Melayu dijajah oleh kerajaan dari India
C. Belum wujud bahasa dan tulisan lain di dunia selain dari India
D. Bahasa dan sistem tulisan dari China sukar difahami dan digunakan oleh masyarakat Alam Melayu

Soalan 20 hingga 25 berdasarkan gambarajah piramid berikut

Golongan
GOLONGAN PEMERINTAH
Diraja &
Bangsawan

Rakyat Merdeka & Hamba GOLONGAN DIPERINTAH

Gambarajah: Struktur sosial masyarakat kerajaan Alam Melayu

20. Berdasarkan gambarajah di atas, struktur sosial masyarakat kerajaan Alam Melayu dibahagikan
kepada dua golongan iaitu golongan pemerintah dan golongan
A. Diraja C. Diperintah
B. Bangsawan D. Hamba

21. Golongan Diraja terdiri daripada yang berikut kecuali


A. Raja C. Putera raja
B. Permaisuri D. Pendeta Istana

22. Pembesar, ilmuwan, golongan agama dan para pujangga istana tergolong dalam golongan
A. Diraja C. Rakyat merdeka
B. Bangsawan D. Hamba

23. Golongan terbesar atau paling ramai jumlahnya dalam struktur sosial masyarakat sesebuah kerajaan
Alam Melayu adalah

5
A. Golongan Diraja C. Rakyat Merdeka
B. Golongan Bangsawan D. Hamba
24. Rakyat merdeka terdiri daripada
I. Petani II. Pedagang III. Nelayan IV. Askar
A. I, II dan III C. II, III dan IV
B. I, III dan IV D. I, II, III dan IV

25. Mengapakah golongan rakyat merdeka merupakan penjana utama ekonomi dalam kerajaan Alam
Melayu?
A. Kebanyakan rakyat merdeka kaya dan mempunyai banyak harta
B. Rakyat merdeka terlibat secara langsung dalam kegiatan ekonomi dan paling ramai
C. Golongan diraja dan bangsawan hanya memungut cukai dan tidak berkerja
D. Golongan hamba hanya berkerja dengan tuannya

26. Apakah yang dimaksudkan dengan kepercayaan animisme?.


A. Setiap makhluk, hidupan dan tumbuhan memiliki roh atau semangat
B. Kepercayaan terhadap kekuatan atau mana
C. Kepercayaan terdapat banyak tuhan
D. Kepercayaan terhadap kelahiran semula

27. Kepercayaan ini mempercayai setiap benda dan makhluk mempunyai mana atau semangat yang
boleh mempengaruhi kehidupan seseorang. Kepercayaan ini dikenali sebagai kepercayaan
A. Animisme C. Paganisme
B. Dinamisme D. Helenisme

28. Siapakah pendeta Buddha dari China yang datang ke Srivijaya untuk mempelajari bahasa Sanskrit
dan menterjemahkan kitab-kitab agama Buddha?
A. Go Cay Thi C. I-Tsing
B. Jackie Chan D. Lim Guang Eng

Soalan 29 hingga 32 berdasarkan pilihan padanan berikut.

Padankan kerajaan berdasarkan maklumat yang berikut

29. Pemerintah Fan Shih-man mengambil peranan penting A. Kerajaan Srivijaya


terhadap perkembangan agama Buddha.

30. Antara candi termasyhur di kerajaan ini termasuklah Candi B. Kerajaan Champa
Muara Jambi, Candi Bahal dan Candi Muara Takus.

31. Aliran agama Hindu dan Buddha disatukan oleh Hayam C. Kerajaan Funan
Wuruk dan dipanggil Tripaksa.

32. Pemerintah Bhadravarman mendirikan candi Hindu di D. Kerajaan Majapahit


Lembah Mi Son.

6
33. Mengapakah amalan saling menghormati kepelbagaian agama dan budaya pelbagai kaum di
Malaysia sangat penting kita amalkan?
I. Mengelakkan perselisihan antara kaum III. Menjaga keharmonian dan keamanan
II. Menggalakkan sikap perkauman atau IV. Hidup bersatu padu dan tanpa syak
racist wasangka

A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

34. Lokasi Melaka yang strategik dapat diterangkan dalam pernyataan berikut kecuali
A. Kedudukan Melaka di laluan perdagangan utama antara timur dan barat membolehkannya mengawal
laluan kapal dagang.
B. Bentuk muka bumi Melaka yang berbukit-bukau sesuai dijadikan benteng pertahanan dan menjadi
panduan kapal dagang
C. Pelabuhan Melaka terlindung dari tiupan angin monsun membolehkan kapal dagang berlabuh
dengan selamat
D. Sungai Melaka yang deras menghalang kemasukan lanun serta membolehkan sampah sarap
dihanyutkan ke laut

35. Antara berikut, manakah merupakan faktor kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka?
I. Kempimpinan raja yang berwibawa
II. Sistem pentadbiran yang cekap
III. Sistem perundangan yang tersusun
IV. Sistem kasta dalam masyarakat
A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV

36. Bandingkan sistem serah dan sistem kerah yang diamalkan dalam Kesultanan Melayu Melaka
A. Sistem serah ialah pemberian sebahagian hasil tanaman rakyat kepada pemerintah manakala sistem
kerah ialah rakyat melakukan sesuatu pekerjaan tanpa diberi upah oleh raja
B. Sistem serah ialah pemberian semua hasil tanaman rakyat kepada pemerintah manakala sistem
kerah ialah rakyat melakukan sesuatu perkerjaan dan dibayar upah oleh raja
C. Sistem kerah ialah pemberian sebahagian hasil tanaman rakyat kepada pemerintah manakala sistem
kerah ialahrakyat melakukan sesuatu perkerjaan dan dibayar upah oleh raja
D. Sistem serah ialah pemberian semua hasil tanaman rakyat kepada pemerintah manakala sistem
kerah ialah rakyat melakukan sesuatu perkerjaan tanpa diberi upah oleh raja

37. Pentadbiran Sultan Melaka dibantu sitem pentadbiran tersusun yang terdiri dari para pembesar yang
dikenali sebagai
A. Sistem Pembesar Empat Lipatan
B. Sistem Majlis Penasihat Kerajaan
C. Sistem Para Pembesar
D. Sistem Serah dan Kerah

38. Manakah antara pembesar berikut yang menjalankan tugas pemangku Sultan sekiranya Sultan
berada di luar Melaka atau gering?
A. Bendahara C. Permaisuri
B. Penghulu Bendahari D. Laksamana

7
“Hukum ini mula ditulis semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah. Hukum ini mengandungi 44 fasal
dan berjaya mewujudkan keamanan dan menjamin keselamatan rakyat.”
39. Hukum di atas merujuk kepada
A. Hukum Kanun Melaka C. Adat Temenggung
B. Undang-Undang Laut Melaka D. Adat Perpatih

40. Manakah antara berikut merupakan cara pembentukan empayar Melaka?


I. Penaklukan III. Naungan
II. Perkahwinan IV. Penyebaran agama Buddha
A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV

41. Kesultanan Johor Riau telah diasaskan oleh


A. Raja Haji C. Sultan Mahmud Shah
B. Raja Ali D. Raja Kechil

42. Berikut merupakan cabaran-cabaran yang dihadapi Johor untuk mencapai kegemilangan kecuali
A. Perang Tiga Segi C. Konflik dikalangan pembesar
B. Perang Johor-Jambi D. Ancaman Belanda

43. Perang Tiga Segi turut dikenali sebagai


A. Perang Seratus Tahun C. Perang Dunia Pertama
B. Perang Salib D. Perang Tiga Serangkai

 Dibina semasa pengasasan kerajaan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah I


 Terletak di Kuala Sungai Telor
 Pagar setinggi 40 kaki (12 meter)
 Diperkuatkan dengan bedil dan meriam
44. Kota pertahanan diatas adalah merujuk kepada kota
A. Kota Kara C. Kota Batu
B. Kota Seluyut D. Kota Kubu Kukuh

45. Apakah peranan orang Laut di pelabuhan Johor Riau?


I. Pengawal pelabuhan III. Penunjuk arah kepada para pedagang
II. Penunda kapal dagang IV. Angkatan tentera laut Johor Riau
A. I, II, dan III C. I, III dan IV
B. I, II, dan IV D. I, II, III dan IV

46. Mengapakah Kesultanan Pahang dan Perak dianggap sebagai legasi langsung Kesultanan Melayu
Melaka?
A. Sebab kerajaan ini tanah jajahan Kesultanan Melayu Melaka
B. Sebab kerajaan ini diasaskan oleh keluarga diraja Kesultanan Melayu Melaka
C. Sebab kerajaan ini menggunakan Undang-Undang Laut dan Hukum Kanun Melaka dalam
pentadbiran
D. Sebab kerajaan ini menghantar ufti kepada Melaka sebagai tanda persahabatan

47. Manakah pernyataan berikut tidak benar tentang pengasasan Kesultanan Terengganu?
A. Kerajaan Terengganu diasaskan oleh Tun Zainal Abidin
B. Pusat pemerintahan yang pertama didirikan di Tanjung Baru, Kuala Berang.
C. Tun Zainal Abidin menggunakan gelaran Sultan Zainal Abidin I
D. Sultan Mahmud Shah telah menganugerahkan Terengganu kepada Tun Zainal Abidin

8
48. Tun Dermadewa dan Tun Perkasa, ketua orang Melayu di Kedah telah menghadap dan melantik
individu-X menjadi Raja Kedah. Individu-X ini merujuk kepada
A. Maharaja Dewata Raya C. Raja Bahar
B. Maharaja Derbar Raja D. Sultan Muhammad Jiwa

49. Berikut merupakan cara kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis menjalin hubungan
diplomatik dengan negeri-negeri Melayu yang lain kecuali
A. Pengiktirafan C. Perkahwinan
B. Pertahanan D. Peperangan

50. Mengapakah pelabuhan penting kepada sesebuah kerajaan Melayu?


A. Perluasan wilayah C. Menjamin keselamatan
B. Lambang kedaulatan D. Meningkatkan kemakmuran

Soalan 51 dan 52 berdasarkan gambarajah berikut.

SULTAN
(Negeri)

PEMBESAR
(Jajahan/Daerah)

PENGHULU
(Mukim)

Gambarajah: Sistem Pemerintahan Negeri Melayu

51. Sultan atau Raja merupakan hierarki tertinggi dalam pemerintahan beraja. Apakah tugas-tugas
Sultan atau Raja?
I. Ketua pemerintah negeri
II. Ketua agama Islam
III. Lambang perpaduan rakyat
IV. Orang perantaraan rakyat dengan pemerintah
A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV

52. Mengapakah Penghulu berperanan penting dalam pentadbiran sesebuah negeri?


A. Sebab penghulu berkhidmat tanpa upah dan taat setia
B. Sebab menjadi orang perantaraan antara rakyat dengan pemerintah
C. Memungut cukai untuk kepentingan peribadi pembesar jajahan atau daerah
D. Sebab dilantik dari kalangan putera raja dan pembesar

9
53. Penemuan artifak berikut merupakan bukti kewujudan hubungan antara Sabah dan Sarawak dengan
kerajaan Alam Melayu kecuali
A. Barangan tembikar di Santubong, Sarawak
B. Gendang Gangsa Timbang Dayang di Pulau Banggi, Sabah
C. Batu Gong di Kudat, Sabah
D. Objek-objek emas berkaitan agama Buddha di Santubong, Sarawak

54. Manakah padanan kepimpinan kesukuan di kawasan pedalaman Sarawak berikut tidak tepat?
A. Iban - Tuai Rumah C. Kenyah - Hokage
B. Kayan - Kelunan Maren atau Hipun Uma D. Kelabit - Laih Rayeh

55. Kepimpinan kesukuan bagi kaum Kadazandusun, Murut dan Orang Sungai di Sabah mempunyai
bentuk kepimpinan yang sama. Ketua bagi kaum ini dikenali sebagai
A. Orang Kaya-Kaya C. Bobohizan
B. Orang Tua D. Babalian

56. Apakah kegiatan ekonomi utama masyarakat Sarawak dan Sabah yang tinggal di kawasan pesisir
pantai?
I. Perdagangan III. Membuat perahu
II. Menangkap ikan IV. Menanam padi huma
A. I, II dan III C. II, III dan IV
B. I, III dan IV D. I, II, III dan IV

57. Manakah antara berikut merupakan padanan hasil kraf tangan kaum Iban dengan fungsinya yang
tidak tepat?
A. Sintung Duduk - bawa benih padi
B. Terendak - mengasingkan beras dengan kulit padi
C. Lanji - bawa hasil padi
D. Basong - memburu

 Kepercayaan kaum Kadazandusun


 Puteri Kinoingan atau Minamangun
 Korbankan diri bantu manusia semasa musim kemarau
 Dikaitkan dengan acara Unduk Ngadau
58. Ciri - ciri diatas merujuk kepada
A. Bambarayon C. Huminodun
B. Bobohizan D. Huguan Siou

59. Apakah fungsi bagi ruang ‘Ongkob’ dalam senibina rumah panjang kaum Rungus di Sabah?
A. Ruang bilik keluarga C. Tempat menyimpan tengkorak dan senjata
B. Tempat berkumpul untuk majlis tertentu D. Dapur dan tempat makan

60. Bagaimanakah kita dapat meraikan kepelbagaian dan keunikan budaya masyarakat?
A. Menghormati perasaan tuan rumah dengan meminum tuak yang disajikan
B. Mewajibkan pemakaian pakaian tradisional kepada tetamu yang datang berkunjung semasa
perayaan Hari Gawai
C. Menghormati dan tidak mengejek amalan kaum lain yang kita anggap karut atau kuno
D. Meminta bayaran atau upah ketika mempersembahkan tarian tradisi kepada tetamu

10

You might also like