You are on page 1of 9

PERMOHONAN SIJIL KELAKUAN BAIK

Adalah dimaklumkan bahawa bermula 1 Julai 2013, semua permohonan Sijil


Kelakuan Baik (SKB) perlu dibuat secara atas talian (online) dan proses kelulusan
akan mengambil masa 1 hingga 2 bulan. Ini adalah peraturan baru yang ditetapkan
oleh PDRM bagi tujuan semakan / tapisan keselamatan ke atas semua permohonan.

Cara Memohon:

1. Layari laman web Kementerian Luar Negeri di www.kln.gov.my

2. Klik pautan e-Konsular


3. Baca panduan memohon Sijil Kelakuan Baik di pautan PENGUMUMAN BARU

4. Masukkan MyKad / No. Pasport dan Kata Laluan


5. Pilih Permohonan Sijil Kelakuan Baik

6. Lengkapkan maklumat di Maklumat Peribadi


7. Lengkapkan maklumat Maklumat Majikan / Institusi Pengajian Tinggi

8. Lengkapkan maklumat di Tujuan Permohonan


9. Muat naik gambar berukuran pasport (rakyat Malaysia sahaja)

10. Muat naik gambar berukuran pasport dan salinan buku pasport terkini
(bukan warganegara Malaysia)
11. Klik butang HANTAR untuk menghantar permohonan.

12. Cetak SLIP AKUAN PENERIMAAN PERMOHONAN dan simpan bagi tujuan
semakan dan kutipan.

13. Untuk mengetahui status permohonan, anda perlu membuat semakan


menggunakan NAMA PENGGUNA dan KATA LALUAN yang telah dibuat
seperti di LANGKAH 4.

14. Bagi permohonan berstatus SIJIL SEDIA UNTUK KUTIPAN:

14.1 Anda boleh membuat pilihan sama ada untuk mengambil SKB di Kaunter
Perkhidmatan Konsular atau menerimanya melalui Pos.

Kutipan di Kaunter Perkhidmatan Konsular

14.1.1 Kutipan bagi SKB yang telah lulus boleh dibuat di mana-mana
Kaunter Perkhidmatan Konsular Kementerian Luar Negeri sama
ada di Putrajaya, Sabah, Sarawak atau Perwakilan Malaysia di
Luar Negeri.

14.1.2 Semasa membuat kutipan, dokumen-dokumen berikut hendaklah


dibawa bersama:

14.1.2.1 Slip Akuan Penerimaan Permohonan;

14.1.2.2 Wang tunai sebanyak RINGGIT MALAYSIA DUA


PULUH SAHAJA (RM20) bagi pembayaran di
Malaysia atau yang SAMA NILAI dengan RM20 dalam
matawang tempatan untuk pembayaran di luar negara.
Untuk jumlah bayaran yang tepat, sila hubungi
Kedutaan Besar Malaysia / Suruhanjaya Tinggi
Malaysia / Konsular Jeneral Malaysia yang terdekat
dengan anda; dan

14.1.2.3 Surat kebenaran bertulis dan bertandatangan daripada


pemohon jika kutipan dibuat oleh pihak lain, selain dari
pemohon sendiri.

Serahan melalui Pos

14.1.3 Sekiranya pemohon berhasrat untuk menerima SKB yang telah


lulus melalui pos, pemohon hendaklah menghantar dokumen-
dokumen berikut bagi tujuan serahan semasa membuat
permohonan:

14.1.3.1 Slip Akuan Penerimaan Permohonan;


14.1.3.2 Draf Bank / Wang Pos sebanyak RINGGIT MALAYSIA
DUA PULUH SAHAJA (RM20) dibayar kepada
“AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA” (bagi
pembayaran di Malaysia) atau yang SAMA NILAI
dengan RM20 dalam matawang tempatan dibayar
kepada “KEDUTAAN BESAR MALAYSIA /
SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA / KONSULAT
JENERAL MALAYSIA” bagi negara berkenaan, untuk
pembayaran di luar Malaysia. Untuk jumlah bayaran
yang tepat, sila hubungi Kedutaan Besar Malaysia /
Suruhanjaya Tinggi Malaysia / Konsulat Jeneral
Malaysia yang terdekat dengan anda; dan

14.1.3.3 Sampul surat berukuran A4 beralamat sendiri dengan


nilai setem yang mencukupi untuk tujuan serahan pos.

14.1.4 Dokumen-dokumen di perkara 14.1.3 hendaklah dikemukakan ke


salah satu dari alamat berikut:

Kementerian Luar Negeri


Wisma Putra
Bahagian Konsular
No. 1, Jalan Wisma Putra
62602 Putrajaya

ATAU

Kementerian Luar Negeri


Pejabat Wilayah Sarawak
Tingkat 14, Bangunan Sultan Iskandar
Jalan Simpang Tiga
93300 Kuching, Sarawak

ATAU

Kementerian Luar Negeri


Pejabat Wilayah Sabah
Aras 7, Blok A
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Jalan UMS
88400 Kota Kinabalu, Sabah

ATAU

Kedutaan Besar Malaysia / Suruhanjaya Tinggi Malaysia /


Konsulat Jeneral Malaysia yang terdekat dengan pemohon.
15. Bagi permohonan yang berstatus DOKUMEN TIDAK SAH. SILA HUBUNGI
BAHAGIAN KONSULAR, sila hubungi Bahagian Konsular, Kementerian Luar
Negeri, Putrajaya / Pejabat Wilayah Sabah / Pejabat Wilayah Sarawak /
Kedutaan Besar Malaysia / Suruhanjaya Tinggi Malaysia / Konsulat Jeneral
Malaysia di luar Negara yang berkenaan.

16. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di talian
berikut:

16.1 Bahagian Konsular


Kementerian Luar Negeri, Putrajaya

Telefon : +603 – 8887 4000


+603 – 8000 8000
Faks : +603 – 8889 1717
E-mel : skb_admin@kln.gov.my

16.2 Pejabat Wilayah Sarawak


Kementerian Luar Negeri, Kuching

Telefon : +6082 – 236146


Faks : +6082 – 236983
E-mel : pwsarawak@kln.gov.my

16.3 Pejabat Wilayah Sabah


Kementerian Luar Negeri, Kota Kinabalu

Telefon : +6088 – 220018


Faks : +6088 – 488518
E-mel : pwsabah@kln.gov.my

16.4 Maklumat bagi Kedutaan Besar Malaysia / Suruhanjaya Tinggi


Malaysia / Konsulat Jeneral Malaysia boleh dilihat portal Kementerian
atau klik DISINI untuk pautan segera.
NOTA:

1. Dengan sistem baru ini, semua salinan dokumen-dokumen sokongan


dalam bentuk “hardcopy” tidak lagi diperlukan. Sebaliknya,
warganegara Malaysia perlu memuat naik gambar terkini dan bukan
warganegara Malaysia perlu memuat naik gambar serta salinan pasport.

2. Pemohon tidak digalakkan mengirim wang tunai melalui pos.

3. Pemohon hendaklah membuat semakan permohonan di laman web KLN


dari semasa ke semasa.

4. Kementerian Luar Negeri tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan


dokumen-dokumen yang dihantar oleh pemohon melalui pos.

You might also like