You are on page 1of 5

TAJUK 3

3.0 Irama, Warna dan Ruang


Irama merujuk kepada detik, durasi (panjang dan pendek) dan ulangan. Irama wujud
dalam lukisan, pergerakan,pertuturan hariandan muzik yang diperdengarkan. Satu
daripada ciri utama irama ialah ulangan yang boleh disusun secara urutan untuk
menghasilkan corak dan motif. Warna boleh digunakan untuk menonjolkan sesuatu
mud dan perasaan. Warna memainkan peranan penting dalam kehidupan kita dari
segi personaliti, kebudayaan dan psikologi. Konsep ruang pula merujuk kepada
kawasan kosong di sekeliling sesuatu objek, jarak di antara dua objek, ataupun
rongga yang terdapat dalam sesuatu objek.

3.1 Irama dalam seni visual, seni muzik dan seni pergerakan
Irama itu boleh dinikmati melalui apresiasi sebuah karya lukisan atau objek
seni visual, apresiasi seni muzik dan juga pergerakan kreatif. Irama dalam
seni visual boleh dikesan melalui susunan variasi jenis garisan dalam karya
dua dimensi mahupun tiga dimensi seperti corak cerminan, corak pusaran air,
dan corak titisan dan renjisan. Dalam pendidikan seni visual, irama
digambarkan sebagai susunan corak yang berulang dan susunan sekata
yang mewujudkan pergerakan (rujuk Gambar foto 3.1).

Gambar foto 3.1 Irama dalam seni visual


Irama dalam muzik merujuk kepada organisasi muzik dalam masa. Irama
mempunyai detik, bit, tekanan meter dan tempo (rujuk Bab 4.2). Corak irama
dihasilkan melalui satu siri nilai not yang disusun dalam meter tertentu yang
dihimpunkan berdasarkan tekanan kuat dan lembut. Corak irama boleh

3-1
dimainkan secara berulang yang dikenali sebagai ostinato untuk mengiringi
lagu (rujuk Contoh Muzik 3.1)

Contoh Muzik 3.1 Corak irama yang dimainkan secara berulang (ostinato)

Irama dalam seni pergerakan merujuk kepada kebolehan membuat pelbagai


corak pergerakan mengikut irama yang diberi. Ia juga dapat menunjukkan
kreativiti seseorang individu ataupun secara berkumpulan dalam mereka
cipta dan melakukan pergerakan berdasarkan konsep pergerakan mengikut
muzik yang didengar. Selain daripada itu, seseorang yang bergerak juga
akan menghasilkan rentak serta aliran dari satu tempat ke tempat yang lain
sama ada menggunakan ruang diri ataupun ruang am.

Pergerakan itu boleh berlaku secara berulang-ulang ataupun mempunyai


motif yang tertentu berdasarkan tema dan lagu yang dimainkan. Dalam
sesebuah lagu, irama yang dimainkan kadangkala berulang-ulang pada
frasa-frasa yang tertentu. Dalam seni pergerakan yang berulang-ulang boleh
berlaku mengikut irama ataupun boleh berubah-ubah kepada corak
pergerakan yang lain. Seseorang yang kreatif, dapat juga mengenalpasti
pergerakan yang sesuai mengikut muzik yang didengar. Kebiasaannya,
dalam sesuatu aktiviti aerobik ataupun dalam pergerakan gimrama,
pergerakan akan berulang pada corak irama tertentu (rujuk Rajah 3.1).

3-2
Sumber: http://www.olympic.org/photos/rhythmic-gymnastics

Rajah 3.1. Pergerakan berirama

3.2 Warna dalam seni visual dan seni muzik


Warna dalam seni visual merujuk kepada warna asas, tertier dan sekunder.
Semua warna ni wujud dalam persekitaran kita. Warna memainkan peranan
yang penting untuk menghasilkan komunikasi visual yang menarik, berkesan
dan ekspresif dan boleh digambarkan sebagai warna panas serta warna
sejuk. Misalnya warna merah menggambarkan api membara dan warna biru
menonjolkan suasana air mengalir yang tenang yang terang. Warna juga
boleh menonjolkan mud sesuatu keadaan. Misalnya warna terang
menggambarkan mud yang ceria dan warna gelap boleh dikaitkan dengan
mud yang seram.

Warna dalam seni muzik merujuk kepada timbre muzik yang dihasilkan
dengan menggunakan alat muzik yang berbeza. Warna ton boleh dihuraikan
sebagai gelap atau terang. Melodi yang sama boleh menghasilkan warna ton
yang berbeza jika dimainkan dengan alat muzik yang berbeza dan
mewujudkan impak emosi yang berbeza. Misalnya melodi yang dimainkan
pada alat muzik Cina er hu boleh menonjolkan mud yang sedih manakala
melodi yang dimainkan pada alat muzik klarinet boleh menghasilkan mud
yang lucu.

3-3
3.3 Ruang dalam seni visual dan seni pergerakan

Konsep ruang dalam seni visual merujuk kepada ruang nyata/ fizikal dan
ruang ilusi/ tampak. Ruang nyata / fizikal merupakan ruang yang terdapat di
persekitaran; ruang terbuka (kawasan lapang/luas) dan ruang tertutup
(kawasan sempit/ terhad) (rujuk Gambar foto 3.2)

Berpandukan grid perspektif


RUANG ILUSI

Gambar foto 3.2 Ruang

Ruang dalam seni pergerakan merujuk kepada hala tuju kita


bergerak. Semasa badan bergerak, badan memerlukan ruang untuk
bergerak sama ada bergerak pada tempat yang sama iaitu tanpa mengubah
dasar (pergerakan bukan lokomotor) ataupun pada tempat yang berubah dari
satu tempat ke tempat yang lain iaitu berubah dasar (pergerakan lokomotor).
Ruang dalam seni pergerakan juga merujuk kepada lokasi, arah, aras dan
laluan (rujuk Bab 4.3.1).

3.4 Cadangan aktiviti untuk tujuan ekspresi dan penyampaian idea


melalui irama, warna dan ruang.
Tajuk: Pergerakan ranting – ranting serta bahagian pokok yang
menghasilkan irama, ruang dan warna
Tema persekitaran: Hutan
Murid diperkenalkan kepada pokok-pokok yang terdapat di dalam hutan
melalui gambar visual, rakaman video, penerangan dan sesi soal - jawab.
Selepas itu, murid diminta melakukan pergerakan yang berkaitan dengan
pokok untuk menunjukkan konsep irama, warna dan ruang melalui seni
visual, seni muzik dan seni pergerakan
Cadangan aktiviti seni visual

3-4
 Mewarna dan menggambarkan pergerakan pokok menggunakan
sapuan berus dengan pelbagai warna
 Sapuan berus yang menghasilkan variasi jenis garisan bagi
mempersembahkan jenis pergerakan bagi irama, ruang dan warna

Cadangan aktiviti seni muzik


 Menghasilkan motif irama pergerakan pokok dengan menggunakan
bunyi vokal
 Menggunakan bunyi vokal dan perkusi badan yang pelbagai untuk
menggambarkan warna ton pokok dan ranting

Cadangan aktiviti pergerakan


 Menghasilkan pergerakan berirama untuk menggambarkan
pergerakan dahan dan ranting pokok
 Membuat pergerakan berdasarkan ruang yang diberi

Aktiviti-aktiviti tersebut dapat membantu pelajar mengenalpasti penghasilan


irama, warna dan ruang merentasi kurikulum seperti di bawah:
 Mengesan pokok-pokok (mata pelajaran Sains)
 Menghasilkan urutan bunyi (irama dan warna ton) yang berkaitan
dengan persekitaran (mata pelajaran Pendidikan Muzik)
 Menunjukkan pergerakan pokok melalui sapuan berus dengan warna
yang berbeza-beza(mata pelajaran Pendidikan Seni)
 Melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor (mata
pelajaran Pendidikan Jasmani)

3-5

You might also like