You are on page 1of 5

4.

1 CADANGAN

Daripada penerangan yang diberikan mengenai sesebuah model Libertarian Free Press dan
Model Pembangunan Asia yang dilihat mempunyai kekurangan sebagai media kewartawanan.
Maka sebuah model akan dicadangkan bagi melengkapi kekurangan yang dilihat perlu
diperbaiki bagi mendapatkan model kewartawanan yang bersifat sejagat dan inklusif. Melihat
daripada kritikan mengenai model Libertarian Free Press dan Pembangunan Asia pengkaji
dapat melihat beberapa kelompangan yang perlu diisi dalam sebuah model baru yang dicipta.
Dengan merujuk sebuah model kewartawanan iaitu Model Pembangunan Asia yang dilihat
lebih sesuai dan perlu diinovasikan dengan menggunakan prinsip-prinsip Islam.

Sebelum itu, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kebebasan akhbar dalam
sesebuah negara dimana sistem pemerintahan, keadaan masyarakat, sejarah akhbar di
negara berkenaan dan keadaan ekonominya. Akhbar yang diwujudkan oleh sesebuah
organisasi lazimnya mempunyai bentuk dan sikap berdasarkan struktur sosial dan politik
dalam sesebuah masyarakat yang mana ia wujud. Seperti yang telah dibahaskan mengenai
Libertarian Free Press dimana akhbar ini berfungsi menyebarkan maklumat, menghibur,
menghasilkan keuntungan dan khidmat akhbar. Akhbar ini sering mengamalkan kawalan
terhadap pemerintah. Namun akhbar ini mempunyai kekurangan dimana akhbar ini bebas
untuk menyampaikan sebarang maklumat kepada masyarakat tanpa sebarang tapisan,
mencetuskan kontroversi, menggunakan kepentingan peribadi untuk mencapai kepuasan
peribadi dan mengeluarkan kenyataan berunsur keagamaan serta kaum yang boleh kepada
perlagaan. Manakala Model Pembangunan Asia sering dikritik oleh media Barat dimana akhbar
ini masih terikat dengan Kerajaan dan sering dikritik kerana hanya menumpukan golongan
bawahan dan tidak kepada golongan elit. Justeru itu, cadangan ini akan menilai dengan
terperinci agar sebuah model akhbar yang akan diwujudkan adalah munasabah dan relevan
untuk kepentingan sejagat.

Cadangan model akhbar adalah Model Pembangunan Ummah. Pengkaji memilih untuk
mencipta model ini adalah disebabkan tertarik dengan model-model Pembangunan Asia yang
melaporkan mengenai masyarakat bawahan yang kurang didengari. Ditambah pula dengan
penerapan Islam dalam sesebuah model yang akan menyokong kesejagatan sesebuah laporan
akhbar kepada pemerintah dan masyarakat. Dalam model Pembangunan Ummah ini adalah
untuk menyampaikan sesuatu berita dengan telus tanpa mendapat halangan daripada
pemerintah atau kerajaan. Masyarakat berhak untuk mengetahui apa yang berlaku dalam
negara mereka.
Melalui Model Pembangunan Ummah ini, wartawan akan menyampaikan maklumat
yang benar dan tidak terikat dengan agenda politik kerajaan. Dengan model ini, setiap
wartawan akan mengetahui batas-batas apa yang patut mereka sampaikan kepada
masyarakat dimana mereka akan menapis berita-berita yang tidak sepatutnya untuk
dilaporkan kepada masyarakat seperti model Libertarian Free Press yang melaporkan berita
tanpa segan silu seperti pornografi, kes-kes pembunuhan yang kejam diperlihatkan kepada
umum tanpa suntingan gambar dan video. Dalam model Pembangunan Ummah, wartawan
juga akan bertanggungjawab kepada Pencipta, diri sendiri dan masyarakat dalam
menyampaikan berita yang berlandaskan Islam. Maka, kerja yang dihasilkan oleh wartawan
pasti akan membuahkan hasil yang baik dalam menulis dan menyampaikan laporan berita.
Tidak kira apa pun bentuk perkembangan yang dialami manusia sejagat, sifat murni serta
etika hidup yang betul harus disokong dan diamalkan. Walaupun sesebuah negara mempunyai
pelbagai pegangan agama dan budaya namun model ini tidak akan terhad dan berpihak
kepada mana-mana bahagian. Bagi model ini, semua masyarakat adalah sama dan
keutamaannya adalah kepada mencapai keharmonian dan kesejagatan masyarakat adalah
penting. Dalam prinsip-prinsip Islam, Islam dikenali sebagai agama yang syumul diterapkan
dalam model akhbar akan menyeru masyarakat agar mengamalkan gaya hidup yang beretika.

Menurut Hamid Mowlana (1989), etika komunikasi Islam adalah lebih kuat akar
umbinya kerana masyarakat Islam telah terlebih dahulu diberikan tanggungjawab untuk
menyampaikan dakwah kepada masyarakat dunia. Perkara ini turut dikemukakan oleh A.
Siddiqi (2000), bahawa proses pembuatan berita berasaskan perspektif Islam dimana definisi
berita itu sendiri perlulah berasaskan Al-Quran dan hadis. Ia turut merangkumi proses
pengumpulan berita, membuat berita dan penyebaran berita yang berasaskan rangka kerja
dan nilai-nilai Islam. Beliau melihat asas-asas teori dan hujah-hujah kewartawanan
berasaskan kerangka Islam perlu dilaksanakan dalam kalangan wartawan Muslim di seluruh
dunia agar dapat mendepani praktik kewartawanan barat. Maka kita dapat mencontohinya
bukan sahaja wartawan Muslim namun semua wartawan tanpa mengira agama boleh turut
mengamalkannya.

Melihat kepada konsep tauhid iaitu konsep ketuhanan sebagai aspek yang penting
dalam kewartawanan. Konsep ini akan membayangkan perpaduan, kesatuan dan
keharmonian antara semua ciptaan Allah SWT di alam semesta ini. Perkara ini juga akan
melambangkan kewujudan dan tujuan dalam penciptaan dan pembebasan semua manusia
tanpa mengira agama dan bangsa malah menyedarkan seorang wartawan mempunyai
kebolehan, peluang dan kebijaksanaan yang telah diberikan pencipta agar tidak digunakan
untuk mengeksploitasi dan menyakitkan individu lain. Jika mengikut landasan Islam,
wartawan tidak boleh mengabaikan tujuan kepada Allah SWT dalam mencipta alam semesta
dalam pelbagai bentuk kehidupan yang mengutamakan kebaikan. Bagi mengukuhkan lagi
cadangan model ini, nilai-nilai Islam yang menggunakan konsep tauhid akan menjadi tugas
penting sebagai seorang wartawan yang melenyapkan struktur pemikiran berdasarkan kepada
konsep dualisme, perkauman, fahaman berpuak dan tanggapan sekular yang menyokong
pemisahan agama dan politik serta menegakkan kebenaran dan menghapuskan mitos.

Malah prinsip utama dalam model Pembangunan Ummah yang lebih berlandaskan
prinsip-prinsip Islam yang dicadangkan ini adalah terdapat konsep tanggungjawab sosial. Hal
ini dapat menyelesaikan kritikan kepada akhbar Barat iaitu model Libertarian Free Press.
Prinsip tanggungjawab sosial ini adalah berdasarkan kepada konsep amar makruf nahi
mungkar iaitu menggalakkan perkara yang betul dan melarang yang salah. Dalam Islam
tanggungjawab ini adalah tugas setiap individu dan entiti dalam masyarakat termasuk industri
media seperti akhbar, radio, televisyen dan filem. Tanggungjawab sosial ini dilihat selari
dengan peranan yang dimainkan oleh para ulama dalam menyampaikan ajaran Islam yang
sebenar kepada masyarakat untuk bersama-sama melakukan kebaikan di dunia dan mendapat
manfaat di akhirat. Walaupun, di Malaysia mempunyai pelbagai fahaman kaum dan agama ini
tidak menghalang model ini untuk tidak dapat disampaikan kepada agama-agama lain. Hal ini
demikian kerana agama seperti Kristian, Buddha dan Hindu turut mempunyai nilai-nilai
mereka sendiri yang tidak jauh berbeza dengan prinsip agama Islam. Nilai-nilai inilah yang
akan dimasukkan dalam pentadbiran politik dan juga pengurusan ekonomi.

Melihat kepada perkara ini tidak dipraktikkan dalam dunia akhbar pada hari ini yang
sangat individualistik dan bertentangan dengan konsep amar makruf nahi mungkar. Media-
media akhbar model Libertarian terutamanya lebih berminat kepada kisah politik, konflik,
perbalahan, kekacauan dan skandel berbanding keamanan, kestabilan, kesinambungan dan
pematuhan moral. Dengan menggunakan konsep ini jelaslah bahawa pengamal media Islam
yang telah sedia ada dilihat dapat menjalankan tanggungjawab sosial mereka dengan lebih
jelas sebagai asas profesion mereka.

Di samping itu, model Pembangunan Ummah ini juga sebenarnya mempunyai kod
etika professional Islam iaitu bekerja untuk masyarakat. Dimana pengamal media berkhidmat
bukan sahaja untuk rakyat disesebuah negara tersebut namun turut melibatkan kepentingan
masyarakat global. Oleh itu, media perlu saling berfungsi sebagai penghalang kepada
sebarang penyebaran kepada kebencian dan cemuhan terhadap masyarakat lain dan
memastikan perpaduan serta kesaksamaan di antara sesama masyarakat dapat diwujudkan
tanpa mengira perbezaan politik, agama dan warna kulit. Malah mengukuhkan hujah ini,
menurut A. Siddiqi (2000) kod etika kewartawanan Islam sebenarnya dilihat sebagai cara
terbaik bagi mengurangkan dan menghapuskan ketegangan antara negara-negara serta
memastikan berita yang disampaikan adalah adil dan tepat. Maka dengan menggunakan
model Pembangunan Ummah ini sudah pasti setiap individu yang berlainan kepercayaan
agama dan kaum akan mengamalkan nilai yang ada. Maka, untuk mencapai model
kewartawanan yang bersifat sejagat dan inklusif pasti berjaya.

Malah model ini bukan sahaja mementingkan prinsip-prinsip Islam yang harus
diterapkan kepada masyarakat tanpa mengira lapisan masyarakatnya. Malah setelah model
ini diinovasikan, secara adilnya isu-isu yang disampaikan bukan sahaja mengangkat golongan-
golongan yang tertindas atau masyarakat bawahan yang tidak dipedulikan suaranya namun
turut dilaporkan mengenai golongan elit. Tambahan pula, model ini dipercayai boleh menjaga
maruah dan kehormatan yang tidak boleh dicabuli dimana etika kewartawanan di Perancis
dan Jerman turut melindungi integriti peribadi seseorang individu daripada penyalahgunaan
media. Perkara ini bermakna perlindungan yang lebih privasi dalam kewartawanan dapat
dilihat di negara-negara Barat walaupun mempunyai sedikit perbezaan.

Seterusnya, dalam pengkaji mencari satu cadangan model yang sesuai pengkaji telah
menemui petikan yang dipetik daripada Kai Hafez pada tahun 2002. Dimana beliau
menyatakan konsep kebenaran dan ketepatan adalah berasaskan konsep objektiviti adalah
konsep asas yang dipegang oleh hampir kesemua kod etika kewartawanan di seluruh dunia.
Hal ini bermaksud mencari kebenaran adalah ciri universal dalam etika media global. Kod etika
kewartawanan di Malaysia, Indonesia mahu pun Jerman melihat tanggungjawab wartawan
untuk melaporkan kebenaran dan ia adalah hak masyarakat untuk mengetahuinya walaupun
sebenarnya media-media arus perdana sering terikat dengan kerajaan. Maka wartawan warga
telah mengambil peranan bagi menyampaikan kebenaran kepada masyarakat. Liputan
berdasarkan fakta, kebenaran dan tidak berat sebelah dianggap sebagai nilai utama dalam
profesion kewartawanan.

Kajian terhadap kod etika global turut menunjukkan bahawa melaporkan fakta dan
laporan ke arah yang benar bukan sahaja dipegang oleh negara-negara Barat malah di negara
Islam termasuk di Arab Saudi. Begitu juga dengan perlindungan hak privasi dan menghormati
hak individu yang dilaporkan bukan sahaja menjadi nilai utama dalam etika komunikasi negara
Arab dan Islam tetapi juga di negara-negara Barat. Oleh itu, Malaysia khususnya perlu
mencontohi dan menerapkan etika ini dengan lebih mendalam kerana kewartawanan tabloid
sering kali melanggar norma-norma privasi masyarakat. Kod etika ini sebenarnya dianggap
penting sebagai rujukan kepada profesion kewartawanan dan dianggap sebagai standard
tertinggi dalam praktik profesion kewartawanan. Menurutnya juga, negara-negara Islam
seperti Malaysia, Egypt, Lebanon dan Arab Saudi meletakkan kebebasan bersuara sebagai
aspek yang penting walaupun dihadkan berdasarkan pertimbangan politik, bangsa, agama
dan budaya. Walaubagaimanapun negara Islam seperti di Algeria dan Indonesia memberikan
kebebasan bersuara yang mutlak. Dapat dilihat bahawa Malaysia khususnya ingin memupuk
nilai sejagat dalam masyarakatnya. Justeru, Model Pembangunan Ummah ini adalah sesuai
dengan apa yang diperlukan bagi mencapai matlamat tersebut.

Cadangan mengenai model Pembangunan Ummah yang banyak menerapkan prinsip-


prinsip Islam bukan bermakna kewartawanan yang tidak berasaskan nilai-nilai Islam tidak
relevan tetapi apa yang lebih penting adalah memahami dan mengkaji sesuatu dalam konteks
yang mendalam dengan melibatkan pelbagai faktor. Sebagai contoh Mohd Faizal Kasmani dan
Anis Farhan mengkaji pelaporan Sinar Harian pada pilihan raya umum ke-13 di Malaysia dan
sejauhmana akhbar tersebut benar-benar memenuhi nilai-nilai ideal professional
kewartawanan dalam memberikan liputan yang neutral dan seimbang. Artikel tersebut juga
cuba mengupas bagaimana faktor individu, organisasi dan interaksi organisasi media dengan
masyarakat membentuk liputan Sinar Harian pada pilihan raya umum ke-13.

Tuntasnya, perbincangan dan hujahan mengenai cadangan Model Pembangunan


Ummah yang menggunakan prinsip-prinsip Islam dan diadaptasi kepada model pembangunan
Asia adalah inovasi yang sesuai. Dimana model ini saling melengkapi dan memenuhi
kelompangan yang ada berbanding model-model yang lain. Malah agama adalah sebagai
kewajiban asas kepada sesuatu organisasi media atau sesebuah model akhbar.

RUJUKAN

Denis McQuail. 1987. Mass Communication Theory. London: SAGE Publications.

Mohd Faizal Kasmani. 2016. Kewartawanan Dan Islam: Isu Dan Cabaran Semasa. Negeri
Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia.

Noor Adzrah Ramle, Suria Hani A Rahman dan Fauziah Hassan. 2011. Wartawan Sebagai
Pendakwah Dan Pembangunan Ummah. Universiti Sains Islam Malaysia: Fakulti
Kepimpinan Dan Pengurusan.

You might also like