You are on page 1of 1

PKMM yang ditubuhkan di Tanah Melayu mengalamani pergaduhan ataupun ketegngan yang

berlaku antara kaum Cina dan Melayu pada masa Kesatuan Melayu Muda. PKMM mempunyai
lapan dasar antaranya ialah untuk mempersatukan bangsa Melayu bagi satukan Malaya dalam
republic Indonesia Raya, mencapai kemerdekaan berpidato, bergerak dan berfikir, mencapai
kebebasan bercucuk tanam, pembinaan sekolah-sekolah kebangsaan, bebas mencetak buku
sendiri dan mengalakkan pembelajaran secara demokratik, Parti Kebangsaan Melayu memerlukan
kerjasama dengan bangsa lain untuk wujudkan perpaduan dan menyokong gerakan Indonesia
untuk merebut kemerdekaan.

Boestaman berkata, orang yang memperkasa PKMM ini adalah Arshad Ashaari. Selepas
PKM melihat hubungan antara Cina dan Melayu teruk selepas serangan MPAJA kerana
menganggap kaum Cina menderita kerana zaman Jepun, kaum Malayu memihak kepada Jepun.
Kemudian, PKMM mempunyai pendirian sebahagian daripada Indonesia oleh itu kongres pertama
adalah untuk menetapkan bendera Indonesia yang dianggotai oleh orang biasa iaitu terdiri
daripada golongan petani yang mempunyai Pendidikan sekolah Melayu, Inggeris dan Arab.
Mereka menyokong Malayan Union namun akhirnya telah disekat oleh UMNO dan muncul
PUTERA-AMCJA untuk menolak Jawatankuasa Perundingan Persekutuan yang menggariskan
sepuluh prinsip namun apa yang dapat disimpulkan daripada prinsip tersebut mengandungi dua
perkara penting iaitu kewarganegaraan dan kedaulatan rakyat berselindung di balik kedaulatan
sultan.

You might also like