You are on page 1of 19

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH KAMPUS KOTA KINABALU

UW00302 ASAS PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN

AHLI KUMPULAN NO.PELAJAR


SALIHA BINTI JAAFAR CT11210451
SAIMAH MOHD.YUSOF CT11210449
RAHIMAH ABD.GHANI CT11210461
MUHAINIE SURATMAN CT11210450
KOLNAH SELIM CT11210366
SIMON SALUMBI CT11210405
NANCY MOIDOL CT11210058
VIRINAH JOLIS CT11210273
DOROTHY AMPING CT11210072
MERVYN BIN ANIP@PETRUS CT11210025
HILDA ROBERT@ALEXANDER RUPERT CT11210187
ZAKISA REDOBLE CT11210464
MELLISA JAMOLINE CT11210274

PENSYARAH PENILAI :
PN.DYANA CHANG MUI LING
RANCANGAN PERNIAGAAN

SAMBAL BELACAN PELBAGAI PERISA JENAMA “ADUH MAMA”


TUJUAN PERANCANGAN

Rancangan perniagaan disediakan untuk:

1. UNTUK MENDAPATKAN KEUNTUNGAN MAKSIMUM

 Rancangan peniagaan yang lengkap akan memudahkan pelanggan tertarik dengan produk keluaran
syarikat kami . Dengan susunan organisasi yang langkap dan tugas yang tersusut lebih memudahkan
pelanggan menjalankan urusan belian .

2. UNTUK MENGEMBANGKAN PERNIAGAAN

 Susunan peniagaan yang teratur akan memudahkan mengurus perniagaan ini dan ini dapat
memudahkan setelah membuka banyak cawangan .Ini juga dapat menarik minat pelabur lain melabur
di syarikat kami .

3. MENINGKATKAN IMEJ PERNIAGAAN SUPAYA SETARAF DENGAN SYARIKAT MAJU LAIN

 Dengan terdapatnya matlamat perniagaan . Ini lebih memudahkan pekerja atau jawatan dalam syarikat
kami melakukan urusan perniagaan dengan tekun,pantas dan cepat untuk mencapai matlamat yang
diinginkan setaraf dengan syarikat maju.

4. MEMBERI KEMUDAHAN DAN KEPUASAN KEPADA PELANGGAN

 Terdapatnya pelbagai butiran yang berada di dalam rancangan perniagaan telah membantu
mengenalpasti kualiti produk-produk yang di jual oleh syarikat kami . Pelanggan juga lebih mudah
mendapatkan kepuasan pilihan pelanggan .

5. MEMPERKENALKAN PRODUK BARU KEPADA PELANGGAN

 Terteranya produk-produk jualan syarikat kami dalam rancangan perniagaan telah memudahkan
pelanggan mengetahui produk-produk keluaran terbaru syarikat kami .
1.RINGKASAN EKSEKUTIF
Syarikat PSJ Enterprise merupakan syarikat milik perkongsian yang telah ditubuhkan pada tahun 2014. Syarikat
ini merupakan syarikat SME yang berfokus kepada penghasilan produk makanan tempatan untuk diketengahkan
ke pasaran serantau dan antarabangsa.

Tujuan perniagaan ini dijalankan adalah untuk memenuhi kehendak pengguna yang menginginkan kelainan
didalam menu sajian seharian mereka. Oleh yang demikian, pengenalan produk Sambal Belacan Pelbagai
Perisa “Aduh Mama” disasarkan akan dapat memenuhi keperluan pengguna.

Perniagaan ini juga dijalankan sebagai usaha untuk membuka peluang pekerjaan kepada individu-individu yang
berminat dengan perniagaan makanan tempatan.

1.1 OBJEKTIF/TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN.

Tujuan Rancangan Perniagaan ini disediakan untuk memberi penerangan yang menyeluruh tentang perniagaan
yang akan diceburi. Disamping itu juga Rancangan Perniagaan ini untuk membentangkan perancangan
perniagaan yang meliputi aspek pengurusan, pemasaran, pembekal, perkhidmatan dan kewangan perniagaan.
Antara lain Rancangan Perniagaan ini dibuat untuk tujuan berikut:
a) Melihat daya maju projek yang dirancang.
b) Sebagai garis panduan untuk memastikan pengurusan perniagaan dapat dilaksanakan dengan lancar.
c) Mengagih sumber-sumber perniagaan dengan cekap dan efektif.
d) Memenuhi salah satu syarat wajib bagi tugasan semester ini untuk subjek Asas Keusahawanan.
e) Menjangkakan masalah-masalah yang mungkin timbul apabila perniagaan dilaksanakan.

1.2 PERINCIAN PRODUK


Kumpulan Perniagaan kami ingin memasarkan produk Sambal Belacan Pelbagai Perisa “Aduh Mama” yang
didatangkan didalam tiga perisa iaitu :

a) Sambal Belacan Tomato Special


b) Sambal Belacan Kerang Special
c) Sambal Belacan Belimbing Buloh/Pucong Special

Produk ini adalah berasaskan kepada resepi tersendiri yang merupakan inovasi didalam teras perniagaan kami.
Produk ini dijual didalam dua halwa perisa iaitu Pedas Manis dan Pedas Berapi.
1.3 KUMPULAN SASARAN PRODUK
Produk kami menyasarkan kumpulan pengguna berikut :
a) Ahli Keluarga dan Saudara Mara
b) Pengunjung Tamu Majlis Daerah Papar
c) Pelancong dalam negeri/luar Negara.
d) Peniaga-peniaga lain Tamu Majlis Daerah Papar
e) Guru-guru Sekolah
f) Kakitangan Kerajaan Negeri/Persekutuan

2. LATAR BELAKANG PERNIAGAAN


2.1 PROFIL PROJEK
a) Perniagaan yang dicadangkan : Perniagaan Sambal Belacan Pelbagai Perisa
b) Nama Perniagaan didaftarkan : Sambal Belacan “Aduh Mama”
c) Premis Perniagaan : Tapak Jualniaga Majlis Daerah Papar Sabah
d) Cadangan Masa Perniagaan : 15 dan 16 November 2014.
e) Jenis Perniagaan : Pemilikan tunggal
f) Kaedah Perniagaan : Jualniaga secara walk in / tempahan

MAKLUMAT PEMILIK PERNIAGAAN


NAMA SALIHA BINTI JAAFAR
JANTINA PEREMPUAN
NO.KAD PENGENALAN
STATUS PERKAHWINAN BERKAHWIN
ALAMAT MEMBAKUT, SABAH

KELULUSAN/PENGALAMAN
KELULUSAN AKADEMIK SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
KURSUS YANG PERNAH KURSUS KEUSAHAWANAN TANI ANJURAN MARA, KURSUS PENGURUSAN
DISERTAI KEWANGAN ANJURAN MARA, KURSUS INDUSTRI BERASASKAN
PERIKANAN ANJURAN JABATAN PERIKANAN MALAYSIA
PENGALAMAN 10 TAHUN KEATAS
BERNIAGA
2.2 . AKTIVITI PERNIAGAAN
Diantara aktiviti perniagaan PSJ Enterprise adalah memproses, mengilang dan mengedarkan produk makanan
berupa Sambal Belacan Pelbagai Rasa berjenama “Aduh Mama” kepada individu-individu, pemborong dan
pembekal yang berminat untuk menggunakan produk ini dipremis perniagaan mereka atau untuk jualan semula.

2.3 PRODUK DAN PERKHIDMATAN


Produk yang dipasarkan adalah Sambal Belacan Pelbagai Rasa berjenama “Aduh Mama”. Perkhidmatan yang
ditawarkan adalah berbentuk jualan secara pukal kepada premis-premis seperti restoran, outlet-outlet
makan&minum setempat dan penghantaran secara terus ke Bandar-bandar utama di Sabah.

2.3 POTENSI PERNIAGAAN


Berdasarkan kepada tinjauan semasa, Sambal Belacan masih lagi popular dikalangan masyarakat tempatan.
Disamping itu, tabiat pemakanan masyarakat yang kini cenderung kepada ulam-ulaman menjuruskan
perniagaan kami untuk memilih produk Sambal Belacan sebagai pelengkap hidangan setiap hari.

Disamping itu, kesedaran kesihatan yang semakin tinggi dikalangan pengguna juga menjadi focus utama
perniagaan kami. Ramai pengguna, terutamanya wanita masih percaya bahawa menikmati hidangan pedas
pada satu kadar dapat membantu melangsingkan tubuh. Perkara ini adalah benar mengikut kajian saintifik yang
telah dijalankan oleh beberapa pakar pemakanan. Oleh yang demikian, berdasarkan kepada kajian ini kami
memilih Sambal Belacan Pelbagai Rasa bukan sahaja sebagai pelengkap hidangan ikonik yang
menggambarkan kekayaan kulinari masyarakat Malaysia, tetapi juga sebagai makanan sihat lagi sedap, sesuai
untuk dihidangkan sepanjang hari.

Selain itu, perniagaan kami dilaksanakan dilokasi strategik, iaitu semasa Tamu Mingguan Majlis Perbandaran
Papar yang diadakan setiap hujung minggu.
3. PERANCANGAN PENGURUSAN
3.1 MATLAMAT SYARIKAT
Matlamat Syarikat PSJ Enterprise adalah untuk menjadi pembekal pilihan bagi produk makanan berasaskan
bahan-bahan tempatan untuk menembusi pasaran dalam negeri, serantau dan peringkat antarabangsa pada
harga yang berpatutan, kualiti produk yang memuaskan serta dapat memenuhi citarasa pengguna.

3.2 PROFIL PENGURUSAN


Struktur organisasi yang dibentuk oleh perniagaan adalah merangkumi keseluruhan aspek pengurusan sebagai
sebuah entiti perniagaan. Secara keseluruhannya struktur organisasi adalah seperti berikut.

PN.SALIHA BINTI JAAFAR


PENGURUS OPERASI /JURUWANG

PN.SAIMAH MD YUSOF
PEN.KETUA/JURUWANG II

PN.RAHIMAH ABD GHANI PN.MUHAINIE SURATMAN


PENGURUS PEMASARAN DAN KUALITI PENGURUSAN SUMBER MENTAH

1. PN.KOLNAH SELIM
2. EN.SIMON SALUMBI
3. PN.NANCY MOIDOL
4. PN. VIRINAH JOLIS
5. PN. DOROTHY AMPING

BAHAGIAN PENGELUARAN

1. PN.ZAKISA REDOBLE
2. PN. MELLISA JAMOLINE

BAHAGIAN PACKAGING, COURIER DAN


LOGISTIK

1. EN.MERVYN BIN ANIP


2. PN.HILDA ALEXANDER

BAHAGIAN SERANTA DAN PUBLISITI


PERINCIAN TUGASAN PENGURUSAN
1. Pengurus Operasi / Pemilik
Pengurus operasi bertanggungjawab di dalam segala aspek pengurusan perniagaan dan di samping itu
juga bertindak melaraskan pengurusan dan operasi perniagaan. Pengurus operasi pula bertugas memastikan
pekerja-pekerja berkerja mengikut fail meja yang telah ditetapkan atau SOP.

2. Pengurus Pemasaran dan Kualiti


Pengurus pemasaran peranan utamanya ialah meningkatkan perniagaan dengan mencari pemasaran yang baru
seperti di hotel-hotel, tender kerajaan dan di institiut pengajian tinggi. Kualiti produk yang dijalankan hendaklah
sentiasa memenuhi selera pelanggan.

3. Pengurus Kewangan dan Pentadbiran


Aspek pentadbiran dan kewangan menjadi urusan utama yang mana melibatkan pembelian bekalan dan
kawalan stok operasi. Menyediakan bajet dan mengenalpasti sumber-sumber kewangan serta mengawal
kewangan perniagaan. Menjaga kehadiran pekerja dan serta mentadbirnya dari segi operasi pengeluaran
produk dan menjaga kebajikan pekerja dan keselamatan kedai.

4. Bidang Tugas Pekerja


Bertanggungjawab memastikan kebersihan dan keselamatan kedai dengan menjalankan tugas secara
bijaksana, cekap dan berdaya kreatif yang tinggi agar kualiti ditahap yang memuaskan supaya perniagaan ini
akan berkembang maju.

5. Packaging, Courier dan Logistik


Bahagian ini mengatur pembungkusan produk, memastikan produk dilabel, diseal , dibungkus dan dihantar ke
stor peyimpanan dalam keadaan yang bersih dan selamat. Bahagian ini juga bertanggungjawab untuk mengatur
penghantaran produk kepada pelanggan/klien.

6. Bahagian Pengeluaran
Bahagian pengeluaran bertanggungjawab untuk mengaturselia pengeluaran produk, bermula daripada
pemerolehan bahan mentah kepada bahan siap sebelum dibungkus dan diedarkan kepada peruncit/pelanggan.
Bahagian ini juga mengawal selia kualiti produk, kuantiti serta kebersihan/kemurnian produk sebelum
dipasarkan.
Bahagian pengurusan PSJ Enterprise membahagikan tugas iaitu :

Bahagian kewangan :
 Mempunyai seorang juruwaang yang bertindak untuk menganalisis akaun-akaun juruwang ,
pekerja diambil pengurusan.

Bahagian pelanggan :

 Mempunyai seorang pekerja bagi membantu melancarkan pengurusan syarikat . Pekerja


diambil berdasarkan kemahiran dan pengalaman mereka juru cakap serta dalam pembaiki
basikal . Sikap pekerja juga mesti ada sifat sopan-santun serta mesra sewaktu melayan
pelanggan .

AKTIVITI DAN TANGGUNGJAWAB

Setiap kakitangan yang terlibat dalam operasi syarikat mempunyai aktiviti dan tanggungjawab masing-masing .
Pengurus mempunyai aktiviti membuat keputusan perarakhan sementara . Manakala penolong pengurus pula
mempunyai aktiviti ke atas pekerjanya .

PENGAWALAN

Pihak pengurusan berperanan mengawal pekerja bagi memastikan segala aktiviti PSJ Enterprise berjalan
dengan lancar dan apa dirancang oleh pihak pengurusan dan tidak boleh terlalu mengongkong pekerja .

KEPIMPINAN

 PSJ Enterprise mengamalkan sikap berkepentingan bersama dan bekerjasama dalam


amalannya , pekerja bebas untuk member pandangan dan cadangan yang bernas .
 Keputusan yang dibuat secara kolektif .
 Semua pekerja diberi layanan yang adil dari segi gaji , faedah sampingan , bonus , cuti , dan
lain-lain mengikut nisbah ditetapkan .
4. PRODUK DAN PERKHIDMATAN
4.1 PENGENALAN KEPADA PRODUK
Produk Sambal Belacan Pelbagai Rasa “Aduh Mama”.
Sambal Belacan merupakan perasa makanan yang popular di rantau ini. Ianya dihasilkan daripada pasta udang,
cili, rempah ratus serta bahan-bahan lain yang unik dengan landskap kulinari di Malaysia dan dirantau Asia
khususnya. Bahan-Bahan ini kemudiannya diadun untuk membentuk Sambal yang boleh digunakan didalam
pelbagai masakan tempatan seperti Penang Char Hor Fun, Telur Masak Masam Manis, serta Ikan Panggang.
Secara umumya, Sambal Belacan bersifat monotonous iaitu satu rasa sahaja. Penggemar Sambal Belacan
adalah terhad kepada pilihan yang ada untuk memenuhi citarasa mereka.

Rajah 1: Kari Kepala Ikan dan Udang Masak Sambal adalah dua contoh makanan berasaskan Sambal Belacan

Syarikat PSJ Enterprise merupakan syarikat berasaskan SME yang memfokuskan kepada penghasilan produk
Sambal Belacan Pelbagai Rasa berjenama “Aduh Mama”. Keunikan utama syarikat ini adalah ianya
menumpukan kepada produk Sambal Belacan yang memenuhi citarasa ramai. Antara produk yang dihasilkan
oleh syarikat ini adalah seperti berikut :

a) Sambal Belacan Tomato Special


b) Sambal Belacan Kerang Special
c) Sambal Belacan Belimbing Buloh/Pucong Special
4.2 KELEBIHAN PERSAINGAN SYARIKAT
Syarikat PSJ Enterprise merupakan syarikat yang established didalam pengeluaran produk makanan
berasaskan kulinari tempatan. Disamping itu, syarikat ini mempunyai rapport yang baik dengan pelbagai pihak
samada pembekal bahan mentah mahupun pemborong.

5. ANALISIS PASARAN, ANALISIS PERSAINGAN DAN ANALISIS SWOT


5.1 ANALISIS PASARAN
5.1.1 ANALISIS PERMINTAAN
Berdasarkan kepada tinjauan yang telah dilakukan oleh syarikat PSJ Enterprise, kami telah mendapati bahawa
permintaan kepada produk keluaran PSJ Enterprise adalah tinggi dengan peluang untuk meluaskan skop
pasaran yang besar, bedasarkan kepada aliran permintaan output syarikat ini sejak ianya dimulakan beberapa
bulan lalu.

5.1.2 ANALISIS PENAWARAN


Tinjauan syarikat juga mendapati bahawa PSJ Enterprise berada dikedudukan penawaran yang baik. PSJ
Enterprise mempunyai bekalan yang mencukupi untuk memenuhi penawaran urusniaga. Disamping itu,
kekurangan persaingan didalam bidang pengeluaran dan pembekalan produk seumpama ini membolehkan
syarikat PSJ Enterprise menguasai pasaran tempatan.

5.1.3 ANALISIS SWOT

Aspek 01: Kekuatan


• Kemampuan ahli kumpulan untuk bekerjasama secara kolektif.
• Mempunyai kebolehan untuk menghasilkan keluaran yang bermutu.
• Berkeupayaan untuk membuat promosi pada skala besar.

Aspek 02: Kelemahan


• Mobiliti yang kurang untuk menghantar produk pada jarak jauh jika diperlukan.
Aspek 03 : Peluang
• Kesanggupan mengeluarkan modal yang mencukupi
• Lokasi perniagaan yang strategik iaitu tamu Majls Daerah Papar
• Beberapa ahli kumpulan yang mempunyai saluran untuk mendapatkan bekalan jualan berpatutan dan
mencukupi.
Aspek 04: Ancaman
• Cuaca yang tidak menentu boleh menjejaskan masa perniagaan.
6. RANCANGAN PEMASARAN

PRODUK

 Produk utama syarikat kami ialah menjual Sambal belacan pelbagai perisa yang datang pada dua
halwa rasa iaitu

PROMOSI

 Untuk mempengaruhi dan memperkenalkan produk di pasaran kami menjalankan beberapa aktiviti
promosi iaitu :
1. Papan tanda
Terdapat alamat , logo syarikat yang digantung di luar premis kami .
2. Risalah
Kami mengedarkan risalah kepada pengguna sebagai tanda kewujudan syarikat kami dan cuba
untuk mempengaruhi pengguna mengunjungi syarikat kami .
3. Kad perniagaan
Kami memberikan kad perniagaan kami kepada pelanggan baru .
4. Harga
Harga yang ditawarkan adalah selaras dengan kualiti produk dan kos pembelian produk tersebut
dan kami mengadakan potongan harga sebanyak 20% kepada pelanggan yang kami menjadi ahli .
5. Media cetak
Kami mengiklankan syarikat kami dalam majalah dan surat khabar sebagai permulaan untuk
memperkenalkan produk terbaru kami .
7. RANCANGAN OPERASI
ASPEK KAEDAH PENGOPERASIAN PERNIAGAAN

SUMBER ASAS a) Modal Kewangan Sendiri (RM100X10) =RM1000


PRODUK b) Bahan Basah yang terpilih dan berkualiti sahaja diperolehi dari pasaran tempatan
c) Kaedah Packaging yang bersih dan selamat untuk menjamin kualiti dan shelve life
produk.

PROSES a) Bahan-bahan berkualiti dan terpilih diproses dengan mengutamakan kualiti rasa dan
TRANSFORMASI tekstur produk.
b) Bahan yang telah diolah dipakejkan mengikut standard kualiti yang tinggi untuk
menjamin produk yang bermutu tinggi.
c) Kumpulan Semakan Kualiti akan memastikan produk melepasi pemeriksaan pada
skala yang ditetapkan.

a) Produk yang dihasilkan mencukupi untuk menampung keperluan pengguna sasaran.


OUTPUT b) Produk yang dihasilkan adalah bersih, selamat dan menepati citarasa.
c) Perkhidmatan jualan dapat menampung pusingan modal dengan kenyataan untung
yang jelas.

Kumpulan Perniagaan kami mengamalkan strategi perniagaan “ Zero Level Channel” dimana pihak kami akan
berurusan secara terus dengan pembeli tanpa khidmat pemborong/ orang tengah. Ini membolehkan kami
mempunyai kawalan secara langsung terhadap urusniaga perniagaan kami disamping mengurangkan kos luar
jangka yang mungkin ada.

7.2 RANCANGAN PENGELUARAN


• Perancangan Pengeluaran yang dimaksudkan adalah perancangan jangka masa pendek dan panjang
mengikut tahap dalam sesuatu syarikat.
• Rancangan jangka masa pendek ialah syarikat memperkenalkan PSJ Enterprise kepada pelanggan.
Perancangan Pengeluaran jangka panjang pula ialah mempertingkatkan samaada produk atau perkhidmatan
syarikat dari semasa ke semasa.
7.3 MENENTUKAN OBJEKTIF
• Mengariskan 2 objektif penting iaitu objektif formal dan tidak formal bermaksud syarikat ingin memeksimumkan
keuntungan,menawarkan produk yang berkualiti,menyediakan perkhidmatan dan layanan yang memuaskan
• Objektif tidak formal pula bermaksud menguasai pasaran di bandar agar diterima oleh semua peringkat
masyarakat.

7.4 MEMBENTUK DASAR


• Syarikat telah membentuk satu dasar sebagai garis panduan yang mesti dipatuhi oleh semua kakitangan dalam
melaksanakan operasi syarikat,antaranya ialah mengamalkan sikap bertolak-ansur,hormat-menghormati kepada
pelanggan,dan sentiasa mengutamakan kepentingan pelanggan.

7.5 MEMBENTUK JANGKA PERTENGAHAN / PENDEK


• Perancangan jangka pertengahan syarikat dalam tempoh 3 tahun hingga 10 tahun . Dalam tempoh empat
tahun , syarikat tidak akan menjual produk atau perkhidmatan yang nilainya melebihi nilai yang ditetapkan.

7.6 KENYATAAN TATACARA TERPERINCI UNTUK MELAKSANAKAN PERANCANGAAN


• Langkah yang mesti diambil oleh syarikat kami untuk melaksanakan perancangan yang telah dibentuk ialah
dengan membuat kajian (R&D) penyelidikan dan pembangunan menenai persaingan yang wujud di pasaran
seperti penawaran harga .
• Contohnya , jika syarikat lain menawarkan yang lebih maka syarikat akan membuat kajian terperinci . Syarikat
akan bertindak mencari jalan penyelesain untuk mengekalkan jualan dengan promosi dan jualan sebagai
langkah permulaan .
8. RANCANGAN KEWANGAN
Tujuan rancangan kewangan adalah untuk :
1) Mengetahui kos yang terlibat dalam memulakan perniagaan.
2) Modal yang diperlukan.
3) Sumber kewangan yang digunakan.
4) Tempoh bayar balik pinjaman.
5) Kedudukan kewangan perniagaan.
6) Keuntungan dan kerugian yang dialami.
7) Kedudukan kewangan di akhir tempoh perakaunan.

Jenis pemilikan
1) Bentuk perniagaan PSJ Enterprise. adalah perkongsian .

Sebab-sebab
• Dapat mengumpul modal yang banyak .
• Kemahiran boleh dikongsi bersama.
• Cukai pendapatan persendirian dikenakan.
• Dapat mengukuhkan kedudukan.
• Risiko perniagaan dapat disebarkan.

PENYATA ALIRAN TUNAI


• Disediakan untuk tujuan perakaunan keluar dan masuk ke dalam operasa perniagaan .
• Jumlah yang dicatatkan dalam penyata aliran tunai merupakan satu anggaran yang telah ditetapkan
dan bukan menggambarkan pengaliran tunai yang sebenar .

KEPENTINGAN
• Kesan daripada penyata aliran tunai terhadap operasi aktiviti perniagaan .
• Ia akan menentukan aktiviti pelaburan yang dibuat .
• Kesan terhadap peningkatan dan pengurangan tunai bagi tempioh tertentu .
• Penyata aliran tunai yang disediakan boleh dijadikan dokumen sokongan untuk mendapatkan sumber
pinjaman dari institusi kewangan bagi tujuan pembangunan operasi .
• Sebagai garis panduan bagi mengaendalikan pengaliran tunai dengan baik .
9. RANCANGAN PENGURUSAN RISIKO

Dalam setiap perniagaan yang dijalankan ,peniaga akan menghadapi pelbagai cabaran dan masalah . Cabaran
yang dihadapi para peniaga sebenarnya menguji kecekalan dan kesungguhan peniaga dalam menjalankan
perniagaan. Dalam perniagaan tidak kira perniagaan itu kecil ataupun besar,cabaran yang dihadapi adalah
merupakan perkara biasa.

Risiko adalah merupakan kemungkinan dan cabaran yang akan dihadapi oleh peniaga dalam menjalankan
perniagaan . Setiap peniaga sama ada peniaga kecil ataupun besar akan berdepan dengan risiko ini sama ada
besar ataupun kecil. Risiko yang dihadapi biasanya bergantung kepada saiz perniagaan iaitu semakin besar
perniagaan makin besar risiko yang akan dihadapi. Risiko perniagaan juga bergantung kepada jenis perniagaan
yang dijalankan seperti perniagaan makanan dan perniagaan jenis barangan risiko yang dihadapi adalah
berbeza kerana makanan tidak tahan lama berbanding dengan barangan lain.

9.1 ANALISA RISIKO


Syarikat PSJ Enterprise telah mengenal pasti risiko-risiko berikut didalam menjalankan perniagaan :

BIL RISIKO DIKENALPASTI PERINCIAN


01 KOS BAHAN MENTAH YANG Kos Bahan Mentah (Pasta Udang, Pasta Ikan, dan Bahan-Bahan Asas
MENINGKAT AKIBAT
dalam pembikinan Sambal Belacan pelbagai rasa) mungkin meningkat
DARIPADA PERUBAHAN
CUACA akibat perubahan cuaca. Perkara ini terjadi sedemikian kerana
syarikat PSJ Enterprise hanya menggunakan bahan segar dalam
produknya. Perubahan cuaca menyebabkan peraih sukar ke laut dan
tidak berupaya mendapatkan sumber-sumber yang dikehendaki.
02 PERSAINGAN DENGAN Tidak dinafikan bahawa terdapat produk b erkonsepkan Sambal
PRODUK LAIN
Belacan yang dihasilkan secara pukal didalam kilang makanan.
Produk-produk ini mampu memberikan saingan kepada syarikat PSJ
Enterprise.
9.2 STRATEGI PERNIAGAAN UNTUK MENGATASI ANCAMAN RISIKO YANG TELAH DIKENALPASTI
BIL RISIKO DIKENALPASTI STRATEGI TIMBAL BALAS

01 KOS BAHAN MENTAH YANG


a) mempelbagaikan sumber perolehan bahan mentah untuk produk
MENINGKAT AKIBAT
DARIPADA PERUBAHAN Sambal Belacan Pelbagai Perisa Aduh Mama!.
CUACA
b) mencari alternatif sesuai untuk menggantikan bahan mentah
dengan bahan mentah lain yang setara tanpa menjejaskan kualiti,
tekstur dan rasa akhir produk sebelum dipasarkan.

02 PERSAINGAN DENGAN
a) menggiatkan promosi produk dengan menggunakan pelbagai media
PRODUK LAIN
seperti media massa popular contohya melalui Facebook, Televisyen,
Radio dan Internet.
b) mengadakan sesi sampling percuma di pasaraya-pasaraya terpilih
untuk membolehkan pengguna merasakan produk sebelum
membelinya.

9.3 RUMUSAN
1. Setiap risiko yang dihadapi mempunyai jalan penyelesaian. Oleh sebab itu para peniaga perlu
menggunakan kebijaksanaan dalam mengurangkan risiko yang dihadapi dalam perniagaan.

2. Pelbagai cara boleh digunakan oleh peniaga untuk mengurangkan risiko yang dihadapi. Risiko yang
dihadapi tidak dapat diselesaikan dengan seratus peratus.

3. Seseorang peniaga yang bijak dan kreatif akan bertindak dengan cepat untuk mencari jalan
penyelesaian dengan membuat penyiasatan dan kajian secara mendalam terhadap perniagaan yang dijalankan.

4. Peniaga yang berjaya ialah peniaga yang dapat mengurangkan risiko dalam perniagaannya dan
mampu mengatasi segala risiko yang dihadapi dengan tenang dan bijak.

5. Persediaan yang awal akan mengurangkan risiko yang dihadapi dalam perniagaan.Peniaga perlu
membuat perancangan yang bijak dan teliti sebelum memulakan perniagaan.
10. KESIMPULAN
Syarikat PSJ Enterprise merupakan syarikat milik perkongsian yang telah ditubuhkan pada tahun 2014. Syarikat
ini merupakan syarikat SME yang berfokus kepada penghasilan produk makanan tempatan untuk diketengahkan
ke pasaran serantau dan antarabangsa. Perniagaan ini dijalankan adalah memenuhi kehendak pengguna yang
menginginkan kelainan didalam menu sajian seharian mereka. Oleh yang demikian, pengenalan produk Sambal
Belacan Pelbagai Perisa “Aduh Mama” disasarkan akan dapat memenuhi keperluan pengguna. Perniagaan ini
juga dijalankan sebagai usaha untuk membuka peluang pekerjaan kepada individu-individu yang berminat
dengan perniagaan makanan tempatan.

Syarikat PSJ Enterprise juga telah membuat pelbagai tinjauan, analisis dan perancangan masa depan samaada
secara jangka pendek atau jangka panjang bagi meningkatkan kualiti dan keuntungan syarikat.

You might also like