You are on page 1of 5

2017

KERTAS KERJA
MINGGU SAINS
DAN MATEMATIK
SEKOLAH MENENGAH AGAMA
RANTAU
27 Mac 2017 hingga 31 Mac 2017
28 Jamadilakhir 1438 – 3 Rejab 1438H

EPKWS
[Type the company name]
1/1/2017
SEKOLAH MENENGAH AGAMA RANTAU
KERTAS KERJA MINGGU SAINS DAN MATEMATIK TAHUN 2017
TEMA: SAINS DAN MATEMATIK MENJANA PEMIKIRAN ARAS TINGGI

1.0 PENDAHULUAN

Minggu Sains dan Matematik merupakan antara program tahunan Bidang Sains & Matematik. Pada
tahun ini, semua panitia di bawah bidang Sains dan Matematik (Sains, Matematik, Geografi dan
Pendidikan Seni Visual) merancang pelbagai aktiviti yang akan merangsang minda pelajar untuk
berfikir pada aras yang lebih tinggi. Program ini bertujuan untuk menarik minat pelajar SMA
Rantau terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik. Aktiviti-aktiviti yang telah dirancang
diharapkan mampu memberi perangsang kepada pelajar SMA Rantau supaya minat dalam mata
pelajaran tersebut dan juga dapat melahirkan pelajar yang mampu berfikir pada aras yang lebih
tinggi. Sesungguhnya, program ini menyatupadukan nilai-nilai Islam yang diharapkan dapat
memupuk keimanan anak-anak pelajar seterusnya menjadi muslim yang berketerampilan, kreatif
dan inovatif.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Menarik minat para pelajar terhadap mata pelajaran Sains, Matematik, Geografi dan
Pendidikan Seni Visual
2.2 Meningkatkan pencapaian akademik dan seterusnya mencapai target yang ditetapkan
2.3 Melahirkan pelajar yang kompeten, kreatif dan inovatif dalam bidang sains dan teknologi
2.4 Mengaplikasikan ICT dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
2.5 Melahirkan pelajar yang cemerlang duniawi dan ukhrawi
2.6 Memupuk kesedaran pelajar untuk mensyukuri ciptaan Allah menerusi Sains, Matematik,
Geografi dan Pendidikan Seni Visual
2.7 Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar seperti sikap bekerjasama, berkeyakinan,
hormat-menghormati dan bantu-membantu

3.0 KUMPULAN SASARAN


Semua pelajar SMA Rantau seramai 205 orang

4.0 TARIKH PELAKSANAAN


Tarikh : 27 Mac hingga 31 Mac 2017 / 28 Jamadilakhir – 3 Rejab 1438H
Hari : Isnin hingga Jumaat
Tempat : Sekolah Menengah Agama Rantau
2
5.0 JADUAL PELAKSANAAN
( Rujuk Lampiran 1 )

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


( Rujuk Lampiran 2 )

7.0 JAWATANKUASA INDUK PROGRAM


1. Puan Nuri Binti Ab Hak Penasihat
2. Puan Rashidah Binti Jailani Pengerusi
3. Puan Hasni Binti Hashim Penyelaras/Guru Kanan Mata Pelajaran
4. Puan Siti Nor Aishah Binti Mohd. Nor Ketua Panitia Sains
5. Puan Intan Safinaz Binti Safiyuddin Ketua Panitia Matematik
6. Puan Nik Norfazlina Hana Binti Mohd Noor Ketua Panitia Geografi
7. Puan Fakhriah Binti Dawi Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual
8. Puan Nurul Asyikin Binti Mohd Nazri Setiausaha Panitia Matematik

8.0 PENUTUP
Diharapkan program yang dirancang dapat memupuk sikap pelajar yang terpuji dari segi rohani,
jasmani, emosi dan intelek seterusnya mencapai pemikiran aras tinggi yang selari dengan matlamat
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Semoga melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan ini
dapat menyuntik kesedaran dalam diri pelajar akan kehebatan ciptaan Allah SWT.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

………………………… ……………………………..
PN SITI NOR AISHAH BINTI MOHD NOR PN HASNI BINTI HASHIM
Ketua Panitia Sains Guru Kanan Sains dan Matematik

Disokong oleh : Diluluskan oleh :

…………………………. ………………………………
PN HJH RASHIDAH BINTI JAILANI PN NURI BINTI AB HAK
Penolong Kanan Akademik & Pentadbiran Pengetua
Sek Men Agama Rantau Sek Men Agama Rantau
Negeri Sembilan Negeri Sembilan

3
LAMPIRAN 1

5.0 JADUAL PELAKSANAAN

Hari/
Bil Aktiviti Masa Guru Penasihat
Tarikh
Pelancaran di
Isnin
1 Perhimpunan Rasmi 7.30 pagi Pn. Rashidah Binti Jailani
27 Mac
Sekolah
Kuiz Matematik: Cabaran
Rabu Sifir & Congak
2 3.00 – 4.00 ptg Pn Hasni Binti Hashim
29 Mac Matematik
(Tingkatan 3, 4 dan 5)
Kuiz Geografi: Negara
Rabu Pn Nik Norfazlina Hana
3 Kita 3.00 – 4.00 ptg
29 Mac Binti Mohd Noor
(Tingkatan 1 dan 2)
Pertandingan Kereta
Rabu Pn Siti Nor Aishah Binti
4 Lumba: Wind Power 3.00 – 4.00 ptg
29 Mac Mohd Nor
(10 Kumpulan)
Pertandingan Melukis
Isnin hingga Dalam Kalangan Guru
5 Jumaat dan Pelajar - Pn. Fakhriah Binti Dawi
27 – 31 Mac Tema: Kelestarian Alam
untuk Masa Hadapan
Isnin hingga
Pn Nik Norfazlina Hana
6 Jumaat Peta i-Think Geografi -
Binti Mohd Noor
27 – 31 Mac
Isnin hingga
Sudut Mata Pelajaran Pn. Intan Safinaz Binti
7 Jumaat -
Matematik di dalam kelas Safiyuddin
27 – 31 Mac
Isnin hingga Pertandingan
Pn. Nurul Asyikin Binti
8 Jumaat FROGPLAY dalam -
Mohd. Nazri
27 – 31 Mac FROG VLE
Isnin hingga Pertandingan Menamakan
9 Jumaat Pokok dalam Bahasa - Pn Rashidah Binti Jailani
27 – 31 Mac Latin
Isnin hingga
Pertandingan Fotografi
10 Jumaat - Pn. Fakhriah Binti Dawi
Sains (Tema: Tumbuhan)
27 – 31 Mac
Jumaat Membuat projek / model Pn Siti Nor Aishah Binti
11 2.30 – 4.30 ptg
27 – 31 Mac Sains Mohd Nor
Isnin
12 Penyampaian Hadiah 7.30 pagi Semua Ketua Panitia
3 April
LAMPIRAN 2

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Aktiviti Kos Bahan/Hadiah


1. Pelancaran di Perhimpunan Rasmi Sekolah 220.00
Kuiz Matematik: Cabaran Sifir & Congak Matematik
2. 280.00
(Tingkatan 3, 4 dan 5)
Kuiz Geografi: Negara Kita
3. 270.00
(Tingkatan 1 dan 2)

Pertandingan Kereta Lumba: Wind Power


4. 430.00
(10 Kumpulan)

Pertandingan Melukis Dalam Kalangan Guru dan


5. Pelajar 540.00
Tema: Kelestarian Alam untuk Masa Hadapan
6. Peta i-Think Geografi 280.00
7. Sudut Mata Pelajaran Matematik di dalam kelas 420.00
8. Pertandingan FROGPLAY dalam FROG VLE 170.00
9. Pertandingan Menamakan Pokok dalam Bahasa Latin 130.00
10. Pertandingan Fotografi Sains (Tema: Tumbuhan) 130.00
11. Membuat projek / model Sains 250.00

JUMLAH 3120

Makanan

Bilangan pelajar x kos minum petang : 80 x 3.00 = RM 240.00

JUMLAH BESAR : RM 3360

You might also like