You are on page 1of 5

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH

KERTAS KONSEP

KERTAS KONSEP
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1.0 PENDAHULUAN

Bicara Berirama diperkenalkan sebagai satu pertandingan atau


persembahan bahasa puisi / prosa dalam bentuk berkumpulan. Pasukan
akan membentuk satu paduan suara tematik yang menghayati hasrat atau
tema untuk diperdengarkan kepada audiens. Kesepaduan dan
keseragaman bersuara ini akan dikawal oleh seorang peserta yang
bertindak sebagai konduktor.

Aktiviti ini melibatkan pelbagai bentuk suara individu yang disatukan untuk
menyampaikan mesej pasukan atau kumpulan. Dalam kumpulan/
pasukan itu akan ditonjolkan pelbagai intonasi suara seperti suara-suara
halus dan garau, lembut dan kasar, lelaki atau perempuan, seruan dan
laungan yang nyaring serta berbagai-bagai lagi. Suara individu boleh
digunakan sebagai suara solo.

2.0 PENGENALAN

Bicara Berirama adalah pertandingan yang dianjurkan oleh Subunit


Bahasa Melayu, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian
Pendidikan Malaysia. Diharapkan dengan pertandingan ini akan dapat
menggalakkan dan meningkatkan penguasaan serta penggunaan bahasa
Melayu Baku dan bahasa Melayu yang indah dalam kalangan murid-murid
sekolah rendah khasnya.

3.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

3.1 Sasaran

Pertandingan ini terbuka untuk murid sekolah rendah (Tahun 3


hingga 6) sahaja dengan syarat warganegara Malaysia. Setiap
kumpulan / pasukan mestilah dari sekolah yang sama. Penyertaan
berbilang kaum amat digalakkan.

3.2 Masa

Persembahan hanya dihadkan selama 12 hingga 15 minit.

110
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP

3.3 Kumpulan

Setiap kumpulan/ pasukan mestilah berjumlah antara 27 hingga 30


orang ( termasuk seorang konduktor ). Setiap kumpulan / pasukan
mestilah diiringi oleh 3 orang guru pengiring.

3.4 Teks/ Skrip

3.4.1 Skrip adalah bertema sama ada dalam puisi atau prosa. Skrip
mestilah dikarang / reka sendiri dan autentik.
3.4.2 Skrip yang dikarang/reka mestilah tidak menyentuh isu-isu
sensitif seperti agama, kaum, budaya dan peribadi seseorang.
3.4.3 Skrip yang dikarang hendaklah dihantar kepada penganjur
dalam lima Salinan selewat-lewatnya seminggu sebelum
pertandingan.
3.4.4 Markah kreativiti dinilai berdasarkan persembahan fizikal buku
skrip dan isi kandungannya.
3.4.5 Skrip yang dikarang/reka hendaklah mempunyai synopsis,
kerangka cerita, segmen, dan nombor mengikut ujaran.
3.4.6 Setiap pasukan TIDAK DIBENARKAN membaca atau merujuk
nota/teks/bahan bercetak dan bertulis semasa membuat
persembahan.

3.5 Pakaian

Semua peserta diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah


(pakaian pengawas/pengawas pusat sumber/uniform asrama
dibenarkan kecuali sekiranya pertandingan ini dianjurkan oleh badan-
badan berkanun, institusi atau organisasi lain. Kostum bergantung
kepada pihak penaja. Hanya konduktor dibenarkan memakai sarung
tangan putih.

3.6 Alatan

Penggunaan mikrofon adalah tidak digalakkan. Sekiranya ada,


mikrofon tersebut hendaklah diletakkan dua (2) meter daripada
peserta.

3.7 Sokongan

Sebarang alatan/sokongan seperti lakonan, berdrama, prop, bahan


latar yang bertujuan untuk membantu persembahan, latar bunyi sama
ada dalam bentuk elektronik, bercetak atau bertulis tidak dibenarkan.
Nyanyian hanya dibenarkan tidak melebihi 3 minit sepanjang

111
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP

persembahan. Rakaman muzik ‘minus one’ sahaja dibenarkan pada


segmen permulaan dan penutup persembahan tetapi tiada sebarang
markah diberi.

3.8 Pentas

Susunan pasukan di pentas adalah bebas mengikut kreativiti pasukan


masing-masing. Susunan yang dbenarkan tidak melebihi tiga baris.
Pergerakan setempat sahaja dibenarkan.

4.0 LARANGAN

Peniruan bunyi dan suara dibenarkan tetapi tidak menyentuh sensitiviti


kaum, agama dan budaya masyarakat Malaysia secara langsung

5.0 KRITERIA PENGHAKIMAN

5.1 Persembahan Ujaran (30 markah)

Kejelasan, ketepatan dan keseragaman kata, frasa atau ungkapan


dengan intonasi, rima dan irama yang sesuai.

5.2 Keseragaman Persembahan (15 markah)

Formasi berbentuk objek dan pergerakan.

5.3 Kreativiti (10 markah)

Kesesuaian, kepelbagaian dan keselarasan suara dan gerak yang


bermakna.

5.4 Kesan Bunyi (5 markah)

Bunyi gerakan fizikal seperti tepuk tangan, petikan jari, hentakan kaki
dan lain-lain lagi.

5.5 Penghayatan (10 markah)

Ekspresi mimik muka dan bahasa tubuh.

112
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP

5.6 Tempo dan Ritma (10 markah)

Sela masa yang tetap dan dalam bentuk kumpulan, Jeda antara
segmen, Ad-lib (sahut-menyahut) antara SUARA SOLO dan SUARA
RAMAI.

5.7 Konduktor (20 markah)

Keselarasan gerak tangan, mimik muka,bahasa badan yang bersopan,


tempo dan kepimpinan.

5.8 Penalti (tolak 10 markah)

Sekiranya menyentuh isi-isu yang dinyatakan dalam syarat-syarat


pertandingan, membawa dan menggunakan bahan sokongan, melebihi
had masa atau kurang 5 minit dan persembahan yang keterlaluan.

5.9 Skrip

5.9.1 Tema/ Mesej (10 markah)

 Isi yang bernas, sesuai dan jelas mengikut tema dan


mencapai kehendak audiens.

5.9.2 Bahasa ( 40 markah)

 Baku dan gramatis. Penggunaan kata, frasa dan


ungkapan. Bahasa percakapan (dialog) yang digunakan
sesuai. Penggunaan bahasa bombastik dan dialek tidak
digalakkan.

5.9.3 Cerita (30 markah)

 Ada kesinambungan cerita. Jalan cerita jelas dan


menampakkan keaslian (originality). Arahan dalam skrip
dinyatakan dengan jelas dan difahami.

5.9.4 Watak (10 markah)

 Mempunyai watak SUARA SOLO dan SUARA RAMAI.


 Kesesuaian penampilan watak dengan ujaran.

113
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP

5.9.5 Kreativiti (5 markah)

 Mempunyai unsur kecindan untuk melengkapkan jalan


cerita,
 Menggunakan frasa ujaran tertentu yang biasa didengar
khalayak dan sesuai dengan tema.

5.9.6 Markah Bonus (5 markah)

 Memperaga dan mempersembahkan skrip untuk


memperlihat kesungguhan pasukan.
 Menyediakan sinopsis atau kandungan dalam skrip.

6.0 KEPUTUSAN HAKIM ADALAH MUKTAMAD

7.0 HAL- HAL LAIN

Bagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam syarat pertandingan


pihak Jawatankuasa Pengelola Pertandingan berhak untuk membuat
keputusan dan setiap keputusan adalah muktamad.

9.0 AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum


dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia.

114

You might also like