You are on page 1of 2

Rujukan kami : IPGKDA 1000-3 ( )

Tarikh : 27 Jun 2018


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Jitra,
Pekan Jitra, 06000 Jitra,
Kedah.

Tuan,
PROGRAM INTERAKSI PROFESIONAL DENGAN PIHAK SEKOLAH UNTUK PROGRAM
BINA INSAN GURU ( BIG ) TAHUNN 2018 KUMPULAN PISMP AMBILAN JUN 2016

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk,

2. Adalah dimaklumkan bahawa pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan


Ambilan Jun 2016 Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPGKDA) Jitra, Kedah akan
mengadakan Program Bina Insan Guru (BIG) seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 12 Julai 2018 ( Khamis )


Masa : 8.00- 12.00 tengah hari
Tempat : Sekolah Kebangsaan Jitra
Bilangan pelajar : 15 orang
Bilangan pensyarah : 2 orang

3. Program ini adalah kursus wajib yang perlu dijalankan oleh setiap pelajar Institut
Pendidikan Guru (IPG) bagi memenuhi syarat kelayakan untuk Ijazah Sarjana Muda
Perguruan.

4. Sehubungan itu, pihak IPG Kampus Darulaman memohon untuk mengadakan aktiviti
tersebut di premis tuan. Semoga pihak tuan dapat mempertimbang dan meluluskan
permohona ini.

5. Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan untuk menjayakan program ini adalah
sangat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“ SEHATI SEJIWA ’’
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’’

Saya yang menurut perintah,

( DATIN NAIMAH BINTI JAAFAR, AMP )

Pengarah,
IPG Kampus Darulaman,
Kedah Darul Aman.

s.k 1. Penyelaras PISMP IPGKDA


2. Ketua Unit Kokurikulum IPGKDA
PANDUAN PELAKSANAAN INTERAKSI PROFESIONAL DENGAN PIHAK SEKOLAH

1. Program Interaksi Profesional dengan Pihak Sekolah merupakan salah satu pengisian

dalam Program Bina Insan Guru (BIG) yang perlu dilaksanakan oleh setiap guru

pelatih. Program ini sebagai suatu usaha menerapkan nilai murni dan asas pembinaan

jati diri seorang guru dalam kalangan guru pelatih.

2. Program ini memfokuskan jalinan kerjasama antara guru pelatih yang terlibat dengan

pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti yang berbentuk motivasi ataupun kelas

bimbingan terhadap kumpulan sasaran yang bersesuaian. Program ini bertindak

sebagai satu platform untuk mendedahkan guru pelatih tentang kemahiran

pengurusan hubungan dengan komuniti pendidikan dan kerjasama dalam pasukan.

3. Pelaksanaan aktiviti ini adalah mengikut skop tajuk yang bersesuaian dan dijalankan

selama 4 jam sepertimana yang digariskan dalam Rancangan Maklumat Kursus

(RMK).

4. Antara cadangan aktiviti adalah yang berbentuk bimbingan dan motivasi yang

bersesuaian mengikut kumpulan sasaran iaitu slot mengenali diri sendiri melalui

inventori personality dan sebagainya. Manakala, kelas bimbingan pula berfokuskan

kepada aktiviti yanag menumpukan aspek mengasah kemahiran akademik dalam

subjek tertentu dalam kalangan murid.

5. Penilaian dibuat oleh pensyarah IPGKDA sahaja.

You might also like