Professional Documents
Culture Documents
Kertas - Konsep - Pertandingan - Menulis Esei
Kertas - Konsep - Pertandingan - Menulis Esei
KERTAS KONSEP
__________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________
PERTANDINGAN MENULIS ESEI
1. Pertandingan menulis esei dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris terbuka
kepada semua murid sekolah di negeri Perak.
2. Setiap sekolah hanya layak untuk menyerahkan satu esei sahaja bagi setiap
kategori.
3. Pertandingan terbahagi kepada 3 kategori :
3.1 (A) Pelajar sekolah rendah ( Tahun 4 hingga Tahun 6 )
3.2 (B) Pelajar sekolah menengah rendah ( Tingkatan 1 hingga 3 )
3.3 (C) Pelajar sekolah menengah atas ( Tingkatan 4 hingga 6 )
4. Peserta hendaklah menulis jenis kategori (A/B/C) pada sudut sebelah kiri sampul
surat semasa menyerahkan esei tersebut kepada urus setia pertandingan di
peringkat daerah.
5. Peserta hanya boleh menghantar penyertaan secara individu. Walau bagaimanapun
penyelidikan dan pelaksanaan kerja penulisan esei bolehlah dilakukan secara
berkumpulan.
6. Esei hendaklah dihantar melalui pos atau serahan tangan kepada urus setia
pertandingan di peringkat daerah. Pihak urus setia pertandingan tidak akan
bertanggungjawab jika esei yang dihantar rosak atau hilang semasa dalam
pengiriman/pos.
7. Tuliskan nama peserta, nombor sijil kelahiran/kad pengenalan dan alamat sekolah
di dalam borang penyertaan pertandingan sahaja. Setiap penyertaan mestilah
dengan cap pengesahan daripada Pengetua/Guru Besar sekolah masingmasing.
8. Tajuk esei akan dikeluarkan sebulan sebelum pertandingan peringkat daerah.
TAJUK ESEI BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH
1. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.
2. Majlis RajaRaja : sejarah dan peranan.
3. Tiga faktor utama untuk menumpahkan kesetiaan kepada Raja.
4. Institusi Raja – Lambang perpaduan dan tunjang penyatuan rakyat.
5. Jika saya seorang Raja, saya akan lakukan tiga perkara untuk
kesejahteraan rakyat.
6. Institusi Raja : Raja dan rakyat berpisah tiada.
SEKOLAH MENENGAH
1. Institusi Raja – Pelindung agama, adat dan budaya.
2. Institusi Raja – Kelangsungan tradisi pada era modenisasi.
3. Raja Berperlembagaan – konsep, peranan dan cabaran.
4. Majlis RajaRaja : Entiti bebas dalam struktur pemerintahan.
5. Institusi Raja : Lambang Kedaulatan Negara bangsa.
6. Institusi Raja : Mekanisme semak dan imbang untuk mengukuhkan budaya
demokrasi.
7. Raja Berpelembagaan : Peranan dan cabaran dalam sistem demokrasi
berparlimen.
8. Konsep Raja berdaulat memayungi pentadbiran kerajaan yang teratur.
TAJUK ESEI BAHASA INGGERIS
UPPER PRIMARY
1. Loyalty to King and country.
2. The Conference of Rulers – History and role.
3. Three main factors to express loyalty to the King.
4. The Royal Institution – Symbol of unity and a cord that unites the people.
5. If I were King, I would do these three things for the wellbeing of my
people.
6. The Royal Institution : The King is inseparable from his subjects.
LOWER AND UPPER SECONDARY
1. The Royal Institution – Custodian of religion, customs and culture.
2. The Royal Institution – Continuity of tradition in the era of modernisation
3. Constitutional Monarchy – Concept, role and challenges.
4. The Conference of Rulers : An independent entity within the government
structure.
5. The Royal Institution : Symbol of national sovereignty.
6. The Royal Institution : A check and balance mechanism to strengthen the
culture of democracy.
7. Constitutional Monarchy : The role and challenges in a parliamentary
democracy.
8. The concept of a sovereign King in ensuring proper gorvenance of the
government.
SYARATSYARAT PERTANDINGAN MENULIS ESEI
1. Nama peserta dan nama sekolah tidak boleh dimasukkan di dalam manamana
halaman esei.
2. Plagiat iaitu meniru kenyataan atau idea orang lain adalah dilarang sama sekali.
Jika didapati juga, maka penyertaan akan dibatalkan sertamerta.
3. Semua esei mestilah ditulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta
mematuhi jumlah perkataan yang dibenarkan.
3.1 Sekolah Rendah (350 400 perkataan)
3.2 Sekolah Menengah Rendah (650 700 perkataan)
3.3 Sekolah Menengah Atas (1450 1500 patah perkataan)
4. Jumlah perkataan hendaklah dicatatkan pada muka surat akhir penulisan esei.
5. Semua esei mestilah ditaip, berselang dua baris di atas kertas putih bersaiz A4
menggunakan fon Arial atau Times New Roman bersaiz 12. Setiap muka surat
perlu diletakkan nombor.
6. Setiap hasil kerja yang pernah diterbitkan di dalam akhbar, majalah atau lainlain
penerbitan tidak boleh digunakan untuk penyertaan.
7. Dilarang menyentuh halhal sentitif seperti sentimen bangsa, agama mahupun
politik.
8. Setiap esei yang dihantar menjadi hak mutlak penganjur. Penganjur berhak untuk
meminda atau menyiarkan manamana esei atau bahagian esei peserta.
9. Eseiesei yang dihantar akan dibatalkan jika :
9.1 Tidak menepati tajuk yang ditetapkan
9.2 Tidak menepati bilangan patah perkataan yang ditentukan
9.3 Tidak asli atau plagiat – meniru atau mencuri idea orang lain.
9.4 Dihantar atau sampai ke tangan urus setia selepas tarikh tutup.
9.5 Tidak mematuhi syaratsyarat yang di atas.
10. Esei perlulah dihantar kepada En. Mohd Fahmi Bin Tajuid
Penolong PPD Kokurikulum , PPD Hilir Perak
Tarikh akhir penghantaran esei ialah pada 23Mei 2017