You are on page 1of 1

KELAB GURU DAN STAF

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SAMUDRA


JALAN SAMUDRA BARAT 4, TAMAN SAMUDRA,
68100 BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN
KOD SEKOLAH : BBA7227 NO. TEL. / FAKS : 03-61866649

“ 1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN ”

Ruj. Kami : SKTSa 100–7/1/9( 3 )


Tarikh : 12 Mei 2015

Pegawai Pendidikan Daerah Gombak


Pejabat Pendidikan Daerah Gombak,
Tingkat 3, Kompleks Selayang Mall,
Jalan SU 9, Taman Selayang Utama,
68100 BATU CAVES,
SELANGOR

Tuan,

JEMPUTAN MENYERTAI MAJLIS PERSARAAN ENCIK NORDIN BIN MAHADI, GPK


KOKURIKULUM SK TAMAN SAMUDRA

Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Taman Samudra akan meraikan Encik Nordin
bin Mahadi, GPK Kokurikulum SK Taman Samudra yang akan bersara wajib pada 18 Mei 2015.

2. Sehubungan itu, tuan/puan dijemput hadir ke majlis tersebut pada:

Perkara : Majlis Sent Off


Tarikh : 18 Mei 2015 (Isnin)
Masa : 11.00 pagi – 1.30 petang
Tempat : SK Taman Samudra

Perkara : Majlis Hi-Tea


Tarikh : 18 Mei 2015 (Isnin)
Masa : 2.30 petang – 6.00 petang
Tempat Kelab Darul Ehsan(KDE), Ampang
3. Bersama ini dilampirkan senarai nama pegawai dan tentatif program bagi majlis tersebut.

4. Kehadiran tuan/puan amat diharapkan bagi melancarkan perjalanan majlis ini. Kerjasama
daripada tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

…………………………………………………..........
(JOHAN SULAIMAN BIN MOHD ZAIN @ OMAR)
Pengerusi
Kelab Guru dan Staf
Sekolah Kebangsaan Taman Samudra

( Sila catatkan nombor rujukan apabila berurusan dengan kami )

You might also like