You are on page 1of 8

KERTAS KERJA PROGRAM NILAM

SMK DABONG
2014

1.0 PENGENALAN

‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau


adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan
memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian
pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara
kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.

Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat
untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan
ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program
ini.

Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan
Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999,
melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program
Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau


adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan
memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian
pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara
kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat
untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan
ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program
ini.
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan
Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999,
melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program
Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

2.0 MATLAMAT

Satu strategi untuk menanam minat membaca di kalangan warga SMK


Dabong khususnya pelajar sehingga wujudnya tabiat dan budaya membaca di
kalangan warga SMK Dabong.

3.0 OBJEKTIF

3.1. Menjadikan murid banyak membaca ( semua bidang , bahan berkualiti dan
bukan sahaja pembacaan yang berorientasikan peperiksaan)
3.2. Menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca
dikalangan warga sekolah.
3.3. Menggerakkan program dan aktiviti galakan membaca
3.4. Meningkatkan minat membaca yang berterusan
3.5. Memperkasakan pelaksanaan Program NILAM dengan penglibatan yang
lebih jitu oleh kalangan masyarakat
3.6. Memberi pendedahan kepada murid tentang dunia pembacaan
3.7. Mewujudkan daya usaha untuk persaingan yang sihat dan membina
kekuatan minda
3.8. Melahirkan tokoh murid yang berketerampilan dalam bidang pembacaan
3.9. Menampilkan murid yang mengamalkan ciri ciri pembaca yang berkualiti
4.0 JAWATANKUASA PROGRAM NILAM 2014

Penasihat: Tn.Hj. Hasan bin Omar - Pengetua


Pengerusi : En. Wan Mustapha bin Wan Sulaiman - Penolong Kanan Pentadbiran
Penyelaras : En. Che Zawawi bin Che Husin
Setiausaha : Pn NorZawani binti Rahim
AJK :
Hadiah dan sijil :
1. Pn. Nor Akimah bt. Abd. Ghani
2. Pn. Masyitah bt. Mohd Nor
3. Pn. Zuraini bt. Mohamed
Persembahan :
1. Cik Nur Faezah bt. Niadyah
2. Cik Anis Nabilah bt. Che Mahmood
Buku Program:
1. Pn. Siti Hawa bt. Ibrahim
Upacara Perasmian:
1. Pn. Nurul Hazwani bt. Mohd Rushdi
2. Pn. Rokiah bt. Abdullah
Jurukamera:En. Ilwan bin Abdul Majid

5.0 PELAKSANAAN
5.1 Rekod Bacaan (Buku NILAM)
5.2 Borang Rekod (penilaian guru)
5.3 Pengiktirafan (ganjaran mengikut tahap )

6.0 TAHAP PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN NILAM

Pelaksanaan Program NILAM ini dibahagikan kepada dua tahap:

1. Tahap Jauhari - pelajar membaca banyak buku dan direkodkan (Buku


NILAM)
2. Rakan Pembaca - pelajar sudah membaca 100 buku dan jalankan aktiviti
Pembacaan
6.1 NILAM TAHAP JAUHARI

Pelajar-pelajar wajib melibatkan diri dengan banyak membaca .

90 - 179 buku - Gangsa


180 - 269 buku - Perak
270 - 359 buku - Emas
360 buku ke atas - NILAM (permata)

6.2 NILAM RAKAN PEMBACA

6.2.1 Kebolehan pelajar membimbing dan menarik minat orang lain supaya suka
membaca. Aktiviti Tahap Jauhari diteruskan.
6.2.2 Guru Kelas Inisiatif dilantik sebagai Guru Pembimbing Rakan Pembaca
mengikut Aliran.
6.2.3 Pelajar akan memilih dan meminjam buku dari PSS atau sumber lain untuk dibaca
dan seterusnya meminjamkan buku tersebut kepada rakan-rakan, keluarga dan
jiran.
6.2.4 Pengiraan markah bagi Tahap RP berdasarkan aktiviti yang dijalankan ialah
bercerita, membaca bersama, bicara buku, meminjam buku, syarahan, lakonan
dan diskusi.

Contoh Pengiraan Rakan Pembaca


Bil Aktiviti Pendengar Markah
Bercerita 1sesi x 20 pendengar 5
Bicara buku 1 sesi x 3 pendengar 3
Lakonan 1 sesi x 40 pengengar 5
Jumlah 13

7.0 HADIAH

7.1 Pertandingan “Program NILAM 2014”


7.1.1 Pembaca Terbanyak Tingkatan 1 hingga 5 (Mac– Oktober 2014)
7.1.2 Pembaca Terbanyak keseluruhan bulanan (Mac– Oktober 2014)
7.1.3 Keseluruhan Pembaca Terbanyak 2014 Tahap 1 dan 2
7.1.4 Keseluruhan Kelas Terbanyak Membaca 2014 Tahap 1 dan 2
8.0 STRATEGI MENJALANKAN AKTIVITI DAN MASA PELAKSANAAN

8.1 Dua waktu membaca di perpustakaan dimuatkan dalam jadual kelas mata
pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris atau bawa buku ke dalam kelas.
Guru boleh meminjam buku secara pukal.
8.2 Gunakan masa waktu di PSS untuk menjalankan aktiviti ‘info-hunt’ (murid cari
maklumat daripada bahan bacaan di PSS).
8.3 Gunakan 10-15 minit semasa P&P untuk membaca teks tentang sesuatu tajuk
pelajaran
8.4 Gunakan 10-15 minit untuk membaca dengan kuat dalam P&P terutamanya
dalam pelajaran B.I,BM,agama atau satu aktiviti formal
8.5 Mata pelajaran lain seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan galakkan
tugasan folio dan catatkan ringkasan tentang buku rujukan untuk tugasan.
8.6 Galakkan murid membaca pada waktu senggang di sekolah dan rumah.

CONTOH AKTIVITI MEMBACA


Ø Resensi Buku Baru (tajuk/ diskusi tentang tema dll)
Ø Ulasan buku (secara menulis/lisan)
Ø Pameran bertema di PSS
Ø Sudut Bacaan Kelas

9.0 PERANAN IBU BAPA

9.1 Menyediakan kemudahan bacaan di rumah.


9.2 Menggalakkan anak-anak membaca buku di rumah.
9.3 Memantau anak-anak menulis buku NILAM setelah membaca buku.
9.4 Membawa anak-anak ke Perpustakaan Desa, Perpustakaan Daerah dan
Perpustakaan Negari bagi aktiviti meminjam dan membaca buku.

10.0 PERANAN MURID

10.1 Membaca buku berbentuk fiksyen dan bukan fiksyen.


10.2 Pelajar wajib memiliki buku NILAM yang boleh dibeli di Pusat Sumber Sekolah
dengan harga RM2.50 sebuah.
10.3 Pelajar perlu mencatat maklumat dalam buku NILAM setelah membaca buku.
10.4 Serahkan buku NILAM setiap hujung bulan kepada Guru Kelas bagi guru kelas
mencatat data NILAM anda.
10.5 Pelajar digalakkan meminjam buku di Pusat Sumber. Pelajar boleh meminjam
sebanyak 2 buah buku seminggu.
10.6 Pelajar perlu menyimpan buku NILAM dari Tingkatan 1—5 untuk rekod pemilihan
Tokoh NILAM Peringkat Sekolah.
10.7 Jadikan membaca amalan hidup. Orang yang berilmu akan dipandang mulia

11.00 TEMPAT PELAKSANAAN PROGRAM NILAM

SMK Dabong

12.00 PERALATAN

12.1 Buku fiksyen dan bukan fiksyen


12.2 Buku NILAM

13.0 TARIKH PROGRAM

1 Mac – 31 Oktober 2014

14.00 ANGGARAN PEMBELANJAAN

14.1 Pembaca terbanyak Tingkatan 1 hingga 5 (Mac – Oktober 2014)


Hadiah = RM 10.00 x 5 x 8 bulan = RM 400
Jumlah = RM 400

14.2 Pembaca terbanyak keseluruhan bulanan (Mac– Oktober 2014)


Hadiah= RM 10 x 8 bulan = RM 80
Jumlah = RM 80

14.3 Pembaca terbanyak keseluruhan menengah atas dan menengah rendah


(hadiah utama)
Emas = RM 150.00 x 1 buah = RM 150
Perak = RM 50.00 x 1 buah = RM 50
Gangsa = RM 35.00 x 1 buah = RM 35
Jumlah = RM 235

14.4 Kelas Paling Banyak Membaca


Tahap 1
Hadiah = RM 50.00
Tahap 2
Hadiah = RM 50.00
Jumlah = RM 100.00
14.5 Bajet
BIL BAHAN JUMLAH
1 Hadiah RM815.00
2 Banner Program NILAM RM 270.00
Jumlah RM 1085.00
Bajet PCG PUSAT SUMBER SEKOLAH

15.0 PENUTUP
Program ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua warga SMK Dabong
dan seterusnya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan yang diperolehi melalui
pembacaan serta meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar-pelajar SMK
Dabong.

Disediakan oleh: Disahkan oleh;

…………………………………. ........................................
(EN.CHE ZAWAWI BIN CHE HUSIN) (TN.HJ.HASAN BIN OMAR)
Guru Penyelaras Media. Pengetua
SMK Dabong

Disemak oleh;

..............................................................
(EN. WAN MUSTAFA BIN WAN SULAIMAN)
Guru Penolong Kanan 1
KERTAS KERJA

PROGRAM NILAM
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DABONG

2014

You might also like