You are on page 1of 2

TEKS PENGACARA MAJLIS

PERHIMPUNAN MINGGUAN SJKT DARULAMAN

*Perhatian kepada semua murid anda diminta untuk berbaris mengikut kelas masing

*Perhimpunan pada pagi ini akan bermula sebentar sahaja lagi

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapakan

Yang Berusaha ,Puan R. Jothi (Guru Besar SJKT Darulaman)

Yang Dihormati ,Encik J.Patrick (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Yang Dihormati ,Puan G.Kasturi (Guru Penolong Kanan Kokurikulum)

Guru-guru SJKT Darulaman , staf sokongan, seterusnya rakan-rakan sekalian.

Saya D. Tharmes, akan mengacarakan majlis perhimpunan kita pada pagi ini.

Bersyukur kepada Tuhan, kerana pada pagi ini, kita dapat bersama-sama berkumpul
,dalam majlis perhimpunan mingguan, pada kali ini.

Sebelum majlis perhimpunan kita diteruskan,

Majlis menjemput saudara Nirmal, untuk memimpin bacaan doa, pada pagi ini

Dipersilakan,

……………………………………………………………………………………………..

Terima kasih diucapkan kepada saudara Nirmal, atas bacaan doa sebentar tadi

Seterusnya, majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, dan lagu sekolah

Diminta semua hadirin untuk berdiri tegak dan nyanyi dengan penuh bersemangat

Lagu Negaraku…(Iringan Muzik)………………………………………………………

Lagu Sekolah… (1,2,3)………………………………………………………………….

Terima kasih diucapkan atas nyanyian lagu sebentar tadi

Seterusnya, majlis akan diteruskan dengan bacaan ikrar daripada para pengawas
yang bertugas

Oleh itu, majlis mempersila saudara Shanathanan, Saudara Navin dan Saudari
Trinethraa untuk memimpin bacaan ikrar

Terima kasih diucapkan atas bacaan ikrar sebentar tadi


Semua guru dipersilakan duduk.

Tanpa melengahkan masa,

Majlis menjemput guru yang bertugas pada minggu ini iaitu Cikgu Mohd Syamim B.
Abdullah untuk menyampaikan ucapan beliau.

Dipersilakan

…………………………………………………………………………………………………

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Mohd Syamim

Seterusnya , majlis kita pada pagi ini, diteruskan lagi dengan mendengar ucapan
,dan amanat daripada Puan Guru Besar

Oleh itu, majlis berbesar hati, menjemput dan mempersila ,Puan R. Jothi,

Guru Besar SJKT Darulaman, untuk menyampaikan ucapan beliau.

Dipersilakan

…………………………………………………………………………………………………..

Terima kasih diucapkan kepada Puan Guru Besar, atas ucapan dan nasihat yang
diberikan sebentar tadi.

Diharapkan semua murid, dapat mengambil segala kata-kata positif yang diberikan,
untuk kita amalkan bersama-sama.

Sebelum mengakhiri majlis perhimpunan kita pada pagi ini,

Semua guru dan murid dimohon untuk berdiri tegak, untuk bersama-sama
menyanyikan lagu Negeri Kedah dengan penuh bersemangat

Lagu Negeri Kedah (Iringan Muzik)…………………………………………………………

Terima kasih diucapkan atas nyanyian lagu Negeri Kedah sebentar tadi

Dengan berakhirnya nyanyian lagu sebentar tadi , maka berakhirlah sudah majlis
perhimpunan kita pada pagi ini

Saya D. Tharmes selaku pengacara majlis memohon maaf ,andai terdapat


kekurangan dan kelemahan sepanjang mengacara majlis pada pagi ini.

Semoga kita semua dapat berjumpa semula pada masa yang akan datang

Sekian, terima kasih

*Perhatian kepada semua pengawas sekolah,

*Anda diminta untuk tunggu sebentar di tapak perhimpunan selepas ini.

You might also like