You are on page 1of 3

Kata hubung pancangan relatif

ialah kata yang bertugas sebagai penghubung klausa utama dengan klausa
yang kecil. Kata jenis ini hanyalah "yang"

Contoh:
a. Banyak nilai positif terdapat pada individu (ayat utama)
b. Banyak individu mempunyai kecerdasan emosi. (ayat kecil)
c. Banyak nilai positif terdapat pada individu yang mempuyai kecerdasan
emosi.

Contoh-contoh ayat
1. Buah anggur yang tergantung pada dahan itu paling disukainya.
2. Buah anggur yang ditanam di tanah tinggi itu sangat manis.
3. Pak Mat mempunyai ladang anggur yang paling besar di Cameron
Highlands.
4. Ibu membeli buah anggur yang manis dari kebun Pak Mat.

Kata hubung pancangan komplemen


Kata hubung ini menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu
klausa utama. (Komplemen bermaksud pelengkap). Jadi, klausa klausa
pancangan komplemen itu melengkapkan klausa utama. Kata hubung yang
berperanan begitu ialah bahawa dan untuk.

Contoh ayat:
a Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam
A.

b Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.

c Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai.


Isi tempat kosong bagi kata hubung pancangan relatif dan
komplemen yang sesuai.

1. Dia menyatakan ________________ kebakaran itu berpunca daripada


litar pintas.

2. Gadis itu menyedari ________________ dia dalam bahaya sekarang.

3. Pelakon itu sedar _________________ dia sudah tidak popular seperti


dahulu.

4. Rashid Sidek merupakan pemain badminton ____________ dikenali


ramai pada tahun 80-an.

5. Menara Eiffel ialah ________________ paling terkenal antara banyak


menara sedemikian di Perancis.

6. Beliaulah tokoh ___________________ memenangi anugerah tersebut


bersempena dengan Hari Bapa pada tahun ini.

7. Polis bersetuju ______________________ kebanyakan kejadian jenayah di


negeri itu dilakukan oleh pendatang asing

Nyatakan ayat di bawah sama ada betul (✔ ) ataupun salah


(❌). Jika ayat tersebut salah, berikan kata hubung yang
sesuai.

1. Kami berpendapat yang mutu sukan bola sepak negara kita


semakin merudum. (_____)

2. Mereka berpendirian bahawa usaha itu akan mendatangkan


kejayaan yang cemerlang. (_____)

3. Pegawai itu mengesahkan yang tembikar itu tulen seperti yang


dilihatnya di China. (_____)

4. Usaha tersebut sangat sukar setelah pihak bomba


memaklumkan yang tiada mangsa yang ditemukan. (_____)
5. Beliaulah tokoh yang memenangi anugerah tersebut
bersempena dengan Hari Bapa pada tahun ini. (_____)

6. Polis bersetuju yang kebanyakan kejadian jenayah di negeri itu dilakukan


oleh pendatang asing. (_____)

7. Kerajaan telah mengisytiharkan yang hari Jumaat ini merupakan hari


kelepasaan am bagi seluruh Malaysia. (_____)

8. Roslin memberitahu Hafizullah yang dia tidak dapat mengikuti kursus


kejurulatihan di Kulim. (_____)

You might also like