You are on page 1of 8

Sains Tahun 5

Unit 4: Proses Hidup Tumbuhan


1.Tumbuhan mempunyai ciri-ciri khas yang membantunya untuk melindungi diri.

Ciri Khas
Tumbuhan untuk
Melindungi Diri

Iklim dan
Musuh Perubahan
Musim

Berlindung daripada Musuh

Berduri

Berbau Bergetah
Ciri-ciri Khas
Tumubuhan
Melindungi
Diri daripada
musuh

Berbulu
Beracun
Halus
a. Berduri
 Duri yang terdapat pada batang tumbuh-tumbuhan boleh menyebabkan
kesakitan atau kecederaan pada haiwan atau manusia
 Contoh tumbuhan: pokok bunga ros, semalu, pokok kaktus

Pokok kaktus
Sumber Gambar: http://zeld.dvrlists.com/cactus/

b. Berbulu halus
 Bahagian batang buluh mempunyai bulu-bulu halus yang menyebabkan
kegatalan.

Pokok buluh
Sumber Gambar: http://abodo.co.nz/learning/bamboo-really-the-sustainable-
timber-choice/

 Pokok labu mempunyai bulu halus di bahagian batang, buah dan daun yang
menyebabkan kegatalan apabila menyentuh pokok ini.

Pokok labu
Sumber Gambar: https://tippinthescales.wordpress.com/2007/10/25/pumpkin-soup-its-
the-season/

c. Bergetah
 Contoh tumbuhan: pokok nangka, pokok mangga, pokok getah, pokok keladi
 Pokok nangka menghasilkan getah untuk mengelakkan diri daripada dimakan.
 Getah mempunyai rasa yang pahit dan melekit.
 Getah menyebabkan kegatalan pada kulit dan mata.

Pokok nangka
Sumber Gambar: https://en.wikipedia.org/wiki/Jackfruit
d. Beracun
 Sesetengah tumbuhan mengeluarkan racun yang boleh menyebabkan musuh
sakit atau mati jika memakan tumbuhan ini.
 Buah pong-pong mempunyai biji benih yang beracun yang boleh digunakan
untuk membuat racun tikus.

Buah pong-pong
Sumber Gambar:
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&action=printable&tid=80
3934

 Pokok alamanda menghasilkan cecair beracun yang boleh mengelakkan dirinya


daripada dimakan.

Pokok alamanda
Sumber Gambar: http://herba.berita1.com/alamanda-allamanda-cathartica

e. Mengeluarkan bau
 Rafflesia mengeluarkan bau yang amat busuk untuk menghindarkan haiwan
daripada memakan bunga ini.
 Bau yang busuk ini menarik perhatian lalat dan serangga lain yang membantu
menyebarkan biji benih bunga ini.

Rafflesia
Sumber Gambar: http://www.rafflesiaflower.com/

Penyesuaian terhadap Iklim dan Musim


Akar Panjang

Daun
Batang
Berbentuk
Menyimpan Air
Jarum

Ciri Khas
Tumbuhan
Menyesuaikan
diri terhadap
Iklim dan
Musim

Daun
Menggulungkan
Berpecah-
Daun
pecah

Menggugurkan
Daun

a. Akar panjang
 Akar yang panjang digunakan untuk menyerap air dengan lebih baik.
 Contoh tumbuhan: pokok kaktus

b. Batang menyimpan air


 Air yang disimpan oleh tumbuhan digunakan semasa musim kemarau dan cuaca
yang melampau panas.
 Contoh tumbuhan: pokok kaktus, pokok pisang

Pokok pisang
Sumber Gambar:
http://treesandshrubs.about.com/od/commontrees/p/bananatree.htm

c. Menggulungkan daun
 Daun digulungkan supaya luas permukaan daun kurang terdedah kepada
cahaya matahari.
 Kehilangan air daripada tumbuhan dapat dielakkan.
 Contoh tumbuhan: pokok pisang, pokok keladi, pokok jagung, pokok tomato

Pokok jagung menggulungkan daun pada waktu panas.


Sumber Gambar: https://www.ag.ndsu.edu/cpr/plant-science/drought-stress-
beginning-to-impact-corn-growth-7-5-12

d. Menggugurkan daun
 Daun digugurkan apabila cuaca panas dan kering untuk mengelakkan
kehilangan air yang banyak.
 Contoh tumbuhan: pokok bunga kertas, pokok getah

Pokok bunga kertas


Sumber Gambar: http://flowerian.com/613/cara-merawat-bunga-kertas-bagi-
pemula.html

e. Daun berpecah-pecah
 Pokok kelapa mempunyai daun yang berpecah-pecah untuk mengurangkan
rintangan air.
 Daun yang berpecah-pecah ini mengelakkan daun daripada koyak dan pokok
daripada tumbang.

Pokok kelapa
Sumber Gambar: http://appi.32-b.it/coconut-tree/

f. Daun berbentuk jarum


 Daun yang berbentuk jarum boleh mengelakkan kehilangan air.
 Contoh tumbuhan: pokok ru, pokok kaktus

Pokok ru
Sumber Gambar: https://www.flickr.com/photos/kaylengzhai/8338510498
Pancaran Biji Benih

1. Tumbuhan memastikan kemandirian spesiesnya dengan memencarkan biji benh dan


buahnya.

2. Biji benih disebarkan ke tempat lain melalui pencaran.

3. Pencaran ialah cara biji benih dibawa jauh daripada pokok induk.

Kepentingan Pencaran Biji Benih

1. Tumbuhan perlu memencarkan biji benih dan buah untuk kemandirian spesiesnya.

2. Biji benih perlu dipencarkan jauh daripad induk supaya dapat hidup dengan subur.

3. Biji benih yang tidak dipencarkan akan tumbuh berdekatan dengan induk dan akan
mengalami persaingan sesama sendiri untuk mendapatkan keperluan seperti ruang,
makanan, air dan cahaya.

4. Tumbuhan tidak dapat bertumbuh dengan sihat jika tidak mendapat keperluan yang
mencukupi.

Video:

Ciri-ciri Khas Tumbuhan untuk Melindungi Diri

Sumber Rujukan:

Buku Teks Sains Tahun 5


http://www.slideshare.net/kuandfa/proses-hidup-tumbuhan
http://dokumen.tips/documents/kepentingan-pencaran-biji-benih.html
https://www.youtube.com/watch?v=LTmnCP8GEVs
Cara pencaran Ciri-ciri biji benih dan buah Contoh
Air  Buah kelapa mempunyai ruang udara  Pokok kelapa
dalam sabut dan kulit kalis air yang  Buah pong-pong
membantunya terapung dan dibawa ke  Buah teratai
tempat lain.
 Buah pong-pong mempunyai kulit yang
berlilin menghalang air masuk ke dalam
buah.
 Buah teratai mempunyai pudung
berongga yang membantunya terapung
di atas permukaan air.
Angin  Biji benih lalang dan kekabu berbulu  Lalang
halus, kecil, ringan dan kering  Kekabu
membolehkannya ditiup angin.  Buah meranti
 Biji benih meranti dan angsana  Buah angsana
mempunyai struktur seperti sayap atau
bulu halus yang menyebabkannya
mudah diterbangkan oleh angin.
Manusia dan  Sesetengah buah mempunyai warna  Buah betik
haiwan yang terang, berisi, boleh dimakan,  Pokok semalu
berbau dan mempunyai biji yang keras.
Ciri-ciri ini menarik minat haiwan untuk
memakannya.
 Biji benih kemuncup dan pokok semalu
mempunyai cangkuk, duri atau
permukaan yang melekit supaya boleh
melekat pada haiwan.
Mekanisme  Buah akan merekah dan meletup  Buah getah
letupan apabila sudah matang dan kering.  Buah keembung
 Ini akan menolak biji benih keluar
daripadanya dan tersebar jauh
daripada induk.

You might also like