You are on page 1of 14

Dalam merancang pengajaran bahasa, anda perlu;

1) Mengambil kira kemahiran bahasa yang perlu diajarkan kepada

kanak-kanak.

2) Mengenal pasti tahap penguasaan bahasa kanak-kanak.

3) Memahami perkembangan bahasa kanak-kanak dari bayi

sehingga memasuki alam persekolahan.

3) Memahami bahawa perkembangan bahasa kanak-kanak berlaku

dengan kadar yang cepat.

Amalan pedagogi seorang guru merujuk kepada dua komponen utama

dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu:

1) Pengetahuan persediaan pengajaran - merujuk kepada

pemahaman dan penguasaan anda sebagai guru dalam

merancang aktiviti dan menyediakan bantuan mengajar angikut

panduan yang terkandung dalam Kurikulum Standard

Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

2) Kemahiran pelaksanaan pengajaran - merujuk kepada kebolehan

dan kecekapan anda dalam melaksanakan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.


Pengetahuan dan kemahiran pedagogi adalah penting supaya dapat

melaksanakan tiga komponen yang penting iaitu Perancangan,

Pelaksanaan dan Pentaksiran

Perancangan

- Guru perlu mempunyai pengetahuan pedegogi bagi memudahkan

adalam proses perancangan yang merangkumi kemampuan

untuk menetapkan isi kandungan pelajaran, susunan aktiviti serta

bahan bantu mengajar yang akan digunakan.

- membantu anda dalam mentafsir kurikulum, mengadaptasikan

pengalaman lepas dan membuat refleksi terhadap

pengajaran supaya anda dapat merancang pengajaran yang

boleh disesuaikan dengan tahap kematangan, minat, kebolehan

dan keperluan murid-murid anda.


- dapat membantu anda dalam membuat perancangan dan

melaksanakan pengajaran yang sistematik bagi sesuatu tempoh

pengajaran.

- Browne (2009) mencadangkan tiga peringkat perancangan iaitu:

Jangka masa panjang (sepanjang gempoh persekolahan) ,

Jangka masa sederhana (berdasarkan penggal), Jangka

masa pendek (mingguan dan harian)

KSPK (2017) memberi penekanan pada dua peringkat perancangan

iaitu:

1) Standard Kandungan merujuk kepada penyataan spesifik tentang

perkara yang seorang murid patut ketahui dan boleh lakukan

dalam suatu tempoh persekolahan. Ia merangkumi aspek

pengetahuan, kemahiran dan nilai.

2) Standard Pembelajaran pula merujuk kepada suatu set kriteria

umum yang menunjukkan tahap-tahap prestasi yang seorang

murid harus pamerkan sebagai petanda bahawa sesuatu

perkara itu telah dipelajari olehnya


Perlaksanaan

Dalam Tunjang Komunikasi, terdapat tiga kemahiran bahasa yang

perlu dikuasai oleh seorang kanak-kanak sepanjang program

prasekolah.

1. 1.0 – Kemahiran mendengar dan bertutur

2. 2. 2.0 – Kemahiran membaca

3. 3. 3.0 – Kemahiran menulis

Penetapan standard pembelajaran (PSP) berbeza bagi kanak2 berumur

4+ dan 5+. PSP ini memberi implikasi bahawa:-

1) pengetahuan dan kemahiran pedagogi merupakan dua elemen

yang perlu dikuasai oleh guru

2) berbeza mengikut aras kesukaran dan umur menuntut kreativiti

anda dalam menentukan pendekatan

pengajaran dan memilih bahan bantu mengajar yang sesuai

dengan standard yang ditetapkan.

3) Pengetahuan tentang pedagogi bahasa akan membantu menyusun

atur pengajarannya dalam satu tempoh masa yang yang


tertentu agar Standard Kandungan yang

ditetapkan itu akan berjaya dicapai oleh kanak-kanak setelah

melewati tempoh tersebut

Sembilan pendekatan yang boleh dilaksanakan di dalam bilik

darjah seperti yang disarankan oleh KSPK 2017:-

1. Pembelajaran Berpusatkan Murid 2. Belajar Melalui Bermain

3. Pembelajaran Berasaskan Inkuiri 4. Pendekatan Bersepadu

5. Pendekatan Bertema 6. Pembelajaran Berasaskan

Projek

7. Pembelajaran Masteri 8. Pembelajaran Kontekstual

9. Pembelajaran Berdasarkan Kepelbagaian Kecerdasan

Kanak-kanak berumur 4+ disasarkan untuk menguasai kemahiran asas

mmembaca iaitu mengecam dan membunyikan abjad, suku kata dan

akhirnya perkataan.
Kaedah mengajarkan kemahiran awal membaca kepada kanak-kanak

ialah:

1. Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK)2. Kaedah Fonik/Bunyi

3. Kaedah Pandang Sebut 4. Kaedah Huruf

5. Kaedah VAK (Visual, Auditori dan Kinestetik)

Pengetahuan dan kemahiran pedegogi akan menjadi panduan untuk

merangsang pemilihan pendekatan dan keadah yang berkesan agar

proses pentaksiran dapat dijalankan dengan baik.

Pentaksiran

Browne (2009) - terdapat perkaitan antara pengajaran dan pentaksiran

- pentaksiran memberi maklumat dan bukti pencapaian kanak-

kanak

- boleh dijalankan secara formatif (secara harian dan mingguan)

dan sumatif (penghujung tahun)

- boleh dijalankan secar formal (ujian), tidak formal (pemerhatian,

temu bual)
Browne (2009) amalan pedagogi dan reflektus dapat mengesan

kekuatan dan kelemahan kanak2. Matlamat KSPK (Kurikulum

Standard Persekolahan Kebangsaan):-

1) memastikan kurikulum dilaksanakan setanding dengan standard

antarabangsa.

2) mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai serta

memasukkan secara eksplisit kemahiran Abad

ke21 termasuk kemahiran KBAT.

3) Perkembangan potensi kanak2 4-6 tahun secara menyeluruh dan

bersepadu (jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial)

4) meningkatkan kemahiran menanam keyakinan dan membentuk

konsep kendiri yang positif.

Objektif KSPK 2017 ialah untuk menyediakan peluang kepada murid

untuk dapat:

1. Menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan.


2. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk

murid beragama Islam.

3. Mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.

4. Menghargai dan peka terhadap budaya masyarakat Malaysia.

5. Menyayangi dan menghargai alam sekitar.

6. Memperkembangkan konsep kendiri yang positif dan keyakinan

diri.

7. Mempraktikkan amalan kesihatan, membina kecergasan badan

dan menjaga keselamatan diri.

8. Mengembangkan daya kreatif dan estetika.

9. Mengaplikasikan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif serta

kemahiran menyelesaikan masalah dalam pembelajaran dan

kehidupan seharian.

Objektif KSPK di atas memperlihatkan kesepaduan dalam ketigatiga

domain perkembangan kanak-kanak iaitu kognitif, afektif dan


psikomotor. Kesepaduan ini untuk memastikan perkembangan kanak-

kanak secara menyeluruh.

Kerangka DSKP yang dihasilkan telah menyepadukan enam tunjang

utama yang difikirkan perlu dalam proses perkembangan kanak-kanak

iaitu

i) Komunikasi -Kemahiran bahasa ini diorganisasikan dalam

kemahiran mendengar dan bertutur; kemahiran

membaca; dan kemahiran menulis

(ii) Kerohanian, sikap dan nilai - Pendidikan Islam memberi

penekanan terhadap penguasaan asas Al-Quran dan jawi,

pembentukan akidah, pemupukan asas

ibadah, penyuburan adab dan akhlak dan pengenalan kepada

sirah. Manakala, Pendidikan Moral memfokuskan kepada

pembentukan insan berakhlak mulia


(iii) Kemanusiaan - mengenali dan menghargai diri sendiri, orang di

sekeliling, komuniti setempat, alam sekitar, negara dan

masyarakat global.

(iv) Perkembangan Fizikal dan Estetika - Perkembangan fizikal

meliputi kemahiran motor halus, kemahiran

motor kasar, kemahiran manipulatif dan

pergerakan berirama. Kreativiti dan Estetika terdiri daripada

muzik,drama dan seni visual

(v) Sains dan Teknologi - Sains awal menekankan

pembentukan sikap dan penguasaan

kemahiran proses sains melalui penyiasatan terhadap alam

hidupan alam bahan dan alam fizikal.Matematik awal

membekalkan pengalaman awal matematik

termasuk pranombor, konsep nombor, operasi nombor,

nilai wang, konsep masa dan waktu serta bentuk dan ruang.
(vi) Keterampilan Diri. Memberi penekanan kepada mengenali dan

mengurus emosi sendiri; serta membina

kemahiran sosial

Tunjang Komunikasi

Kemahiran berbahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi

seperti kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.

Aspek seni bahasa pula merujuk kepada keupayaan memahami,

mengungkap dan menghargai bahasa.

Objektif Tunjang Komunikasi

1. Memberi respons secara bertatasusila terhadap pelbagai bahan

rangsangan yang didengar.

2. Berkomunikasi dan menyampaikan idea.

3. Membaca dan memahami ayat mudah.

4. Menulis perkataan, frasa dan ayat mudah.

Kemahiran Literasi Asas Kanak-kanak

Menurut Santrock (2013), sebelum berupaya untuk bertutur, bayi


sberkeupayaan untuk berinteraksi dengan bunyi-bunyian asas

yang berfungsi sebagai:-

(i) latihan mengeluarkan bunyi kepada asas bertutur;

(ii) untuk berkomunikasi dengan orang di sekeliling mereka;

dan

(iii) untuk mendapatkan perhatian. Bentuk-bentuk bunyian asas

sebelum berupaya

untuk bertutur yang dihasilkan oleh seorang bayi adalah

menangis, dekutan dan membuih

Penguasaan kemahiran berbahasa kanak-kanak digerakkan melalui

keempat-empat kemahiran iaitu mendengar, bertutur, membaca dan

menulis. Keupayaan seseorang kanak-kanak menguasai keempatempat

kemahiran tersebut dari perspektif pakar bahasa merujuk kepada empat

aspek:-

1) Aspek fonologi merujuk kepada kebolehan seseorang kanak-

kanak melahirkan bunyi. Ini termasuklah mendiskriminasikan

bunyi, meniru atau meneka pelbagai bunyi seperti bunyi binatang


atau alat mainan, kebolehan menyebut bunyi huruf, perkataan atau

sebaris ayat mudah.

2) Aspek semantik pula dikaitkan dengan kebolehan seseorang

kanakkanak memahami percakapan yang didengar atau memahami

maksud perkara yang dituturkan atau bahan bacaan yang dibaca. Pada

peringkat awal kanak-kanak, keupayaan ini dapat diperhatikan

melalui kemampuan kanak-kanak tersebut mendengar serta

bertindak balas atas arahan guru, menjawab soalan yang diberikan

secara lisan oleh guru, memahami kandungan bahan bacaan serta

berupaya untuk berkomunikasi dua hala bersama rakan atau guru

dengan baik.

3) Aspek perkembangan morfologi pula merujuk kepada

kemampuan seseorang kanak-kanak dalam membina ungkapan,

frasa ayat atau ayat mudah dengan menggabungkan beberapa

patah perkataan. Gabungan perkataan ini akhirnya dapat

membentuk ungkapan, frasa atau ayat yang bermakna.

Perkembangan tatabahasa kanak-kanak dikatakan meningkat apabila

mereka berupaya untuk menghasilkan ayat mudah kepada

perbualan yang lebih kompleks. Hal ini dapat dilihat melalui


kemampuan mereka menggunakan kata hubung, penanda wacana,

kata sendi dan sebagainya.

4) Aspek perkembangan pragmatik pula melihat kepada keupayaan

kanak-kanak bertutur berdasarkan fungsi bahasa, bertutur berdasarkan

peraturan budaya dan memasukkan elemen komunikasi bahasa

badan (non-verbal) dalam pertuturan mereka.

Perkembangan bahasa dan literasi berbeza dalam kalangan

kanak-kanak disebabkan oleh beberapa faktor;-

1) Umur kanak-kanak

2) Pendedahan kepada pelbagai aktiviti kebahasaan di rumah

3) Pendedahan kepada pelbagai aktiviti kebahasaan di kelas

prasekolah

4) Peluang melakukan pelbagai aktiviti praliterasi seperti bertutur

dan menyanyi.

You might also like