You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KENINGAU

89008, KENINGAU

KERTAS KERJA PROJEK SUDUT


MATEMATIK 2019

TARIKH :
8 Ogos 2019
1.0 PENGENALAN

Mata pelajaran Matematik merupakan mata pelajaran yang sangat penting untuk
murid-murid. Ia merupakan salah satu mata pelajaran teras dan perlu diduduki oleh semua
murid. Oleh yang demikian, bagi membantu murid-murid di sekolah ini dalam
memperkukuhkan lagi pengetahuan dan ilmu tentang Matematik, suatu usaha mewujudkan
sudut Matematik telah dikemukakan. Selain itu, ilmu Matematik ini juga diharapkan agar
dapat memberi peluang kepada murid untuk belajar secara didik hibur sekaligus
meningkatkan motivasi mereka untuk belajar Matematik.

2.0 OBJEKTIF
i. Memberi peluang kepada murid untuk belajar secara kendiri.
ii. Memupuk perasaan ingin tahu dalam kalangan murid.
iii. Mengoptimumkan input pembelajaran Matematik murid di sekolah.
iv. Menarik minat murid untuk belajar Matematik.
v. Menceriakan kawasan sekolah dengan bahan berilmiah.
vi. Memberi pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah dalam kalangan murid.

3.0 TEMPOH DAN TEMPAT PELAKSANAAN

Tempoh : 1 bulan ( Ogos – September)


Tempat : Sudut Matematik – Pondok berhadapan dengan papan kenyataan sekolah.

4.0 SASARAN

Murid Sekolah Kebangsaan Kampung Keningau.

5.0 AHLI JAWATAN KUASA

Penasihat : Lea @ Leah Lewas


Pengerusi : Sapilin bin Sanah
Penyelaras Projek : Suzana Binti Abas @ Abd Rahman
Penolong Projek : Marysinah Bt. Jubilih
Penolong Penyelaras : Anthony Lainis
Setiausaha : Asfie Majus
Pen. Setiausaha : Wong Chik Ching
Ahli Jawatan kuasa : Lia Liyana Purana, Francis Victor & Juris Lugaron
6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Perkara Kuantiti Harga Seunit Jumlah


(RM) (RM)
1. Pita Pelekat (Double sided) 2 2.00 4.00
2. Kertas A4 Berwarna (80 gsm) 50 helai 0.30 15.00
3. Gam Air 1 botol 1.50 1.50
4. Dawai Kokot 1 kotak 12.00 12.00
5. Plastik Liminate A4 10 keping 0.80 8.00
6. Pembalut Hadiah 5 gulung 0.80 4.00
Jumlah 17.40 44.50

7.0 SUMBER KEWANGAN

Jawatan kuasa Panitia Matematik.

8.0 PERANCANGAN PROJEK

Bil. Aktiviti Bahan Tindakan


1. Perbincangan Projek Kertas Kerja Semua guru Matematik
2. Menyediakan Bahan Sudut Matematik Semua guru Matematik
3. Mewujudkan Sudut Matematik Semua guru Matematik
4. Dokumentasi dan Laporan Asfie Majus

9.0 PENUTUP

Perancangan kertas kerja ini adalah untuk memudahkan Sudut Matematik ini diwujudkan
dengan lebih proaktif dengan bantuan dan kerjasama daripada pihak sekolah khususnya
semua ahli jawatan kuasa Panitia Matematik. Diharapkan agar usaha yang dirancang ini dapat
berjalan dengan lancar dan mampu memberi pubahan positif di Sekolah Kebangsaan
Kampung Keningau.
Disediakan oleh : Disemak oleh :
_________________ _________________
( ASFIE MAJUS ) ( SAPILIN BIN SANAH )
Setiausaha, Pengerusi,
Projek Sudut Matematik, Projek Sudut Matematik,
S.K. Kampung Keningau, S.K. Kampung Keningau,
Keningau. Keningau.

Disahkan oleh : Diluluskan oleh :


__________________ _________________
( SUZANA BINTI ABAS @ ABD RAHMAN) ( LEA @ LEAH LEWAS )
Guru Penolong Kanan 1, Guru Besar,
S.K. Kampung Keningau, S.K. Kampung Keningau,
Keningau. Keningau.

You might also like