You are on page 1of 14

ta Tingkatan 2: BAB 1: ORGAN-ORGAN DERIA

Organ-organ Deria
Manusia mempunyai lima organ deria utama iaitu, kulit, hidung, lidah, telinga dan mata.

Organ-organ deria berfungsi untuk mengesan rangsangan (stimuli), yang merupakan


perubahan di sekeliling kita.

Sebagai contoh, kita menggunakan kulit sebagai deria sentuhan, hidung sebagai deria
bau, lidah sebagai deria rasa, telinga sebagai deria pendengaran dan mata sebagai deria
penglihatan.

Rangsangan (stimulus) ialah perubahan yang terhasil oleh sumber-sumber tertentu dan
ia boleh menyebabkan organ-organ deria untuk bertindak balas kepadanya.

Contoh rangsangan yang boleh dikesan oleh manusia ialah - sentuhan, tekanan, sakit,
sejuk, haba, bahan kimia, bunyi dan cahaya.

Setiap satu daripada organ deria kita sensitif terhadap hanya satu jenis rangsangan.

Semua organ-organ deria yang lengkap dengan penerima / reseptor deria (sensory
receptors) iaitu hujung saraf (nerve endings), yang boleh mengesan rangsangan.

Organ deria Jenis deria Ransangan dikesan


Kulit Sentuhan Sentuh, tekanan,
sakit, sejuk & panas
Hidung Bau Bahan-bahan kimia
Lidah Rasa Kimia
Telinga Pendengaran & Bunyi
keseimbangan
Mata Penglihatan Cahaya
Deria Sentuhan
Deria sentuhan (sense of touch) adalah deria yang sensitif terhadap rangsangan
sentuhan (touch stimulus) yang dikenakan oleh objek yang tertentu.

Organ yang terlibat dalam pengesanan rangsangan sentuhan ini adalah kulit (skin).

Struktur kulit manusia:

Kulit terbahagi kepada dua lapisan iaitu, dermis (lapisan dalaman) dan epidermis
(lapisan luar).

Dermis:
 Terdiri daripada lapisan tebal tisu penghubung (connective tissue).
 Kaya dengan kapilari darah (blood capillaries) untuk mengangkut (to transport) nutrien,
oksigen ke dermis dan membawa keluar karbon dioksida.
 Struktur lain yang dijumpai dalam dermis adalah otot gentian (muscle fibres), kelenjar
peluh (sweat glands) dan tisu adipos (lemak).
 Dermis juga mengandungi 'hujung saraf' (nerve endings) untuk mengesan kesakitan,
sejuk, panas, sentuhan dan tekanan.
 Hujung saraf juga dikenali sebagai reseptor deria (sensory receptors) kerana ianyanya
boleh mengesan pelbagai deria di seluruh bahagian kulit.

Jenis-jenis reseptor.

Epidermis:
 Lapisan paling luar kulit. Epidermis dibarisi oleh lapisan sel-sel mati yang keras pada
permukaan.
 Sel-sel mati itu mengandungi keratin.
 Lapisan epidermis yang paling rendah dipanggil lapisan Malpighian. Sel-sel dalam lapisan
tersebut sentiasa membahagi untuk menghasilkan sel-sel baru.

Tahap kepekaan kulit

Kulit kita mempunyai tahap kepekaan yang berbeza (different degrees of sensitivity)
di setiap bahagian yang berlainan pada badan.

Ini adalah kerana reseptor (penerima) tidak sama rata pada setiap bahagian kulit. Sebagai
contoh, lidah dan hujung jari adalah lebih sensitif berbanding tumit kaki, siku atau tapak
tangan.

Tahap kepekaan (sensitivity) kulit bergantung kepada dua faktor


 Ketebalan epidermis
Bahagian kulit yang nipis lebih sensitif terhadap rangsangan.
 Bilangan reseptor
Bahagian kulit yang banyak bilangan reseptor lebih sensitif terhadap sentuhan.

Kepekaan kulit pada bahagian-bahagian yang berlainan pada tubuh manusia


 Leher, pipi dan hujung jari. Bahagian ini mempunyai epidermis yang nipis serta
reseptor yang banyak, yang sensitif terhadap rangsangan sentuhan.

 Tapak tangan (palm). Bahagian ini mempunyai banyak reseptor yang sensitif kepada
rangsangan sejuk dan panas.

 Tapak kaki dan siku (soles and elbows) adalah kurang sensitif terhadap sentuhan
kerana ia mempunyai epidermis yang tebal serta bilangan reseptor yang sedikit.

Kegunaan kepekaan kulit dalam kehidupan seharian:


 Tempat suntikan pada badan.
Pesakit biasanya diberi suntikan pada lengan atau punggung (pinggul). Ini adalah kerana
bahagian kulit ini mempunyai epidermis yang tebal. Jadi, pesakit akan kurang merasa
kesakitan apabila disuntik.
 Membaca 'Braille'.
Orang buta menggunakan hujung jari mereka untuk mengenal pasti huruf dan membaca
Braille. Ini adalah kerana bahagian hujung jari mempunyai epidermis yang nipis serta
banyak reseptor, yang sensitif terhadap rangsangan mana-mana sentuhan.
Deria Bau
Deria bau (sense of smell) adalah deria yang boleh mengesan rangsangan (stimuli)
yang dihasilkan oleh bahan kimia yang tajam (pungent chemicals).

Organ yang terlibat dalam deria bau adalah hidung (nose).

Struktur hidung manusia:


 Hidung manusia mempunyai rongga yang dipenuhi dengan tisu epitelium (epithelium
tissue).
 Pada permukaan tisu epitelium terdapat sel-sel deria (sensory cells) yang dikenali
sebagai sel-sel penghidu (olfactory cells).
 Permukaan rongga hidung adalah lembap kerana terdapat mukus (mucus) yang
dirembeskan oleh sel-sel kelenjar.
 Rongga hidung mempunyai sepasang pembukaan luaran (lubang hidung) yang
mempunyai bulu untuk menapis habuk dari udara yang disedut melalui hidung.

Struktur dan fungsi hidung manusia.


Proses mengesan bau oleh hidung:
1. Bau dalam bentuk molekul kimia yang disedut ke dalam rongga hidung (rongga
nasal) akan larut dalam mukus dan merangsang sel-sel deria.
2. Sel-sel deria yang dirangsang akan menghasilkan impuls. Impuls (impulse) adalah
isyarat maklumat yang bergerak pantas di sepanjang saraf.
3. Impuls yang dirangsang akan dihantar ke otak. Otak akan mentafsir impuls
tersebut sebagai bau.
4. Sel-sel deria boleh mengesan bau seperti bau bunga (floral scent), bau busuk (foul
odour), bau dibakar (burnt smell) dan aroma makanan (food aroma) yang diangkut
melalui udara kedalam hidung.

Kepekaan (sensitivity) hidung kepada rangsangan adalah dipengaruhi oleh faktor-


faktor berikut:
 Kekuatan bau.
Bau yang lebih kuat akan lebih mudah dikesan oleh hidung berbanding dengan bau yang
lebih lemah. Jika sel-sel deria dirangsang oleh bau yang kuat, bau-bau yang lain (yang
lebih lemah baunya) tidak akan dikesan pada masa yang sama.
 Kehadiran mukus dalam hidung.
Mukus yang banyak akan mengurangkan kepekaan hidung kerana kurang bahan-bahan
kimia yang merangsang sel-sel deria. Sebaliknya, ketiadaan mukus menyebabkan rongga
hidung kering dan menyebabkan bau tidak dapat dikesan dengan betul.
Semasa selsema, sel-sel deria dilitupi dengan mukus yang banyak. Ianya menghalang sel-
sel deria daripada dirangsang oleh bahan kimia. Oleh itu, orang yang menghidap selsema
mempunyai kecekapan hidung yang kurang.

Deria Rasa
Deria rasa (sense of taste) adalah salah satu yang dapat mengesan rangsangan yang
dihasilkan oleh bahan kimia berperisa (flavoured chemicals).

Lidah (tongue) merupakan organ deria yang sensitif terhadap rangsangan kimia /
bahan berperisa.
Lidah merupakan organ berotot yang terletak di dalam rongga mulut.

Kawasan rasa lidah manusia.


 Lidah membolehkan kita untuk mengesan rasa manis (sweet), masin (salty), masam
(sour) dan pahit (bitter).
 Permukaan lidah mempunyai deria / tunas rasa (taste buds). Tunas rasa ini
menyebabkan permukaan lidah kasar dan menggerutu (spotty).
 Setiap tunas mempunyai banyak reseptor rasa yang boleh mengesan rasa sesuatu bahan.
 Setiap tunas rasa adalah sensitif terhadap SATU jenis rasa tertentu sahaja.
 Lidah manusia mempunyai empat kawasan / bahagian, yang mana masing-masing sensitif
terhadap rangsangan rasa tertentu sahaja.
 Sebagai contoh, bahagian depan lidah adalah lebih sensitif terhadap rasa manis dan
masin, bahagian belakang lidah lebih sensitif terhadap rasa pahit, manakala bahagian sisi
lidah lebih sensitif terhadap rasa masam.

Proses mengesan rasa oleh lidah manusia:


 Rasa makanan hanya dapat dikesan apabila makanan tersebut berada dalam bentuk cecair
(liquid form).
 Apabila makanan dimakan, air liur (saliva) dirembeskan di dalam mulut untuk
melarutkan makanan.
 Makanan yang telah dilarutkan akan merangsang tunas rasa (taste buds) untuk
mencetuskan impuls.
 Impuls tersebut akan dihantar ke otak melalui sistem saraf untuk ditafsirkan sebagai rasa.
 Rasa lazat sesuatu makanan itu dihasilkan oleh kombinasi kesemua empat jenis rasa
(tastes).

Hubungan antara deria bau (sense of smell) dan deria rasa (sense of taste):
 Rongga hidung dan rongga mulut adalah bersambung. Jadi, deria rasa dan deria bau
adalah saling berkaitan.
 Apabila seseorang menghidap selsema, selera makannya akan berkurang kerana
hidungnya tersumbat dengan lendir / mukus (mucus).
 Mukus akan menyebabkan sel-sel deria bau kurang dirangsang oleh bau makanan. Oleh
itu, selera makan seseorang penghidap selesema itu akan berkurangan.

Deria Pendengaran
Deria pendengaran (sense of hearing) adalah deria yang boleh mengesan sumber bunyi
yang dihasilkan oleh objek bergetar.

Deria keseimbangan adalah deria yang bertanggungjawab untuk mengawal keseimbangan


(equilibrium) apabila badan bergerak.

Telinga (ear) adalah organ pendengaran manusia.

Manusia mempunyai dua telinga yang terletak di sisi kepala.

Struktur telinga manusia:


Struktur dan fungsi telinga manusia.

 Telinga terbahagi kepada tiga bahagian iaitu, telinga luar, telinga tengah dan telinga
dalam.
 Telinga luar dan telinga tengah dipenuhi dengan udara, manakala telinga dalam dipenuhi
dengan cecair.
Fungsi bahagian-bahagian telinga adalah seperti berikut:
Bahagian Struktur / Ciri-ciri Fungsi
Telinga luar: Berbentuk corong dan Mengumpul dan
Cuping telinga terdiri daripada tulang mengarahkan gelombang
(Pinna) rawan. bunyi ke dalam telinga.
Salur telinga Tiub sempit yang Menghantar gelombang
(Ear canal) menghala ke arah bunyi ke gegendang
gegendang telinga. telinga.
Gegendang telinga Membran nipis yang Bergetar dan menghantar
(Eardrum) memisahkan bahagian gelombang bunyi ke
telinga luar daripada osikel.
telinga tengah.
Telinga tengah: Terdiri daripada tiga Mempertingkatkan getaran
tulang kecil: gelombang bunyi
Osikel sebanyak 22 kali sebelum
(Ossicles) Tukul (Hammer): menghantar ke tingkap
Menyentuh gegendang bujur.
telinga.

Andas (Anvil):
Menyambungkan tulang
tukul kepada tulang rakap.

Rakap (Stirrup): Melekat


pada tingkap bujur.

Tiub Eustachia Tiub sempit yang Mengimbangi tekanan


(Eustachian tube) menyambungkan bahagian udara di kedua-dua belah
telinga tengah ke tekak. gegendang telinga.
Tingkap bujur Membran nipis yang Menghantar getaran bunyi
(Oval window) berbentuk bujur antara dari bahagian telinga
telinga tengah dan telinga tengah ke telinga dalam.
dalam.
Telinga dalam: Tiub bergelung yang Mengubah getaran bunyi
penuh dengan cecair. kepada impuls.
Dinding dalamnya
Koklea mempunyai hujung saraf
(Cochlea) yang sensitif terhadap
getaran gelombang bunyi.
Salur separuh bulat Tiga saluran yang terletak Mengimbangi kedudukan
(Semicircular canals) pada sudut kanan di badan.
antara satu sama lain.
Mempunyai kantung kecil
yang dipenuhi dengan
cecair dan hujung saraf
yang sensitif terhadap
keseimbangan fizikal
badan.
Saraf auditori Sekumpulan saraf yang Menghantar impuls dari
(Auditory nerves) menyambungkan sel-sel koklea ke otak untuk
deria ke otak. ditafsirkan sebagai bunyi.

Tiub Eustachia dan salur separa bulat adalah bahagian telinga yang tidak terlibat
dalam pendengaran.

Tiub Eustachia mengimbangi tekanan pada kedua-dua belah gegendang telinga.

Salur separuh bulat mengawal keseimbangan badan (body equilibrium).


 Salur separuh bulat terdiri daripada tiga tiub yang diisi dengan sejenis cecair yang
dipanggil 'endolymph'.
 Pergerakan kepala akan mempengaruhi keadaan endolymph.
 Pergerakan endolymph akan merangsang sel-sel deria untuk mengeluarkan impuls.
 Impuls tersebut akan dihantar ke otak untuk mengesan kedudukan dan arah pergerakan
kepala.

Mekanisme pendengaran telinga


1. Bunyi dihantar dari satu kawasan ke kawasan lain dalam bentuk gelombang
(waves).
2. Cuping telinga mengumpul gelombang bunyi dan mengarahkannya terus kepada
salur telinga.
3. Salur telinga mengarahkan gelombang bunyi tersebut ke gegendang telinga.
4. Telinga bergetar apabila ia menerima gelombang bunyi.
5. Getaran gelombang bunyi digandakan/dipergiatkan/dipertingkatkan (intensified)
sebanyak 22 kali oleh osikel.
6. Getaran yang dipertingkatkan itu kemudiannya dihantar ke koklea melalui tingkap
bujur.
7. Getaran tingkap bujur menyebabkan endolymph dalam koklea untuk bergetar dan
merangsang sel-sel saraf di dalam koklea.
8. Sel-sel saraf di dalam koklea mengubah getaran cecair kepada impuls.
9. Impuls dihantar dari koklea ke otak melalui saraf auditori untuk ditafsirkan sebagai
bunyi.
Deria Penglihatan

Struktur dan fungsi mata manusia.


Deria penglihatan adalah deria yang boleh mengesan rangsangan cahaya (light stimulus).

Mata (eye) adalah organ penglihatan yang penting bagi manusia.

Manusia mempunyai dua mata yang terletak dalam soket tengkorak (skull).

Mata manusia berbentuk sfera dan sedikit menonjol.

Kedudukan mata dalam soket tengkorak.

Struktur mata manusia.


Mata manusia terdiri daripada tiga lapisan tisu iaitu sklera (lapisan paling luar),
koroid (lapisan tengah) dan retina (lapisan paling dalam).

Di bahagian hadapan, mata dilindungi oleh kelopak mata yang boleh tertutup dengan
sendirinya.

Mata juga dilincirkan oleh air mata yang dihasilkan oleh kelenjar air mata (tear gland).
Keratan rentas mata manusia.

Pandangan hadapan mata.

Fungsi setiap bahagian mata.

Bahagian Struktur/Ciri-ciri Fungsi


Sklera (sclera) Lapisan putih yang kuat.  Memegang bentuk mata.

 Melindungi mata.
Kornea (cornea) Membran lut cahaya  Membenarkan cahaya
(translucent) sklera, pada masuk ke dalam mata.
bahagian depan mata.

 Memfokus cahaya pada


retina.
Koroid (choroid) Lapisan gelap yang  Membekal oksigen dan
mempunyai banyak makanan kepada mata.
kapilari darah

 Menyerap dan
mengelakkan pantulan
cahaya di dalam mata.
Konjunktiva (conjunctiva) Lapisan epitelium pada Melindungi kornea.
depan mata.
Iris Lapisan berbentuk cakera Menentukan warna mata.
(disc-shaped) pada depan
mata.
 Mengawal saiz pupil dan
jumlah cahaya yang
memasuki mata.
Anak mata (pupil) Bukaan kecil pada depan Membenarkan cahaya
mata. memasuki mata.
Kanta mata (lens) Kanta cembung yang lut Membias dan menfokus
sinar dan elastik. cahaya pada retina.
Otot silia (ciliary muscle) Otot yang membentang Mengubah ketebalan kanta
dari koroid. apabila jarak fokus kanta
berubah.
Ligamen gantung Satu struktur yang Menyokong dan
(supportive ligament) terbentuk daripada memegang kanta pada
gentian kolagen. tempatnya.
Gelemaca (vitreous Bahan seperti jeli yang  Mengekalkan bentuk
humour) mengisi ruang di dalam mata.
biji mata.

 Menyerakkan dan
memfokus imej pada
retina.

 Bertindak sebagai
penyerap getaran pada
mata.
Gelemair (aqueous Cecair tidak berwarna Membias dan menfokus
humour) yang mengisi ruang di cahaya yang memasuki
bahagian hadapan kanta mata.
mata.
Retina Lapisan sel yang peka  Mengesan rangsangan
kepada cahaya. cahaya dan
menukarkannya kepada
impuls.

 Kawasan mata yang paling


peka terhadap cahaya.
Titik bertentangan dengan
 Imej objek yang dilihat
(a) Bintik kuning pupil dan kaya dengan difokus disini.
(yellow spot) reseptor peka cahaya.

 Kawasan mata yang tidak


peka terhadap cahaya.
 Imej objek yang terbentuk
Titik melalui saraf optik, di sini tidak dapat dikesan.
yang keluar dari retina,
(b) Bintik buta dan tidak mempunyai sel
(blind spot) yang peka kepada cahaya.
Saraf optik (optic nerve) Sekumpulan saraf yang Menghantar impuls dari
menghubungkan retina ke retina ke otak untuk
otak. ditafsirkan.

Mekanisme Penglihatan
Pembentukan imej pada retina.
Kanta mata (lens) dalam mata manusia adalah kanta cembung yang lutsinar (transparent
convex lens).

Cahaya yang datang daripada objek akan melalui kanta seterusnya dibengkokkan (bent)
dan difokuskan kepada retina.
Imej yang difokuskan pada retina dikawal oleh otot silia (ciliary muscles).

Otot silia (relaxation and contraction of ciliary muscles) bertindak untukmengawal


ketebalan kanta mata (thickness of the eye lens).
Ketebalan kanta akan berubah untuk membolehkan mata untuk melihat objek dekat dan
jauh.

Keupayaan mata untuk memfokus kepada objek pada jarak yang berbeza dikenali
sebagai akomodasi (accommodation). Tindakan ini dilakukan oleh otot silia yang
mengubah ketebalan kanta mata dan dengan itu mengubah jarak fokusnya.

Seseorang yang berpenglihatan normal dapat memfokuskan objek dari jarak 25cm hingga
infiniti. Jarak 25cm dikenali sebagai jarak minimum bagi penglihatan jelas.

Akomodasi -> Melihat objek yang Melihat objek yang


dekat jauh
Otot silia(ciliary
muscle) Mengecut (contract) Dalam keadaan
rehat/mengendur
(relax)
Keadaan ligamen
gantung(supportiv Dalam keadaan Mengecut (contract)
e ligament) rehat/mengendur
(relax)
Ketebalan kanta
mata Menebal (become thick) Menipis (become thin)

Illustrasi

Mekanisme Penglihatan
Sesuatu objek membalikkan (reflects) cahaya dalam semua arah.

Hanya cahaya dalam kawasan pandangan tertentu sahaja akan memasuki mata.

Cahaya dibengkokkan pada kornea (cornea), gelemair (aqueous humour), kanta mata
(lens) dan gelemaca (vitreous humour).

Suatu imej terbalik (inverted image) akan terfokus kepada retina dan seterusnya
mencetuskan impuls saraf.

Pembentukan imej pada retina.

Impuls saraf dihantar ke otak melalui saraf optik untuk ditafsirkan. Imej ditafsirkan
sebagai tegak.
Pembentukan imej pada retina adalah sama seperti pembentukan imej oleh kanta
cembung (convex lens), yang menghasilkan imej terbalik dan nyata.

You might also like