You are on page 1of 47

Jom Ulang kaji Tajuk – Tajuk Karangan Bahagian B ( 2019 )

Ulasan 1 ( Pengambilan Makanan Secara Sihat )

Gambar menunjukkan panduan untuk pengambilan makanan secara sihat demi memastikan kualiti kesihatan
kita.

Makanan berlemak, berminyak, bergaram, dan bergula perlu dihadkan pengambilannya kerana akan
menyebabkan penyakit obesiti dan darah tinggi. Selain itu, makanan yang berasaskan protein seperti ikan,
susu, dan keju perlu dimakan secara sederhana. Seterusnya, protein dapat melindungi badan daripada penyakit
dan menguatkan sistem imun badan. Makanan berasaskan karbohidrat perlu diambil dalam kuantiti yang
banyak kerana karbohidrat membekalkan tenaga kepada tubuh badan manusia.

Kesimpulannya, makanan yang kita ambil hendaklah berasaskan panduan makanan supaya kita
sentiasa sihat dan cergas.

Ulasan 1.1 ( Pengambilan Makanan Secara Sihat )

1
Poster ini menunjukkan piramid makanan sebagai panduan untuk makan secara sihat demi memastikan kualiti
kesihatan kita.

. Makanan berasaskan karbohidrat perlu diambil dalam kuantiti yang banyak kerana
karbohidrat membekalkan tenaga kepada tubuh badan manusia. Buah-buahan dan sayur-sayuran pula perlu
dimakan antara dua hingga tiga sajian pada setiap hari. Selain itu, makanan yang berasaskan protein seperti
ikan, telur, dan daging perlu dikurangkan pengambilannya, iaitu satu hingga tiga sajian pada setiap hari.
Hadkan pengambilan lemak, minyak, garam, dan gula dalam sajian kerana akan menyebabkan penyakit obesiti
dan darah tinggi..

Kesimpulannya, jumlah makanan yang diambil hendaklah berasaskan piramid makanan supaya kita
sihat sepanjang hayat.

Ulasan 2 ( Keselamatan di Jalan raya )

2
Kempen Keselamatan Jalan Raya tersebut dianjurkan oleh Yayasan Belia Malaysia.

Kempen ini ditujukan khas untuk pejalan kaki. Pejalan kaki diingatkan supaya memakai pakaian yang
cerah. Hal ini penting supaya mereka mudah dilihat oleh pemandu kenderaan. Seterusnya, pejalan kaki
hendaklah berjalan di lorong pejalan kaki yang memisahkan pejalan kaki dengan kenderaan yang bergerak
lebih pantas. Mereka perlu berjalan menghadap lalu lintas juga. Selain itu, pejalan kaki mestilah menggunakan
jejantas semasa melintas jalan.

Kesimpulannya, pejalan kaki perlulah mengambil langkah untuk menjaga keselamatan diri semasa
berada di jalan raya.

Ulasan 2.2 ( Keselamatan di Jalan raya )

3
Gambar menunjukkan tentang langkah-langkah keselamatan di jalan raya yang perlu kita titik beratkan demi
keselamatan kita.

Topi keledar hendaklah dipakai semasa menunggang motosikal untuk menjaga keselamatan jika
berlaku sesuatu kemalangan. Di samping itu, mematuhi peraturan lampu isyarat sangat penting supaya tidak
berlaku kemalangan. Selain itu, jejantas perlu digunakan semasa melintas jalan raya agar dapat melintas jalan
dengan selamat. Seterusnya, kanak-kanak perlu memegang tangan orang dewasa semasa melintas jalan agar
dapat melintas jalan dengan selamat.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati dan mengambil langkah-langkah keselamatan semasa di jalan
raya.

Ulasan 2.3 ( Keselamatan di Jalan raya )

4
Sekolah Kebangsaan Sungai Ria telah mengadakan Kempen Keselamatan Jalan Raya.

Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk memastikan setiap murid dapat menjaga keselamatan diri
ketika berada di jalan raya. Untuk menjaga keselamatan diri di jalan raya, satu daripada cara yang perlu
dilakukan ialah setiap murid diminta melintas jalan menggunakan lintasan zebra atau menggunakan jejambat
yang telah disediakan. Selain itu, murid-murid perlulah beratur semasa menaiki bas. Murid-murid perlu beratur
ketika menaiki bas supaya tidak ditimpa kemalangan seperti terjatuh ketika menaiki bas. Ketika mengayuh
basikal di jalan raya, setiap murid tidak perlulah bersaing-saing antara satu sama lain. Murid-murid yang
menunggang basikal mestilah menunggang dalam satu barisan agar tidak mengganggu perjalanan kenderaan
di jalan raya. Di samping itu, juga, ketika berjalan kaki di jalan raya, kita mestilah berjalan menghadap trafik
agar kita nampak kenderaan yang berada di hadapan kita.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati dan mengambil langkah-langkah keselamatan semasa di jalan
raya.

Ulasan 3 ( Penjagaan Kesihatan )

5
Penjagaan kesihatan diri sangat penting bagi semua orang.

Terdapat beberapa kaedah dalam menjaga kesihatan diri. Kita perlulah mengamalkan aktiviti senaman
sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk membolehkan otak kita cerdas. Di samping itu, kita juga haruslah
menjaga kebersihan diri sendiri seperti memastikan kuku pendek dan sentiasa mencuci tangan sebelum
makan. Amalan pemakanan yang seimbang turut memainkan peranan yang penting dalam penjagaan
kesihatan diri seseorang kerana dapat menggelakkan pelbagai penyakit. Selain itu, kita perlulah bijak dalam
menangani tekanan agar kesihatan diri tidak terjejas. Kita juga perlu memastikan bahawa kita mendapat tidur
dan rehat yang cukup agar cergas pada siang harinya. Akhir sekali, seseorang itu perlu kerap menjalani
pemeriksaan doktor untuk memastikan tahap kesihatannya sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

Kesimpulannya, penjagaan kesihatan amat penting dalam memastikan kualiti kehidupan kita.

Ulasan 4 ( Sambutan Hari Kemerdekaan )

6
Gambar menunjukkan tentang sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang disambut pada setiap tahun.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah menghias kelas dengan Jalur Gemilang sebagai tanda kita
menyayangi negara kita. Di samping itu, bangunan sekolah juga dihiasi dengan Jalur Gemilang untuk
menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan. Selain itu, aktiviti yang dijalankan semasa sambutan ulang
tahun kemerdekaan ialah pertandingan lagu patriotik. Pertandingan beragam berasaskan Jalur Gemilang juga
diadakan daripada pelbagai kaum.

Kesimpulannya, sambutan ulang tahun kemerdekaan dapat memupuk semangat patriotik dalam
kalangan warga sekolah. Kita patut berasa bersyukur kerana dapat hidup di sebuah negara yang merdeka.

Ulasan 5 ( Amalan Gaya Hidup Sihat )

7
Gambar menunjukkan tentang amalan gaya hidup sihat.

Kita patut mengamalkan gaya hidup sihat seperti menjaga kebersihan anggota badan seperti mandi
dan mencuci badan dengan sabun untuk menghilangkan segala kotoran yang melekat pada badan. Di samping
itu, kita juga perlu menjaga kebersihan gigi dengan menggosok gigi setiap hari untuk menggelakkan kerosakan
gigi. Selain itu, kita hendaklah bersenam agar badan menjadi sihat dan cergas. Seterusnya, kita perlu
mendapat rehat dengan tidur dalam jumlah jam yang mencukupi agar kita tidak mengantuk semasa belajar.

Kesimpulannya, amalan gaya hidup sihat penting supaya badan kita sihat dan cergas.

Ulasan 5.1 ( Amalan Gaya Hidup Sihat )

8
Amalan gaya hidup sihat sangat penting untuk memastikan kita sentiasa berada dalam keadaan sihat dan
ceria.

Bersenam merupakan antara amalan yang boleh dilakukan untuk memastikan kita sentiasa sihat. Kita
boleh berjoging pada hari minggu ataupun beriadah di taman untuk mengeluarkan peluh dan mengekalkan
berat ideal. Selain itu, pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat juga amat diperlukan untuk
pertumbuhan badan. Makanan yang mengandungi lemak, minyak, dan gula yang banyak akan menyebabkan
pelbagai penyakit seperti diabetes dan darah tinggi. Apabila seharian sibuk bekerja, kita memerlukan rehat
yang secukupnya untuk memastikan badan menjadi segar dan minda kembali bertenaga. Tidur yang berkualiti
pada waktu malam dapat memastikan kita bangun dengan bersemangat pada keesokan harinya. Merokok perlu
dijauhi kerana boleh menjejaskan kesihatan.

Kesimpulannya, pelbagai penyakit sama ada penyakit berjangkit atau tidak biasanya berpunca
daripada kegagalan mengamalkan gaya hidup sihat.

Ulasan 6 ( Faedah Bersukan )

9
Gambar menunjukkan suasana temasya sukan tahunan yang diadakan di setiap sekolah.

Salah satu daripada facdah bersukan ialah dapat menyihatkan badan. Ketika bersukan, badan akan
mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam tubuh kita. Kesannya, badan kita menjadi sihat dan
cergas serta tidak berasa lesu ketika belajar. Melalui bersukan, kita dapat mengeratkan hubungan dan
menambah kenalan, Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa mahupun
agama. Hal ini dapat memupuk perpaduan antara kaum. Di samping itu, bersukan juga merupakan aktiviti
mengisi masa lapang secara bermanfaat. Ini akan mengelakkan kita daripada melakukan perkara yang tidak
berfaedah.

Kesimpulannya, bersukan mendatangkan banyak faedah dan secara tidak langsung dapat
mewujudkan persiktaran yang sihat dalam kalangan murid-murid.

Ulasan 7 ( Alam Sekitar )

10
Gambar menunjukkan kepentingan kitar semula yang akan memberi impak yang positif dalam kehidupan kita.

Alam sekitar hendaklah dijaga dengan baik. Oleh itu, kita mestilah mengitar semula bahan-bahan
terpakai dalam usaha menjaga alam sekitar supaya tidak tercemar. Dengan mengitar semula bahan-bahan
terpakai dapat menyelamatkan hutan daripada terus ditebang. Ini kerana hutan membekalkan oksigen kepada
haiwan dan manusia. Seterusnya, dengan mengitar semula bahan terpakai dapat menjimatkan kos. Contohnya,
menggunakan tayar terpakai sebagai hiasan di taman. Dengan mengitar semula dapat mengurangkan masalah
pencemaran dan secara tidak langsung udara di persekitaran menjadi lebih sihat. Kita dapat menyedut udara
yang segar setiap hari. Selain itu, jika kita berusaha memelihara alam sekitar, persekitaran juga akan lebih
bersih tanpa pencemaran.

Kesimpulannya, sebagai warganegara yang prihatin kita bertanggungjawab memastikan kualiti


persikataran kita bebas daripada pencemaran.

Ulasan 8 ( Pengurusan Wang / Berjimat Cermat )

11
Gambar menunjukkan cara-cara seseorang individu itu perlu mengetahui cara-cara untuk menguruskan
kewangan.

Antara cara untuk menguruskan kewangan adalah dengan merancang perbelanjaan seharian seperti
menyediakan belanjawan bulanan. Berbelanja secara bijak dengan mengutamakan barangan keperluan
berbanding dengan kehendak adalah salah satu cara menguruskan kewangan. Pastikan wang sentiasa berada
di tangan pada setiap masa bagi mengelakkan kita berhutang. Tempat penyimpanan wang juga penting untuk
memastikan wang disimpan di tempat yang selamat dan tidak terdedah kepada kecurian dan kehilangan.

Kesimpulannya, pengurusan wang yang cekap akan menceriakan kehidupan kita kerana kita bebas
daripada hutang.

Ulasan 8.1 ( Faedah Berjimat Cermat )

12
Carta menunjukkan kepentingan amalan menabung di samping melatih diri kita untuk berjimat cermat.

Amalan menabung harus dipupuk sejak kecil atau sejak di bangku sekolah lagi kerana amalan
menabung dapat menjamin masa hadapan. Seseorang yang bijak menguruskan wang dapat menggunakan
wang tabungannya untuk melanjutkan pelajaran, ibarat kata pepatah Melayu, 'sediakan payung sebelum
hujan'. Wang tabungan tersebut mampu menampung perbelanjaan ketika kecemasan seperti membiayai kos
perubatan. Dengan itu, kita tidak perlu meminjam wang daripada saudara-mara atau sahabat handai. Selain
itu, amalan ini dapat memupuk disiplin diri agar dapat membudayakan sikap berjimat cermat dalam kehidupan
seharian.

Kesimpulannya, amalan menabung perlu menjadi sebahagian daripada amalan murni yang mesti kita
praktikkan kerana budaya murni ini mampu mendidik kita menjadi insan yang berfikiran matang dan
mempunyai pandangan yang jauh serta wawasan yang jelas.

Ulasan 9 ( Faedah Membaca )

13
Gambar menunjukkan tentang amalan membaca. Membaca merupakan amalan yang mulia dan perlu ditanam
dalam diri kita.

Amalan membaca biasanya mula ditanam oleh ibu bapa sejak kita masih kecil lagi. Banyak manfaat
yang boleh kita peroleh sekiranya kita rajin membaca. Antaranya, kita dapat mengisi masa lapang dengan
aktiviti yang berfaedah. Selain itu, membaca boleh menambahkan ilmu pengetahuan dan mengeratkan
hubungan kekeluargaan. Aktiviti membaca boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Contohnya. di dalam bilik
bacaan. perhentian bas, perpustakaan ataupun di ruang tamu. Penerapan budaya membaca akan melahirkan
masyarakat yang berilmu pengetahuan dan boleh bersaing di peringkat antarabangsa

Kesimpulannya, banyak membaca luas pengetahuan dan secara tidak langsung akan membentuk
generasi yang berwawasan dan berwibawa.

Ulasan 10 ( Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum )

14
Gambar menunjukkan faedah-faedah menyertai aktiviti kokurikulum. Terdapat banyak faedah yang boleh
diperoleh dengan menyertai aktiviti kokurikulum.

Antara faedah yang boleh diperoleh ialah kita dapat mengharumkan nama keluarga dan sekolah.
Contohnya. jika kita berjaya dalam sesuatu aktiviti yang diceburi, secara tidak langsung kita dapat
mengharumkan nama keluarga kita dan sekolah yang kita wakili. Selain dapat mengisi masa lapang dengan
aktiviti yang berfaedah, aktiviti kokurikulum juga dapat membentuk sikap berdikari dalam kalangan murid yang
menyertainya. Di samping itu, kita dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita dan dapat juga
memupuk semangat kerjasama antara murid yang menyertainya.

Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti yang perlu disertai oleh setiap murid.

Ulasan 10 ( Belilah Barangan Buatan Malaysia )

15
Peta buih menunjukkan kebaikan belilah barangan buatan Malaysia kerana jenama buatan Malaysia setanding
dengan jenama dari luar negara.

Faedah membeli barang buatan Malaysia ialah kita dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga kerana
harga barangan buatan Malaysia lebih murah berbanding barangan import. Selain itu, kita dapat meningkatkan
imej negara kerana barangan buatan Malaysia setanding dengan jenama antarabangsa. Tambahan pula,
sebagai rakyat Malaysia kita haruslah mempunyai semangat patriotik dengan berbelanja barangan buatan
Malaysia. Akhir sekali, amalan rakyat Malaysia yang membeli barangan buatan Malaysia pastinya dapat
memajukan industri tempatan seperti pembuatan batik.

Kesimpulannya, sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya berbangga dengan barangan keluaran
negara sendiri yang telah terbukti mutunya yang berkualiti.

Ulasan 11 ( Cara-cara Hendak Menjadi Murid yang Cemerlang )

16
Peta minda menunjukkan cara-car untuk menjadi murid yang cemerlang.

Setiap murid bercita-cita untuk menjadi seorang murid yang cemerlang. Kecemerlangan seseorang
murid boleh diukur daripada pencapaian dalam peperiksaan yang ditempuhi termasuklah UPSR. Terdapat
berbagai-bagai cara yang boleh dilakukan untuk menjadi seorang murid yang cemerlang. Salah satu cara untuk
menjadi murid yang cemerlang ialah dengan memberi tumpuan di dalam kelas dan sering mencatat maklumat
penting yang dipelajari serta sering bertanya kepada guru jika tidak memahami apa yang telah dipelajari. Di
samping itu juga. Bagi menambahkan lagi kecemerlangan diri, kita perlu berbincang bersama-sama rakan
tentang pelajaran yang dipelajari serta bertukar-tukar idea antara satu sama lain bagi mendapat pengetahuan
atau maklumat terkini. Bagi mengekalkan kecemerlangan juga, kita haruslah rajin mengunjungi perpustakaan
untuk membuat rujukan serta boleh meminjam buku yang ada untuk membuat rujukan. Secara tidak langsung
ini dapat menambah pengetahuan. Untuk menjadi murid yang cemerlang juga kita haruslah sering membuat
ulang kaji di rumah serta menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru. Apa yang penting. Untuk menjadi
murid yang cemerlang kita haruslah rajin berusaha bak kata pepatah "kalau tidak dipecahkan ruyung manakan
dapat sagunya."

Kesimpulannya, belajar tanpa jemu pasti akan menghasilkan kejayaan dan kecemerlangan.

Ulasan 11 ( Selamatkan Bumi Kita daripada Tercemar )

17
Gambar menunjukkan poster "Selamatkan Bumi Kita daripada Tercemar" Bumi telah tercemar akibat
kerakusan manusia.

Pencemaran udara berlaku akibat pelepasan asap kilang, kenderaan, dan pembakaran terbuka. Selain
itu. semburan racun serangga di ladang-ladang juga salah satu punca pencemaran udara. Sikap manusia yang
tidak bertanggungjawab seperti membuang sampah di merata-rata tempat mengakibatkan udara berbau
busuk. Pembuangan sisa toksik menyebabkan air tercemar dan hidupan marin pupus. Penebangan hutan
secara tidak terkawal mengundang kepada pemanasan global. Akibatnya, berlakulah ketidakseimbangan
ekosistem bumi.

Oleh itu, kita hendaklah menjaga kelestarian bumi kita agar kita dapat hidup dengan selesa. "Hijaukan
Bumi Kita".

Ulasan 12 ( Kempen Amalan Membaca )

18
Amalan membaca harus dipupuk sejak kecil untuk melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan.

Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan ahli keluarga berperanan untuk memupuk minat membaca
dalam kalangan anak-anak. Ibu bapa juga boleh membaca buku bersama-sama ahli keluarga sepertimana
kempen "Jom Membaca Bersama-sama untuk 10 Minit" yang telah dilancarkan. Seterusnya, sokongan padu
daripada semua pihak dalam menjayakan kempen membaca ini amat diperlukan bagi memastikan objektifnya
tercapai. Dalam pada itu, kita juga hendaklah bekerjasama dalam memainkan peranan masing-masing bagi
menjayakan kempen amalan membaca ini, sekali gus menjadikannya sebagai tabiat dan dipraktikkan secara
berterusan.

Kesimpulannya, jadikanlah amalan membaca sebagai amalan harian kerana banyak membaca luas
pengetahuan.

Ulasan 13 ( Kempen Amalan Membaca )

19
Kerjaya sebagai pemain bola sepak merupakan kerjaya yang sangat mencabar dan dapat mengharumkan
nama negara.

Namun begitu, sebelum mengecap kejayaan, pelbagai halangan dan rintangan perlu dilalui oleh
pemain. Misalnya, tidak mendapat restu daripada keluarga pada awal penglibatan dalam sukan tersebut. Ibu
bapa mungkin beranggapan bahawa kerjaya tersebut tidak menjamin masa depan. Dalam pada itu, seorang
pemain bola sepak perlu giat menjalani latihan supaya dapat meningkatkan mutu permainannya. Setelah itu,
apabila aksi mereka semakin cemerlang dan bakat mula menyerlah, baharulah mereka diberikan kepercayaan
untuk menyarung jersi bagi mewakili pasukan bola sepak di peringkat daerah, negeri, dan kebangsaan.
Benarlah kata orang bahawa usaha tangga kejayaan.

Kesimpulannya, tidak mustahil untuk seseorang pemain mengecap kejayaan kerana kemahuan dan
usaha gigih yang ditunjukkan oleh mereka itu pasti akan membuahkan kejayaan di penghujungnya.

Ulasan 14 ( Jasa Guru )

20
Guru merupakan insan mulia yang banyak mencurahkan ilmu tanpa pernah kenal erti penat dan lelah dalam
mendidik anak bangsa. Tanpa guru, siapalah kita.

Guru diibaratkan sebagai ibu bapa kepada murid-murid di sekolah. Dalam hal ini, murid-murid banyak
menghabiskan masa di sekolah dan berada di bawah pengawasan guru. Tugas guru amat besar kerana
merekalah yang akan membimbing dan memberikan tunjuk ajar kepada murid-murid dalam mencapai
kecemerlangan. Murid-murid akan bersama dengan guru bukan sahaja untuk aktiviti di dalam kelas, bahkan
aktiviti di luar kelas seperti kokurikulum. Selain itu, guru juga bertanggungjawab dalam membentuk peribadi
dan tingkah laku murid sejak di bangku sekolah rendah lagi agar dapat melahirkan seorang insan yang berguna
kelak.

Kesimpulannya, kita haruslah menghargai pengorbanan guru. Janganlah kita menjadi seperti kacang
lupakan kulit apabila kita sudah berjaya suatu hari nanti.

Ulasan 15 ( Cara Membalas Jasa Guru )

21
Pantun menunjukkan tentang cara menghargai jasa guru yang patut diamalkan oleh semua murid.

Salah satu cara menghargai guru ialah murid perlu berkelakuan baik terhadap guru. Murid mestilah
menghormati guru dan bersopan-santun apabila berhadapan dengan guru. Selain itu, murid perlu belajar
bersungguh-sungguh untuk membalas pengorbanan guru. Di samping itu, murid seharusnya tidak melanggar
disiplin serta melibatkan diri dengan kegiatan negatif yang boleh merosakkan nama baik guru dan sekolah. Kita
boleh menghargai mereka dengan meraikan sambutan Hari Guru. Selain itu, kita juga boleh menghargai jasa
guru dengan mendoakan kesejahteraan guru.

Kesimpulannya, guru merupakan insan mulia yang patut dihargai oleh semua pihak kerana tanpa guru
siapalah kita.

Ulasan 16 ( Tempat-tempat Bersejarah di Melaka )

22
Dialog menunjukkan tempat-tempat bersejarah di Malaysia. Salah satu tempat bersejarah di Malaysia ialah
Lembah Bujang.

Lembah Bujang merupakan binaan manusia tertua yang pernah direkodkan di Asia Tenggara. Binaan
candi menunjukkan Lembah Bujang mempunyai hubungan perdagangan maritim di antara beberapa buah
negara luar seperti China. Istana lama Seri Menanti juga merupakan salah satu tempat bersejarah. la terletak di
Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan menjadi kediaman rasmi bagi Yang di-Pertuan Negeri Sembilan sejak 1900-an.
Keunikan istana ini ialah tidak menggunakan paku tetapi hanya menggunakan pasak. Di samping itu, Kota A
Famosa di Melaka telah dibina oleh Portugis. Merupakan kubu pertahanan Portugis.

Kesimpulannya, tempat-tempat bersejarah ini sangat bernilai dan menjadi tarikan pelancong dalam
dan luar negara.

Ulasan 17 ( Sambutan Hari Kebangsaan )

23
Poster tersebut tentang Pertandingan Melukis Poster #sehatisejiwa anjuran Blog Sekolah Kebangsaan Taman
Cemerlang.

Pertandingan ini bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2015. Hadiah-hadiah yang ditawarkan ialah,
tempat pertama diberi wang tunai RM50.00, alat tulis dan sijil penyertaan. Tempat kedua pula akan diberi wang
tunai RM30.00, alat tulis dan sijil penyertaan, manakala tempat ketiga akan diberi wang tunai RM20.00, alat
tulis dan sijil penyertaan. Semua peserta yang mengikuti pertandingan ini akan diberi sijil penyertaan.
Pertandingan ini terbuka kepada Murid Tahap 2. Tarikh tutup penyertaan pada 16 September 2015.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang pertandingan boleh melayari laman web
sktamancemerlang.worldpress.com.

Ulasan 18 ( Kem Motivasi UPSR )

24
Iklan tersebut adalah tentang Klinik UPSR 2016 anjuran Berita Semasa Skor A. Kem Motivasi ini memberi
kepada murid-murid tahun enam untuk meraih keputusan 6A dalam UPSR.

Yuran penyertaan sebanyak RM120. Antara pengisian program ialah teknik menjawab soalan secara
berkesan dan menerapkan elemen motivasi oleh fasilitator. Subjek yang diberi perhatian ialah Bahasa Melayu
(Pemahaman dan Penulisan), Bahasa Inggeris (Pemahaman dan Penulisan), Sains (Kertas 1 dan 2) serta
Matematik (Kertas 1 dan 2). Peserta boleh memilih masa yang sesuai sama ada Sabtu dan Ahad atau Jumaat
dan Sabtu bermula dari 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman sesawang berita semasa
SkorAcSwordpress.com.

Ulasan 19 ( Cara-cara Menggunakan Alat Pemadam Api )

25
Alat pemadam api ialah alat yang digunakan untuk memadamkan kebakaran kecil. Namun begitu. pastikan kita
menggunakannya dengan betul.

Pertama, tanggalkan alat keselamatan yang dilengkapkan daripada pemadam api. Alat ini dipasang
untuk mengelakkan alat pemadam api daripada digunakan secara tidak sengaja. Seterusnya, halakan muncung
alat pemadam api ke pangkal api. Pastikan anda berada pada jarak yang betul semasa memadamkan api.
Kemudian, tekan bahagian atas alat pemadam api dan semburkan ke arah api menggunakan kaedah menyapu.
Apabila api sudah dipadamkan, anda dikehendaki membuka semua pintu dan tingkap rumah untuk
membolehkan udara segar masuk.

Kesimpulannya, alat pemadam api haruslah digunakan dengan betul supaya tidak memudaratkan diri
sendiri dan orang lain.

Ulasan 20 ( Keistimewaan Pokok Kelapa )

26
Pokok kelapa merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh subur di pesisir pantai yang banyak memberikan
manfaat kepada manusia.

Antaranya, air kelapa muda dapat meredakan suhu badan seseorang yang mengalami demam panas.
Rasanya juga sungguh sedap. Selain itu, daun kelapa muda boleh dianyam untuk dijadikan ketupat pada musim
perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri. Seterusnya, batang pokok kelapa dapat dijadikan titi untuk menyeberangi
longkang parit, dan anak sungai. Dalam pada itu, isi buah kelapa yang sudah matang boleh dijadikan santan
atau diproses secara saintifik untuk dijadikan alat-alat kosmetik seperti sabun, pelembut kulit, dan minyak
rambut. Manakala, lidi kelapa pula boleh dijadikan penyapu.

Kesimpulannya, kita wajar untuk memanfaatkan tumbuhan ini dengan sebaik-baiknya kerana pokok
kelapa sangat berguna kepada manusia.

Ulasan 21 ( Aktiviti Semasa Cuti Sekolah )

27
Cuti sekolah sememangnya saat yang ditunggu-tunggu oleh semua murid kerana mereka boleh berehat di
rumah dan dapat meluangkan masa bersama-sama keluarga.

Namun begitu, cuti persekolahan haruslah diisi dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat seperti
mengulang kaji pelajaran agar dapat memantapkan lagi kemahiran dan ilmu pengetahuan. Selain itu, aktiviti
riadah seperti bersenam atau berjoging bersama-sama keluarga juga boleh dilakukan bagi membentuk
kesihatan jasmani dan rohani. Seterusnya. cuti persekolahan juga boleh diisi dengan aktiviti berkebun seperti
menanam pokok bunga bagi mencantikkan pemandangan di persekitaran rumah. Di samping itu. murid-murid
juga boleh mengikut keluarga makan angin ke tempat-tempat menarik untuk menambahkan pengetahuan dan
pengalaman.

Kesimpulannya, kita perlu mengisi waktu cuti persekolahan dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah
supaya dapat merasai pengalaman yang berguna.

Ulasan 22 ( Kebaikan Aktiviti Gotong-royong )

28
Gambar menunjukkan kebaikan aktiviti gotong-royong. Aktiviti ini dapat membentuk kesejahteraan hidup
dalam kalangan masyarakat.

Salah satu kebaikan aktiviti gotong-royong ialah aktiviti ini mampu meningkatkan semangat
bekerjasama dalam kalangan peserta seperti bergotong- royong menghapuskan kawasan nyamuk aedes. Selain
itu, aktiviti bergotong- royong dapat meringankan kerja dan kos kerana peserta melakukannya tanpa upah
tetapi atas semangat tolong-menolong dan bersikap prihatin dalam menghasilkan sesuatu tugasan komuniti.
Aktiviti gotong-royong juga dapat menjalinkan hubungan silaturahim dalam kalangan peserta dan mewujudkan
perpaduan. Hubungan yang baik tanpa mengira bangsa akan melahirkan kerukunan dalam sebuah komuniti.

Kesimpulannya, aktiviti gotong-royong perlu menjadi budaya hidup kita.

Ulasan 23 ( Kepentingan Pelbagai Jenis Pengangkutan )

29
Gambar menunjukkan kepentingan pelbagai jenis pengangkutan awam. Pengangkutan awam yang berkualiti
dapat menarik pengguna untuk menggunakannya.

Pengguna mampu menjimatkan masa kerana kenderaan awam seperti komuter, LRT dan monorel
mempunyai laluan sendiri. Selain itu, pengguna juga dapat menjimatkan kos perjalanan dari segi minyak dan
penyelenggaraan kenderaan jika menggunakan pengangkutan awam. Di samping itu, pengangkutan awam
dapat mengurangkan kesesakan jalan raya seperti yang berlaku di bandar-bandar besar. Kesannya, pengguna
dapat mengurangkan stres dan kadar pencemaran udara yang sentiasa berjerebu.

Kesimpulannya, kerajaan perlu menambah baik kelancaran sistem pengangkutan awam di Malaysia.

Ulasan 24 ( Punca-punca Kemalangan Jalan raya )

30
Gambar menunjukkan punca-punca kemalangan jalan raya. Kadar kemalangan maut di Malaysia semakin
meningkat terutama pada musim perayaan.

Punca utama kemalangan ialah sikap negatif pengguna yang sering melanggar peraturan jalan raya
dengan memandu secara berbahaya dan melebihi had laju. Selain itu, keadaan kenderaan tidak diselenggara
dengan baik seperti bunga tayar sudah haus dan kerosakan brek boleh menyebabkan kemalangan. Punca
seterusnya ialah faktor alam seperti jerebu yang membataskan pandangan pengguna, manakala hujan lebat
boleh menyebabkan permukaan jalan raya licin dan kenderaan mudah terbabas.

Kesimpulannya, kita mestilah sentiasa mengamalkan sikap 'Pandu Cermat Jiwa Selamat.'

Ulasan 25 ( Faedah Memancing )

31
Gambar menunjukkan pelbagai faedah yang boleh kita diperoleh daripada aktiviti memancing. Pelbagai lapisan
umur menggemari aktiviti ini.

Antaranya, memancing dapat mengisi masa Iapang dengan berfaedah di samping mengeratkan
hubungan keluarga atau rakan yang menyertainya. Selain itu, memancing dapat memupuk kesabaran dan
disiplin kerana pemancing perlu bersabar menunggu habuannya mengena berjam-jam lamanya. Kegiatan
memancing ini dapat meningkatkan kesihatan mental seseorang dan menghilangkan stres. Di samping itu, kaki
pancing berpeluang memenangi pertandingan memancing yang ada dijalankan. Pertandingan memancing ini
dapat menarik lebih ramai pengunjung.

Kesimpulannya, kegiatan memancing mampu mendatangkan keseronokan kepada penggemarnya.

Ulasan 26 ( Faedah Kebaikan Bercakap Benar )

32
'Bercakap benar itu pahit tetapi buahnya manis'. Begitulah ungkapan moral bagi individu yang bercakap benar.

Kebaikan bercakap benar antaranya, diri seseorang itu disukai dan dihormati serta dipercayai rakan
dan taulan. Selain itu, amalan bercakap benar menjadi pendorong ke arah perlakuan yang baik kerana
seseorang yang bercakap benar itu jujur dan amanah orangnya. Di samping itu, amalan bercakap benar berkait
rapat dengan kejayaan. Majikan mempercayainya lantas kenaikan pangkat menjadi mudah.

Kesimpulannya, berkata benarlah pada setiap masa agar kehidupan kita diberkati Tuhan.

Ulasan 27 ( Amalan Nilai Murni dalam Kalangan Masyarakat )

33
Gambar menunjukkan amalan nilai murni dalam kalangan masyarakat. Kecantikan bukan sahaja diukur
daripada paras rupa tetapi juga daripada perlakuan baik.

Amalan nilai murni dalam kalangan masyarakat akan membentuk kesejahteraan hidup rakyat Malaysia
baik dari segi komunikasi, kebersihan dan sebagainya. Kesedaran sivik boleh dipraktikkan jika rakyat Malaysia
mengamalkan nilai murni dalam kehidupan harian. Contohnya, kes jenayah dapat ditangani segera jika rakyat
sentiasa bertanggungjawab membantu polis. Selain itu, perpaduan dapat diperkukuh dengan sikap rakyat yang
bertolak-ansur, saling bekerjasama dan saling menghormati.

Kesimpulannya, amalan nilai murni mampu melahirkan masyarakat Malaysia yang berjiwa positif.

Ulasan 28 ( Cara-cara untuk Memperoleh Kecemerlangan dalam UPSR )

34
Gambar menunjukkan cara-cara untuk memperoleh kecemerlangan dalam Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah
Rendah.

Setiap murid perlu bersikap positif dengan cara menumpukan perhatian semasa guru mengajar di
dalam kelas. Catat nota-nota penting dan bertanyalah kepada guru tentang perkara yang tidak difahami. Selain
itu, murid perlu mempunyai jadual belajar dan mematuhinya. Membuat latih tubi dapat mengukuhkan ingatan
manakala penerokaan Internet memberikan informasi lanjut tentang sesuatu subjek. Di samping itu, murid
hendaklah mengikuti kelas tambahan bagi menambah kefahaman dan pemahaman sesuatu subjek semakin
jelas.

Kesimpulannya, kita mesti rajin kerana 'kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.'

Ulasan 29 ( Langkah-langkah Menangani Vandalisme )

35
Gambar menunjukkan langkah-langkah menangani vandalisme. Pelaku vandalisme merupakan golongan yang
tidak bersyukur terhadap harta benda awam.

Mereka sepatutnya dididik sejak kecil oleh ibu bapa tentang nilai bertanggungjawab terhadap harta
awam. Contohnya, kerosakan lif akibat vandalisme menyusahkan penghuni kawasan perumahan. Selain itu,
pendidikan moral dan agama perlu diberikan supaya remaja mempunyai sifat kekitaan dan menghargai harta
benda awam. Di samping itu, pelaku vandalisme perlu dikenakan hukuman denda yang berat seperti yang
dilakukan di Singapura.

Kesimpulannya, sayang dan hargailah harta benda awam kerana harta benda awam adalah milik
semua.

Ulasan 30 ( Amalan Berjimat Cermat )

36
Gambar menunjukkan berjimat cermat amalan mulia. Peribahasa 'ingat sebelum kena, jimat sebelum habis'
berkaitan dengan amalan mulia ini.

Berjimat cermat boleh dipraktikkan apabila kita berhemat dalam perbelanjaan, bijak membuat pilihan
dan mendahulukan perbelanjaan penting. Selain itu, amalan menabung ialah kesan daripada sikap bijak
berjimat cermat. Seseorang tidak mudah berhutang dan tidak terjebak dengan masalah hutang. Hasil tabungan
boleh dibelanjakan pada waktu kecemasan. Di samping itu, amalan berjimat cermat menjadikan seseorang itu
berdisiplin tinggi. Mereka sentiasa mengambil berat tentang penjimatan dan tidak melakukan pembaziran.

Kesimpulannya, kita perlu membudayakan amalan berjimat cermat dalam kehidupan kita.

Ulasan 31 ( Kebaikan dan Keburukan Menonton Televisyen )

37
Gambar menunjukkan kebaikan dan keburukan menonton televisyen. Televisyen ialah alat penyiaran yang
dimiliki hampir setiap rumah di Malaysia.

Menonton televisyen dapat meluaskan pengetahuan seseorang melalui rancangan dokumentari dan
menambah pengetahuan am. Selain itu, seseorang dapat berehat dengan menonton televisyen. Mereka boleh
menghiburkan hati dengan rancangan hiburan, mencuba pelbagai resipi dengan rancangan masakan dan
mendapat nasihat dengan rancangan berbentuk agama. Walau bagaimanapun, terdapat keburukannya jika
disalahgunakan. Murid menjadi malas belajar, meniru aksi ganas dan menggunakan bahasa yang tidak sopan.

Kesimpulannya, pilihlah rancangan yang baik untuk manfaat bersama.

Ulasan 32 ( Kegunaan Pokok Kelapa )

38
Pokok kelapa dikenali sebagai ‘Pokok Seribu Guna’. Pelbagai hasil daripada pokok kelapa boleh dimanfatkan.

Misalnya, daun kelapa digunakan untuk membuat ketupat yang merupakan juadah utama. Selain itu,
isi buah kelapa boleh diparut dan diambil santannya untuk dibuat makanan dan kuih-muih. Air kelapa muda
pula sedap diminum dan boleh menyejukkan badan. Di samping itu, tempurung kelapa boleh dijadikan senduk,
tabung dan bahan bakar. Batang kelapa dijadikan titi untuk menyeberang anak sungai atau parit. Seterusnya,
lidi kelapa boleh dijadikan penyapu untuk menyapu sampah di halaman rumah.

Kesimpulannya, pelbagai kegunaan pokok kelapa dan mampu menjana pendapatan para pekebun
kelapa, sekali gus memperkukuh ekonomi keluarga.

Ulasan 33 ( Kegunaan Pokok Pisang )

39
Pokok pisang merupakan sejenis tanaman yang banyak kegunaannya. Pelbagai hasil daripada pokok pisang
boleh dimanfatkan.

Misalnya, daun pisang dapat dijadikan pembalut makanan seperti nasi lemak dan ikan bakar. Jantung
pisang pula dapat dijadikan ulam atau kerabu sebagai hidangan tengah hari yang enak. Selain itu, buah pisang
yang sudah tua boleh dijadikan kerepek, manakala buah pisang yang sudah masak boleh digoreng atau
dijadikan pencuci mulut selepas makan. Seterusnya, batang pisang pula dapat dijadikan tali dan rakit untuk
menyeberangi sungai yang tohor airnya.

Kesimpulannya, produk yang dihasilkan oleh pisang atau buah pisang mampu menjana pendapatan
para petani, sekali gus memperkukuh ekonomi keluarga.

Ulasan 34 ( Fakta tentang Malaysia )

40
Gambar menunjukkan fakta tentang Malaysia. Malaysia menyambut hari kemerdekaan pada setiap 31 hari
bulan Ogos dengan kibaran bendera rasmi negara, iaitu Jalur Gemilang.

Perdana Menteri yang pertama ialah YAM Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj. Malaysia terdiri
daripada 13 buah negeri dan tiga buah Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Masyarakat majmuk Malaysia terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India dan bangsa-bangsa lain yang
membentuk 30 juta rakyatnya. Mercu tanda Malaysia yang terkenal di seluruh dunia ialah Menara Berkembar
Petronas. Bunga Rafflesia merupakan ikon bunga terbesar di Malaysia.

Kesimpulannya, Malaysia ialah negara yang sangat unik kerana terdapat kepelbagaian bangsa dan
agama.

Ulasan 35 ( Sehari Kehidupan Seorang Murid Cemerlang )

41
Carta alir menunjukkan sehari dalam kehidupan seorang murid cemerlang. 'Jika tidak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya', setiap murid perlu mengejar kecemerlangan.

Rutin kehidupan Sophia Chui bermula pada jam 5.45 pagi, iaitu bangun tidur, mandi dan bersiap ke
sekolah. Sophia Chui bersarapan sebelum menaiki bas pada pukul 6.30 pagi. Setibanya di sekolah, dia bertugas
membersihkan kelas. Sophia Chui belajar di Kelas Tahun 6 Sri 1 dari jam 7.30 pagi hingga 1.30 petang. Selepas
pulang dan menikmati makan tengah hari, Sophia Chui pergi ke kelas tuisyen. Kemudian, dia berjoging, makan
malam dan mengulang kaji pelajaran sebelum tidur pada pukul 10.30 malam.

Kesimpulannya, seseorang itu perlu bijak membahagikan masanya.

Ulasan 36 ( Graf )

42
Graf palang menunjukkan jenis pekerjaan penduduk Taman Century Garden, Johor Bahru.

Pelbagai pekerjaan dilakukan oleh penduduk majmuk Century Garden, antaranya 20 orang penduduk
menjadi doktor sama ada persendirian, kerajaan atau swasta. Ada 30 orang menjadi kakitangan kerajaan
sementara 48 orang bekerja di syarikat swasta. Seramai 50 orang bekerja di Singapura kerana pendapatannya
cukup lumayan. Kelompok yang paling ramai ialah 80 orang terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan sama
ada restoran, kedai elektrik, perhotelan dan sebagainya, manakala 30 orang ialah pesara.

Kesimpulannya, tiada penganggur dalam masyarakat taman itu.

Ulasan 36.1 ( Graf )

43
Graf menunjukkan skor pencapaian UPSR berdasarkan subjek Sekolah Kebangsaan Tanjung Rhu 2015.

Di Sekolah Kebangsaan Tanjung Rhu, pencapaian UPSR 2015 berdasarkan mata pelajaran Bahasa
Melayu Pemahaman, peratusnya ialah 85 peratus, manakala Bahasa Melayu Penulisan, skornya lebih tinggi iaitu
90 peratus. Bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, peratus skor turun kepada 75 peratus. Mata pelajaran
Matematik pula mendapat skor 70 peratus, manakala mata pelajaran Sains cuma mendapat skor 60 peratus
dan merupakan skor yang terendah.

Secara keseluruhan, bimbingan khas diperlukan untuk tiga subjek terakhir supaya peratus meningkat
pada peperiksaan UPSR akan datang.

Ulasan 37 ( Carta Pai )

44
Carta pai menunjukkan jenis bahan bacaan yang digemari oleh Murid Tahun 5 Bijaksana.

Bagi murid Tahun 5 Bijaksana, 25 peratus daripada murid itu memilih buku akademik dan buku cerita
sebagai bacaan yang digemari. Hal ini membuktikan bahawa mereka ialah murid yang mementingkan
pelajaran. Membaca buku cerita mampu meningkatkan penguasaan bahasa. Sebanyak 15 peratus murid
membaca surat khabar sebagai pengetahuan tambahan, manakala 10 peratus murid suka membaca majalah
hiburan, buku pengetahuan am dan komik. Hanya 5 peratus murid yang gemar membaca buku tahyul.

Kesimpulannya, pemilihan bahan bacaan yang betul pasti memberikan pengetahuan yang luas.

Ulasan 39 ( Jadual )

45
Jadual menunjukkan atur cara sambutan Hari Guru 2016 Sekolah Kebangsaan Seri Tebrau.

Sekolah Kebangsaan Seri Tebrau menyusun pelbagai acara untuk memeriahkan hari tersebut. Pada
pukul 7.30 pagi, semua murid berkumpul di Dewan Ilmu. Tepat jam 8.00 pagi, Ketua Pengawas Sekolah
Kebangsaan Seri Tebrau menyampaikan ucapan alu-aluan tanda penghargaan terhadap guru. Jam 8.15 pagi,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Tebrau menyampaikan ucapan sempena Hari Guru. Acara sukaneka
diadakan dengan meriah di padang sekolah. Jamuan tengah hari disediakan pada pukul 10.30 pagi. Kemudian,
diadakan persembahan pentas daripada wakil guru dan murid pada pukul 11.15 pagi.

Majlis penyampaian cenderamata dan bersurai pada pukul 12.30 tengah hari.

Ulasan 39.1 ( Jadual )

46
Jadual menunjukkan kedudukan pingat rumah sukan, Sekolah Kebangsaan Seri Angsana.

Kedudukan pingat rumah sukan Sekolah Kebangsaan Seri Angsana pada tahun 2016 menunjukkan
bahawa Pasukan Laksamana Hang Tuah memenangi pingat emas yang terbanyak, iaitu 20 buah dan sekali gus
menjadi johan pada tahun 2016. Pasukan Laksamana Hang Jebat mendapat naib johan dengan jumlah
keseluruhan pingat yang dimenangi ialah 51 buah. Pasukan Laksamana Hang Kasturi dan Pasukan Laksamana
Hang Lekiu menduduki tempat ketiga dan keempat dalam Kejohanan Sukan 2016. Pingat gangsa terbanyak
dimenangi oleh Pasukan Laksamana Hang Jebat.

Kesimpulannya, kejohanan sukan dapat melahirkan semangat kerjasama berpasukan dalam kalangan
ahlinya.

47

You might also like