You are on page 1of 1

LAGU KEBANGSAAN MALAYSIA

Peranan Lagu Kebangsaan bukan sahaja untuk membangkitkan semangat patriotik


terhadap negara bahkan ianya melambangkan sosiobudaya serta mempaparkan cita-
cita, hasrat dan harapan bangsa negara berkenaan. Lagu Kebangsaan Malaysia
dinamakan Negaraku.

Maksud Lirik Lagu Negaraku

Maksud lirik lagu Negaraku ialah menyeru rakyat dari berbagai bangsa, agama dan
sosiobudaya hidup bersatu padu dan mengejar pelbagai kemajuan. Di samping
itu lagu ini memohon rahmat dan kebahagiaan dari Allah untuk kesejahteraan
raja, rakyat dan negara tercinta Malaysia. Lagu Negaraku asalnya berentak
moderato sama seperti kebanyakan negara-negara beraja lain di dunia. Walau
bagaimanapun sesuai dengan perkembangan sosioekonomi negara, pada 30 Ogos
1993 iaitu sempena menyambut Perayaan Hari Kebangsaan tahun 1993, kerajaan
telah mengubah rentaknya kepada rentak march iaitu lebih cepat dan penuh
bersemangat. Rakyat Malaysia yang cintakan negara dan raja perlu mengetahui
lebih dalam mengenai Negaraku supaya lebih bersemangat patriotik.

You might also like