You are on page 1of 12

1.

0 PENGENALAN

Hari kokurikulum perdana adalah salah satu daripada aktiviti Pendidikan luar
yang dianjurkan oleh unit kokurikulum dalam usaha menangani segala bentuk
masalah sosial yang semakin berleluasa dalam kalangan murid-murid. Dengan
adanya, aktiviti sebegini dapatlah kita mendidik murid-murid kita supaya menjadi insan
yang mempunyai keyakinan diri dalam setiap perkara. Perkhemahan sekolah juga
merupakan sebahagian daripada kokurikulum dan merangkumi aktiviti badan
beruniform, kelab dan persatuan. Setiap tahun, sekolah akan menganjurkan hari
kokuikulum perdana dan kursus kepimpinan di mana murid-murid dapat
memperagakan aktiviti masing-masing dan menunjukkan hasil daripada usaha
mereka sepanjang tahun. Hari kokurikulum perdana dan kursus kepimpinan ini juga
bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang telah memberi
sumbangan kepada ahli pasukan masing-masing.

2.0 OBJEKTIF
Pada akhir perkhemahan ini, para peserta akan dapat :
a) Membina keyakinan diri pelajar apabila berhadapan dengan situasi mencabar.
b) Menanam sikap semangat berpasukan di antara ahli-ahlinya.
c) Memberi peluang kepada murid-murid untuk menunjukkan bakat kepimpinan.
d) Menanam sifat berdikari dalam kehidupan seharian
e) Mewujudkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid.

3.0 PELAKSANAAN PROGRAM


Penyertaan dalam aktiviti hari kokurikulum perdana ini adalah di bawah anjuran unit
kokurikulum.
4.0 KUMPULAN SASARAN

4.1 Murid tahun 4 : 23


4.2 Murid tahun 5 : 23
4.3 Murid tahun 6 : 31

5.0 TEMPAT PROGRAM DAN TARIKH PROGRAM

5.1 Tempat Program : Sekolah Kebangsaan Taman SEA


5.2 Tarikh : 25 September 2019 (7.40am – 4.00pm)
5.3 Hari : Rabu

6.0 AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : Pn. Nazliza binti Samsudin


Naib Pengerusi : Pn. Meenachi A/P Nadarajah
Setiausaha : Cik. Heenisha A/P Lachemykanden
AJK Hadiah : Datin Tillay Yaadi A/P Ganesan (Ketua)
Pn. Yeo Lay Lee
AJK Makanan : Pn. Siti Khairunnisa binti Sabri (Ketua)
Cik. Saripah Aszera bt Basar
Dokumentasi : Cik. Heenisha A/P Lachemykanden
Juru gambar : En. Mohamad Shahmir bin Mohd Zahudi
Alatan : En. Freddy Gondu (Ketua)
En. Muhammad Faiz bin Abd Aziz
Senamrobik : Cik. Heenisha a/p Lachemykanden
Pertandingan Memasak : Pn. Lee Oi Chun (Ketua)
Pn. Haniza binti Zahari
En. Muhammad Faiz bin Abd Aziz
Team Building (station games) : Pn. Siti Noorlaila Samzura bt Bakar (Ketua)
Cik. Saripah Aszera bt Basar
En. Mohamad Shahmir bin Mohd Zahudi
Aktiviti mendirikan khemah : En. Muhammad Najibulmuti’e bin Hamdan (Ketua)
Cik. Nor Fasihah bt Mohamad Awang
Kebersihan : Semua guru Sk Taman SEA

7.0 PELUNJURAN PERBELAJAAN HARI KOKURIKULUM PERDANA

PENDAPATAN PERBELANJAAN
Bayaran makanan murid
Sarapan pagi : RM 380.00
Peruntukan PCG RM 4.75 X 80 orang
RM 1620.00
Kokurikulum
Makanan Tengah Hari : RM 720.00
RM 9.00 X 80 orang

Hadiah
RM 520.00
RM 6.50 X 80 buah

JUMLAH RM : RM 1620.00 Jumlah RM : RM 1620


LAPORAN HARI KOKURIKULUM PERDANA DAN KURSUS KEPIMPINAN DI SK
TAMAN SEA 2019

Pada 25 September 2019 telah diadakan Hari Kokurikulum Perdana Dan


Kursus Kepimpinan di Sekolah Kebangsaan Taman SEA. Hari kokurikulum ini
diadakan sepanjang satu hari iaitu bermula pada jam 7.40 pagi sehingga 4.30 petang.
Jumlah peserta yang terlibat dalam Hari Kokurikulum dan Kursus Kepimpinan ini
adalah seramai 76 orang pelajar yang terdiri daripada 42 orang pelajar perempuan
dan 34 orang pelajar lelaki yang merupakan murid tahun 4, tahun 5, dan tahun 6.
Jumlah guru yang terlibat pula adalah seramai 10 orang. Murid-murid dibahagikan
kepada 8 kumpulan. Mereka hendaklah sentiasa bergerak dalam kumpulan untuk
setiap aktiviti yang diberikan.

Aktiviti Pertama : Senamrobik


Masa : 7.40pg – 8.15pg
Bermula jam 7.30 pagi, para peserta telah mula mendaftarkan diri dan
berkumpul mengikut kumpulan masing-masing. Selesai pendaftaran, semua peserta
di arah berkumpul di dataran perhimpunan SK Taman SEA. Taklimat diberikan oleh
guru penolong kanan kokurikulum mengenai etika dan peraturan serta pembahagian
aktiviti sebelum memulakan aktiviti perkhemahan ini. Kemudian murid mula bergerak
ke padang dan aktiviti pertama yang dilakukan ialah senamrobik yang dibimbing oleh
guru. Murid-murid dapat melibatkan secara aktif. Melalui aktiviti senamrobik ini, murid-
murid boleh mulakan Hari Kokurikulum Perdana dengan penuh cergas. Aktiviti ini juga
dapat menonjolkan bakat yang terpendam terhadap diri murid.

Aktiviti Kedua : Mendirikan Khemah


Masa : 8.15pg – 10.00pg
Pada jam 8.15 pagi murid-murid mula bergerak ke tapak perkhemahan
dan mendirikan khemah. Murid-murid dapat mengambil khemah masing-masing
mengikut kumpulan dan mulakan aktiviti mendirikan khemah. Dengan aktiviti ini,
murid-murid dapat mengetahui cara-cara untuk mendirikan khemah dengan betul dan
teratur. Selain daripada itu, murid-murid juga melakukan aktiviti ini dengan penuh
semangat Bersama kumpilan masing-masing. Aktiviti ini juga meningkatkan semangat
kerjasama antara kumpulan dan membolehkan murid-murid untuk berani mencuba
sesuatu aktiviti. Guru memberikan arahan sebelum mendirikan khemah dan
memberikan masa sebanyak 45 minit untuk mendirikan khemah. Setelah selesai
mendirikan khemah guru-guru telah menilai kumpulan yang kemas dan betul
mendirikan khemah untuk mencatat pemenangnya. Pemenang telah dipilih dan murid-
murid diarahkan untuk rehat makan.

Aktiviti Ketiga : Pertandingan Memasak


Masa : 10.30pg – 12.30tgh

Bermula pada jam 10.30 semua murid bersiap-siap untuk aktiviti


pertandingan memasak. Murid-murid mengambil tempat masing-masing untuk aktiviti
pertandingan memasak. Mereka dikehendaki membuat sandwich roti dengan
menggunakan telur dan juga sayur-sayuran. Aktiviti ini dipantau dan dibantu oleh para
guru demi keselamatan murid semasa menggunakan pisau. Guru penolong kanan
kokurikulum selaku juri menjamah makanan untuk memberikan markah bagi setiap
kumpulan. Markah di ambil bagi setiap kumpulan dan akan dikumpulkan Bersama
aktiviti-aktiviti lain bagi menentukan pemenang pada masa terakhir perkhemahan.

Aktiviti : Rehat dan Solat


Masa : 12.30tgh – 1.30ptg

Pada jam 12.30 tengah hari murid-murid diarahkan untuk mengambil


makanan tengah hari dan solat bagi murid-murid yang beragama Islam. Mereka akan
berehat seketika sebelum memulakan aktiviti yang seterusnya. Murid-murid
disediakan dengana makanan tengah hari. Sebelum makan, guru yang bertugas akan
mengajar pembacaan doa sebelum makan. Selepas itu, murid yang beragama Islam
akan pergi ke surau dan murid yang bukan beragama Islam akan berada di dewan.
Aktiviti Keempat : Team Building (Statiom Games)
Masa : 1.30ptg – 3.00ptg

Bermula pada jam 1.30ptg murid-murid berkumpul di dewan untuk aktiviti


station games. Guru-guru telah menyediakan 10 jenis permainan untuk setiap
kumpulan. Mereka akan bermain permainan tersebut secara bergilir-gilir. Murid-murid
melibatkan diri secara aktif semasa bermain permainan ini. Semasa bermain
permainan ini, murid-murid boleh berfikir secara logik dan mencari jalan penyelesaian
untuk permainan tersebut. Permainan-permainan ini dapat meningkatkan semangat
kesukanan di antara murid dan dapat bermain secara penuh aktif. Guru-guru sebagai
juri mencatat masa kumpulan yang dapat menghabiskan permainan ini dengan cepat.

Aktiviti Kelima : Membersihakan tapak aktiviti dan Pemberian Hadiah


Masa : 3.00ptg – 4.00ptg

Pada pukul 3.00 petang murid-murid dikumpulkan di dewan untuk aktiviti


seterusnya. Murid-murid diarahkan untuk membersihakan tapak aktiviti yang
digunakan sepanjang Hari Kokurikulum dijalankan di sekolah. Selepas itu, setiausaha
kokurikulum telah mengumumkan kumpulan-kumpulan yang menang sepanjang
aktiviti dijalankan. Bagi aktiviti mendirikan khemah, kumpulan yang menang adalah
kumpulan 5. Untuk aktiviti pertandingan memasak pula, kumpulan 8 telah menjadi
Johan untuk aktiviti tersebut. Dan kumpulan 7 mendapat tempat pertama dalam aktiviti
Team Building (Station Games). Guru Besar diiringi oleh Guru Penolong Kanan
Kokurikulum telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Tepat pukul 4.00
petang murid-murid telah bersalaman dengan guru dan pulang ke rumah.
Kekuatan daripada Hari Kokurikulum :
 Dapat menerapkan jati diri yang tinggi dalam kalangan murid.
 Memupuk nilai murni saling bekerjasama dan saling bantu-membantu
sesama murid.
 Mengajar murid supaya menepati masa.
 Membolehkan murid mencuba atau menimba pengalaman yang baharu.
 Meningkatkan tahap pemikiran murid.
 Menerapkan sifat saling hormat menghormati.
 Mengajar murid untuk sentiasa beribadat tidak kira dimana mereka berada

Kelemahan daripada Hari Kokurikulum :


 Ketetapan waktu agak kurang memuaskan.
 Murid-murid kurang menggunakan idea yang kreatif semasa aktiviti permainan
dilakukan.

Peluang yang dapat daripada Hari Kokurikulum :


 Murid-murid dapat pengalaman yang baru.
 Murid-murid dapat belajar sesuatu yang baru.
 Murid-murid dapat menikmati keseronokan yang dialami sepanjang aktiviti
yang dijalankan.
 Murid diberi peluang untuk mengenali rakan-rakan dengan lebih dekat.
 Murid diberi peluang untuk mengenali guru-guru dengan lebih rapat.
 Murid mendapat ilmu pengetahuan yang disampaikan.

Ancaman yang terdapat semasa Hari Kokurikulum :


 Dengan keadaan jerebu yang bacaanya terlampau, guru-guru terpaksa
melakukan aktiviti di dalam dewan.
NAMA AHLI KUMPULAN

KUMPULAN 1 KUMPULAN 2 KUMPULAN 3

1. Nur Intan (T4) 1. Nurul Aina Husna (T4) 1. Qasryna Syafeeya (T4)
2. Wang Guan Seong (T4) 2. Abang Ammar (T4) 2. Abel Rihan (T4)
3. Muhd. Aidil Afian (T4) 3. Ammar Fitri (T4) 3. Dzulhazwan (T4)
4. Angelyne (T5) 4. Elisha Pan (T5) 4. Jerisha (T5)
5. Muhd. Alif Muslim (T5) 5. Ashraff Mikail (T5) 5. Muhd. Fahmi (T5)
6. Dayana Darwisya (T6) 6. Ellcy (T6) 6. Elvie (T6)
7. Nur Irdina Safiah (T6) 7. Nur Qistina Amani (T6) 7. Nurul Erisa (T6)
8. Farid Iskandar (T6) 8. Shahmeer (T6) 8. MUhd. Luthfi (T6)

KUMPULAN 4 KUMPULAN 5 KUMPULAN 6

1. Yugethri (T4) 1. Irdina Safiah (T4) 1. Krisha (T4)


2. Asarathy (T4) 2. Ehameed Adam (T4) 2. Ellsonzie (T4)
3. Nur Haziq (T4) 3. Qurahmad (T4) 3. Nurfarhatul Akmar (T5)
4. Kumutha (T5) 4. Nur Afifah Dahiyah (T5) 4. Anas Safwan (T5)
5. Nithyin (T5) 5. Srishti Ganesh (T5) 5. Samrina (T6)
6. Evangeline Layun (T6) 6. Josephine (T6) 6. Lidya Batrisya (T6)
7. Putri Farhanis (T6) 7. Putri Raphella (T6) 7. Alif Aidid (T6)
8. Muhd Hazimi (T6) 8. Muhd. Iqmal (T6) 8. Muhd. Mueiz (T6)

KUMPULAN 7 KUMPULAN 8 KUMPULAN 9

1. Nora Erika (T4) 1. Izzul Ikhwan (T4) 1. Azzarudeen (T4)


2. Irfan Mahadir (T4) 2. Afiqah Qistina (T5) 2. Alia Zaid (T5)
3. Nur Hanifah (T5) 3. Nurien Batrisya (T5) 3. Putri Qaisara (T5)
4. Daniel Hoe (T5) 4. Farish Iskandar (T5) 4. Khairulrafi (T5)
5. Lim Yong En (T6) 5. Nor Hanania (T6) 5. Nur Alifah (T6)
6. Siti Maisarah (T6) 6. Wang Wei Ning (T6) 6. Gurvir Singh (T6)
7. Tamilelilan (T6) 7. Gunasellan (T6) 7. Danial Ng (T6)
8. Nur Islah (T4)

You might also like