You are on page 1of 15

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SEA

47300 PETALING JAYA,


SELANGOR

LAPORAN
BULAN SUKAN NEGARA
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN
SEA
2019

ANJURAN :
UNIT KOKURIKULUM
1.0 NAMA PROGRAM

Bulan Sukan Negara Sekolah Kebangsaan Taman SEA, Petaling Jaya,


Selangor.

2.0 PENGENALAN
Perdana Menteri mengumumkan bahawa sambutan Bulan Sukan Negara
akan disambut pada Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun.
Sambutan Hari Sukan Negara pada 12 Oktober 2019 ini merupakan satu
aktiviti yang bertujuan menjadikan sukan sebagai budaya hidup yang
dijangka mampu menarik penyertaan tiga juta rakyat di seluruh negara.
Mantan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar
menyatakan berkenaan pelbagai aktiviti sukan dan riadah harus diadakan
untuk setiap lapisan masyarakat. Bulan Sukan Negara merupakan satu
agenda penting bagi rakyat Malaysia untuk membina asas ke arah negara
bersukan untuk kita menjadikan sukan sebagai budaya hidup kita.

Sambutan Bulan Sukan Negara adalah melibatkan sektor awam, swasta


dan rakyat secara serentak di seluruh negara. Kerajaan berhasrat bukan
sahaja menggalakkan budaya bersukan tetapi menitikberatkan
penglibatan bersama atau ‘mass participitation’ dalam aktiviti-aktiviti
sukan yang akan merapatkan hubungan rakyat antara satu sama lain tanpa
mengira umur, bangsa dan kepercayaan agama. Dalam
kontekspelaksanaan di peringkat sekolah, Bulan Sukan Negara ini mampu
melahirkan para guru, murid dan seluruh warga sekolah dalam
membudayakan bersukan dalam kehidupan mereka. Pengisian program
yang dijalankan dalam sambutan Bulan Sukan Negara ini mengambil kira
3M, iaitu: Murah, Menarik dan Mudah dilaksanakan. Program Bulan Sukan
Negara peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Sea adalah dibawah
pengendalian guru Sukan, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di mana
pengisian aktiviti senamrobik dan merentas desa diadakan untuk
memperlihatkan tahap kecergasan fizikal warga sekolah secara
menyeluruh.

3.0 MATLAMAT
Melalui program Bulan Sukan Negara yang dilaksanakan di peringkat
sekolah ini akan merealisasikan hasrat dan inspirasi Kementerian Belia
dan Sukan Malaysia bagi menggalakkan dan menjadikan Malaysia
sebagai negara yang mempunyai rakyat yang sentiasa bersukan menjadi
satu budaya hidup .

Program ini turut akan memberikan kesedaran kepada semua warga


sekolah yang terlibat bahawa gaya hidup sihat dengan bersukan dapat
mengatasi masalah obesiti dalam kalangan rakyat negara ini yang menjadi
penyebab kepada penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.

Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan


Kebangsaan yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial melalui penyertaan dalam
bidang sukan. Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti bersukan untuk
mengimbangi tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan
yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti riadah ini
bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi kehidupan seharian.

4.0 OBJEKTIF

Objektif yang ingin dicapai melalui program ini adalah :


4.1 Menggalakkan pegawai, guru, masyarakat setempat dan
khasnya murid aktif dalam aktiviti sukan dengan tujuan bagi
melahirkan murid yang cerdas, cergas dan sihat.
4.2 Menanam serta memupuk kesedaran secara mendalam kepada
pegawai, guru, masyarakat setempat dan murid bahawa sukan
sebagai unsur bagi menjana kesihatan secara berterusan dan
menjadikan sukan sebagai budaya dalam kehidupan seharian.
4.3 Menjalinkan ikatan perpaduan, memperluaskan pergaulan dan
memupuk interaksi yang sihat di kalangan pegawai, guru dan murid
berbagai kaum serta masyarakat setempat ke arah melahirkan
satu bangsa dan Negara yang kuat melalui aktiviti sukan.
5.0 PELAKSANAAN

Tarikh : 11 Oktober 2019

Hari : Jumaat

Masa : 7.40 pagi

Tempat : Padang Sekolah SK Taman SEA

6.0 KUMPULAN SASARAN

6.1 Semua murid – 156 orang

6.2 Guru – 19 orang

6.3 Ibu bapa murid

6.4 Staf sokongan – 2 orang

6.5 Pekerja – 3 orang


7.0 STRATEGI PELAKSANAAN

BIL AKTIVITI CATATAN

1 Membuat perbincangan dengan Guru Penolong Kanan Guru Penolong Kanan


Kokurikulum berkenaan aktiviti yang akan dilaksanakan Kokurikulum

2 Pembinaan kertas kerja Kertas Kerja disiapkan

3 Penyemakan dan pengesahan kertas Merujuk kepada Guru


Penolong Kanan Kokurikulum

4 Perbincangan dan pemilihan bersama pihak Merujuk kepada Guru


pentadbiran untuk khidmat nasihat bagi mendapat Penolong Kanan Kokurikulum
kelulusan daripada Guru Penolong Kanan
Kokurikulum

5 Taklimat pembahagian tugas Ahli Jawatan Kuasa Kerja Dijalankan di bilik


bersama guru-guru dan ahli kumpulan pelaksana Mesyuarat
6 Pelaksanaan Bulan Sukan Negara Padang Sekolah SK Taman
Sea
7 Refleksi dan dokumentasi atau pelaporan Laporan

7.1 PENGISIAN PROGRAM

i) Aktiviti memanaskan badan


ii) Senamrobik
iii) Sukaneka
iv) Aktiviti menyejukkan badan

8.0 JAWATANKUASA KERJA

8.1 Ahli Jawatankuasa Induk


Penasihat : Pn. Nazliza Bt Samsudin (Guru Besar)
Pengerusi : Pn. Meenachi a/p Nadarajah (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Junaidah Bt Ithnin (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : En. Amran bin Awang (PK Hal Ehwal Murid)
Penyelaras Program : Cik. Heenisha a/p Lachemykanden
Pn. Siti Noorlaila Samzura Bt Bakar
8.2 Ahli Jawatankuasa Kerja / Pelaksana

Ahli Jawatankuasa Bidang Tugas


i Merujuk pengerusi jika ada permasalahan dan
a) Penyelaras Program
memerlukan keputusan sesuatu perkara
Cik. Heenisha ii Merancang segala perjalanan program dengan
Pn. Siti Noorlaila teliti
iii Menubuhkan ahli jawatankuasa kerja
iv Memantau dan memastikan perancangan setiap
ajk kecil yang dilantik, pelaksanaan semasa aktiviti
dan laporan aktiviti dibuat mengikut perancangan
takwim dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
pengerusi.
v Memastikan segala aktiviti pra- perancangan,
pelaksanaan dan selepas program berjalan
dengan lancar dan selamat.
vi Protokol semasa program berlangsung

i Memastikan disiplin dan keselamatan murid


b) Keselamatan dan Kawalan
terkawal
Disiplin Murid
ii Melengkapkan peti pertolongan cemas
Tahap 1
iii Memberi pertolongan bantu mula kepada murid
Tahap 2
yang cedera
Prasekolah

i Merancang dan memilih lagu serta


c) Senamrobik
gerakan senamrobik yang sesuai
Cik. Heenisha bersama murid
Tahun 6 ii Mengetuai aktiviti senamrobik di padang
iii Memantau penglibatan semua warga
sekolah dalam aktiviti senamrobik

i Menyediakan Buku Program Sambutan


d) Buku Program
Bulan Sukan Negara
ii Mencetak dan mengagihkan kepada
semua yang terlibat
i Memastikan kebersihan kawasan sekitar tapak
e) Kebersihan
pelaksanaan program Bulan Sukan Negara
ii Membersihkan kawasan di mana aktiviti
dijalankan
i Mengacarakan majlis sepanjang program dijalankan
f) Juru Acara Majlis
ii Memastikan perjalanan program berjalan
dengan lancar
i Menyediakan peralatan sistem siaraya
g) Siaraya
yang diperlukan
ii Mengemas semula peralatan sistem

siaraya
i Menyediakan segala peralatan yang diperlukan
h) Persiapan Tempat Dan
untuk Bulan Sukan Negara
Peralatan

i Mengambil foto bagi setiap aktiviti yang dijalankan


i) Jurugambar
ii Menyerahkan foto yang diambil kepada AJK
Dokumentasi atau Laporan
J) AJK Sukaneka I Mengetahui cara dan peraturan sukaneka
prasekolah
Ii Mengawasi segala perlakuan murid
Tahun 1 & Tahun2
Iii Memastikan keselamatan murid semasa mengikuti
Tahun 3 & Tahun 4 sukaneka
Tahun 5 & Tahun 6 Iv Memastikan semua murid terlibat dengan aktif
k) Dokumentasi / Laporan i) Menyediakan laporan selepas program selesai
dilaksanakan
9.0 PERBELANJAAN
Tiada peruntukan bagi menjalankan Bulan Sukan Negara

10.0 TENTATIF PROGRAM

7.30pagi - Para guru, murid, ibu bapa dan AKP berkumpul di padang

7.40 pagi - Ucapan aluan oleh Guru Besar SK Taman SEA

8.00 pagi - Aktiviti pemansan badan dan senamrobik

9.00 pagi - Permainan antara kumpulan mengikut tahap

Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 : Permainan Tradisional

1. Baling tin
2. Bola beracun
Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 : Permainan Moden
1. Bola baling
11.30 pagi - Rehat
12.00 tgh - Bersurai
9.0 LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK

Pada 02 Oktober 2019, satu mesyuarat telah dipengerusikan oleh Guru Penolong
Kanan Kokurikulum, Pn. Meenachi a/p Nadarajah bagi memberi taklimat kepada para staf
berkenaan pengisian dan perjalanan program ini. Persediaan untuk program ini telah
dimulakan bermula dari 02 Oktober 2019 sehinggalah 11 Oktober 2019. Persediaan yang
dijalankan termasuklah penyediaan peralatan untuk sukaneka Pra sekolah, permainan kecil,
persiapan pentas serta latihan senamrobik yang diketuai oleh setiausaha kokurikulum.

Sebelum acara Bulan Sukan Negara dimulakan, semua murid terlebih dahulu
dikumpulkan di padang sekolah. Mereka berbaris mengikut kelas masing-masing. Murid-
murid menunjukkan nilai disiplin yang sangat baik kerana mengikut segala arahan yang
diberikan oleh para guru. Acara bermula pada pukul 7.40 pagi dengan ucapan daripada Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Taman SEA, Pn. Nazliza bt Samsudin. Dalam ucapan, beliau
menyatakan kepentingan aktiviti bersukan terhadap kesihatan kepada para rakan guru dan
murid-murid serta ibu bapa yang hadir pada hari tersebut. Guru Penolong Kanan Kokurikulum
turut menyatakan ucapan tahniah dan terima kasih atas kerja keras para guru dan semua staf
sokongan yang menjayakan Bulan Sukan Negara peringkat Sekolah Kebangsaan Taman
SEA.

Acara diteruskan lagi dengan sesi senamrobik yang diketuai oleh Cikgu Heenisha a/p
Lachemykanden. Acara senamrobik mengambil masa selama 40 minit secara
keseluruhannya. Semua guru, AKP, ibu bapa dan murid terlibat Bersama dalam menjayakan
senamrobik itu. Seminggu sebelum Bulan Sukan Negara dilaksanakan, guru dan murid
terlebih dahulu berlatih Bersama-sama untuk belajar langkah-langkah senamrobik di Dewan
Sekolah.

Setelah selesai sesi senamrobik tersebut, acara diteruskan lagi dengan acara
permainan tradisional bagi tahap 1 dan permainan moden bagi tahap 2. Murid-murid
dibahagikan kepada beberapa kumpulan, dan guru yang bertugas akan membawa mereka
untuk bermain. Bagi murid prasekolah, tahun 1, tahun 2, dan tahun 3 mereka bermain
permainan baling tin dan permainan menggunakan belon air. Permainan-permainan ini
melambangkan nilai perpaduan dalam kalangan warga sekolah Sekolah Kebangsaan Taman
SEA yang berbilang kaum. Bagi permainan tahap 2 pula, mereka bermaian permainan bola
baling yang diketuai oleh CIkgu Saripah yang membahagikan murid kepada kumpulan lelaki
dan perempuan. Semua warga sekolah Taman SEA, memberikan kerjasama dalam
menjayakan program ini.
Semua acara ini tamat pada pukul 11.00 pagi. Majlis penutupan Bulan Sukan Negara
diadakan setelah murid-murid selesai makan di kantin. Murid-murid telah berkumpul di dewan
untuk menerusi Majlis Penutupan Bulan Sukan Negara. Guru Besar dan juga Penolong Kanan
Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Taman SEA telah memberikan ucapan penghargaan
kepada murid-murid, ibu bapa dan juga guru-guru yang membantu dalam menjayakan
program sambutan Bulan Sukan Negara ini dengan penuh semangat.
Kekuatan daripada Hari Kokurikulum :
 Dapat menerapkan semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan murid.
 Memupuk nilai murni saling bekerjasama dan saling bantu-membantu
sesama murid.
 Mengajar murid supaya menepati masa.
 Membolehkan murid mencuba atau menimba pengalaman yang baharu.
 Meningkatkan tahap pemikiran murid.
 Menerapkan sifat saling hormat menghormati.
 Mengajar murid untuk sentiasa beribadat tidak kira dimana mereka berada

Kelemahan daripada Hari Kokurikulum :


 Ketetapan waktu agak kurang memuaskan.
 Murid-murid kurang menggunakan idea yang kreatif semasa aktiviti permainan
dilakukan.

Peluang yang dapat daripada Hari Kokurikulum :


 Murid-murid dapat pengalaman yang baru.
 Murid-murid dapat belajar sesuatu yang baru.
 Murid-murid dapat menikmati keseronokan yang dialami sepanjang aktiviti
yang dijalankan.
 Murid diberi peluang untuk mengenali rakan-rakan dengan lebih dekat.
 Murid diberi peluang untuk mengenali guru-guru dengan lebih rapat.
 Murid mendapat ilmu pengetahuan yang disampaikan.

Ancaman yang terdapat semasa Hari Kokurikulum :


 Dengan keadaan terlampau panas di padang, guru-guru terpaksa
menghentikan permainan untuk seketika.

You might also like