You are on page 1of 12

Panduan

Penggunaan
Toolkit PdP KBAT
KANDUNGAN

Perkara Muka surat

Pengenalan 1
Ciri-ciri Toolkit PdP KBAT 2
Kandungan Toolkit PdP KBAT 3
Cara menggunakan Toolkit PdP KBAT 4
Mengakses Toolkit melalui Internet 5
Panel Penyumbang 6
PENGENALAN

Toolkit PdP KBAT adalah satu manual pelaksanaan yang lengkap bagi
sekolah untuk membudayakan KBAT dalam PdP ke tahap cemerlang
berasaskan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2).
Toolkit ini dibina agar dapat dijadikan rujukan utama guru dalam
meningkatkan mutu PdP yang mempunyai elemen Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT).

Pembinaan dan pengumpulan bahan dalam toolkit adalah merupakan satu


usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam inisiatif KBAT Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk melahirkan
murid yang berpemikiran aras tinggi, kritis dan kreatif serta mampu bersaing
di peringkat antarabangsa. Guru boleh memperoleh pelbagai sumber dari
toolkit ini yang dapat meningkatkan kreativiti mereka apabila membuat
perancangan pengalaman pembelajaran murid supaya menjadi lebih menarik,
bermakna serta mencabar pemikiran dan potensi mereka.

Panduan Penggunaan Toolkit PdP KBAT ini diterbitkan supaya guru dapat
mengakses pelbagai sumber yang terdapat dalam toolkit dengan mudah dan
cepat secara sistematik. Bahan yang terdapat dalam toolkit mengambil kira
beberapa faktor yang telah dikenal pasti diperlukan oleh guru supaya dapat
membudayakan amalan KBAT dalam PdP mereka.

1
CIRI-CIRI TOOLKIT PdP KBAT

Toolkit ini juga boleh diakses melalui Internet menggunakan komputer atau
telefon pintar. Ini menjadikan bahan toolkit mudah dicapai pada bila-bila masa
dan di mana saja asalkan terdapat kemudahan capaian Internet.

2
KANDUNGAN TOOLKIT PdP KBAT

Toolkit PdP KBAT

Kit Aktiviti PdP Berpusatkan Murid

Senarai buku rujukan yang berkaitan KBAT

Senarai Video Strategi Elemen KBAT dalam


PdP

Sampel RPH yang menerapkan


elemen KBAT dalam PdP

Item Pentaksiran yang mempunyai elemen


KBAT

Program i-THINK:
Bahan Kursus Ketua Pasukan Pemandu
Program i-THINK 2012

3
CARA MENGGUNAKAN TOOLKIT PdP KBAT
Carta alir berikut menunjukkan bagaimana toolkit ini boleh digunakan apabila
guru mula membuat perancangan PdP yang mempunyai elemen KBAT:

Mula

Tentukan Standard Kandungan dan


Standard Pembelajaran
`

Rujuk Toolkit Tidak


PdP KBAT

Ya
Pilih aktiviti PdP yang sesuai dan
menarik dari senarai yang disediakan

Rujuk contoh aktiviti

Sediakan rancangan PdP


berdasarkan aktiviti yang dipilih

Perlu maklumat Tidak


tambahan

Ya
Pilih bahan bacaan yang sesuai Aktiviti PdP, pentaksiran
dari senarai buku rujukan atau rujuk dan refleksi
video yang sesuai dalam toolkit

Tambah baik rancangan PdP dari Tamat


segi aktiviti dan pentaksiran

4
MENGAKSES TOOLKIT MELALUI INTERNET

Toolkit PdP KBAT dibina sebegitu rupa supaya memudahkan guru untuk
mengakses bahan menggunakan komputer atau telefon pintar. Guru hanya
perlu ke laman web atau mengimbas kod QR berikut:

http://bit.ly/PanduanToolkit

Kod QR ini boleh dibuat salinan untuk simpanan sendiri supaya guru sentiasa
mempunyai kemudahan untuk mencari maklumat dengan pantas.

Toolkit PdP KBAT ini akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa supaya
guru akan mendapat maklumat yang terkini dan mengikuti perkembangan
semasa dunia pendidikan.

5
PANEL PENYUMBANG

PENASIHAT:

YBrs. Dr. Mohamed bin Abu Bakar Pengarah


Bahagian Pembangunan Kurikulum
En. Mazlan bin Samsudin Timbalan Pengarah Kanan (Dasar
Dan Sains & Teknologi)
Bahagian Pembangunan Kurikulum

PANEL:
Tn. Hj. Sofian Azmi bin Tajul Arus Bahagian Pembangunan Kurikulum
Cik Susilawati binti Ehsan Bahagian Pembangunan Kurikulum
Cik Miftahuljannah binti Kamaruddin Bahagian Pembangunan Kurikulum
Pn. Hasneeda binti Mohd Sarip Bahagian Pembangunan Kurikulum
YBrs. Dr. Rosmarina binti Ahmad Khariri Institut Pendidikan Guru Malaysia
Pn. Nurhazlina binti Nordin Bahagian Sumber dan Teknologi
Pendidikan

PENGHARGAAN:
Mohd Azemi bin Mohd Bahagian Sumber dan Teknologi
Pendidikan
Adiwira PAK21

6
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
Tel: 03 8884 2000 Faks: 03 8888 9917
http://bpk.moe.gov.my/

You might also like