You are on page 1of 1

Minit Mesyuarat Agung Kali Pertama Kelab Rukun Negara Sesi 2017

Tarikh : 11 Jan 2017 Hari : Rabu Tempat : Dewan Terbuka SK Alam Megah 3 Kehadiran : Encik Mohd Al
Qassim Bin Osman Puan Rohaya Binti Hshim Puan Rohana Binti Awang Puan Siti Hawa Binti Omar Encik
Khairuddin Binti Ishak Kehadiran pelajar : 32 orang.

1.0 Kata Alu-aluan Guru Penasihat

1.1 En. Mohd Al Qassim Bin Osman Mengalu-alukan kehadiran ahli di dalam kelab rukun Negara sesi
2017. Guru penasihat juga turut memperkenalkan guru yang lain sebagai pembimbing aktiviti yang akan
dijalankan.

2.0 Pelantikan AJK tahun 2017

. 2.1 Guru penasihat melantik pengerusi, Setiausaha, Naib Setiusaha, Bendahari, Naib Bendahari secara
undian daripada ahli dan melantik dua orang juruaudit yang dipilih oleh guru.(Rujuk Lampiran) 2.2
Semua ahli bersetuju memilih Nurin Irdina Binti Mohd Nor sebagai Pengerusi tahun 2017 dibantu oleh
Najeha Binti Naziman sebagai Naib Pengerusi. 2.3 Perlantikan ahli jawatankuasa yang baru telah
dijalankan dan mendapat persetujuan ahli-ahli lain.

3.0 Laporan Aktiviti dan Perbentangan Perancangan Tahunan.

3.1 Guru Penasihat memaklumkan tentang masa serta peraturan perjumpaan mingguan iaitu pada hari
Rabu setiap minggu. 3.2 Guru penasihat juga menjelaskan yuran ahli akan dikenakan sebanyak RM 2
setahun dan dipersetujui oleh semua ahli. 3.3 Guru Penasihat juga melaporkan beberapa aktiviti kelab
tahun 2016 yang telah dilaksanakan. 3.4 Beliau juga meminta pandangan dan cadangan aktiviti yang
akan dilaksanakan pada tahun ini, antaranya ialah : i) Melukis Bendera Malaysia terbesar di SK Alam
Megah 3. ii) Mengkaji sejarah pembentukan Malaysia. iii) Mencipta lagu negaraku secara berkumpulan.
iv) Mewarna Bendera Negara Malaysia.

4 Hal-Hal Lain

4.1 En. Mohd Al Qassim Bin Osman mengharapkan agar semua ahli sesi 2017 dapat memberi kerjasama
yang padu dalam menjayakan pelbagai aktiviti yang bakal dijalankan. 4.2 Beliau juga mengharapkan agar
semua ahli dapat datang pada setiap perjumpaan hari rabu untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang telah
dirancang.

5 Ucapan Penangguhan.

5.1 majlis ditangguhkan oleh pengerusi dan diakhiri dengan surah Al-Asr. Disediakan oleh : Wan Amni
Aishah Binti Wan Mohd Sufian Setiausaha, Kelab Rukun Negara, SK Alam Megah 3, Shah Alam, Selangor.

You might also like