You are on page 1of 3

MSL 3023

APRESIASI DAN KRITIKAN SENI

KUMPULAN A
(DR. HARLENEY)

APRESIASI DAN KRITIKAN KARYA


(" LOVE ME IN MY BATIK" )

NAMA AHLI KUMPULAN

MUHAMMAD FANDI BIN MALEK D20172081159

HILMAWAN BIN HALIM D20171078546


LIEW KUNG YU ( LOVE ME IN BATIK)

Gambar karya : Liew Kung Yu

Deskripsi
Berdasarkan karya Liew Kung Yu ialah terdapat 14 biji kek yang
berlambangkan bendera Malaysia. Terdapat juga 14 grafu yang dicucuk pada
kek batik.
Analisis
Berdasarkan karya Liew Kung Yu iaitu Love Me In Batik. Berdasarkan
analisis tersebut unsur seni yang terdapat pada karya beliau ialah ruang.
Ruang adalah jarak antara objek sebagai contoh dalam karya tersebut
terdapat ruang ilusi berdasarkan 14 keping gambar kek tersebut. Seterusnya
adalah jalinan. Jalinan adalah keadaan sesuatu permukaan sebagai contoh
kita dapat lihat berdasarkan karya Liew Kung Yu jalinan tampak dimana karya
beliau tiada terkesan apabila disentuh dan ia hanya dapat dilihat dengan mata
sahaja.

Seterunya, ialah rupa. Rupa adalah garisan luar sesuatu bentuk sebagai
contoh berdasarkan karya Liew Kung Yu rupa yang terdapat pada karya
tersebut ialah rupa geometrik diaman kita dapat lihat pada bentuk kek tersebut
iaitu berbentuk segi tiga.
` Prinsip rekaan yang terdapat pada karya Liew Kung Yu iaitu Love Me In
Batik yang pertama ialah Harmoni. Harmoni bermaksud sifat persamaan
dalam pengunaan unsur-unsur seni, dimana kita lihat berdasarakan karya
tersebut ialah pada bendera Malaysia yang terdapat pada 14 biji kek yang
semuanya adalah sama. Prinsip rekaaan seterusnya ialah kepelbagaian.
Kepelbagaian bermaksud ciri-ciri yang pelbagia atau gabungan pelbagai gaya,
nilai dan idea sebagai contoh berdasarkan karya tersebut ialah dapat dilihat
dari segi komposisi kek yang kedudukan pelbagi keadaan.
Interpretasi

Bagi karya yang bertajuk “Love Me in My Batik” ini pengkarya cuba untuk
menyampaikan mesej yang berkonsepkan patriotik kepada audiens. Sebagai
contoh, dalam karya tersebut terlihat 14 potongan kek yang mempunyai logo
bendera Malaysia. Pengkarya cuba untuk menyampaikan bahawa 14
potongan kek tersebut merupakan simbol kepada 14 buah negeri termasuk
wilayah persekutuan yang terdapat di Malaysia. Selain itu, setiap potongan
kek tersebut juga menghala ke berlainan arah dan setiap darinya terdapat
sebuah garpu. Pengkarya ingin menyampaikan bahawa garpu tersebut
berperanan sebagai pentadbir negara Malaysia yang denagn sesuka hati
mengubah sistem mengikut kehendak mereka. Liew Kung Yu juga sengaja
menggunakan kek yang berkosepkan eropah kerana beliau ingin
menunjukkan bahawa sistem- sistem di negara kita ini sudah dipengaruhi oleh
telunjuk barat.
Pertimbangan
Menurut kami, karya “Love Me in My Batik” ini berjaya memberikan impak
positif terhadap audiens. Mesej- mesej yang disampaikan juga dapat kami
sebagai audiens mudah untuk memahami dan menangkap setiap darinya.
Namun impak yang negetif juga akan dilontaarkan oleh audiens kerana mesej
yang disampaikan menyinggung sensitiviti negara.

You might also like