You are on page 1of 12

_______________________________________________________________________

OUMH1103 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN ______________________________________________________________________ TAJUK TUGASAN : 1. PRINSIP REKA BENTUK VISUAL 2. KEMAHIRAN BERFIKIR

Nama : Norhayati Bt Murad No Matrik : 660520075676001 Nombor Telefon : 0124847405 E-mail : yatimurad@gmail.com

Semester : SMP PPG Mac 2012

Nama Pensyarah: Dr. Abdul Hadi Bin Mat Dawi Pusat Belajar : OUM Ipoh Tarikh Hantar: 13 hingga 15 April 2012

Kandungan

Bil 1. Soalan 1 1.0 pengenalan

Perkara

Muka surat

2.0 Prinsip reka bentuk grafik. 2.1. Simplisiti 2.2 Dominan 2.3 pola 2.4 seimbang 2.5 Variasi 2.6 Harmoni

3.

Soalan 2

1.0 Pengenalan 2.0 ciri reka bentuk serta kemahiran berfikir. 2.1 Reka bentuk ; Dominan. Kemahiran berfikir :mengenal pasti Reka bentuk ; Varias. Kemahiran berfikir :menyusun atur Reka bentuk ; Harmoni Kemahiran berfikir : penelitian bahagian bahagian kecil dan keseluruhan. Reka bentuk ; Simplisiti Kemahiran berfikir :kemahiran meramal

2.2

2.3

2.4

2 3 4

3.0 Kesimpulan 4.0 Bibliografi 5.0 Lampiran

1.0 Pengenalan Penggunaan grafik pada masa ini diterapkan dalam media elektronik yang disebut sebagai grafik interaktif atau grafik multimedia. Multimedia merujuk kepada perisian atau

aplikasi yang berasaskan komputer dan menggabungkan sekurang-kurangnya dua atau lebih daripada dua media, iaitu teks, grafik, animasi, audio, dan video. Grafik penting untuk menyediakan bahan-bahan pandangan (visual) yang sangat penting untuk menyampaikan sesuatu mesej tertentu dengan jelas. Sebagai seorang guru, kita mesti mempunyai pengetahuan asas grafik untuk membuat persediaan bahan bantu mengajar asas. Pemahaman asas grafik membolehkan seseorang menghasilkan BBM yang efektif. Keistimewaan objek grafik ialah ia mudah difahami oleh ramai orang walaupun menghadapi halangan bahasa komunikasi yang berbeza. Bahan grafik yang berkesan mendorong interaksi yang aktif di dalam bilik darjah dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. Wittich dan Schuller (1973) mengatakan bahawa grafik terdiri daripada bahan visual yang meringkaskan penerangan dan penilaian tertentu menerusi gabungan penggunaan lukisan, perkataan, lambang dan gambar-gambar. Kanak-kanak biasanya tertarik terhadap bahan grafik yang ditunjukkan. Ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang positif. Visual ialah alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang lebih baik daripada pernyataan secara lisan atau bertulis. Ini bermakna fungsi utama visual adalah untuk komunikasi dalam pengajaran. Justeru,peranan visual dalam pembelajaran adalah amat penting.Namun,sebahagian besar daripada kejayaan bahan visual, adalah berdasarkan pada bahan visual tersebut iaitu perancangan yang rapi dan kesesuaian teknik digunakan. Visual boleh didapati dalam tiga bentuk, iaitu fotografik, elektronik dan grafik. Fotografik dan video adalah visual yang mewakili realiti dalam keadaan yang paling realistik, iaitu menyerupai sesuatu subjek atau situasi yang sebenar. Bahan grafik pula menyediakan ilustrasi secara artistik atau simbolik dan terdiri daripada dua kategori visual. Bentuk objek boleh memberi kesan dalam satu proses pengajaran dan pembelajaran. Visual harus dilihat sebagai suatu peraturan yang rigid, namun pengetahuan tentangnya dapat memandu kita dalam menghasilkan sesuatu rekaan visual yang baik. Selain itu Giesert dan Futrell (1990) menegaskan bahawa seseorang guru yang menggunakan komputer dalam pengajaran pembelajaran boleh dikategorikan sebagai mempunyai bakat dan kebolehan tambahan. Pengajaran yang disertakan dengan bahan bantu belajar yang terkini akan dapat menambahkan minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu jika komputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru ia akan mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran pembelajaran. Ini selaras dengan pendangan Heinich (1993) yang mengatakan bahawa komputer dapat memperkayakan teknik pengajaran. Komputer adalah pelengkap kepada penyampaian pengajaran yang berkesan. Sandholtz (1997) telah menyuarakan bahawa penggunaan

teknologi boleh memudahkan pengajaran pembelajaran. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan atau Kementerian Pendidikan khususnya sentiasa mengadakan kursus pengenalan komputer dan membina bahan berbantukan komputer bagi guru pelatih dan guru dalam perkhidmatan. Oleh itu, satu program pendidikan komputer bagi guru pelatih bukan sahaja merupakan pembelajaran mengenai komputer tetapi juga pembelajaran berbantukan komputer.

2.0 Prinsip reka bentuk grafik. Terdapat Enam prinsip grafik akan dibincangkan seperti simplisiti, dominan, pola, seimbang, variasi dan harmoni. Prinsip visual berperanan memastikan prinsip grafik yang digunakan harmoni. 2.1 Simplisiti Simplisiti merupakan prinsip reka bentuk visual yang bermaksud kesederhanaan. Prinsip ini merupakan prinsip seni reka yang bersifat sederhana dan tidak terlalu berat komposisinya. Prinsip kesederhanaan ini dapat memberi ilusi yang menarik dan mendorong murid untuk terus menghayati sesuatu karya seni yang terdapat dalam bahan bantu mengajar berbantukan komputer. Gambar rajah 1 menunjukkan kesederhanaan atau simplisiti. Hal ini kerana gambarnya mempunyai mesej yang jelas dan mudah difahami. Saiz bunganya yang besar dan jelas menampakkan objek yang ingin diceritakan tanpa berselindung. Warna bunganya juga terang dan asli. Latar belakang yang gelap menonjolkan objek dengan jelas.

Gambar Rajah 1 2.2 Dominan. Dominan merupakan salah satu prinsip yang selalu digunakan dalam penghasilan reka bentuk grafik. Misalnya penggunaan warna yang dominan dalam reka bentuk kad jemputan dan juga

papan iklan. Dominan berasal dari perkataan Dominance yang bermaksud keunggulan. Sifat unggul dan istimewa ini menjadikan sesuatu unsur seni tersebut sebagai penarik dan menjadi pusat perhatian. Dominan mempunyai beberapa tujuan iaitu menarik perhatian, menghilangkan kebosanan dan memberi titik fokus pada sesuatu karya yang dihasilkan. Gambar rajah 2 menunjukkan unsur dominan diterapkan. Fokus diberikan kepada perempuan berbaju merah dibahagian tengah. Warna terang baju perempuan itu minimbulkan titik permulaan dominan gambar. Gambar yang cerah dan jelas serta berwarna-warni menarik pandangan. Pokok pinang di bahagian tepi sahaja menjadikan pandangan dominan tertutup. Aliran objek di tepi (manusia) menunjukkan aliran aktiviti utama iaitu bergotong-royong

Gambar Rajah 2 2.3 Pola Unsur pola adalah berkaitan dengan irama dan pergerakan mata yang dapat diwujudkan dalam gubahan seni visual melalui pengolahan unsur-unsur seni dengan cara dan teknik yang kreatif. Mengaplikasikan prinsip pola dalam gambar dapat menghasilkan suatu irama dan suasana yang abstrak. Hal ini juga menjadikan gambar lebih menarik dan menimbulkan daya tarikan penglihatan mata serta menimbulkan kesan visual yang lebih hidup, realistik dan berkesan. Gambar rajah 3 di bawah menggunakan garis perspektif untuk menarik mata meninjau lebih jauh ke dalamnya. Susunan pokok yang selari dengan garisan jalan raya menampakkan pola penyusunan yang menarik. Terdapat juga pengulangan alunan ranting dan pokok yang menyebabkan gambar kelihatan abstrak. Bayangan pokok-pokok menjadikan redupan penglihatan mata dan menimbulkan ketenangan serta nyaman kepada penonton. Reka bentuk visual jenis ini sesuai untuk menceritakan tentang kedamaian dan ketenangan dalam suatu penceritaan.

Gambar Rajah 3 2.4 Seimbang Seimbang ditakrifkan sebagai suatu keadaan kesamaan dan berpadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan perhatian yang terdapat dalam suatu susunan unsur-unsur seni. Imbangan merujuk kepada pembahagian yang bersebelahan atau berpadanan sama ada di sebelah kiri dan kanan atau atas dan bawah. Ia terbahagi kepada dua iaitu imbangan simetri dan juga imbangan tak simetri. Melalui imbangan, susunan tidak akan kelihatan berat sebelah dan akan mewujudkan kesan kesatuan.Gambar boleh ditonjolkan dalam situasi formal atau tidak formal. Gambar rajah di bawah menunjukkan wujudnya unsur keseimbangaan. Hal ini dibuktikan dengan wujudnya dua buah chalet yang seimbang dalam gambar. Pokok kelapa di bahagian kiri dan kanan gambar membuatkan gambar kelihatan lebih seimbang. Bayangbayang tiang kayu dalam air turut menyeimbangkan bahagian bawah gambar ini serta menjadikan gambar lebih menarik. Manakala cahaya dari chalet menonjolkan gambar pada suasana yang tepat.

Gambar Rajah 4 2.5 variasi Variasi adalah kepelbagaian yang diperolehi melalui penggunaan kontra dan perincian sesuatu karya. Penggunaan elemen kontra dalam hasil karya mampu mewujudkan variasi dari

segi warna, bentuk dan komposisi sesuatu hasil karya. Ia merujuk kepada penggunaan unsur seni dan prinsip rekaan yang pelbagai dalam sesuatu hasil rekaan. Kepelbagaian dapat memberikan gaya, variasi, tenaga dan tarikan dari gubahan tersebut. Gambar rajah 5 mengunakan prinsip variasi. Hal ini kerana visual yang dipaparkan kelihatan hidup dan bergerak. Kepelbagaian teknik yang digunakan dalam visual membolehkan visual diklasifikasikan sebagai variasi. Unsur flora digabungkan dengan unsure geometri. Penggunaan bentuk geometri yang pelbagai saiz menampakkan lebih jelas pergerakan dalam visual.

Gambar Rajah 5 2.6 Harmoni Harmoni wujud pada benda-benda alam dan benda buatan manusia. Harmoni adalah sesuatu rekaan seni visual yang melibatkan susunan atau ulangan unsur-unsur seni visual mengikut cara dan prinsip yang tersusun dan menimbulkan kesan yang menarik. Dalam konteks seni, ulangan garisan, rupa, bentuk, jalinan dan ruang dalam gaya dan arah yang tertentu atau berpandukan garisan grid akan menghasilkan gubahan yang harmoni. Aplikasi prinsip rekaan harmoni dapat menimbulkan gambaran yang sempurna, teratur, seragam dan selesa pandangan mata. Gambar rajah 6 dikelaskan sebagai visual yang menggunakan prinsip harmoni kerana penggunaan unsure geometri dan flora digubah menjadi corak yang tersusun rapi. Susunan corak tersebut menunjujkan aliran persembahan, perspektif dan kesatuan mesej. Oleh itu, gambar tersebut nampak menarik dan jelas di mata audien. Disamping itu, unsure tradisional masyarakat Sarawak juga diserap dalam corak gambar rajah 6.

Gambar Rajah 6

Soalan 2 CIRI REKA BENTUK YANG DAPAT MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR 1.0 Pengenalan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) merupakan unsur yang diberikan penekanan baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dan mata pelajaran lain di bilik darjah. Kementerian Pendidikan melalui Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah memberi pendedahan kepada guru guru tentang kaedah perlaksanaan unsur tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Usaha tersebut dijalankan dengan giatnya di peringkat kebangsaan, peringkat negeri, peringkat daerah dan peringkat sekolah sejak tahun 1994. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia unsur KBKK sebenarnya telah lama wujud melalui unsur-unsur teras Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Cuma dalam proses pengajaran dan pembelajaran, Penekanan unsur tersebut tidak begitu jelas dan semakin terabai. Memandangkan KBKK adalah unsur penting yang dapat menghasilkan pelajar yang berilmu serta berfikiran kritis dan kreatif, maka ia perlu diberi penekanan semula supaya matlamat menghasilkan pelajar dan seterusnya rakyat yang berketrampilan dapat dicapai. Sehubungan itu kajian perlu dibuat untuk melihat sejauh mana kehadiran unsur-unsur KBKK dalam proses pengajaran dan pembelajaran BM supaya usaha memperlengkapkan guru-guru BM dengan pengetahuan tentang KBKK dapat dijalankan secara tepat dan berkesan. Dalam sukatan pelajaran sekolah rendah telah disenaraikan unsur kemahiran berfikir yang perlu diterapkan oleh guru dalam pengajaran mereka antaranya ialah menganalisis,

menjana idea, menyusun atur, meramal dan sebagainya. Kajian kali ini menemukan saya kepada sebuah laman web http://smkpenghulusaad.wordpress.com/2009/07/03/kitar-semularecycle/. Saya berpendapat bahawa laman web ini amat sesuai sebagai bahan bantu mengajar berasaskan komputer. Paparan laman web ini dimiliki oleh SMK Penghulu Saat yang bertajuk Kitar Semula. Paparan yang mengandungi teks dan gambar visual menjadikan satu tarikan kepada murid untuk menggunakan bahan tersebut. Gambar visual yang terdapat dalam laman web ini mempunyai beberapa ciri reka bentuk. Antaranya adalah dominan, variasi, harmoni dan simplisiti.

2.0 Ciri Reka Bentuk Yang Dapat Meningkatkan Kemahiran Berfikir 2.1 Reka bentuk Dominan. Kemahiran berfikir :mengenal pasti Gambar tersebut dikatakan dominan kerana terdapat pantulan cahaya daripada objek di dalam gamabr. Penggunaan warna yang terang dan kontras menimbulkan objek yang terdapat di dalam gambar. Gambar tersebut mampu menjana kemahiran berfikir iaitu mengenal pasti

warna terhadap bahan kitar semula. Murid perlu mengenal pasti bahan kitar semula mengikut warna tong yang betul. 2.2 Reka bentuk Variasi Kemahiran berfikir :menyusun atur Ciri reka bentuk variasi yang digunakan dalam laman web tersebut adalah variasi. Hal ini kerana pemilik laman web tersebut menggunakan gambar visual dan teks atau prototaip. Teks yang dimuatkan mampu menguji kemahiran berfikir murid iaitu menyusun mengikut urutan keutamaan. Seterusnya murid dapat memindahkan maklumat ke dalam bentuk gambar rajah grafik. 2.3 Reka bentuk Harmoni Kemahiran berfikir : penelitian bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan Harmoni merupakan ciri reka bentuk yang terdapat di dalam laman web tersebut. Pemilik menggunakan warna ungu sebagai warna latar belakang laman web, warna kelabu pula digunakan bagi kotak setiap tajuk, warna kelabu yang lebih cerah digunakan sebagai warna latar belakang kotak maklumat dan teks menggunakan warna hitam. Gandingan warna kelabu cerah dengan tulisan hitam membuatkan maklumat lebih jelas untuk disampaikan. Pemilik juga telah memasukkan gambar pemandangan sekolah yang menggunakan warna ceria dan terang pada pemulaan laman web menimbulkan lagi keharmoniaan paparan laman web tersebut. Penggunaan laman web ini dapat meningkatkan kemahiran berfikir murid dalam aspek penelitian bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan. Justeru itu murid dapat meneliti gambar dan mengaitkan maklumat dalam teks secara menyeluruh. Hal ini kerana paparan laman web ini jelas dan susunan bahan yang teratur.

2.4 Reka bentuk Simplisiti Kemahiran berfikir : kemahiran meramal Laman web yang dipilih menggunakan objek-objek yang statik seperti gambar, teks dan warna. Pemilihan warna asas bagi laman web iaitu ungu dan kelabu menampakkan lagi ciri simplisiti dalam laman web ini. Penggunaan tulisan jenis Arial menjadikan laman web ini kelihatan jelas dan bersesuaian dengan tahap murid. Terdapat juga gambar visual di akhir laman web yang dapat membantu meningkatkan kemahiran berfikir murid dalam meramal

kesan daripada mengabaikan kitar semula. Bentuk laman web yang jelas dapat membantu muird mengasah minda mereka untuk meramal kesan atau akibat.

3.0 Kesimpulan
Kejayaan sesuatu bahan bantu mengajar bukan unjuran lazimnya bergantung kepada kualiti dan keberkesanan hasil seni atau bahan grafik yang digunakan. Ia diperolehi melalui perancangan rapi yang merangkumi idea-idea yang teliti serta penggabungan pelbagai jenis teknik penghasilan grafik tertentu. Visual banyak menggunakan grafik seperti carta, graf, gambarajah, poster, kartun, lutsinar dan lain-lain bahan bantu mengajar. Dengan penggunaan bahan seperti ini, bukan sahaja dapat memberi gambaran lebih jels kepada murid, malahan dapat menarik minat murid dalam pengajaran yang guru laksanakan.

4.0 Rujukan Chin Yoon Poh. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kumpulan Budiman SDN. BHD: Selangor. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Wan Kamaruddin Wan Hassan. (2009). Siri Pendidikan Guru Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran . Oxford Fajar SDN. BHD: Selangor. Internet:
1 2 3 4 5

http://smkpenghulusaad.wordpress.com/2009/07/03/kitar-semula-recycle/
http://www.docstoc.com/docs/10941855/Assignment-TEKNOLOGI-MAKLUMAT http://library.perdana.org.my/Digital_Content/PLF/000006/A4/1004909.pdf http://www.scribd.com/doc/14164275/prinsip-asas-grafik http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/tajuk-5-asas-grafik.html

You might also like