You are on page 1of 2

1.

Kesatuan ialah penggabunggan prinsip rekaan dan unsur seni dalam usaha
melahirkan sesuatu rekaan seni visual yang sempurna lagi baik. Penggabungan
berdasarkan kepada tema dan idea yang sama yang Saling lengkap-melengkapi
antara satu sama lain. Berfungsi untuk menghasilkan karya yang lebih lengkap,
teratur dan sempurna.

2. Penegasan: Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol,


kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan. Fungsi penegasan ialah untuk menarik
perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan. Penegasan dapat
dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang
hendak ditegaskan.

3. Pergerakan: Pergerakan  ialah satu kesan ilusi yang wujud daripada perulangan
susunan satu atau  lebih objek secara berterusan untuk menimbulkan harmoni objek
yang tersusun itu adalah objek utama dan berbeza dengan latar. Pergerakan dapat
dilihat melalui pelbagai kesan seperti, angin, air, ombak, taufan dan lain-lain
lagi.        

4. Keseimbangan merupakan keadaan yang berpadanan dari segi ukuran berat,


tarikan, dan tumpuan perhatian. Terdapat dua jenis imbangan :
1. Imbangan simetri – wujud apabila unsur-unsur yang ada pada bahagian kiri dan
    kanan atau atas dan bawah dalam satu komposisi itu sama.
 2.Imbangan tidak simetri – wujud apabila sesuatu gubahan itu mempunyai unsur
    yang sama atau berlainan tetapi berbeza dari segi penampilannya

5. Kontra terwujud apabila terdapat unsur-unsur seni yang berbeza atau


bercanggah dalam sesuatu gubahan. Aplikasi prinsip rekaan kontra akan
menimbulkan daya tarikan, kerana ciri-ciri yang bertentang akan menimbulkan
perbezaan.

Komusikasi visual penting dalam pembelajaran untuk mennyampaikan maklumat


kepada pelajar dengan cara lebih berkesan dan lebih menarik dalam bentuk digital
dan elektronik.

Ya saya bersetuju dengan pendapat anda, komusikasi visual penting dalam pembelajaran untuk
mennyampaikan maklumat kepada murid dengan cara lebih berkesan dan lebih menarik dalam
bentuk digital dan elektronik. prinsip-prinsip komunikasi visual ini adalah sangat penting untuk
meningkatkan komunikasi dalam proses PdP, ianya dapat membantu untuk memfokuskan perhatian
murid kepada maklumat yang terdapat dalam visual, dan menyemai minat baru murid terhadap
sesuatu perkara yang dipelajari.

You might also like