You are on page 1of 11

‘PARA-CYCLING’ SUKAN BERBASIKAL ADAPTIF BAGI INDIVIDU

KETIDAKUPAYAAN.

1.0 Pengenalan
Sukan paralimpik merupakan sukan yang tertinggi yang dilaksanakan pada tahun yang
sama dengan penganjuran Sukan Olimpik. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Sukan
Paralimpik merupakan sukan antarabangsa yang bermodelkan Sukan Olimpik namun
ianya khusus diadakan untuk orang yang mempunyai masalah ketidakupayaan atau orang
kurang upaya (OKU). Sejarah pertubuhan sukan paralimpik pada tahun 1970 yang
dipelopori oleh Persatuan Orang-orang Cacat Anggota Malaysia Mr. H.R.M Storey.
Beliau menghantar satu pasukan atlet Malaysia untuk menyertai pemainan. Kemudian,
Majlis Sukan Orang Cacat Malaysia diiktiraf oleh kerajaan dan menamakannya sebagai
Majlis Paralimpik Malaysia (MPC). Acara sukan ini diadakan setiap 4 tahun sekali dan
ianya dilaksanakan berdasarkan kemampuan OKU tersebut. Antara contoh sukan yang
berikut adalah olahraga, renang, berbasikal, goalball, judo dan sebagainya.
Sukan berbasikal antara sukan yang terbaru dalam sejarah paralimpiade. Sekitar
80an, pertandingan sukan berbasikal yang melibatkan atlet cacat penglihatan buat
pertama kalinya diadakan. Di Sukan Antarabangsa untuk Orang Kurang Upaya bagi atlet
lumpuhdan amputasi diadakan pada tahun 1984. Pada 1992, sukan berbasikal tersebut
diadakan secara berasingan berdasarkan kumpulan yang dibantu.

‘Para-cycling’ merupakan antara sukan suaian khusus untuk individu


ketidakupayaan. Sukan ‘para-cycling’ merupakan sukan berbasikal yang direvolusi
mengikut tahap ketidakupayaan serta dapat melibatkan pelbagai masalah ketidakupayaan.
2.0 Objektif
Beberapa objektif kajian telah dirangka sebagai garis panduan bagi penulisan ilmiah ini.
Langkah-langkah tersebut diperlukan agar penulisan ilmiah yang dirancang dapat dicapai
dengan sepenuhnya. Berikut merupakan objektif yang dirancang:
a. Mengenalpasti kesesuaian sukan ‘para-cycling’ bagi setiap individu yang
mempunyai masalah ketidakupayaan yang berbeza.
b. Mengenal pasti pengelasan masalah ketidakupayaan bagi sukan ‘para-cycling’.
c. Meneroka implikasi terhadap individu dalam melaksanakan sukan suaian ‘para-
cycling’ ini.

3.0 Persoalan 1- Sukan Paracyling kepada individu yang mempunyai masalah


ketidakupayaan (OKU).
Sukan paralimpik adalah kepada individu yang khusus seperti individu yang mempunyai
masalah ketidakupayaan atau orang kurang upaya (OKU). Sejarah pertubuhan sukan
paralimpik pada tahun 1970 yang dipelopori oleh Persatuan Orang-orang Cacat Anggota
Malaysia Mr. H.R.M Storey. Beliau menghantar satu pasukan atlet Malaysia untuk
menyertai pemainan. Kemudian, Majlis Sukan Orang Cacat Malaysia diiktiraf oleh
kerajaan dan menamakannya sebagai Majlis Paralimpik Malaysia (MPC). Acara sukan
ini diadakan setiap 4 tahun sekali dan ianya dilaksanakan berdasarkan kemampuan OKU
tersebut. Antara contoh sukan yang berikut adalah olahraga, renang, berbasikal, goalball,
judo dan sebagainya.
‘Para-cycling’ merupakan antara sukan suaian khusus untuk individu yang
mempunyai masalah ketidakupayaan. Sukan ‘para-cycling’ ini merupakan sukan
berbasikal yang direvolusi atau diadaptasi mengikut tahap dan jenis masalah
ketidakupayaan yang dihadapi oleh individu tersebut. Sukan berbasikal ini melibatkan
individu yang mempunyai masalah ketidakupayaan seperti cerebral palsy, amputasi atau
kudung pada anggota badan dan kecacatan fizikal yang lain yang mana individu tersebut
akan bersaing menggunakan berbasikal, tricycles dan hand cycles mengikut
ketidakupayaan mereka. Dalam sukan berbasikal ini dibahagikan kepada beberapa
kategori iaitu lima kategori untuk hand cycling, dua kategori untuk tricycle, lima kategori
berbasikal dan tiga kategori untuk sukan tandem yang bertanding dalam satu acara. Acara
sukan para-cycling terbuka kepada individu yang menghidapi kudung atau amputees
pada anggota badan, para les autres, cerebral palsy dan mempunyai masalah
penglihatan.
Dalam kajian Johanna Liljedahl (2022), jenis ketidakupayaan yang layak untuk
terlibat atau menyertai dalam sukan ‘paracycling’ telah pun dispesifikkan oleh IPC dan
syarat menyertai juga diambil kira akan tahap kekuatan ketidakupayaan, pelbagai
pergerakan pasif ketidakupayaan (PROM), kekurangan anggota badan, perbezaan
kepanjangan kaki, hipertonia, ataxia, atetosis, dan ketidakupayaan penglihatan (IPC,
2015). Penyertaan atlet dalan sukan berbasikal ini mengikut jenis ketidakupayaan fizikal
yang memberi impak terhadap aktiviti berbasikal boleh menyertai sukan para ini.
Pengelasan sukan berbasikal ketidakupayaan ini merangkumi empat kategori iaitu
berbasikal, berbasikal roda tiga, berbasikal tangan dan tandem. Tandem merupakan sukan
berbasikal untuk atlet yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan. Dalam kajian ini,
pengkaji memfokuskan dua kategori berbasikal bagi ketidakupayaan iaitu berbasikal dan
tricycle.
Pengelasan yang ditetapkan bagi sukan berbasikal atau para-cycling bukan sahaja
memberi akses kepada atlet ketidakupayaan. Malah mereka dikumpulkan dalam kelas
yang khusus dan ianya bertujuan untuk menyediakan struktur untuk pertandingan yang
adil dan saksama bagi memastikan kemenangan ditentukan oleh kemahiran, kecergasan,
kuasa, ketahanan, keupayaan taktikal dan fokus mental. Tambahan pula, ianya
merupakan antara faktor yang sama bagi menyumbang kejayaan dalam sukan untuk atlet
yang sihat. Proses penilaian yang klasifikasi yang dilaksanakan keatas para atlet adalah
untk mengenal pasti kelayakkan mereka dari segi kemerosotan nilai keupayaan atlet serta
mengelaskan mereka ke berdasarkan tahap pengelasan sukan mengikut kemampuan dan
ketidakupayaan mereka. Pengelasan yang dilakukan adalah lebih khusus mengikut
ketidakupayaan atlet yang memberi implikasi terhadap aktiviti yang terlibat. Hal ini
kerana, sukan paracyling ini mempunyai tahap penglibatan atlet OKU yang berbeza
tahap ketidakupayaannya dan setiap darinya mempunyai sistem klasifikasi yang berbeza.
Pengelasan sukan paracyling merangkumi kepada 4 kelas. Antaranya, sukan
berbasikal tangan (handcycling), tricycle, berbasikal dan tandem. Sukan berbasikal
tangan atau handcyling mempunyai lima kelas sukan yang berbeza seperti H1, H2, H3,
H4 dan H5. Kelas yang mewakili nombor yang lebih rendah menunjukkan limitasi
penglibatan aktiviti yang sangat teruk sebagaimana atlet dalam kelas H1 mengalami
kehilangan sepenuhnya fungsi pada betis dan kakinya serta mempunyai kefungsian
tangan yang terhad. Lain pula dengan kelas H4 yang mana atlet dalam pengelasan ini
mempunyai kefungsian kaki yang terhad atau tiada kaki. Namun begitu, atlet pada kelas
ini mempunyai betis dan tangan yang dapat berfungsi dengan baik. Atlet sukan berbasikal
dalam kelas H1 hingga H4 bertanding dalam kedudukan yang baring, manakala atlet
sukan berbasikal kelas H5 bertanding dalam keadaan duduk berlutut. Hal ini kerana, atlet
berbasikal dalam kelas ini berupaya menggunakan betis dan tangan mereka untuk
memecut laju.
Bagi pengelasan sukan berbasikal tricycle, atlet dalam kelas ini tidak berupada
menunggang basikal dengan baik. Ini kerana mereka mempunyai masalah dalam
keseimbnagan dan koordinasi tubuh badan mereka. Sukan berbasikal kelas ini
dibahagikan kepada dua kelas iaitu T1 dan T2. Kelas sukan bagi T1 dikhususkan kepada
para atlet OKU yang mempunyai kehilangan koordinasi atau kekuatan otot yang lebih
ketara berbanding para atlet yang bertanding dalam kelas T2. Di samping itu, para atlet
OKU juga ada yang berupaya bertanding menggunakan basikal yang standard. Sukan
berbasikal menggunakan basikal yang standard dibahagi kepada lima kelas sukan iaitu
C1, C2, C3, C4 dan C5. Pesertaan dalam jenis kelas sukan berbasikal ini,
berkemungkinan mengalami amputasi, gangguan kekuatan otot atau pergerakkan yang
terhad serta mempunyai gangguan koordinasi seperti ataxia dan athetosis.
Kelas terakhir jenis sukan berbasikal tandem. Sukan berbasikal ini khusus buat
atlet berbasikal yang mempunyai masalah ketidakupayaan penglihatan. Pertandingan
dalam sukan berbasikal ini melibatkan penunggang basikal yang berperanan sebagai juru
arah atau pilot dan penunggang yang merupakan peserta masalah penglihatan. Kriteria
bagi sukan berbasikal ini melibatkan atlet OKU yang mempunyai penglihatan yang
rendah iaitu kurang daripada 6/60 dan/atau medan penglihatan kurang daripada 20 darjah.
4.0 Persoalan 2- Sintesis kajian literatur daripada luar negara sebagai bukti isu yang
dibincangkan

Dalam penulisan ilmiah ini, pengkaji merujuk kepada 3 artikel utama yang mengupas
topik mengenai ‘para-cycling’. Artikel pertama oleh pengkaji Johanna Liljedahl (2022),
adalah kajian mengenai sistem klasifikasi atau pengelasan dalam sukan berbasikal atau
para-cycling yang mana berdasarkan kajian yang dilakukan ini, pengkaji mengkaji
pengelasan sukan berbasikal atau para-cycling yang semasa dan implikasi terhadap
perbezaan masalah ketidakupayaan dalam pencapaian. Dalam kajian ini pengkaji
memfokuskan individu yang berada didalam kelas C (para-cycling) dan kelas T
(tricycle). Tujuan khusus kajian ini adalah untuk mengenalpasti perbezaan prestasi
perlumbaan antara para-cycling yang berada di pengkelasan C di pertandingan
antarabangsa dan untuk membandingkan keputusan dengan prestasi perlumbaan
penunggang basikal yang berkebolehan. Hasil daripada kajian yang tersebut
menunjukkan tidak jelas dalam prestasi perlumbaan sukan berbasikal antara kelas atau
kategori yang dikaji.
Hal ini kerana, keputusan perlumbaan di atas trek mendapati tiada perbezaan yang
ketara antara kedua-dua kelas yang dikaji dan ini berkemungkinan perlumbaan basikal
diatas trek dan di jalan raya memerlukan ciri-ciri penilaian prestasi yang berbeza
disebabkan pelumbaan diatas trek lebih pendek pecutannya berbanding perlumbaan
diatas jalan raya yang lebih panjang jaraknya. Dalam sistem klasifikasi sukan berbasikal
atau para-cycling yang semasa, ianya dinilai berdasarkan prestasi

Kajian kedua oleh Johanna B. Liljedahl, Anna Bjerkefors, Anton Arndt & Carla F.J.
Nooijen (2019) adalah berkaitan dengan persembahan pertandingan balapan sukan
paracycling dalam kelas yang berbeza. Kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk
mengkaji perbezaan persembahan yang melibatkan pelbagai kelas dalam sukan
berbasikal ini. Hal ini kerana sistem klasifikasi paracycling yang terdiri daripada lima
kelas, C1 sehingga C5 mempunyai tahap ketidakupayaan yang berbeza-beza berdasarkan
pandangan pakar-pakar bukannya merujuk daripada kajian ilmiah. Kaedah kajian ini
dijalankan adalah berdasarkan daripada keputusan rasmi hasil masa 1km daripada
kumpulan lelaki dalam kelas C1 hingga C5 dari tujuh Kejuaraan Union Cyliste
Internasionale World Championships dan Paralympics. Jumlah purata hasil daripada lima
atlet terpantas dalam data yang terkumpul dalam kajian ini adalah n = 175.

Hasil perbincangan dalam kajian ini, menunjukkan berbezaan dalam persembahan


pertandingan antara kelas C1 hingga C5 adalah secara signifikan statistiknya berbeza dari
segi catatan masa purata pecutan hasil daripada pengumpulan data analisa tersebut. Hasil
daripada analisis data tersebut menunjukkan C1 mempunyai jurang perbezaan masa yang
empat kali besar daripada kelas atlet yang berbadan sihat. Oleh itu, sekiranya
pertandingan berbasikal ini diadakan setara ianya tampak tidak adil disebabkan tahap
ketidakupayaan dan kemampuan atlet dalam kelas-kelas tersebut adalah berbeza-beza.
Tahap-tahap ketidakupayaan tersebut memberi impak terhadap pretasi persembahan atlet
yang terlibat. Setiap pengelasan sukan paracycling yang diadakan meletakkan syarat
yang bersesuaian mengikut kelas ketidakupayaan fizikal yang diperlukan.

Kajian seterusnya adalah berkenaan dengan penyelidikan yang dilakukan keatas


sukan paracycling oleh Johanna Liljedahl et. al. (2020). Matlamat utama projek
penyelidikan ini dilaksanakan adalah untuk menjana bukti saintifik bagi
mengklasifikasikan paracycling. Pengumpulan data dalam projek penyelidikan ini telah
direka bentuk dan dihubungkaitkan dengan penentu pengelasan semasa dalam kelas C
dan T. Dalam penyelidikan ini juga pengkaji juga mengumpulkan data mengenai kekutan
oto, koordinasi dan prestasi pada basikal semasa perlumbaan serta semasa ujian standard
pada ergometer berbasikal. Dalam projek penyelidikan ini, penggunaan peralatan canggih
dan makmal diperlukan untuk menilai kekuatan kaki bagi mengukur daya. Kemudian
hasil data yang diperolehi akan dibuatkan perbandingan dengan data klasifikasi serta
ujian parameter prestasi lain bagi melakukan penentuan kemerosotan dan kefungsian otot
dan sebagainya.

Penyelidikan ini masih diteruskan bagi mendapat data yang diperlukan. Projek
penyelidikan yang berlangsung ini juga melibatkan pengumpulan pendapat darupada
sekumpulan individu yang berpengalaman, pakar dan arif dari bidang paracycling dan
berkaitan. Projek penyelidikan ini menggunakan kaedah kajian Delphi. Yang mana
projek penyeldikan ini memerlukan penggunaan satu siri soal selidik bagi mencapai
consensus topik yang berkaitan. Jenis kajia ini dilakukan dalam tempoh penyelidkan yang
berbeza dan hasil daripada pengumpulan data tersebut digabungkan.

5.0 Persoalan 3- Teori dan pendekatan (cara) dalam perbincangan kajian literatur-
huraikan dalam nada bahasa sendiri

Ramai antara peserta OKU yang mempunyai potensi yang besar dan boleh mencaai suatu
tahap yang tidak disangka-sangkakan walaupun mereka dalam keadaan yang serba
kekurangan. Untuk menjadi seorang atlet adalah suatu perkara yang sukar bagi orang
kurang upaya. Hal ini kerana, terdapat beberapa perkara menjadi gangguan kepada
mereka seperti kesukaran fizikal, masalah moral, motivasi diri yang rendah sehingga
mengakibatkan mereka sukar untuk maju kehadapan menyerlahkan bakat serta perlu
menghadapi pelbagai prasangka. Memasuki sukan paralimpik memerlukan kekuatan dan
keberanian sehingga memberi tanggapan kepada mereka secara berbeza. Pemikiran yang
kuat dan motivasi dalam kehidupan yang tinggi merupakan salah satu punca atau faktor
seseorang individu OKU kuat dan mampu menempuhi rintangan sebagai seorang atlet.
Penglibatan individu dalam sesuatu sukan wujud berdasarkan ransangan daripada
minat dan dorongan untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu dalam apa jua keadaan sama
ada belajar mahupun bersukan. Motif seseorang melaksanakan sesuatu adalah
berdasarkan dua konsep yang berlainan (Kamlesh, 1988). Konsep tersebut merupakan
dorongan yang menunjuk kepada suatu keadaan tekanan yang perlu dikurangkan atau
keperluan yang perlu ditunaikan untuk memperolehi suatu kepuasan, manakala matlamat
pula merupakan suatu usaha yang dilakukan untuk mencapai sesuatu yang diingini.
Dalam bidang sukan, motif yang dimaksudkan merujuk kepada isu asas motivasi yang
melibatkan atlet yang melibatkan diri dalam bidang sukan (Gill, 2000).
Dalam teori Hirarki Keperluan Maslow atau dikenali sebagai Maslow’s Need
Hierarchy menghuraikan menyenai motivasi menerusi analisis keperluan seseorang
individu atau atlet. Dalam teori ini, seseorang individu perlu mempunyai tata tingkat
keperluan asas yang harus dicapai. Dalam teori ini juga menyatakan bahawa keinginan
asas yang dapat dicapai sedikit sebanyak mempengaruhi kesan tingkah laku seseorang
individu tersebut. Dalam teori ini menitikberatkan dua keperluan asas iaitu keperluan
jasmnai dan bukan jasmani. Keperluan jasmani merangkumi fisiologikal dari segi
keperluan makan, minum, oksigen, pasangan untuk hidup, tempat perlindungan dan
keselamatan.
Selain daripada keperluan tersebut, individu juga memerlukan keperluan bukan
jasmani yang merangkumi psikologikal. Keperluan psikologikal ini bermaksud keperluan
yang bersifat kerohanian, intelek, perasaan dan kecenderungan semula jadi.
Kecenderungan semulajadi ini meliputi keperluan kasih sayang dan penghargaan.
Berdasarkan teori Maslow dibahagikan kepada lima jenis keperluan dalam teori Hirarki
Kperluan Maslow. Setiap peringkat keperluan dalam hirarki tersebut mempunyai
kefungsian dan keperluan yang berlainan. Keperluan pada aras pertama perlu dicapai
sebelum bergerak keperingkat seterusnya untuk mencapai kepada peringkat keperluan
yang lebih tinggi. Peringkat pertama dalam hirarki keperluan Maslow ini merupakan
keperluan fisiologi. Keperluan ini merupakan antara keperluan yang paling asas yang
merangkumi keperluan manusia seperti udara, makanan, minuman, perlindungan dan
sebagainya.
Peringkat keperluan yang seterusnya merupakan keperluan keselamatan. Pada
peringkat ini, ianya merangkumi keperluan yang menghindari atlet atau individu daripada
segala ancaman-ancaman bahaya. Ancaman-ancaman tersebut dihindari baik terhadap
tubuh badan dan nyawa serta membuatkan individu merasa lebih selamat dan dilindungi.
Merujuk kepada kajian dalam kajian Yulingga Nanda Hanief (2020), para doktor
medical, fisioterapis dan teknikal telah ditugaskan kepada setiap atlet yang ditugaskan
oleh Internasional Cycling Federation (UCI) terutamanya kepada masalah
ketidakupayaan fizikal dalam sukan berbasikal. Namun begitu, kajian menunjukkan
dalam sukan paracycling, kecederaan kepada atlet adalah jarang sekali berlaku. Ini
kerana, mereka merancang dengan baik serta membuat satu penganalisisan terhadap
peralatan mahupun trek yang digunapakai semasa berlangsungnya perlumbaan tersebut.
Seterusnya merupakan peringkat keperluan kasih sayang. Pada peringkat ini ianya
berkaitan dengan sekeliling kehendak individu untuk mendapatkan suatu hubungan.
Hubungan yang terjalin boleh dikaitkan dengan hubungan yang mesra dan kasih sayang
baik daripada ibu bapa, adik-beradik mahupun rakan sebaya.
6.0 Persoalan 4- Bincangkan cadangan haluan terbaik dan kajian akan datang yang
bermanfaat kepada isu yang telah dipilih

Dalam kajian ini,


7.0 Kesimpulan
8.0 Rujukan

You might also like