You are on page 1of 4

PENGENALAN OLAHRAGA

Olahraga ialah satu aktiviti fizikal yang bersifat saingan. Ia merangkumi


beberapa acara berlainan yang berasaskan kepada pergerakan-pergerakan
semula jadi seperti berlari, melompat dan membaling. Bentuk awal olahraga
yang dikelolakan secara tersusun telah dikenali berlaku pada zaman klasikal
terutamanya Sukan Olimpik Kuno. Sepertimana kita tahu, olahraga bermula
dari Sukan Olimpik Moden pertama di Athens dalam tahun 1896 dan
kewujudan IAAF (Pertubuhan Olahraga Amator Antarabangsa) dalam tahun
1912. Sejak itu, program olahraga telah diubahsuaikan dan diperkembangkan
secara berterusan.
Olahraga merupakan elemen yang paling penting dalam Sukan
Olimpik Moden. Ia dipraktikan di semua negara kerana nilai pendidikannya dan
peranannya dalam peningkatan keadaan fizikal individu. Ia juga merupakan
asas yang diperlukan untuk prestasi optimum dalam sukan lain. Tambahan pula
ia menawarkan peluang kepada penyelidik untuk mengkaji pergerakkan
manusia
Olahraga trek dan padang biasanya dikenali sebagai olahraga atau trek dan
padang. Nama "olahraga" berasal daripada perkataan Greek "athlos" yang
bermaksud "bertanding". Tarikan yang ada pada acara sukan ini juga telah
melahirkan istilah olahraga (athletics) yang merangkumi acara berlari,
melontar dan melompat.
Sifat-Sifat Olahragawan

Sebagai atlit, seseorang itu mempunyai beberapa ciri yang tertentu yang
diharapkan mampu membawa kejayaan kepadanya. Penentuan penyertaan
dalam sesuatu acara itu walaupun bergantung kepada diri individu itu, juga
bergantung kepada kebijaksanaan jurulatih atau guru pengawas. Antara ciri-ciri
itu adalah seperti berikut :

1. Berdisiplin tinggi
2. Semangat untuk bertanding
3. Berperibadi mulia dan dihormati
4. Mempunyai semangat berpasukan
5. Bersemangat tinggi dan tidak mudah menyerah kalah
6. Penyabar dan bertimbang rasa

Pembahagian

Olahraga Acara- acara olahraga boleh dibahagikan dalam dua kumpulan utama
iaitu:

1. Acara balapan
2. Acara-acara padang
Acara balapan

Semua acara balapan kecuali acara jalan kaki, dijalankan di atas trek atau litar
yang ditandakan. Walaupun acara jalan kaki dikelaskan sebagai satu acara
balapan tetapi sebenarnya ia dijalankan di jalan raya dan jarang di trek. Acara-
acara balapan termasuklah lari pecut, lari berganti-ganti, lari berpagar,
steeplechase, lari jarak sedarhana dan jauh dan berjalan kaki. Acara balapan
ialah:

1. Lari Pecut
o 100 meter

o 200 meter
o 400 meter
2. Lari berganti-ganti
o 4 x 100 meter

o 4 x 200
o 4 x 400
3. Lari berpagar
o 100 meter wanita
o 110 meter lelaki
o 400 meter
4. Steeplechase
o 3,000 meter
5. Lari jarak sedarhana dan jauh
o 800 meter
o 1,500 meter
o 3000 meter
o 5000 meter
o 10,000 meter
6. Berjalan kaki
o 20 km
o 50 km
Acara-acara Padang
1. Acara lompatan
2. Acara balingan

Terdapat dua jenis acara lompatan:

1. Untuk ketinggian iaitu acara lompat tinggi dan lompat bergalah


2. Untuk jarak jauh iaitu acara lompat jauh dan lompat kijang.

Acara Balingan:

1. Lempar cakera
2. Rejam lembing
3. Lempar tukul
4. Lontar peluru
Acara lain

Selain daripada acara-acara balapan dan padang terdapat juga acara – acara
lain yang dipertandingkan dalam temasya olahraga:
1. Dekathlon
2. Pentathlon
3. Marathon
4. Merentas desa

Bahagian 2 (Jika berlebihan masa sahaja)

Lukis suasana ketika orang bersukan yang anda ingat.

You might also like