You are on page 1of 19

Pendekatan

koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan murid bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya. Slavin (1982), kaedah koperatif merujuk kepada pengajaran yang memerlukan murid daripada pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. Effandi Zakaria (1998), pembelajaran koperatif adalah suatu strategi pengajaran di mana pelajar-pelajar saling membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil yang mempunyai matlamat bersama.

Menurut

Menurut

Pembahagian

pelajar ke dalam kumpulan kecil memudahkan guru-guru sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. TUJUAN KAEDAH PENGAJARAN KOPERATIF: MENCAPAI KEMAJUAN DAN PRESTASI CEMERLANG

Saling

bergantung antara satu sama lain secara positif Saling berinteraksi secara bersemuka Akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri Kemahiran koperatif Pemprosesan kumpulan

Positive Interdepence (Saling Kebergantungan Secara Positif): Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Saling bergantungan secara positif yang kuat di dalam sesuatu kumpulan akan menjadi motivasi kepada setiap ahli untuk berjaya.

Individual Accountability (Akauntabiliti Individu): Bagi menilai akauntabiliti individu setiap ahli kumpulan, satu tugasan akan diberikan kepada kumpulan tersebut. Pencapaian kumpulan akan dinilai mengikut sumbangan setiap individu. Setiap ahli akan menerima markah mengikut sumbangan / idea mereka.

Equal Participation (Penglibatan Sama Rata): Penglibatan yang sama rata di antara ahli kumpulan boleh dicapai melalui pembahagian/urutan tugasan. Dengan cara ini, setiap pelajar diberi peluang untuk mengambil bahagian dan memberi idea. Cara ini menjadikan setiap pelajar bertanggungjawab dan menglibatkan mereka secara sama rata.

Structure (Struktur): Terdapat banyak struktur dalam model Kagan dimana setiap satunya mempunyai kegunaan dan kepentingan masingmasing. Pengetahuan mengenai struktur-struktur ini dan cara pelaksanaanya memerlukan pemahaman dan latihan yang berulangulangan.

Sambungan..
Ganjaran

diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini. Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan.

Beberapa

cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table).

Sambungan.. Pembelajaran koperatif juga menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.

1. Menerima kepelbagaian Murid belajar untuk bekerjasama dengan pelbagai jenis orang, berinteraksi dalam kumpulan kecil serta berkongsi idea dan bertukar pendapat. 2. Menghargai perbezaan individu Ketika soalan diajukan, murid yang berbeza akan mempunyai pelbagai tanggapan. Setiap ahli kumpulan boleh membantu mencipta produk yang mencerminkan kepelbagaian perspektif supaya hasilnya lebih lengkap dan menyeluruh.

3. Perkembangan Interpersonal Murid belajar untuk berhubung dengan rakanrakan semasa bekerjasama dalam kumpulan. Ini dapat membantu murid meningkatkan kemahiran sosial mereka selain mendapat manfaat hasil daripada interaksi dengan guru dan rakan sebaya. 4. Penglibatan pelajar secara aktif Setiap ahli mempunyai peluang untuk menyumbang dalam kumpulan kecil. Mereka akan sama-sama berusaha ketika bekerja sebagai sebuah pasukan.

Berasal dari perkataan Latin: (con = with+textum = woven) bermaksud mengikut konteks atau dalam konteks. Konteks membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian. Kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka, dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka.

Menurut

teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud dan makna kepada mereka. berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna.

Ini

Bruner

(1960) menyatakan pembelajaran merupakan satu proses di mana pelajar membina idea baru atau konsep berasaskan kepada pengetahuan semasa mereka. (1999) berpendapat murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.

Briner

Brooks

(1993) memberitahu bahawa murid membina makna tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka fahami sebelum ini. Brien dan Brandt (1997), konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Ia berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain.

Mc

Suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran dalam suatu unit berpindah ke unit pembelajaran yang seterusnya.

Peruntukan masa yg mencukupi & proses pembelajaran & pembelajaran yg berkualiti.

Hasil pembelajaran ditentukan mengikut hierarki/unit pembelajaran

Aktv. Pengajaran yg dirancang perlu bermakna, berkesan. Menyeronokkan, dan menarik.

Penilaian dibuat berdasarkan Ujian Rujukan Kriteria hanya murid yg berjaya menguasai 80% aras masteri mempelajari unit pembelajaran yg baru. Bagi murid yang gagal menguasai diberi pemulihan & yg berjaya di beri aktiviti pengayaan.

Penggunaan kaedah ini dalam perancangan pengajaran perlu mengetahui prinsip2 pembelajaran masteri murid normal boleh mpelajari apa yg diajar o guru. Arahan guru perlu jelas.

Pembelajaran dipecahkan kpd unit kecil supaya mudah dikuasai. Cth: Guru mengajar operasi murid nombor. - 1 hingga 5, 6 hingga 10. Perlu masa yg. Mencukupi untuk menguasai sesuatu pembelajaran.

Elemen-elemen penting untuk kaedah pembelajaran masteri ialah (Mastery 2000)

Menjelaskan secara spesifik kepada pelajar apa yang akan dipelajari dan menjelaskan bagaimana ianya akan dinilai. Membenarkan pelajar untuk belajar dengan kadar mereka sendiri. Memantau kemajuan pelajar dan menyediakan tindakbalas berserta dengan langkah pemulihan yang sesuai. Menguji bagi memastikan kriteria pembelajaran akhir tercapai.

You might also like