You are on page 1of 19

Tajuk 1 Konsep Asas Matematik (Pra Nombor)

Kemahiran pra nombor merupakan kemahiran yang paling awal perlu diperkenalkan
kepada murid sebelum memperkenalkan konsep nombor.
Kemahiran pra nombor ni melibatkan pengelasan, turutan/seriasi, perbandingan kuantiti
dan konservasi.
1. Pengelasan (Klasifikasi)

Warna

Mengenal warna

Menamakan warna

Mencantumkan kad warna

Mengasingkan warna

Mengasingkan warna dengan objek

Mewarna mengikut arahan yang diberi

Saiz

Membandingkan saiz objek konkrit yang ditunjukkan.

Mengenal saiz kecil/besar, tinggi/rendah, panjang/pendek

Menamakan saiz

Mengasingkan objek semi konkrit mengikut saiz

Memadankan saiz yang sama

Mewarnakan saiz yang sama.

Bentuk

Mengasingkan objek mengikut bentuk

Menamakan bentuk

Memadankan bentuk yang sama dengan objek konkrit

Mewarnakan bentuk-bentuk yang sama.

Jenis

Menamakan benda mengikut jenis

Mengumpul objek mengikut jenis (Semi maujud)

Mengkelaskan objek mengikut jenis (piktorial)

Mewarnakan/melukis objek mengikut jenis

Kemahiran ini akan membantu murid mengenal nombor dan secara tidak langsung
membezakan nombor dan simbol-simbol matematik yang akan mereka pelajari dalam
pelajaran selanjutnya.

2. Seriasi /Turutan
Seriasi/turutan pula merupakan faktor penting bagi kebolehan pengaturan dalam
matematik.
Murid perlu didedahkan dengan kemahiran mengatur objek-objek mengikut saiz kecil,
besar, panjang, pendek, lebar, tebal, nipis dan mengikut bilangan.
Konsep turutan ini akan membolehkan murid mencari pertalian antara satu objek dengan
objek yang lain atau antara konsep matematik dengan yang lain.
Hal ini akan menjadikan proses pembelajaran yang mereka lalui lebih bermakna.
Contohnya:

Mengatur objek mengikut jenis

Mengatur objek mengikut bentuk

3. Hubungan Satu Kepada Satu


Hubungan satu kepada satu adalah hubungan perkaitan satu dengan satu antara
objek yang sama atau berbeza.
Proses memadan bermula daripada konsep memadan objek dengan objek mengikut
warna, saiz, bentuk, bilangan, pasangan dan sebagainya, objek dengan nombor dan
nombor dengan nombor.
Memadan bilangan objek dengan simbol juga adalah sebahagian daripada konsep
hubungan satu kepada satu. Contohnya,

Memadan benda yang berpasangan yang sama seperti kasut

Memadan benda yang berpasangan tetapi tidak sama seperti garpu dengan sudu

Memadan bilangan yang sama

Memadan bilangan objek dengan simbol nombor


4. Keabadian/Konservasi
Mengikut Kamus Dewan, Edisi Ketiga (2002), konservasi bermaksud pemeliharaan atau
penjagaan sesuatu tersusun bagi mengatasi kemusnahan/ kerosakan dan lain-lain.
Dalam konteks matematik khususnya aspek pra nombor, konservasi dimaksudkan sebagai
pemeliharaan ilmu asas dengan pranombor dalam kalangan murid.
Untuk memelihara atau memastikan ilmu berkaitan pra nombor yang telah dikuasai oleh
murid ini bersifat kekal, aktiviti pengukuhan hendaklah dijalankan dari semasa ke semasa.
Ketekalan (consistency) merupakan satu aspek yang boleh dikaitkan dengan jisim, isipadu,
dan keluasan.
Konsep keabadian diperkenalkan adalah untuk memastikan murid-murid memahami
ketekalan jisim dan isipadu walaupun diletakkan, disusun atau diatur di tempat atau dalam
keadaan yang berbeza.
Pendahuluan dan Konsep
Komponen Matematik

Komponen matematik boleh dibahagikan kepada matematik asas dan matematik sosial.
Matematik asas merangkumi mengenal, membilang, menulis dan melakukan operasi
nombor manakala matematik sosial merupakan kemahiran berkaitan dengan pengiraan
yang diaplikasikan dalam kehidupan seharian seperti masa dan waktu, ukuran dan
timbangan.

Matematik Asas
Nombor merupakan asas yang penting dalam mata pelajaran matematik kerana nombor
digunakan dalam operasi asas matematik dan juga dalam tajuk-tajuk matematik yang lain.
Seseorang murid tidak akan dapat mempelajari matematik selanjutnya jika dia tidak
menguasai kemahiran menulis nombor, membilang serta menulis nilai sesuatu nombor.
Pada peringkat awal pembelajaran, murid didapati boleh membilang serta menulis tetapi
sering menghadapi masalah menentukan nilai tempat dan membundarkan nombor.

Matematik Sosial (Matematik Dalam Kehidupan Harian)


Menurut Kamus Dewan, Matematik bermaksud ilmu hisab. Dengan kata lain matematik

bermaksud ilmu berkaitan dengan pengiraan.


Perkataan sosial pula ditafsirkan sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat,
perihal masyarakat, kemasyarakatan, berkaitan dengan persahabatan, pergaulan dan

aktiviti masa lapang, suka bergaul dan bermesra dan berkenaan hal-hal kemasyarakatan.
Berdasarkan kedua-dua definisi ini, matematik sosial dapatlah ditafsirkan sebagai ilmu
pengetahuan yang berkaitan dengan pengiraan yang diaplikasikan dalam kehidupan

seharian sesebuah masyarakat.


Matematik sosial mempunyai fungsi yang sangat besar dalam kehidupan bermasyarakat.
Antaranya ialah:

Membolehkan sesebuah masyarakat menjalankan proses jual beli secara lebih

terancang.
Membolehkan manusia mengurus kehidupan dengan lebih baik apabila mempunyai

pengetahuan berkaitan dengan masa dan waktu.


Membolehkan manusia mengira umur, hari, bulan dan tahun.
Membolehkan manusia menentukan jangka masa untuk melakukan sesuatu .

Teori Pembelajaran Matematik


Teori pembelajaran selalu bertitik tolak dari sudut pandangan psikologi pendidikan tertentu.
Dengan wujudnya ilmu pengetahuan tentang pendidikan, maka psikologi dalam pendidikan turut
berkembang dengan pesat. Terdapat beberapa teori pembelajaran dalam psikologi pendidikan.
Sejak beberapa tahun yang lalu, teori behavioris yang dipelopori B.F. Skinner begitu dominan

dalam dunia pendidikan. Kini wujud beberapa teori baharu yang telah dibangunkan seiring dengan
teori behavioris bagi memenuhi keperluan dan kefahaman pengajaran dan pembelajaran (P & P)
Matematik,

termasuklah

Teori

Konstruktivisme,

Teori

Pembelajaran

Sosial

dan

Teori

Perkembangan Kognitif.
1.1.1 Teori Konstruktivisme
Teori Pembelajaran Konstruktivisme ialah falsafah pendididkan yang berpegang teguh pada
pendapat bahawa setiap murid akan membentuk atau membina pengetahuan dan
pengalaman bergantung pada konteks dan bersifat unik serta tidak lazim diakses oleh
individu lain.
Pembelajaran konstruktivisme ialah proses penglibatan atau penyertaan murid dalam
aktiviti penyelesaian masalah dan pemikiran kritikal yang sesuai dalam pembelajaran.
Murid membentuk atau membina pengetahuan sendiri melalui penjanaan idea dan
pendekatan berasaskan pengetahuan dan pengalaman lalu.
Di samping itu, murid mengaplikasikan pengetahuan ini dalam situasi baharu dan
mengintegrasikan pengetahuan baharu yang diperoleh dengan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada.
Prinsip prinsip dalam pembelajaran konstruktivisme adalah seperti:
i. Pengertian diusahakan oleh murid sendiri baik secara individu mahupun kumpulan;
ii. Pengetahuan tidak dapat dipindahkan daripada guru kepada murid, kecuali jika murid
itu sendiri aktif untuk belajar;
iii. Murid aktif membina kefahaman secara terus menerus sehingga berlakunya perubahan
konsep ke arah yang lebih terperinci, lengkap serta sesuai dengan konsep ilmiah;
iv. Guru sekadar membantu menyediakan saranan dan situasi agar proses pembinaan
kefahaman murid berjalan lancar sesuai dengan kemampuan murid.
Ciri-ciri pembelajaran matematik secara konstruktivisme adalah seperti :
i. Murid terlibat secara aktif dalam pembelajarannya,
ii. Murid belajar konsep matematik secara bermakna,
iii. Murid belajar bagaimana cara belajar,
iv. Maklumat baru harus dikaitkan dengan maklumat sebelumnya sehingga bersatu dengan
skemata yang dimiliki oleh murid,
v. Orientasi pembelajaran adalah inkuiri dan penemuan,
vi. Berorientasi pada pemecahan masalah

Belajar matematik tidak sekadar learning to know, sebaliknya harus ditingkatkan menjadi learning
to do, learning to be, sehingga learning to live together. Falsafah pengajaran matematik perlu
dibaharui secara asas menjadi paradigma dalam proses pembelajaran matematik iaitu:
i. Dari berpusatkan guru (teacher centered) menjadi berpusatkan murid (student
centered),
ii. Dari berpusatkan pengajaran (teaching centered) menjadi berpusatkan pembelajaran
(learning centered),
iii. Dari

berasaskan

kandungan (content based) menjadi berasaskan kecekapan

(competency based),
iv. Dari hasil pembelajaran (product of learning) menjadi proses pembelajaran (process of
learning),
v. Dari penilaian sumatif (summative evaluation) menjadi penilaian formatif (formative
evaluation).
Konstruktisvisme merupakan satu teori pembelajaran berkaitan pengetahuan dan
pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta memudahkan pemahaman murid.
Di samping itu, konstruktivisme menyarankan murid-murid membina pengetahuan secara
aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada murid-murid tersebut.
Maka dunia pengalaman bukanlah kesimpulan berdasarkan data-data empirikal sahaja
tetapi suatu bentuk epistimologi yang sesuai ( Akbar Suta -Wijaya, 2002).
Pembinaan pengetahuan tersebut boleh dihasilkan melalui permainan dan eksperimen di
samping pembelajaran koperatif.
Apabila murid-murid bekerjasama, mereka berkongsi dalam proses pembinaan idea.
Secara tidak langsung, murid-murid dapat membina pengetahuan baharu hasil daripada
pembelajaran secara kendiri.
Piaget, salah seorang tokoh konstruktivisme mengemukakan bahawa perkembangan
kognitif bukanlah merupakan pengumpulan dari kepingan maklumat yang terpisah, tetapi
lebih merupakan pembinaan suatu kerangka mental oleh murid untuk memahami
persekitaran mereka, sehingga mereka bebas membangunkan pemahamannya sendiri
(Asikin, 2003).
Dalam pendekatan konstruktivisme ini, persekitaran pembelajaran berpusatkan muridmurid menjadi asas yang penting dan guru bertindak sebagai fasilitator.
Murid-murid juga didorong untuk mengemukakan idea bagi menyelesaikan masalah.
Dalam pendidikan matematik, murid-murid biasanya akan diajar dengan menggunakan
benda-benda konkrit supaya mereka memperoleh pengalaman yang boleh dikaitkan
dengan pembelajaran matematik yang dipelajari pada masa akan datang.
Secara kesimpulannya, murid-murid belajar matematik melalui pengalaman

dan

pengamatan sesuatu perkara.


Selain itu, murid-murid juga dapat meningkatkan pemikiran dengan menghasilkan konsep
baharu.

Ini bermakna pengetahuan boleh dianggap sebagai koleksi konsep-konsep dan tindakantindakan berguna berpandukan kepada keadaan dan masa yang diperlukan.

1.1.2 Teori Tingkahlaku dan Pembelajaran Sosial


1.3.2.1 Teori Tingkahlaku(Behaviorisme)

Teori-teori pembelajaran behavioris dikemukakan oleh para ahli psikologi behavioris seperti

Thorndike, Ivan Pavlov dan B.F Skinner.


Behaviorisme ialah teori yang memfokuskan pemerhatian tingkah laku dan cara untuk
meningkatkan tingkah laku positif dan mengurangkan tingkah laku negatif (Kennedy et al.

2008).
Teori pembelajaran

mereka

kebanyakannya

dihasilkan

daripada

ujian

dan

juga

pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di

dalam makmal.
Teori ini menjelaskan bahawa pembelajaran berlaku apabila ada ikatan atau hubungan

yang diwujudkan antara rangsangan dan gerak balas.


Mereka berpendapat bahawa tingkah laku murid dipengaruhi oleh ganjaran (reward) atau

pengukuhan (reinforcement) dari persekitaran sama ada baik atau sebaliknya.


Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku murid boleh diperhatikan, dikawal dan

diramal.
Teori ini mempunyai sejarah yang panjang dalam P & P Matematik.
Guru-guru yang mengaplikasikan teori ini menggunakan rangsangan dan gerak balas bagi
pelaksanaan aktiviti latih tubi dan latihan berterusan yang berulang-ulang dalam P & P
Matematik.

1.3.2.2 Teori Pembelajaran Sosial

Teori pembelajaran sosial yang dipelopori oleh Albert Bandura pada tahun 1986 atau
disebut juga teori pembelajaran pemerhatian merupakan peluasan dari teori pembelajaran

behavioris yang tradisional.


Berbeza dengan penganut behavioris, Bandura memandang perilaku individu tidak sematamata refleks secara automatik berdasarkan Rangsangan-Gerak Balas (R-G) atau
dipengaruhi persekitaran, malah tingkah laku itu berubah akibat reaksi hasil interaksi antara

persekitaran dengan skema kognitif individu itu sendiri.


Contohnya seorang murid mungkin telah belajar bagaimana memudahkan kemahiran
pecahan dalam Matematik tetapi tidak dapat melakukannya dengan baik dalam ujian

kerana kemungkinan murid itu risau, sakit atau tidak membaca sesuatu soalan itu dengan

teliti.
Teori ini juga dikenali sebagai teori kognitif sosial kerana melibatkan kedua-dua faktor
luaran dan dalaman mewujudkan interaksi bersama dalam proses pembelajaran yang

dikenali sebagai interaction of forces reciprocal determinism oleh Bandura (Woolfolk, 1998):
i. Persekitaran sumber/bahan, kesan tindakan dan setting fizikal
ii. Faktor peribadi kepercayaan, harapan (expectation), sikap dan pengetahuan
iii. Tingkah laku tindakan individu, pilihan dan pernyataan lisan
Bandura juga memberi penekanan dua jenis pembelajaran yang terdapat dalam teori ini:
i. Enactive learning - pembelajaran melalui perlakuan (doing) dan mendapat pengalaman
daripada kesan atau akibat tindakan yang telah dilakukan. Dalam enactive learning, kesan
atau akibat dikatakan sebagai pemberi maklumat tentang tindakan yang sesuai, mencipta
harapan dan mempengaruhi motivasi (Schunk, 1996)
ii. Vicarious learning - pembelajaran melalui pemerhatian apa individu lain lakukan

Prinsip asas pembelajaran menurut teori ini ialah tingkah laku yang dipelajari individu

terjadi melalui peniruan (imitation) dan contoh perilaku (modeling).


Terdapat beberapa syarat keperluan bagi modeling dan peniruan yang efektif seperti

berikut:
i. Tumpuan Murid-murid hendaklah memberi tumpuan untuk belajar melalui pemerhatian.
Murid-murid lazimnya memberi tumpuan kepada individu yang menarik, cekap dan
disanjungi.
ii. Pengekalan Murid-murid hendaklah berusaha mengingat perkara yang telah diperhatikan
agar dapat meniru tingkah laku model yang diperhatikan. Pengekalan boleh ditingkatkan
melalui mental rehearsal (imaging imitating the behavior) dan amalan sebenar di samping
mengingat urutan langkah sesuatu proses.
iii. Hasil walaupun murid dapat mengingat urutan langkah tetapi mungkin tidak dapat
melaksanakannya dengan lancar. Oleh itu, individu itu perlu lebih banyak latihan, maklum
balas dan amalan supaya lebih cekap
iv. Motivasi dan Pengukuhan - teori ini juga masih memandang pentingnya pelaziman. Melalui
pemberian ganjaran dan hukuman, seseorang individu akan berfikir dan memutuskan
perilaku sosial mana yang mana perlu dilakukan.
1.1.3 Teori Perkembangan Kognitif
Teori ini diperkenalkan oleh Jean Piaget, dari Switzerland, seorang ahli psikologi yang

banyak menyumbang kepada pemahaman bagaimana kanak-kanak belajar.


Daripada kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif

i.
ii.

kanak-kanak berbeza dan berubah melalui empat peringkat:


Peringkat deria motor (02 tahun),
Pra-operasi (27 tahun),

iii. Operasi konkrit (711 tahun) dan


iv. Operasi formal (11 tahun ke dewasa).
Walau bagaimanapun, usia tidak tetap kerana ia mengikut kemampuan murid itu sendiri.
Menurut Jere Confrey (1999) Piagetian theory kindled my intense enjoyment of children
and deep respect for their capabilities.
Sebagai seorang guru matematik sekolah rendah, guru harus memberi tumpuan terhadap
perkembangan murid-murid pada peringkat operasi konkrit.
Pada usia sebegini murid-murid hanya boleh memahami konsep matematik melalui
pengalaman konkrit.
Oleh itu, bahan bantu mengajar dapat membantu murid-murid memahami konsep
matematik.
Piaget berpendapat bahawa asas pada semua pembelajaran ialah aktiviti murid-murid itu
sendiri.
Beliau juga menegaskan bahawa interaksi idea-idea antara murid-murid tersebut dengan
kawan-kawan sebaya penting untuk perkembangan mental.
Di samping itu, murid-murid secara aktif membina pengetahuan dengan cara berinteraksi
dengan alam sekitarnya.
Berdasarkan hasil interaksinya,

murid

mengembangkan

Scheme(skema),

bentuk

tunggalnya Schema (ada pula yang menyebutnya Schema dan Schemata).


Skema merupakan memori atau gambaran tentang sesuatu.
Misalnya, seorang anak yang bermain basikal diberi penjelasan oleh bapanya bahawa itu
adalah basikal, maka anak tersebut akan memiliki skema tentang basikal di dalam otaknya.
Selain skema, Piaget juga menunjukkan pentingnya Adaptasi dalam pembelajaran.
Adaptasi merupakan proses menyesuaikan skema yang dimilikinya dengan situasi baharu
di persekitarannya.
Misalnya, setiap kali anak menghadapi situasi atau hal baharu ia akan melakukan adaptasi.
Adaptasi dilakukan melalui dua cara iaitu Asimilasi dan Akomodasi.
Asimilasi merupakan proses menggabungkan maklumat baharu dengan skema yang telah
dimiliki.
Melalui proses tersebut pengetahuan manusia selalu bertambah.
Menurut

Piaget,

murid-murid

juga

belajar

melewati

tahap

Disequilibrium

(Ketidakseimbangan) menuju Equilibrium (Keseimbangan).


Disequilibrium merupakan situasi yang penuh dengan tanda tanya dan rasa ingin tahu
murid-murid kerana fenomena yang dihadapi tidak sesuai dengan skema yang dia miliki.
Jika pertanyaan tersebut terjawab, maka murid-murid kembali ke situasi equilibrium, iaitu
suatu keadaan murid akan berasa puas untuk seketika dengan jawapan atas pertanyaan
dalam fikirannya.

Tajuk 6
6.1

Jenis Pentaksiran

Penilaian ialah proses menilai sesuatu konstruk berasaskan kepada ukuran-ukuran yang
diperoleh daripada pengukuran-pengukuran yang dijalankan. Tujuan penilaian dalam konteks
persekolahan atau di bilik darjah berkait rapat dengan penilaian hasil pengajaran dan
pembelajaran, maklumat yang diperoleh daripada penilaian akan dapat membantu guru untuk
memperbaiki pengajarannya. Sekiranya penyampaian guru kurang berkesan, maka guru tersebut
boleh membuat keputusan untuk menggunakan pendekatan atau kaedah lain yang difikirkan lebih
berkesan.
Dalam konteks pembelajaran pula, maklumat daripada penilaian dapat membantu guru
merancang dan melaksanakan program pemulihan atau pengayaan untuk murid-muridnya. Selain
itu, penilaian juga boleh membantu guru memberi gred pencapaian kepada murid seterusnya
menentukan kumpulan murid mengikut keupayaan mereka atau menempatkan murid dalam kelas
tertentu mengikut pencapaian.
6.1.1 Pentaksiran Formal
Penilaian formal ialah penilaian yang dilaksanakan secara formal atau rasmi.
Ia melibatkan suatu prosedur atau tatacara yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi
oleh semua calon.

Ia dirancang atau dibina berasaskan peraturan atau tatacara yang telah ditetapkan.
Penilaian formal melibatkan penggunaan instrumen seperti ujian.
Melalui penilaian formal, perbandingan boleh dilakukan antara individu.
Penilaian ini mempunyai format piawai yang tertentu dan disediakan oleh pihak-pihak yang
tertentu.
Ia merupakan ujian yang telah siap dibina dan penguji hanya mentadbirkan ujian mengikut
arahan dan prosedur yang disediakan.
Ia mempunyai skor yang dicapai oleh orang lain (norma) supaya perbandingan prestasi
dapat dibuat.
6.1.2 Pentaksiran Tak Formal
Pentaksiran tidak formal lebih kepada membuat penilaian serta pemerhatian tentang
seseorang murid di dalam bilik darjah.
Pentaksiran ini merupakan ujian yang dibina oleh guru dan boleh direka cipta mengikut
keperluan individu.
Ia tidak mempunyai arahan dan prosedur pentadbiran yang standard.

Pentaksiran Formal

Pentaksiran Tidak Formal

Melibatkan penggunaan instrumen seperti

Kebanyakannya terdiri daripada analisis

ujian.

sampel bahasa yang spontan ke tugasan

Perbandingan boleh dilakukan antara

bahasa yang distrukturkan


Digunakan untuk menilai tahap kefungsian

individu
Mempunyai format piawai yang tertentu

semasa kanak-kanak.
Boleh diubahsuai oleh guru terutamanya
dalam menilai aspek bahasa.

6.2

Disediakan oleh pihak-pihak yang tertentu

Boleh direka cipta mengikut keperluan

Memudahkan sesiapa yang ingin

individu
Memerlukan banyak persediaan.

menggunakannya
Mungkin tidak berkaitan dengan kurikulum

Berkaitan dengan kurikulum

Mungkin tidak sesuai dengan kanak-kanak

Sukar untuk membanding antara individu.

Pentaksiran Formal

6.2.1 Ujian Rujukan Norma

Rujukan berasaskan norma digunakan sekiranya guru ingin membandingkan keputusan


yang diperoleh oleh murid A dengan keputusan murid B yang mengambil ujian yang sama
atau kedudukan seseorang murid boleh dibandingkan dengan murid lain dalam bilik darjah
yang sama atau dalam sesebuah negara.
Keputusan rujukan norma sesuai digunakan bagi tujuan pemilihan dan penempatan pelajar
ke dalam sesuatu program pendidikan.
Ujian rujukan norma tidak memberi maklumat sama ada pelajar sudah menguasai sesuatu
isi pelajaran dan kemahiran yang diajar.
Soalan ujian rujukan norma biasanya

bersifat

umum

dengan

matlamat

untuk

memaksimumkan perbezaan pencapaian antara seorang pelajar dengan pelajar lain.


Soalan ujian rujukan norma mengambil berat aspek kesukaran ujian agar soalan-soalan
mempunyai kepelbagaian aras kesukaran serta tidak terlalu sukar dan terlalu mudah
dengan jangkaan jawapan betul 50 peratus.
Soalan ujian rujukan norma juga mempunyai indeks diskriminasi antara pelajar pandai dan
pelajar lemah yang tinggi.
Dalam pelaporannya, ujian rujukan norma kadang-kadang menggunakan keluk normal
sebagai asas perbandingan pencapaian antara pelajar.
Ujian atau penilaian yang dibina bertujuan mendapatkan perbezaan yang maksimum
antara murid-murid berkenaan.
Bagi memastikan tujuan berkenaan, tercapai, tahap kesukaran item dikawal agar tidak
terlalu sukar dan terlalu mudah.
Lazimnya, kesukaran soalan adalah berdasarkan nisbah 25% mudah, 50% sederhana dan
25% sukar.
Keputusan daripada penilaian atau ujian akan mencerminkan murid mana lebih pandai atau
apa kedudukan seseorang murid dalam sesuatu bilik darjah atau sekolahnya.
Ujian rujukan norma ini tidak memberikan maklumat secara terperinci tentang kemahiran
seseorang murid, sebaliknya lebih menekankan murid mana yang lebih baik atau lebih
pandai.
Keadaan ini memerlukan item penilaian benar-benar dapat memastikan perbezaan
(mendiskriminasikan) antara pelajar.
Menurut Popham (1981), ujian rujukan norma digunakan bagi menentukan status seseorang
murid berpandukan prestasi murid yang lain dalam sesuatu ujian berkenaan. Misalnya, seorang
murid dapat menjawab 50 item dengan betul daripada 60 butiran ujian. Skor mentah murid ini
ialah 50. Kedudukan murid ini dibandingkan dengan calon lain menggunakan satu jadual norma.
Jadual berkenaan akan menunjukkan kedudukan calon dalam bentuk pangkat peratusan
berbanding dengan satu kumpulan norma yang ditetapkan. Andaikan skor mentah tadi
memberikan bacaan pangkat peratusan ke-83 mengikut jadual norma, maknanya murid tersebut
berprestasi melebihi atau menyamai 82 peratus daripada murid-murid lain dalam kumpulan
norma.

Dalam konteks penilaian ini, jika ramai murid yang mendapat skor yang rendah, markah lulus
lazimnya cenderung akan rendah. Begitu juga sebaliknya. Dengan itu, ada kemungkinan murid
yang lemah akan lulus kerana terdapat murid-murid lain yang lebih lemah.
6.2.2 Ujian Rujukan Kriteria
-

Rujukan kriteria pula digunakan sekiranya guru ingin membandingkan prestasi pencapaian

seseorang murid dengan kriteria yang ditetapkan.


Ujian rujukan kriteria memberi penekanan sama ada seseorang murid telah menguasai

sesuatu isi pelajaran dan kemahiran yang diajar.


Ujian rujukan kriteria tidak mengambil kira kedudukan seseorang murid berbanding dengan

murid lain.
Pendekatan ini dipelopori oleh Glaser pada tahun 1963 (dipetik daripada Popham, 1971).
Menurut Glaser (1973), kriteria yang digunakan tidak bermaksud pengakhiran sesuatu
kemahiran, tetapi kriteria itu bergantung pada aras yang ditetapkan oleh guru dan harus

dicapai oleh murid-murid.


Menurut Popham (1981) ujian rujukan kriteria digunakan untuk menentukan status individu

berhubung domain tingkah laku yang didefinisikan.


Ujian rujukan kriteria merujuk kepada satu set tingkah laku kriteria yang telah ditetapkan.

6.2.3 Ujian binaan/konstruk guru


Aspek
Konsep

Penilaian Formatif
Ujian yang boleh dibentuk dan

Penilaian Sumatif
Ujian yang dilaksanakansecara formal

ditadbir secara formal atau tidak

bagi mengesan pencapaian murid dalam

formal bagi mengesan kemajuan

tempoh tertentu persekolahan.

atau penguasaan murid terhadap


sesuatu pembelajaran
Mengenal pasti tahap penguasaan

Mengenal pasti pencapaian pelajar untuk

dan kemajuan murid, seterusnya

beberapa topik

mengambil langkah susulan bagi

pembelajaran, seterusnya memberikan

membaiki kelemahan yang wujud.

skor dan gred

Waktu

Sepanjang pengajaran dan

pencapaian pelajar.
Selepas beberapa topik pembelajaran

penilaian

pembelajaran berlangsung

atau pada pertengahan atau akhir

Formal: pensil- kertas

penggal persekolahan.
Dibuat secara formal:ujian pensil-kertas,

Tidak formal: pemerhatian, soal

lisan.

jawab, tugasan, latihan.

Dijalankan secara berkumpulan

Tujuan

Kaedah

Dibuat secara individu atau dalam


Selepas

kumpulan
Membaiki kelemahan murid serta

Menempatkan murid mengikut kumpulan

penilaian

merta dengan mengulang semula

pencapaian yang

dijalankan

topik pembelajaran pemulihan

sesuai.

Menjalankan aktiviti pengukuhan

Memberikan pengiktirafan sijil, hadiah

Pengayaan

dan sebagainya.
Membaiki kurikulum / mata
pelajaran

6.3

Pentaksiran Tak Formal

6.3.1 Pencerapan
Pencerapan bilik darjah secara sistematik ialah suatu kaedah kuantitatif untuk mengukur
tingkah laku murid-murid di dalam bilik darjah.
Pemerhatian langsung dibuat terhadap peristiwa atau tingkah laku yang spesifik dan
direkodkan.
Pada amnya, data yang diperoleh memberi fokus pada kekerapan tingkah laku spesifik
berlaku dan juga tempoh masa ia berlaku.
Unsur-unsur dalam sistem pencerapan:

Tujuan pencerapan
Definisi operasi bagi tingkah laku diberi
Prosedur latihan untuk pemerhati
Fokus pemerhatian yang spesifik
Persekitaran pemerhatian
Unit masa
Jadual pemerhatian
Kaedah merekod data
Kaedah memproses dan menganalisis data

6.3.2 Pengiraan
-

Peratusan murid yang bermasalah disleksia yakni menghadapi kesukaran dalam


kemahiran pengiraan secara mental (mental arithmetic) serta menghafal sifir darab adalah

tinggi.
Fenomena ini dikaitkan dengan kesukaran dalam mengingat balik peristiwa-peristiwa dalam

urutan yang betul daripada ingatan jangka panjang.


Biasanya, proses pengiraan berlaku di sebelah otak kiri manusia kerana notasi matematik
diolah ke bentuk perkataan manakala murid yang mempelajari abakus-aritmetik mental
akan membayangkan imej abakus dalam otak kanannya. Murid tersebut tidak mengolah
perkataan dalam pengiraan.

6.3.3 Lembaran Kerja Murid


Latihan yang diberikan oleh guru perlu disiapkan di dalam kelas supaya guru mendapat maklum
balas secara langsung tentang tahap penguasaan murid terhadap sesuatu topik yang telah diajar.

6.3.4 Kerja Rumah Murid


Kerja rumah murid merujuk latihan tambahan yang diberikan oleh guru kepada murid-murid untuk
disiapkan di rumah atau selepas waktu persekolahan tamat. Tujuannya adalah untuk
mengukuhkan pemahaman murid-murid dalam mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari.
8.1

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Kamarudin Hj.Husin (1989) menjelaskan maksud persediaan mengajar sebagai suatu


perencanaan atau perancangan yang terdiri daripada langkah-langkah pengajaran yang bakal
dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah. RPH ini mengandungi unsur-unsur seperti butiran am,
tajuk pelajaran, objektif, set induksi, perkembangan, penilaian, penutup, dan sebagainya.
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) penting untuk mencatatkan semua perancangan mengajar
dari awal hinggalah akhir pengajaran yang melibatkan aktiviti pengajaran dan penggunaan bahan
bantu mengajar. Dengan adanya RPH, guru akan lebih yakin untuk mengajar dan berhadapan
dengan pelajarnya di dalam kelas dan akan membantu guru membuat jangkaan tentang masalah,
kekuatan, dan kelemahan pengajarannya dan membuat persediaan untuk mengatasi sekiranya
terdapat masalah yang timbul. Di samping itu, ia juga membantu menentukan objektif pengajaran
dan merancang aktiviti yang dapat mencapai objektif pengajaran tersebut.
Rancangan Pengajaran Harian ditulis mengikut format tertentu yang telah dipersetujui dan dipakai
oleh sesebuah sekolah, peringkat daerah ataupun di peringkat negeri.
Terdapat tiga komponen utama dalam sebuah RPH, iaitu persediaan, penyampaian, dan penutup.
a.

b.

Komponen Persediaan

Maklumat Am

Kemahiran

Penggabungjalinan isi kandungan

Hasil Pembelajaran

Pengetahuan sedia ada

Perentasan kurikulum

Penerapan nilai

Unsur terapi

Bahan bantu mengajar/belajar

KomponenPenyampaian

Induksi set

Perkembangan pelajaran

c.

Penutup

8.2

Kesimpulan

Penilaian

Aktiviti susulan/tugasan

Komponen Dalam Rancangan Pengajaran Harian

Komponen dalam Rancangan Pengajaran Harian meliputi format RPH, hasil pembelajaran atau
objektif pengajaran, aktiviti, alat bantu mengajar dan refleksi.
8.2.1 Format
Format satu rancangan pengajaran harian boleh dalam bentuk menegak (Portrait) atau mendatar
(Landscape). Butir-butir yang perlu diliputi dalam rancangan pengajaran harian adalah:
Tarikh
Masa
Tajuk yang yang diajar
Hasil pembelajaran
Pengetahuan sedia ada
Bahan bantu mengajar
Penerapan nilai
Kemahiran berfikir
Set induksi
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Penutup
Refleksi
8.2.2 Hasil Pembelajaran
Hasil pembelajaran mestilah merujuk kepada Huraian Sukatan Pelajaran. terlebih dahulu, guru
perlu memastikan murid telah menguasai pelajaran lepas. Sekiranya terdapat murid yang belum
menguasai pelajaran lepas, hasil pembelajaran perlu diulang semula.
8.2.3 Aktiviti
Dalam aktiviti rancangan pengajaran harian meliputi butir-butir berikut:

Aktiviti Pengajaran
Guru akan menerang atau mengajar objektif yang telah ditetapkan.
Aktiviti Kumpulan
Murid akan menjalankan aktiviti secara individu atau berpasangan atau berkumpulan
mengenai pengajaran yang telah diajar oleh guru.
Aktiviti Penilaian
Lembaran kerja akan diedarkan kepada murid secara individu untuk menilai kefahaman
murid terhadap pengajaran yang disampaikan.

8.2.4 Alat Bantu Mengajar


Menyediakan atau memilih alat bantu mengajar yang bersesuaian dengan hasil pembelajaran
atau objektif yang hendak dicapai.
8.2.5 Refleksi
Perbincangan tentang kekuatan, kelemahan dan penambahbaikan proses pengajaran dan
pembelajaran yang telah dilaksanakan.
8.3

Rancangan Pengajaran Individu (RPI)

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu program yang berkaitan dengan pendidikan
khas dan perkhidmatan yang dibentuk khusus bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid
dengan keperluan khas. Program ini dibentuk dalam beberapa siri mesyuarat dan hasil
perbincangan dinyatakan secara bertulis dalam bentuk rancangan pendidikan bagi setiap murid.
RPI juga merupakan satu dokumentasi perancangan berstruktur dengan langkah yang berbeza
dan keperluan pengajaran yang sepatutnya untuk membantu murid berkeperluan khas mencapai
objektif yang telah dikenalpasti.
Kepentingan RPI adalah ia dapat menyimpan rekod jenis modifikasi dan adaptasi yang dibuat ke
atas kurikulum asal, dapat menyimpan rekod tentang perkara yang perlu dipelajari oleh setiap
individu murid kurang upaya, dapat merekod jenis strategi dan teknik pengajaran yang perlu
digunakan untuk mengajar individu kurang upaya serta dapat merekod penilaian pencapaian
kemahiran setiap individu murid kurang upaya.
8.4

Persediaan RPI Mengikut Masalah

Penghasilan RPI merupakan proses penting dalam usaha menyediakan program pendidikan yang
berkesan dan bertepatan dengan berkeperluan khas murid yang berkenaan. Murid berkeperluan
khas mempunyai keperluan yang berbeza untuk berdikiri atau/dan untuk mencapai kejayaan
searas dengan murid biasa. Matlamat utama pendidikan bagi murid berkeperluan khas adalah
untuk menyediakan mereka agar dapat hidup dalam komuniti setempat. Justeru, pihak sekolah
perlu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kandungan
kurikulum yang berkesan serta berkait rapat dengan keperluan setempat. Untuk menghasilkan
RPI yang berkesan perkara-perkara berikut perlu diambil kira. Jawatankuasa RPI hendaklah
dianggotai oleh, (i) pengetua atau guru besar, (ii) guru penolong kanan pendidikan khas atau
penyelaras program pendidikan khas, (iii) semua guru pendidikan khas, (iv) semua ibu bapa atau
wakil (v) kumpulan multi-disciplinary mengikut keperluan dan (vi) murid
Elemen yang perlu diberikan perhatian semasa penyediaan RPI mengikut masalah secara umum:

Sasaran jangka pendek yang ditentukan untuk atau oleh murid

Strategi pengajaran yang akan digunakan

Kemudahan atau perkhidmatan sokongan yang perlu ada

Penyemakan semula perancangan

Hasil pencapaian yang akan direkodkan semasa penyemakan semula rancangan pendidikan
individu (dokumentasi)

Kerjasama melalui perkongsian maklumat, keputusan bersama, kebolehpercayaan bagi


objektif pengajaran dan pembelajaran serta prosedur penilaian

Meletakkan terlalu banyak sasaran pada masa adalah amat tidak sesuai.

Fokus kepada 3 atau 4 sasaran utama dipilih daripada komponen yang berkaitan dengan
bidang utama komunikasi, literasi, matematik, tingkah laku dan kemahiran sosial yang sesuai
dengan keperluan murid.

Pembinaan RPI bagi murid berkeperluan khas adalah penting bagi memaksimumkan
keberkesanan dan impak pelaksanaan aktiviti pembelajaran. Tahap keberkesanan aktiviti ini pula
bergantung pada ketelitian dan ketepatan RPI yang dihasilkan. Berikut adalah langkah-langkah
yang disarankan dalam proses pembinaan RPI
Langkah
Ujian Diagnostik

Tugasan
Menyediakan ujian diagnostik
Menjalankan ujian diagnostik
Menganalisis dan merekod
keputusan ujian diagnostik

Tindakan
o Menubuhkan Jawatankuasa
penyediaan ujian diagnostik
o Guru menjalankan ujian
diagnostik secara pemerhatian,
temubual, ujian lisan, ujian

Pembentukan

Kenal pasti serta hubungi ahli

jawatankuasa.
Mengeluarkan surat Menetapkan

Ahli
Jawatankuasa

tarikh, tempat, masa dan kekerapan

mesyuarat yang akan diadakan.


Agenda mesyuarat (Melapor

bertulis
o Lantikan rasmi dibuat.
o Menyediakan laporan baseline
setiap murid.
o Mendapatkan persetujuan AJK
bagi menentukan baseline setiap
murid.

baseline RPI yang telah dikenalpasti,

Pembinaan RPI

mengesahkan cadangan).
Fokus adalah hanya satu RPI bagi

seorang murid dalam satu masa.


Cerakinkan matlamat jangka

o Rekod ujian psychometric yang

panjang kepada sasaran jangka

pernah dibuat ke atas murid.

pendek.
Kenal pasti sumber yang diperlukan
untuk mencapai sasaran.

o Sebarang maklumat yang boleh


membantu ahli membina RPI yang

Membahagikan tanggung jawab bagi

bertepatan dengan keperluan

mencapai sasaran kepada setiap

murid.

ahli.
Hasilkan dokumen RPI secara

bertulis.
Menyediakan senarai objektif untuk
satu RPI dalam tempoh masa yang

sesuai.
Peningkatan RPI sedia ada.

Semak prestasi pencapaian murid.

Dapatkan baseline terkini.


Senaraikan matlamat baru jangka

panjang.
Susun matlamat baru jangka

panjang mengikut keutamaan.


Cerakinkan matlamat baru jangka
panjang kepada sasaran jangka

pendek baru.
Kenal pasti sumber tambahan yang
diperlukan untuk mencapai sasaran

baru.
Membahagikan tanggung jawab
untuk mencapai sasaran baru

Penghasilan

kepada setiap ahli.


Hasilkan dokumen RPI secara
bertulis.
Terjemahan sasaran kepada objektif

program

tingkah laku pembelajaran &

pembelajaran

pengajaran.
Pilih strategi pengajaran dan kaedah

dan

Dapatkan:
o Butiran Perancangan.

penilaian untuk mengukur

pelaksanaan

pencapaian objektif.
Mendapatkan sumber pengajaran

dan pembelajaran yang dikenal pasti.


Melaksana dan memantau program
yang dirancang di peringkat sekolah

dan rumah.
Tetapkan tarikh mengkaji semula RPI.
Kaji semula RPI Kumpul dan bandingkan data.
Dapatkan:
Meneliti perkembangan dan
o RPI sedia ada
o Laporan pencapaian terkini di
pencapaian murid.

Pinda matlamat jangka panjang dan

peringkat sekolah dan rumah.

sasaran jangka pendek mengikut

keperluan.
Runding semula peranan ahli
jawatankuasa dalam usaha

mencapai sasaran.
Hasilkan dokumen baru RPI yang
telah dibuat perubahan mengikut

persetujuan secara bertulis.


Tetapkan tarikh kaji semula yang
berikutnya,

Penghasilan dokumen RPI perlu dibincangkan bersama oleh ahli jawatankuasa yang dilantik khas
dan mempunyai kepentingan terhadap perkembangan pendidikan murid berkeperluan khas.
Penulisan dokumen ini adalah tanggungjawab guru yang ditugaskan untuk mengatasi masalah
pembelajaran yang dihadapi oleh murid berkenaan. Walau bagaimana pun bantuan daripada ahli
jawatankuasa lain untuk menghasilkan dokumen bertulis terbut bolehlah dirundingkan. Yang
pentingnya setiap murid berkeperluan khas mempunyai dokumen RPI yang lengkap.
Komponen dalam Rancangan Pengajaran Individu meliputi format RPI, maklumat terperinci murid,
tarikh RPI mula, tahap pencapaian sedia ada, matlmat, objektif, strategi, penilaian/aktiviti dan
catatan. Rujuk Lampiran 8.2 untuk satu contoh RPI yang lengkap bersertakan borang dan contoh
rekod perkembangan murid yang terlibat.
Kita dapat menggunakan teori pengajaran dan pembelajaran untuk menilai kebaikan dan
kelemahan pengajaran serta pembelajaran muridnya, lalu membaiki dan mengubahsuai
rancangan, kaedah dan teknik mengajar ke arah meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah.

You might also like