You are on page 1of 19

PENDEKATAN PEMBELAJARAN

MATEMATIK
Cara atau langkah yg diambil bagi memulakan atau
melaksanakan sesuatu tugas. (Kamus Dewan 1998)
Mengikut Kamaruddin Hj. Husin (2004),
pendekatan dalam suatu pengajaran dan
pembelajaran adalah satu kumpulan andaian yang
saling berkait tentang sesuatu bentuk pengajaran
dan pembelajaran. Setiap pendekatan
akan  mencerminkan satu pandangan, atau falsafah
atau teori.
Pendekatan yang sesuai
dilaksanakan di dalam P&P
Pembelajaran koperatif dan
kolaboratif
Pembelajaran berasaskan
masalah
Inkuiri penemuan
Penyiasatan
Pembelajaran Koperatif
Satu proses pembelajaran yang membantu
sekumpulan pelajar berinteraksi satu sama lain untuk
mecapai satu matlamat khusus atau mendapatkan
satu hasil akhir sesuatu kandungan mata pelajaran.
Peralihan pembelajaran berpusatkan guru kepada
berpusatkan pelajar.
Ciri Pembelajaran Koperatif
i.Matlamat kumpulan- Pelajar mesti bekerjasama dalam satu
kumpulan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

ii.Peranan dan tanggungjawab ahli-Setiap ahli dalam kumpulan


bertanggungjawab memberi sumbangan kepada kumpulannya
untuk mencapai matlamatnya dan membimbing rakan sekumpulan
menguasai pelajaran.

iii.Interaksi bersemuka- Interaksi  antara ahli kumpulan terjadi


melalui pertukaran pandangan, perkongsian bahan atau idea, saling
tolong-menolong dan memberi galakan antara satu sama lain.
iv. Kemahiran berkumpulan- Pelajar perlu disediakan
dengan kemahiran bersosial dan kemahiran untuk
bekerja secara berkumpulan.

v. Penilaian kumpulan- Ahli kumpulan berbincang dan


menganalisis setakat mana kumpulan mereka mencapai
matlamat yang dikehendaki. Pelajar mengenal pasti
tindakan dan tingkah laku yang perlu diperbaiki atau
dihentikan.

vi. Peluang yang sama untuk berjaya


Ia merujuk kepada pencapaian pelajar diukur
berdasarkan peningkatan prestasi masing-masing.
vii.              Ganjaran kumpulan
Pelajar akan diberikan ganjaran apabila kumpulan
mereka mencapai sesuatu kriteria tertentu tanpa ada
sebarang persaingan antara sesama kumpulan.
Ganjaran kumpulan menjadikan pelajar lebih
bermotivasi untuk melibatkan diri dalam aktiviti
berkumpulan.
Kelebihan pembelajaran
koperatif
Menggalakkan kerjasama antara
pelajar
Meningkatkan kemahiran interaksi
dan sosial antara pelajar
Menggalakkan perkongsian idea
Meningkatkan keyakinan diri pelajar
Pembelajaran Kolaboratif
Mempunyai prinsip dan definisi yang hampir sama
dengan pembelajaran koperatif(bekerjasama)
Ciri pembelajaran kolaboratif
 Perkongsian maklumat antara guru dan pelajar @
pelajar dengan pelajar
 Perkongsian kuasa antara guru dan pelajar

 Guru sebagai mediator

 Kewujudan personaliti dan harga diri positif hasil


perkongsian maklumat sesama rakan dan guru.
Pembelajaran berasaskan
penyelesaian masalah
Dalam kurikulum matematik, pemilihan
pendekatan penyelesaian masalah amat
digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Penyelesaian masalah matematik boleh dianggap
sebagai proses dimana pelajar menggunakan dan
menyesuaikan kemahiran atau ilmu matematik
untuk mencari penyelesaian kepada sesuatu
masalah.  
Masalah matematik bukan sahaja melibatkan
penggunaan nombor atau simbol, malah ia boleh
ditemui dalam bentuk ayat.
Model penyelesaian
masalah(Polya 1957)
Memahami masalah
Merancang strategi penyelesaian
Melaksanakan strategi
penyelesaian
Menyemak semula
Inkuiri- Penemuan
inkuiri bermaksud perasaan ingin tahu.
Inkuiri penemuan pula adalah proses
mencari maklumat, menyoal dan menyiasat
suatu fenomena hasil daripada perasaan
ingin tahu. Ia merangkumi aspek-aspek soal
selidik seperti aktiviti merancang, menyiasat,
menganalisis dan menemui untuk
mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang
berorientasikan masalah
Objektif pembelajaran berdasarkan inkuiri penemuan
bukan sahaja untuk menggalakkan proses penerokaan
masalah dalam kehidupan seharian pelajar, malah
dapat membina sikap positif pelajar untuk berfikir
secara matematik. Inkuiri penemuan membantu
memperluaskan pengetahuan pelajar dan
menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif dan
kritis. 
Pembelajaran inkuiri penemuan berlaku dalam
satu proses yang sistematik.
Langkah yang perlu pelajar ikuti dalam
pendekatan ini adalah:
1. Mengenalpasti masalah
2. Merancang strategi penyelesaian
3. Mengumpul maklumat
4. Mengkaji dan menganalisis maklumat
5. Membuat rumusan
Kelebihan inkuiri-penemuan
1)      Meningkatkan keyakinan pelajar untuk belajar
2)      Mengurangkan kebergantungan kepada
pembelajaran tradisional atau berpusatkan guru
3)      Membentuk kemahiran kendiri pelajar melalui
pengalaman baru
4)      Memperkembangkan lagi bakat dan
kemahiran pelajar terutama dalam proses
menyelesaikan masalah
5)      Menimbulkan daya refleksi pelajar
Aktiviti
Reka satu aktiviti yang menarik minat kanak-kanak
untuk belajar nombor asas 1-10 menggunakan
pendekatan-pendekatan yang telah dipelajari.
 RPH
 CONTOH AKTIVITI

BENTANGKAN..

You might also like