You are on page 1of 28

4.

4 Pendekatan Pengajaran-
Pembelajaran

Pendekatan Pengajaran-Pembelajaran

Pengajaran Pembelajaran Pengajaran


Langsung Koperatif Masteri
4.4.1 Pengajaran Langsung
 Pengajaran langsung (direct
instruction) ialah pendekatan
pengajaran yg berorientasikan
matlamat (goal oriented) dan
distrukturkan oleh guru (Slavin,
1997).
 Ada masanya cara yg paling efektif
dan efisien dlm menyampaikan
maklumat, konsep dan kemahiran.
sambungan…..

 Pendekatan ini sesuai sekiranya


setiap pelajar perlu menguasai
maklumat dan kemahiran tertentu.
 Ia tidak sesuai sekiranya
pembelajaran memerlukan
penyiasatan dan penemuan.
Langkah-langkah dalam pengajaran
langsung:
• Guru memberitahu objektif pembelajaran dan
orientasikan pelajar ke arah pembelajaran
dengan…
- memberitahu apa yg akan mereka
pelajari.
- menyatakan hasil pembelajaran yg
dikehendaki.
- menimbulkan minat mereka dengan
menyatakan faedah pembelajaran
tersebut kpd pelajar.
sambungan……
• Guru meninjau prasyarat (preview
prerequisites) yg diperlukan utk memahami
tajuk yg hendak diajar.
- perlu membuat ulangkaji sekiranya
konsep dan kemahiran asas
prasyarat belum dikuasai pelajar.
• Guru membentangkan bahan baru, yg
merupakan pengajaran sebenar di mana guru
mengajar, membentang maklumat, memberi
contoh, membuat demonstrasi
dsb.
sambungan…..

• Guru melaksana penyoalan penyiasatan


(learning probes) iaitu menyoal pelajar
untuk mendapat maklum balas tentang
tahap kefahaman dan membetulkan
kesalahfahaman konsep (misconceptions),
jika ada.
• Guru memberi peluang kepada pelajar
mempraktis sendiri kemahiran dan konsep
yang baru diperoleh.
- perlu bantu pelajar sekiranya mereka
menghadapi masalah.
sambungan……

• Guru meninjau perlakuan pelajar dalam


praktis kemahiran baru dengan memberi
latihan atau kuiz.
- beri maklum balas dan jawapan yg betul
serta mengajar semula konsep dan
kemahiran jika perlu.
• Guru memberi peluang kpd pelajar
mempraktis konsep dan kemahiran baru
dengan memberi latihan di rumah atau
latihan tambahan.
(Slavin, 1997;ms 23)
4.4.2 Pembelajaran Koperatif
 Penjelasan Vygotsky (1896-1943)
“…group learning activity organized
on the socially structured exchange
of information between learners in
group and in which each learner is
held accountable for his or her own
learning and is motivated to
increase the learning of others.”
• Koperatif bererti bekerja bersama

 untuk
untuk mencapai matlamat
bersama.
• Pembelajaran koperatif ialah
penggunaan kumpulan-kumpulan
kecil dalam pengajaran supaya
pelajar bekerja bersama-sama
bagi memaksimumkan
pembelajaran sendiri dan juga
sambungan…..
 Dalam kumpulan pembelajaran
koperatif, pelajar diberi dua
tanggungjawab :
- mempelajari bahan yg diberikan.
- memastikan ahli kumpulan juga
mempelajari bahan tersebut.
 Oleh itu, seseorang pelajar akan
berusaha mencapai faedah bagi
dirinya dan juga ahli kumpulannya.
sambungan…..

 Persepsi pelajar dalam pembelajaran


koperatif ialah matlamat
pembelajaran hanya akan tercapai
sekiranya ahli-ahli kumpulan belajar
bersama.
 Mereka berbincang dan saling
membantu untuk memahami dan
saling memberi galakan supaya
bekerja bersungguh-sungguh.
sambungan…..

 Aktiviti pembelajaran berlaku


dalam kumpulan heterogenus,
iaitu tidak sama dari segi
kebolehan, minat, bangsa dan
agama (Slavin, 1991).
 Pembelajaran koperatif biasanya
berlaku dalam kumpulan di mana
terdapat pelajar cerdas dan
lambat.
sambungan…..

 Pelajar cerdas dikehendaki


membantu pelajar lambat dengan
bersungguh-sungguh kerana
markah setiap individu akan
menjadi markah kumpulan.
 Semangat bekerjasama menjadi
semakin tinggi apabila kumpulan
ini dikehendaki bertanding
dengan kumpulan lain.
sambungan…..

 Kaedah pembelajaran ini


menggunakan idea “scaffolding”
dalam teori perkembangan
kognitif Vygotsky.

 Pelajar yang cerdas akan


membimbing pelajar lambat dalam
zon perkembangan proksimal.
sambungan……
 Dalam pembelajaran koperatif ,
pelajar dibahagi kepada kumpulan
kecil dengan setiap kumpulan
ditetapkan objektif
pencapaiannya.
 Pembelajaran distrukturkan
dengan menetapkan bahawa
objektif kumpulan hanya boleh
tercapai jika semua ahli kumpulan
dapat menyempurnakan tugas
yang telah diarahkan guru.
sambungan…..

 Gred akhir pelajar diperoleh


dengan mengambil kira skor
individu-individu dalam kumpulan.
sambungan……

Unsur-unsur kumpulan
pembelajaran koperatif :
 Interaksi bersemuka (face–to–
face interaction).
 Saling pergantungan positif.
 Bertanggungjawab kepada
pembelajaran sendiri.
sambungan……

 Kemahiran kolaboratif perlu supaya


ahli-ahli kumpulan dapat berfungsi
dengan baik.
 Memastikan setiap ahli memahami
proses kumpulan dan mempelajari
dinamika kumpulan.
(Woolfolk, 1998;349)

4.4.3 Pengajaran Masteri
 Pengajaran Masteri adalah
pendekatan pengajaran yang
berasaskan andaian bahawa
pelajar boleh menguasai objektif
pembelajaran yang ditetapkan,
sekiranya mereka diajar jelas dalam
masa yang mencukupi. (Bloom et
al. dalam Woolfolk, 1998: 334)
sambungan…..

 Pendekatan pengajaran yang


mempunyai ciri-ciri masteri telah lama
dilaksanakan sejak zaman Comenius,
Pestalozzi dan Herbert (Bloom, 1974).
 Bagaimanapun, penggunaannya pada
zaman moden ini banyak terhasil dari
kajian dan penulisan Bloom.

sambungan…..

 Aplikasi pengajaran masteri


adalah berasaskan model
pembelajaran oleh Benjamin
Bloom (1968) dan diubahsuai
oleh Block.
 Pendekatan pengajaran masteri
pada asalnya adalah berasaskan
pengajaran berpusatkan pelajar
dan berlaku dalam kumpulan.
sambungan……

 Terdapat juga strategi pengajaran


masteri yang berbentuk individu
atau pelajar belajar sendiri.
 Untuk menggunakan pengajaran
masteri, guru mesti memecahkan
sesuatu unit pembelajaran kepada
tajuk-tajuk kecil.
 Setiap tajuk kecil ini pula
mengandungi beberapa objektif
khusus.
sambungan…..

 “Masteri” bermaksud mencapai


kemahiran seperti dalam objektif
pembelajaran dengan
memperoleh skor 80% ke atas
dalam ujian.
 Guru perlu memberitahu pelajar
mengenai objektif-objektif dan
kriteria untuk mencapai objektif-
objektif tersebut.
sambungan…..

 Pelajar yang tidak mencapai


tahap minimum dalam ujian atau
pelajar yang dapat mencapai skor
minimum, tetapi masih tidak
berpuas hati dengan pencapaian,
boleh mengulang semula tajuk
kecil tersebut sebelum beralih
kepada tajuk kecil lain.
sambungan…..

Dalam pengajaran masteri,


peranan guru adalah
menyediakan bimbingan atau
pelajaran tambahan kepada
pelajar yang belum menguasai
sesuatu tajuk kecil.
sambungan…..

 Terdapat beberapa cara


melaksanakannya …
Guru boleh mengaturkan supaya
pelajar mendapat bantuan daripada
rakan sebaya sesama atau berlainan
kelas atau ahli-ahli lain dalam
kumpulan pembelajaran koperatif.
sambungan……
 Sekiranya ketiadaan masa atau
tenaga (guru atau pelajar), guru
boleh mengadaptasi pengajaran
masteri ini dalam bilik darjah biasa,
iaitu guru menegaskan objektif yang
perlu dicapai.
 Selepas pembelajaran, guru memberi
ujian untuk menguji kefahaman
pelajar mengenai tajuk kecil tertentu.
sambungan……..

 Pelajar yang telah mencapai tahap


masteri yang ditetapkan, boleh diberi
aktiviti penggayaan, seperti memberi
tugasan simulasi komputer, projek kajian
atau menyelesaikan masalah kreatif.

(Woolfolk, 1998; 334)

You might also like