You are on page 1of 4

APRESIASI SENI KARYA “KEPIMPINAN MALAYSIA” / “MALAYSIA’S LEADERSHIP”

1.0 PENGENALAN

Karya ini di hasilkan oleh Muhammad Amsyar bin Azman pada tahun 2018. Karya ini
bertajuk “Malaysia’s Leadership” atau “Kepimpinan Malaysia”, dengan menggunakan media
cat akrilik. Tema dalam karya ini menunjukkan pucuk revolusi kepimpinan di Malaysia bagi
menyemarakkan lagi smeangat patriotik. Di samping itu menghargai hasil atau barangan
tradisional yang merupakan hasil seni turun temurun di negara kita. 7 karakter jelas
ditunjukkan bahawa terdapat 7 pemimpin-pemimpin Negara Malaysia kini dan sebelum ini.
Gaya karya yang dihasilkan adalah ‘pop-art’ yang menggunakan warna-warna terang secara
warna blok. Di sebelah kiri “subject matter” juga merupakan separuh karektek atau potret
Tun Dr Mahathir ketika beliau memerintah Negara Malaysia sebagai Perdana Menteri ke-4.
Karya yang dihasilkan ini merupakan karya catan kerana penggunaan media basah iaitu cat
akrilik. Karya yang dihasilkan adalah gabunga dua bidang iaitu bidang menggambar dan
bidang membuat corak dan rekaan.

2.0 APRESIASI SENI

Karya “Malaysia’s Leadership” menggambarkan seorang bekas perdana menteri Malaysia


yang ke-5 iaitu Tun Dr Mahathir yang kini kembali menjadi seorang perdana menteri yang
ke-7. Dalam karya tersebut menggambarkan potret Dr Mahathir tersenyum manis dengan
pakaian berwarna merah. Karya 2 Dimensi ini mempunyai latar belakang perbezaan saiz
potret mantan-mantan perdana menteri Malaysia. Penggunaan satu jenis warna setiap
potret mantan perdana menteri tetapi mempunyai tona yang berbeza. Pada bahagian kiri
karya terdapat corak terancang iaitu corak batik jelas diperlihatkan sebagai bingkai canvas
tersebut.

Karya ini mengungkapkan perjalanan masa pemimpin-pemimpin di Malaysia ketika


dahulu sehingga kini. Saiz potret mantan-mantan perdana menteri menunjukkan revolusi
kepimpinan di Malaysia yang mempamerkan atau sebagai simbolik kepada kejayaan di
Malaysia. Senyuman Tun Dr Mahathir sebagai ‘subject matter’ bagi karya ini jelas terukir
mempamerkan kebahagian dan ketenangan beliau dalam memimpin sebuah Negara yang
berbilang kaum ini. Manakala, corak batik berwarna biru tersebut sebagai salah satu
semangat cinta kepada Malaysia kerana menghargai barangan tradisional yang berasal
daripada negara ini yang dikenali sebagai negeri Cik Siti Wan Kembang: Negeri Kelantan
Darul Naim. Barangan tradisional seperti batik inilah perlu dihargai dan dipelihara supaya
tidak hilang dek ditelan zaman.

Analisis yang dapat dibuat daripada karya ini adalah elemen bahasa seni visual iaitu
unsur seni dan prinsip rekaan. Menurut Maria Mohammad, et al (2014) “Prinsip-prinsip seni
ialah pengaturan karya seni melalui unsur-unsur seni atau unsur reka bentuk.Unsur ini terdiri
daripada garis, bentuk, bentuk, tekstur dan warna untuk membina bentuk ilustrasi dan objek
dalam organik atau geometri”. Elemen unsur seni yang dapat dilihat adalah rupa iaitu
pertembungan dari suatu titik ke titik. Sebagai contoh dalam karya ini ialah rupa-rupa
manusia. Seterusnya bentuk organik seperti muka atau potret perdana menteri. Bentuk imej
ini tidak dapat disentuh malah hanya dapat dinikmati oleh deria iaitu penglihatan.
Seterusnya penggunaan pelbagai warna untuk membezekan antara sesuatu benda.
Berdasarkan karya ini, warna dapat diliht melalui perbezaan imej-imej manusia serta corak
pada batik. Penggunaan warna biru, merah, hijau jelas diperlihatkan perbezaan benda atau
imej objek. Elemen prinsip rekaan yang dapat dikenal pasti adalah harmoni darisegi warna
digunakan. Sebagai contoh warna-warna pada imej manusia seakan menampakkan warna
yang sama tetapi mewujudkan ton yang berbeza. Di samping itu, elemen penegasan jelas
dapat diperhatikan pada imej Tun Dr Mahathir iaitu penggunaan pelbagi warna iaitu coklat,
merah, putih dan sebagainya berbeza dengan imej-imej mantan perdana menteri yang lain.

Karya Malaysia’s Leadership dapat dilihat semangat patriotik menggunakan


pancaindera. Pengkarya memberi mesej bahawa kesemua mantan Perdana Menteri serta
pemimpin Malaysia sekarang merupakan idola dalam kehidupannya. Mereka merupakan
sumber inspirasi untuk memacu kejayaan pengkarya. Kita boleh melihat bagaimana
pemimpin-pemimpin Malaysia yang telah banyak menangangi isu-isu atau masalah yang
perkaitan dalam negara kita dapat diselenggara dengan baik. Selain itu, beliau juga sedaya
upaya untuk memenuhi kemahuan rakyat supaya mereka dapat hidup aman sejahtera.
Semangat dan kesungguhan tokoh itu membuatkan pemimpin Malaysia mencapai satu
tahap yang tinggi di mata masyarakat serta memberi sentuhan yang bermakna kepada
pengkarya. “Karya seni visual dalam melahirkan perasaan emosi dan dilahirkan melalui
susunan tampak iaitu garisan,rupa,bentuk,jalinan,ruang dan warna serta penggunaan
prinsip rekaan bagi mewujudkan kesatuan pada komposisi karya”. (Abdullah, 2012)

3.0 RUMASAN

Apresiasi seni merupakan satu aktiviti memerhati, menghayati dan menikmati karya seni.
Aktiviti apresiasi seni termasuk perbincangan secara ilmiah tentang gaya karya seni serta
apa sahaja yang berkaitan dengan karya tersebut samada secara lisan atau penulisan. Md.
Nasir (2013) dalam penulisan beliau, berpendapat penghasilan dan penciptaan sesebuah
karya seni dalam lukisan meliputi aspek kehidupan, agama serta kebudayaan ekonomi.
Imejan karya lukisan didasari tiga komponen iaitu imej, konsepsi dan emosi. Komponen imej
dalam penghasilan dinilai penonton hasil imlimentasi bentuk dan warna secara visual.
4.0 RUJUKAN

Abdullah, S. (2012). Art Criticism Versus Art Writing: The Malaysian Situation.
Memanuasiaan, Vol.19,No.2,(2012), 19(Art Criticism versus art Writing), 63–78.
Retrieved from http://web.usm.my/kajh/vol19_2_2012/KAJH 19 2 Art 3 (63-78).pdf

Maria Mohammad. (2003). Gaya ‘Lukisan Kajian’. Perbandingan Karya Lukisan


Pengkaryaan Dan Perekaan: Fenomena Visualisasi. Retrieved from
http://www.reka.usm.my/images/FULL_PAPER_071.pdf

Md.Nasir, I. (2013). KUpas Seni Jurnal Seni Dan Pendidikan Seni. Bahasa Visual,
Vol.1(2013, 19–25.

You might also like