You are on page 1of 12

Apresiasi dan kritikan seni visual

Apresiasi
Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka menyatakan maksud apresiasi ialah penghargaan,
pengiktirafan serta penghayatan nilai (sesuatu karya) sastera atau seni. Sementara kamus
Inggeris- Melayu Dewan menjelaskan definisi ‘appreciation’ bermaksud penikmatan,
penghayatan, tahu menikmati, dan tahu menghayati termasuk yang berhubung dengan karya
seni.Academic Dictionary of Arts menjelaskan ‘art appreciation’ sebagai
“the introduction of basic principles of visual literacy especially the means to
analyzing form whether with or without reference to subject matter, symbolism or historical
context to general audiences for the purpose of enhancing their enjoyment of works of art”
Menjelaskan; apresiasi seni sebagai pengenalan kepada prinsip asas bahasa tampak
terutamanya untuk menganalisa bentuk samada dengan atau tanpa merujuk kepada subjek
matter , simbolisma , atau konteks sejarahnya, bagi orang ramai untuk meningkatkan
penikmatan dan penghayatan terhadap karya seni.
Mohd Johari (2004) menyatakan ; Apresiasi seni ialah aktiviti seperti menonton,
menghayati, atau apresiasi seni juga merupakan salah satu bidang kritikan seni. Beliau
memetik tulisan Zakaria Ali (1998), bahawa penghargaan atau apresiasi seni adalah satu
latihan yang memerlukan penglibatan sepenuhnya deria pandang dan sentuh. Johari juga
berpendapat penafsiran terhadap karya seni itu boleh difahami apabila kita berpeluang
menghargainya.
Terdapat banyak ulasan ilmiah yang boleh dipetik untuk menjelaskan maksud apresiasi
dalam konteks seni oleh penulis tempatan mahupun dari luar negara namun keseluruhannya
menjurus kearah maksud yang sama iaitu satu aktiviti memerhati, mengkaji dan menilai
produk seni agar lebih memahami bentuk serta isinya. Hasilnya khalayak akan menjadi lebih
puas menikmati karya seni dengan penuh penghayatan serta sedar akan aspek bahasa visual
yang dipersembahkan oleh pengkarya. Kemampuan menghayati karya seni dengan lebih
mendalam memerlukan penghayat mempunyai pengetahuan asas seni visual. Pengetahuan
tersebut telahpun sedia ada dalam setiap pelajar sekolah atau lepasan pelajar sekolah di
Malaysia sejak mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dijadikan mata pelajaran wajib dalam
kurikulum bersepadu.

Kritikan
Jika apresiasi seni merupakan satu aktiviti memerhati, menghayati dan menikmati
karya seni. Kritikan seni pula merupakan instrumen yang digunakan dalam apresiasi seni
visual. Aktiviti kritikan seni temasuk perbincangan secara ilmiah tentang karya seni serta apa
sahaja yang berkaitan dengan karya tersebut samada secara lisan atau diterbitkan sebagai
artikel dalam jurnal, majalah atau akhbar. Pengetahuan mengenai biografi seniman juga amat
penting kerana ia juga turut dibincangkan. Aspek persekitaran dimana seniman tinggal, gaya
hidup, percintaan dan pelbagai isu peribadi turut disentuh kerana semua itu mempengaruhi
ekspresi dalam pengkaryaan. Perbincangan lebih tertumpu kepada mendalami aspek formal
yang terlibat dalam penghasilan karya. Seterusnya kritikan dibuat terhadap tema serta makna
yang cuba disampaikan oleh pengkarya. Aktiviti kritikan disudahi dengan sedikit penilaian
dimana penghayat akan membuat pertimbangan secara formalisme,
ekspresiviseme dan instrumentalismeterhadap karya yang di kritik. Penjelasan tentang tiga
istilah diatas akan dibincangkan dalam bab seterusnya.
Membuat Apresiasi Dan Kritikan Karya Seni Sebelum Dan Selepas Merdeka.
Apresiasi dan kritikan sebelum merdeka.

3.1 Apresiasi pertama:

Tay Hooi Keat


Fishermen Village Oil 1956

Karya ini dihasilkan olej Tay Hooi Keat pada 1956. Karya ini bertajuk Fisherman
Village Oil, dengan menggunakan media cat minyak.Tema dalam karya ini
menunjukkan suasana nelayan-nelayan dikampung yang berusaha mencari rezeki.
Dalam karya tersebut dapat dilihat bahawa pelukis telah mengaplikasikan gaya post-
impresionisme. Gaya pada karya tersebut dapat dilihat pada cara gubahan gaya
yang kelihatan seolah-olah telah dibingkaikan oleh darat. Gaya catan menunjukkan
penggunaan warna biru sangat sinonim dengan kehidupan penangkap ikan dan
menimbulkan keindahan apabila memandang.

Unsur seni dalam karya ini ialah unsur jalinan ,ruang dan warna. Dari segi warna,
karya ini menggunakan warna harmoni sebagai penarik, penggunaan warna harmoni
sangat sinonim dengan karya-karya yang berlatarkan laut dan sungai. Unsur ruang
pula ialah ruang dalam digunakan iaitu daripada warna yang cerah seterusnya
beransur gelap. Jalinan tampak dalam karya ini juga menunjukkan kesan yang
mendalam kepada penonton. Hal benda yang menjadi subjek utama adalah sampan
yang dihasilkan dengan warna garang,
3.2 Apresiasi kedua :

Chuah Thean Teng

Di Tepi Pantai 1952

Karya ini dihasilkan oleh Chuah Thean Teng pada 1952 yang bertajuk Di Tepi
Pantai, Media yang digunakan adalah batik. Aliran dalam karya ini ialah kiubisme.

Tema bagi karya ini ialah pemandangan landskap kehidupan nelayan di pantai laut.
Dalam karya ini prinsip seni reka yang digunakan ialah warna, warna yang
digunakan dalam karya ini ialah menggunakan warna panas bagi menunjukkan
kesibukkan suasana ketika itu.

Warna tersebut juga menunjukkan bahawa waktu telah senja, penggunaan lilin bagi
menampakkan keretakkan adalah betujuan sebagai penarik dalam teknik garisan,
ruang dalam karya ini dapat ditunjukkan pada bahagian hadapan dan bahagian
belakang.

3.3 AprIsiasi ketiga


Peter Haris

Rumah Rakit Sungai Pahang 1995

Karya ini dihasilkan oleh Peter Haris pada tahun 1995 yang merupakan pengasas
The Art Wednesday Group, Karya beliau menenkankan Gaya impresionisme . Tema
karya ini ialah landskap pemandangan di tepi sungai. Asas seni reka yang
digunakan adalah penggunaan warna manokromatik kehijauan yang dapat
menimbulkan keindahan dan ketenangan dari arus permodenan yang kian tercemar.
Penggunaan warna hijau jelas menunjukkan keserasian pada alam sekitar,

Ruang yang digunakan adalah ruang dalam dan saiz rumah dan pokok yang dilukis
jelas menunjukkan jarak antara rumah dan pokok adalah jauh. Keindahan catan
diserikan lagi dengan unsur keseimbangan, pokok yang dilukis pada sebelah kanan
dan kiri menyerikan lagi pemandangan, penggunaan warna yang terang di bahagian
hadapan dan gelap dibelakang menunjukkan teknik bayangan yang betul digunakan,
Selain itu jalinan pada daun pokok menampakkan daun pokok sedang bergoyang
ditiup angin.

4.0 Apresiasi dan kritikan seni selepas merdeka

4.1 Apresiasi Pertama


Shahril Bin Awang

Royal Belum 2009

Karya ini dihasilkan artis seni baru tanah air iaitu Shahril Bin Awang pada 2009,
Tema karya ini merupakan keindahan alam semula jadi dan pemandangan alam
sekitar. Karya ini mengunakan cat akrilik sebagai media dan aliran yang dihasilkan
ialah aliran realisme. Penggunaan warna makarotik sangat menarik tumpuan
penonton dan seolah-olah hidup.

Asas seni reka yang diaplikasikan ialah dari segi warna, penggunaan warna hijau
sangat sinonim dengan tema dalam karya ini, warna-warna harmoni yang digunakan
berjaya menampakkan bentuk-bentuk daun dan ranting-ranting pada pokok. Ruang
yang dihasilkan ialah ruang ilusi iaitu ruang dalam, penggunaan warna gelap pada
penghujung pokok berjaya menampakkan jarak dan laluan dikawasan tersebut,
unsur jalinan pada pokok berjaya menunjukkan dahan-dahan pokok tersebut
ditumbuhi parasite-parasit kecil.

4.2 Apresiasi Kedua


Ismail Mustam

Hang Tuah Dan Hang Jebat (1961)

Karya ini dihasilkan oleh Ismail Mustam pada 1961 yang bertajuk Hang Tuah dan
Hang Jebat. Media yang digunakan dalam catan ini ialah cat minyak. Dalam karya
tersebut aliran yang digunakan ialah impressionisme, gaya dalam karya ini ialah
berbentuk figura yang disusun mengikut sudut pandangan yang menimbulkan
suasana pertempuran hebat dan sengit, suram dan garang. Calitan warna putih di
sekeliling figura menimbulkan kesan pergerakan.

Tema karya ini ialah mengenai semangat patriotik Pahlawan Melayu iaitu diantara
Hang Tuah dan Hang Jebat. Teknik yang digunakan ialah teknik campuran warna,
warna-warna yang dicampurkan menghasilkan lukisan yang bermutu dan tampak
hidup. Pertarungan antara Tuah dan Jebat Nampak hidup dengan adanya garisan
melintang dan melengkung di sekeliling figura tersebut..

Warna-warna panas digunakan untuk menonjolkan ketegangan dalam lukisan,


setiap sudut menampakkan ruang cetek antara figura.
4.3 Apresiasi Ketiga
Mohd Sallehuddin

Membeli Belah (1958)

Karya ini dihasilkan oleh Mohd Sallehuddin yang bertajuk Membeli Belah pada tahun
1958. Catan ini bertemakan masyarakat yang digambarkan dalam sosio-ekonomi
masyarakat pada masa itu. Lima karekter dalam lukisan jelas menunjukkan bahawa
terdapat pelbagai kaum masyarakat di Malaysia.

Catan ini menggunakan cat minyak dan aliran yang digunakan ialah realisme. Unsur
seni yang jelas digunakan ialah ruang, ruang yang luas dapat ditunjukkan melalui
perspektif.

Pada bahagian belakang kelihatan sebuah rumah yang agak jauh daripada kedai
ditunjukkan dengan melukis dengan saiz yang kecil dan kedudukan figura
berbangsa india menunjukkan dia sedang bejalan menghala ke kawasan kedai
tersebut. Garisan melintang digunakan untuk menghasilkan keharmonian. Warna
penyejuk banyak digunakan dalam gambar ini agar dapat menampakkan keindahan
dalam lukisan ini.
5.0 Bahagian B : Membuat perbandingan antara dua kumpulan atau persatuan
dalam memberi sumbangan terhadap perkembangan seni visual tanah air.

5.1 Sejarah The Arts Council Penang And Province Wellesley

The Arts Council of Penang and Province merupakan pertubuhan seni yang bergiat
aktif di Plau Pinang. Pertubuhan ini telah didaftarkan pada 31 Desimber 1954
dibawah ordinan persatuan tahun 1949. Ahli jawatankuasa terdiri daripada J.P
Souter, James Mandy dan Tay Hooi Keat. Penglibatan pelbagai kaum dilaksanakan
dalam pertubuhan ini, undang-undang dan peraturan bertulis yang lengkap. Bagi
mengalak dan membina pengetahuan yang mendalam mereka melaksanakan :

i) Meningkatkan kesedaran kesenian kepada masyarakat umum.

ii) Memperbaiki kualiti rancangan kesenian.

iii) Menasihat dan bekerjasama dengan jabatan kerajaan, badan kuasa tempatan

iv) Mengadakan dan menguruskan tabung sumbangan tabung sumbangan untuk


menjayakan objektif tersebut.

v) Melakukan pekara pekara yang tidak bercanggah dengan cita-cita dan hasrat
objektif tersebut.

Persatuan ini juga medekatkan diri dengan golongan yang menjadi pelapis sebagai
satu usaha untuk menyiapkan diri kanak-kanak kepada dunia yang lebih mencabar.
Tujuan persatuan adalah untuk menarik ramai ahli pada masa akan datang dan
menawarkan keistimewaan kepada setiap ahli.

5.2 Wednesday Art Group

Penglibatan guru-guru dalam pertubuhan seni di Pulau Pianang telah diakui


menyemarakkan lagi kesedaran visual di utara tanah air. Dalam hal ini Kuala
Lumpur juga tidak ketinggalan melibatkan kaum kaum pendidik seni dan golongan
yang lain bergiat dibawah satu bumbung persatuan yang dikenali sebagai
Wednesday Art Group. Peter Haris merupakan selaku penyelia Seni Jabatan
Pelajaran Kuala Lumpur dan menubuhkannya pada 1952.

Penang Teachers’ Art Circle dan Wednesday yang muncul pada tahun yang sama
mempunyai banyak persamaan.

Peter Haris telah membawa konsep baru dalam seni visual tanah air yang
menekankan konsep penyataan kendiri dalam berkarya , Karya kebanyakkan nya
dihasilkan dengan teknik gouche.

Pertubuhan tersebut bukan sahaja menjadi pertubuhan seni yang mengemukakan


pelbagai golongan yang ingin mengendalikan aktiviti rakreasi seperti berkelah dan
aktiviti luar studio.

4. Sumbangan

- medekatkan diri dengan golongan yang menjadi pelapis sebagai satu usaha untuk
menyiapkan diri kanak-kanak kepada dunia yang lebih mencabar.
- Mengadakan dan menguruskan tabung sumbangan tabung sumbangan untuk
menjayakan objektif tersebut.
- Meningkatkan mutu pembelajaran seni disekolah
- Merupakan pembimbing seni lukis di Malaysia pada hari ini

5.4 Penulisan lmiah

Terdapat banyak penubuhan kumpulan seni di Malaysia antaranya ialah The Arts
Council Penang And Province Wellesley dan The Wednesday Art Group.
Perbandingan antara The Arts Council Penang And Province Wellesley (TACPAPW)
dan The Wednesday Art Group (TWAG) ialah penubuhnya J.P Souter sebagai
presiden dan bagi penubuhan The Wednesday Art Group ialah Peter Haris. Post
impressionisme merupakan aliran bagi TACPAPW, manakala impresionisme bagi
TWAG.

Teknik yang dikemukakan oleh kumpulan TACPAPW ialah bebas kerana terbuka
kepada pelbagai lapisan masyarakat dalam mengiatkan hasil seni, manakala
kumpulan The Wednesday Art Group menggunakan aliran impressionisme dalam
setiap karya yang dihasilkan. Terdapat banyak sumbangan bagi kumpulan
TACPAPW iaitu bagi medekatkan diri dengan golongan yang menjadi pelapis
sebagai satu usaha untuk menyiapkan diri kanak-kanak kepada dunia yang lebih
mencabar dan mengadakan serta menguruskan tabung sumbangan tabung
sumbangan untuk menjayakan objektif yang dicapai, manakala The Wednesday Art
Group pula ialah bagi Meningkatkan mutu pembelajaran seni disekolah dan
merupakan pembimbing seni lukis di Malaysia pada hari ini.

You might also like