You are on page 1of 6

Berdasarkan Zakaria Ali:

Prinsip berhalus -Merupakan proses pembatinan bentuk yang dipetik dari alam
semulajadi
Prinsip berguna - Merupakan sikap perkongsian yang mencerminkan falsafah
'egalitarianisme' yang terdapat dalam masyarakat melayu.
Prinsip bersatu - Merupakan kesatuan dari permulaan hingga ke akhir.
Prinsip Berlawan - Penambahan ukiran segi tiga (tetupai) di sudut tepat bagi
mengurangkan ketajaman dan ketegangan. ( sama seperti menanam pokok di halaman
untuk melembutkan suasana kawasan perumahan.
Prinsip berlambang - Perlambangan ialah penyatuan isi dan bentuk
Fungsi Kesenian Islam

1. Fungsi Spiritual
Sayyid Hossein Nasr (dalam buku Spritual dan Seni Islam) memberi pandangan, dalam apa
juga bidang sekalipun, seni Islam itu mestilah mempunyai fungsi spiritual yang dapat
membimbing manusia supaya mengingati Allah s.w.t.. Dalam pandangannya itu beliau telah
menegaskan:
Seni itu tidak dapat memainkan suatu fungsi spiritual apabila ia tidak dihubungkan dengan
bentuk dan kandungan wahyu Islam.

Beliau juga menghuraikan bahawa Islam terdiri dari beberapa aspek antara lain ialah syariah,
tarekat dan hakikat. Hossein Nasr berpandangan syariat memain peranan penting dalam
memberi latar dan persekitaran kepada seni Islam di samping menyediakan batas-batas
tertentu atau garis untuk seni Islam itu. Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa syariat
sememangnya tidak menunjuk secara khusus bagaimana mencipta seni Islam itu. Namun
segala apa yang dihasilkan itu mestilah bertunjangkan al-Quran dan hadis serta sunnah
Rasulullah. Dengan ini barulah seni itu dapat memainkan fungsinya sebagai penyuburan
spiritual.

2. Kesenian meningkatkan aspek kerohanian.
Kesenian Islam merupakan kesenian mukadas. Ia harus memiliki kekudusan mauduk.
Kekudusan mauduk bermaksud kebenaran kerohanian yang dapat mempertemukan manusia
dengan kehadiran alam semesta di mana tujuan estetika tidak terlintas di dalam fikiran
penciptanya. Tetapi ia indah kerana kebenaran keruhanian yang dipancarkan.

Kebenaran yang terkandung dalam ajaran wahyu dengan sendiri terdapat pada kesenian
mukadas. Islam mengutamakan ajaran tauhid yang asli kerana itu ia menghindar dari
sebarang pencemaran syirik, maka penggunaan mitos serta lambang-lambang tertentu yang
memesongkan inti tauhid adalah dilarang. Di dalam kesenian mukadas, bukan saja perutusan
atau isinya sahaja yang mesti suci, bentuk atau salurannya juga mesti suci. Matlamat tidak
menghalalkan cara.

3. Seni untuk mendidik
Kesenian Islam tidak bermotifkan hiburan semata-mata malah ianya menjurus ke arah
mentarbiah masyarakat menjadi insan yang beriman, berakhlak, berilmu dan beramal soleh.
Oleh itu, sesuatu itu bukanlah dianggap seni sekiranya ia tidak dapat menjalankan fungsinya
untuk membimbing manusia ke arah yang lebih baik dan mengingati Allah s.w.t..

alam rakan-rakan guru sekalian. Di bawah ini saya turunkan panduan untuk anda
menyediakan tugasan semester ini. Namun begitu, dicadangkan rakan-rakan guru perlu
berbincang terlebih dahulu bersama tutor F2F anda. Panduan ini saya petik daripada rubrik
pemarkahan tugasan anda. Tkasih
1. PENGENALAN :
a) Membincangkan dengan jelas tentang definisi Kraf Tradisional.
2. ISI KANDUNGAN :
a) Huraian tentang konsep dan falsafah Kesenian Islam.
b) Membincangkan pengaruh islam dalam kehidupan masyarakat Melayu.
c) Membincangkan pengaruh islam dalam penghasilan kraf Melayu dari aspek
estetik, fungsi dan makna .
d) Berikan sekurang-kurangnya 2-4 contoh kraf tradisional. Jelaskan bagaimana
proses penggarapan motif dilakukan (motif boleh diambil dari sumber alam spt.
Flora, fauna dan lain-lain ).
3. ANALISIS PERBINCANGAN :
a) Huraian berserta bukti dalam menyatakan keunikan dan kesepaduan Kesenian
Islam dengan Melayu dari aspek .
i) proses pengarapan idea,
ii) proses mentafsir dan
iii) pengaruh dlm memberi makna.
b) Perlu dijelaskan bagaimana proses pengolahan idea asal dillakukan dalam
memenuhi prinsip kesenian melayu merujuk bukti diatas.
4. ANALISIS UKIRAN KAYU TRADISIONAL :
a) Huraian secara terperinci tentang jenis-jenis Ukiran.
b) Huraian tentang proses penghasilan silat dan kekemasan.
c) Hubungkaitkan dengan falsafah,makna,sains,matematik dan nilai.
d) Sertakan bukti berbentuk lakaran Lukisan bagi menyokong fakta yg anda
nyatakan.
5. KESIMPULAN / RUMUSAN:
Kesimpulan yg jelas dan kukuh bagi menjawab keseluruhan persoalan.
"Seni kraf Melayu melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan
kepercayaannya iaitu Islam.
Bincangkan bagaimana pengutaraan motif ukiran kayu tradisional Melayu berkait
dengan falsafah Islam. Merujuk kepada contoh yang diberi, huraikan
bagaimana penjelmaan idea dari motif asal memenuhi 6 prinsip kesenian orang Melayu"
Salam semua;
Perhatikan soalan tugasan anda di atas.
Apa yang anda faham tentang soalan tersebut?
Salam sdra/sdri rakan-rakan guru.
Jika kita merujuk kepada kesenian Islam sesungguhnya Allah itu maha Indah dan Dia
sukakan keindahan. Keindahan adalah sesuatu yang amat dituntut dalam Islam. Keindahan
adalah suatu kesedaran dan kebenaran dalam penciptaan. Allah s.w.t. menyuruh hamba-Nya
menikmati segala yang baik-baik dalam kehidupan di dunia. Seseorang itu menghalang
perjalanan dan naluri semulajadi manusia yang diberi Allah s.w.t. jika ia tidak mempunyai
kesedaran terhadap keindahan. Sifat kemanusiaan menjadi kurang jika tidak mempunyai
kepekaan mengenai seni.
Kesenian dalam Islam sendiri terpancar pada Ummul Kitab (al-Quran) yang diturunkan
sebagai panduan dan pedoman untuk semua umat manusia. Naskhah lengkap panduan hidup
umat Islam merupakan seni yang tidak dapat ditangkis oleh mana-mana kesenian kerana
ketinggian nilai budi, saranan akhlak juga peraturan hidup manusia. Berikut dipanjangkan
ciri-ciri kesenian Islam sebagai satu panduan untuk kita semua.

1. Nilai Keindahan
Seni timbul hasil daripada fitrah manusia yang sukakan keindahan. Oleh itu, keindahan
menjadi ciri utama kesenian dari perspektif Islam. Konsep keindahan bererti rasa yang
menggembirakan, menyenangkan, memuaskan dan dihargai tanpa melangkah batas-batas
syariat Islamiah.

2. Berpaksikan Akhlak
Apabila memperkatakan konsep seni pada perspektif Islam, kita tidak lari daripada
membicarakan soal perkaitan di antara seni dengan akhlak. Seni dan akhlak adalah saling
bersangkutan. Islam mahukan setiap seni yang dicipta itu mengandungi nilai-nilai mulia dan
akhlak yang membentuk keperibadian positif manusia. Seni yang tidak bermoral harus
ditegah kerana kesenian Islam hanya berpaksikan kepada nilai-nilai aqidah, syariat dan
akhlak. Oleh itu karya seni Islam haruslah memiliki nilai-nilai murni yang melambangkan
akhlak atau berbentuk neutral, bebas daripada nilai-nilai negatif.

3. Bersumberkan wahyu
Kesenian islam juga haruslah bersumberkan wahyu Allah s.w.t dan juga sunnah Rasulullah
s.a.w. Ini kerana setiap sesuatu yang bersumberkan kepada wahyu dan sunnah maka ianya
akan bersesuaian dengan masa, tempat dan zaman. Ini bermakna, meskipun seni itu turut
berkembang mengikut perubahan zaman, namun asas utama penciptaannya mestilah
berpandukan garis panduan yang telah disediakan.

4. Kepelbagaian dalam kesatuan
Kesenian Islam dapat memberi sumbangan kepada kesatuan hidup seseorang umat. Kesatuan
ini terbentuk dalam pekerjaan seharian, ketika berehat dan ketika berhibur. Dalam al-Quran,
setiap perkataan merupakan satu unit yang terpenting bagi mendukung susunan dan makna
ayat, keadaan ini sama halnya dengan seseorang individu Islam yang menjadi unit dalam
kesatuan umat.

5. Hubungan antara Agama, Etika dan Estetika
Hubungan antara yang indah dengan yang baik bermakna hubungan antara agama, etika dan
seni. Fungsi perhiasan adalah untuk keindahan manakala keindahan ialah akar kesenian. Jadi
terdapat hubungan yang erat antara seni, etika dan estetika. Dengan lain perkataan, agama
melahirkan seni manakala seni pula mestilah mempunyai etika yang mengikut garis panduan
agama.

Slaam sdra/sdri rakan-rakan guru. Di bawah ini saya lampirkan kontent 6 prinsip kesenian
melayu. Saya mohon cikgu-cikgu mencari maklumat berkaitan apa yang dinyatakan di bawah
agar anda lebih memahaminya. Cuba dapatkan juga penulisan Prof. Dr Zakaria Ali berkaitan
prinsip di bawah. Moga dapat membantu. Tkasih
1. Prinsip Berhalus
2. Prinsip Berguna
3 Prinsip Bersatu
4. Prinsip Berlawan
5. Prinsip Berlambang
6. Prinsip Bermakna
1. PRINSIP KEHALUSAN
Dari segi kehalusan sesuatu seni yang dihasilkan oleh orang Melayu melibatkan cara
pembuatan teliti dan bahan yang sesuai dari segi kegunaan. Penghasilan seni yang berguna
pula, melibatkan hasil seni yang memenuhi fungsi yang bukan hanya indah dipandang, malah
selesa dipegang.
2. PRINSIP BERSATU
Prinsip bersatu pula bermaksud sesuatu hasil seni tidak berakhir dan berhujung (tiada awalan
dan akhiran), iaitu motif yang dihasilkan dikaitkan dengan satu bahagian dengan bahagian
lain yang boleh mengajak mata menerokai bahagian dalaman. Berkaitan dengan prinsip
bersatu, lingkaran belit ialah perkara yang berkaitan dengan prinsip menyatukan,
3. PRINSIP BERLAWAN
manakala prinsip berlawan merujuk kepada adanya pertentangan yang terkawal di antara dua
bahagian.
4. PRINSIP BERLAMBANG
Akhir sekali, prinsip berlambang adalah sesuatu seni yang berkaitan dengan hiasan kerana
hiasan merupakan lambang keindahan dan kecantikan yang mempunyai hubung kait antara
isi (makna) dan bentuk (Zakaria Ali, 1987).
Carilah gambar yang sesuai untuk setiap prinsip.
a. Ukiran Tebuk Tembus
Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan atau beberapa keping papan yang ditebuk
dengan menggunakan gerudi gergaji (gergaji menggerudi) supaya tembus bentuk-bentuk
bunga atau corak. Terdapat dua jenis ukiran jenis ini, iaitu ukiran tebuk tidak silat dan ukiran
tebuk silat.
Ukiran tebuk tidak silat banyak terdapat pada rumah-rumah lama iaitu bahagian
selasar, lambur, dinding, pintu, perabot dan mimbar masjid. Bentuk bunga ukir ialah awan
larat, siling, kaligrafi dan simetri. Bagi ukiran tebuk silat, bahagian yang menindih serta
melengkung keluar ditimbulkan dan bahagian yang melengkung ke dalam serta yang tertindih
ditenggelamkan. Sesungguhnya silat ialah istilah yang menunjukkan bahagian yang timbul
dan tenggelam serta papan tebuk disobek. Bunga ukir yang terdapat pada bentuk ini ialah
awan larat, silang dan simetri.


b. Ukiran Bunga Timbul
Ukiran ini tidak tembus. Ia mengandungi bunga ukir yang disilatkan dan tidak silat.
Terdapat pada perabot, mimbar masjid, barang hiasan yang diperbuat daripada kayu, ulu serta
sampir senjata. Bunga ukirnya sama seperti ukiran tebuk.

c. Ukiran Arca
Ukiran ini banyak terdapat pada ulu senjata seperti ulu keris, kepala tongkat, kukur
kelapa, kotak nelayan dan sebagainya. Bunga ukirannya sama seperti ukiran timbul tetapi
lebih halus dan kecil.

d. Larik

Melarik merupakan satu cara orang-orang Melayu mengukir kayu. Ukiran larik
berbentuk bulat dengan susunan gerlang-gerlang dan genting-gentat yang menarik. Ukiran ini
sering terdapat pada ulu senjata, perabot, tongkat, gasing, tiang-tiang rumah dan sebagainya.

You might also like