You are on page 1of 8

Mukaddimah

Dengan lafaz Bismillah saya mulakan tugasan yang pada pandangan saya agak sukar dan mencabar kerana harus memberikan ulasan tentang buku yang sudah dibaca dan perlu diperhalusi isi kandungannya itu. Sebelum saya meneruskan ulasan buku yang telah saya telah saya baca ingin saya memperkenalkan dulu siapakah dia penulis buku itu.Buku yang saya baca ialah tentang Seni Dalam Islam.Penulisnya ialah Dr. Yusuf AlQaradhawi. Siapakah dia Dr. Yusuf Al- Qaradhawi? Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi (Bahasa Arab: )adalah seorang cendekiawan Islam dari Mesir yang terkenal. Beliau merupakan ketua Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (European Council for Fatwa and Research) dan presiden Persatuan Ilmuwan Islam Antarabangsa (International Association of Muslims Scholars). Beliau adalah Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia dan dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009 Malaysia. Pendidikan Syeikh al-Qaradawi dilahirkan di Mesir pada tahun 1926. Beliau mengaji alQuran ketika beliau berusia kurang 10 tahun. Beliau menyertai Institusi alAzhar pada peringkatan sekolah rendah dan menengah. Kemudian, beliau memasuki Fakulti Teologi dan memperolehi Sijil 'Aliyya (bersamaan dengan ijazah BA sekarang ini) pada sekitar tahun 1952-53. Beliau juga memperolehi Ijazah Pengajaran daripada Fakulti Bahasa Arab pada tahun 1954.

Pada tahun 1960, beliau memperolehi Kajian Saringan Tinggi yang bersamaan dengan ijazah MA daripada Bahagian Sains al-Quran dan Hadis di Fakulti Teologi. Pada tahun 1973, beliau memperolehi ijazah PhD dengan hujahnya mengenai Az-Zakah fi Hal al-Mushlikat al-Ijtima'iyya (Zakat dan Pengaruhnya dalam Penyelesaian Masalah Sosial).

Kerjaya Beliau menjawat jawatan sebagai seorang khatib, guru dan penulis di al-Awqaf dan al-Azhar. Beliau telah menerbitkan lebih 100 buah buku yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan Islam, kesusasteraan dan puisi. Antaranya bukunya yang terkenal ialah Halal dan Haram di dalam Islam dan Keutamaan Gerakan Islam pada Fasa Akan Datang. Banyak ilmuwan menyifatkan beliau sebagai seorang mujtahid pada Era Moden. Beliau aktif dalam bidang dakwah dan Gerakan Islam untuk tempoh lebih daripada separuh abad. Yusuf sangat terpengaruh dengan pemikiran Imam al-Ghazali, Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim. Dalam kebanyakan tulisannya, beliau sering mengambil pendapat tiga tokoh ini. Tokoh Maal Hijrah Pada 18 Disember 2009, beliau dinobat sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009 Malaysia. Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah menyampaikan anugerah itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Malaysia. Yusuf memperoleh wang tunai sebanyak RM100,000, sebuah plak, pingat dan sijil penghargaan.

Beliau kagum terhadap kebangkitan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang menjadi kebanggaan umat di seluruh dunia.Beliau mempunyai hubungan yang akrab dengan individu, ulama dan institusi di Malaysia. Beliau telah beberapa kali datang ke negara ini atas jemputan universiti dan masjidmasjid serta berjumpa dengan sebilangan guru-guru selain pelajar-pelajar. Satu ketika beliau dibawa menaiki pesawat tentera bagi memudahkan saya sampai ke negeri yang dilawati dengan lebih cepat. Pertemuan diadakan dengan pemimpin UMNO mahupun PAS serta pernah menerima anugerah daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Kesenian Islam adalah kesinambungan daripada kesenian pada zaman silam yang telah berkembang dan dicorakkan oleh konsep tauhid yang tinggi kepada Allah s.w.t. kesenian islam memiliki khazanah sejarahnya yang tersendiri dan unik. Kesenian Islam terus berkembang di dalam bentuk dan falsafahnya yang berorientasikan sumber Islam yang menitikberatkan kesejajaran dengan tuntutan tauhid dan syarak. Dalam jiwa, perasaan, nurani, dan keinginan manusia tertanamnya rasa sukakan keindahan dan keindahan itu adalah seni. Sebenarnya, kesedaran mengenai keindahan adalah satu faktor yang amat penting dalam Islam. Antara faktor yang penting dalam seni ialah hakikat, ketulenan/kesucian, kejujuran dan semua ini terjalin dalam jiwa orang-orang Islam. Seni menjadi bahan perantaraan yang menghubungkan satu jiwa pencipta dengan satu jiwa lain, iaitu pengamat. Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak, dapat dipandang, didengar dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata. Sukar untuk mentakrifkan seni secara tepat sesukar untuk menerangkan konsep keindahan dan kesenangan itu sendiri. Al-Farabi menjelaskan bahawa seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan. Al-Ghazali pula menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya. Menurut perspektif Islam, daya kreatif seni adalah dorongan atau desakan yang diberikan oleh Allah yang perlu digunakan sebagai bantuan untuk memeriahkan kebesaran Allah. Berseni haruslah bermatlamatkan kepada perkara-perkara makruf (kebaikan), halal, dan berakhlak. Jiwa seni mestilah ditundukkan kepada fitrah asal kejadian manusia kerana kebebasan jiwa dalam membentuk seni adalah menurut kesucian fitrahnya

yang dikurniakan Allah s.w.t. Fungsi seni lebih kurang sama dengan akal supaya manusia menyedari perkaitan antara alam, ketuhanan dan rohani atau dengan alam fizikal. Lantas ia menyedari keagungan Tuhan dan keunikan penciptaan-Nya. Konsep kesenian menurut perspektif Islam ialah membimbing manusia ke arah konsep tauhid dan pengabadian diri kepada Allah s.w.t. Seni dibentuk untuk melahirkan manusia yang benar-benar baik dan beradab. Motif seni bermatlamatkan kebaikan dan berakhlak. Selain itu, seni juga seharusnya lahir sebagai satu proses pendidikan yang bersifat positif dan tidak lari daripada batas-batas syariat. Pandangan sesetengah orang bahawa kesenian tidak sesuai dengan tuntutan Islam dan syariat perlu ditinggalkan. Ini mencerminkan bahawa mereka tidak memahami hubungan kesenian dengan Islam. Ini kerana Islam bukanlah agama yang membicarakan soal agama sahaja, malahan turut membicarakan seluruh aspek kehidupan manusia. Sebagai contoh, hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Dia sukakan keindahan. Ini menjelaskan kepada kita bahawa keindahan adalah sesuatu yang amat dituntut dalam Islam. Keindahan adalah suatu kesedaran dan kebenaran dalam penciptaan. Allah s.w.t menyuruh hamba-Nya menikmati segala yang baik-baik dalam kehidupan di dunia. Seseorang itu menghalang perjalanan dan naluri semulajadi manusia yang diberi Allah s.w.t jika ia tidak mempunyai kesedaran terhadap keindahan. Sifat kemanusiaan menjadi kurang jika tidak mempunyai kepekaan mengenai seni. Bahkan, kesenian unggul dalam Islam sendiri terpancar pada Ummul Kitab (alQuran) yang diturunkan sebagai panduan dan pedoman untuk semua umat manusia. Naskhah lengkap panduan hidup umat Islam merupakan seni yang

tidak dapat ditangkis oleh mana-mana kesenian kerana ketinggian nilai budi, saranan akhlak, juga peraturan hidup manusia. Sayyid Hossein Nasr dalam bukunya Spritual dan Seni Islam, berpendapat bahawa dalam apa juga bidang, seni Islam itu mestilah mempunyai fungsi spiritual yang dapat membimbing manusia agar mengingati Allah s.w.t. Beliau menegaskan: Seni itu tidak dapat memainkan suatu fungsi spiritual apabila ia tidak dihubungkan dengan bentuk dan kandungan wahyu Islam. Beliau juga menghuraikan bahawa Islam terdiri daripada beberapa aspek, antara lain ialah syariah, tarekat, dan hakikat. Hossein Nasr berpandangan syariat memainkan peranan penting dalam memberi latar dan persekitaran kepada seni Islam di samping menyediakan batas-batas tertentu atau garis untuk seni Islam itu. Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa syariat sememangnya tidak menunjuk secara khusus bagaimana mencipta seni Islam itu. Namun, segala apa yang dihasilkan itu mestilah bertunjangkan al-Quran dan hadis serta sunnah Rasulullah s.a.w. Dengan ini, barulah seni itu dapat memainkan fungsinya sebagai penyubur spiritual. Kesenian Islam merupakan kesenian mukadas. Ia harus memiliki kekudusan mauduk. Kekudusan mauduk bermaksud kebenaran kerohanian yang dapat mempertemukan manusia dengan kehadiran alam semesta di mana tujuan estetika tidak terlintas di dalam fikiran penciptanya. Tetapi ia indah kerana kebenaran kerohanian yang dipancarkan. Kebenaran yang terkandung dalam ajaran wahyu dengan sendirinya terdapat pada kesenian mukadas. Islam mengutamakan ajaran tauhid yang asli kerana itu ia menghindar daripada sebarang pencemaran syirik, maka penggunaan mitos serta lambang-lambang tertentu yang memesongkan inti tauhid adalah dilarang. Di dalam kesenian mukadas, bukan saja perutusan atau isinya sahaja yang mesti suci, bentuk atau salurannya juga mesti suci. Matlamat tidak menghalalkan cara.

Kesenian Islam tidak bermotifkan hiburan semata-mata, malah ia menjurus ke arah mentarbiah masyarakat menjadi insan yang beriman, berakhlak, berilmu, dan beramal soleh. Oleh itu, sesuatu itu bukanlah dianggap seni sekiranya ia tidak dapat menjalankan fungsinya untuk membimbing manusia ke arah yang lebih baik dan mengingati Allah s.w.t. Seni timbul hasil daripada fitrah manusia yang sukakan keindahan. Oleh itu, keindahan menjadi ciri utama kesenian dari perspektif Islam. Konsep keindahan bererti rasa yang menggembirakan, menyenangkan, memuaskan, dan dihargai tanpa melangkah batas-batas syariat Islamiah. Apabila memperkatakan konsep seni pada perspektif Islam, kita tidak lari daripada membicarakan soal perkaitan di antara seni dengan akhlak. Seni dan akhlak adalah saling bersangkutan. Islam mahukan setiap seni yang dicipta itu mengandungi nilai-nilai mulia dan akhlak yang membentuk keperibadian positif manusia. Seni yang tidak bermoral harus ditegah kerana kesenian Islam hanya berpaksikan kepada nilai-nilai akidah, syariat, dan akhlak. Oleh itu, karya seni Islam haruslah memiliki nilai-nilai murni yang melambangkan akhlak atau berbentuk neutral, bebas daripada nilai-nilai negatif. Kesenian Islam juga haruslah bersumberkan wahyu Allah s.w.t dan juga sunnah Rasulullah s.a.w. Ini kerana setiap sesuatu yang bersumberkan kepada wahyu dan sunnah, maka ia akan bersesuaian dengan masa, tempat, dan zaman. Ini bermakna, meskipun seni itu turut berkembang mengikut perubahan zaman, namun asas utama penciptaannya mestilah berpandukan garis panduan yang telah disediakan. Kesenian Islam dapat memberi sumbangan kepada kesatuan hidup ummah. Kesatuan ini terbentuk dalam pekerjaan sehari-harian, ketika berehat, dan ketika berhibur. Di dalam al-Quran, setiap perkataan merupakan satu unit yang terpenting bagi mendukung susunan dan makna ayat. Keadaan ini sama

halnya dengan seseorang individu Islam yang menjadi unit dalam kesatuan ummah. Jelasnya, hubungan antara yang indah dengan yang baik bermakna hubungan antara agama, etika, dan seni. Fungsi perhiasan adalah untuk keindahan, manakala keindahan ialah akar kesenian Islam. Jadi, terdapat hubungan yang erat antara seni, etika, dan estetika. Dengan kata lain, agama melahirkan seni, manakala seni pula mestilah mempunyai etika yang mengikut garis panduan agama. Kesimpulannya buku Seni Dalam Islam ini menjelaskan tentang perspektif Islam terhadap seni, terutama yang menyentuh bidang nyanyian dan muzik, lukisan dan gambar, seterusnya seni ukiran, lawak jenaka dan sukan. Bagi pengarang, seni adalah satu kebaikan yang boleh digunakan untuk membina atau keburukan yang boleh membinasakan . Sehubungan dengan itu pengarang menekan bahawa Islam adalah agama yang berdasarkan realiti kehidupan. Lantas, ketika masyarakat Islam berhadapan dengan perkara yang melibatkan kesenian dan hiburan, pengarang meletakkkan asas penilaiannya kepada ; menjauhi melampau dalam membolehkannya dan tidak pula keterlaluan dalam menegahnya.

You might also like