You are on page 1of 5

MENGANALISIS KEKUATAN DAN KELEMAHAN JURNAL PILIHAN

1.0 PENGENALAN

1.1 Maklumat Jurnal Pilihan

Tajuk Jurnal : Komitmen dan Peranan Guru dalam Pelaksanaan


Pendekatan Pendidikan Inklusif di Malaysia.

Penulis : Supiah Saad

Bilangan Muka Surat : 10 muka surat

Sumber : My Jurnal (Internet)

1.2 Kandungan Keseluruhan Jurnal Yang Dipilih

Jurnal yang dibangunkan oleh Supiah Saad adalah bertujuan membincangkan


komitmen serta peranan guru aliran perdana bagi menentukan peningkatan kualiti dalam
pelaksanaan pendidikan inklusif di Malaysia. Pada bahagian pengenalan, penulis telah
menerangkan tentang beberapa perkara iaitu;

I. Sistem Pendidikan di Malaysia.


II. Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas (KBK) di Malaysia.
III. Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas Kelolaan Kementerian
Pendidikan Malaysia.
IV. Murid Pendidikan Khas di Aliran Perdana.
Daripada penulisan tersebut, didapati penulis menggunakan kaedah kualitatif untuk
memperolehi maklumat bagi menjawab objektif kajian. Kaedah kualitatif yang digunakan
adalah beberapa kaedah iaitu;
I. Respons guru yang terlibat dalam kajian rintis program pendidikan khas
integrasi pendekatan inklusif melalui perbincangan formal dan tidak formal
bersama penulis.
II. Kajian ilmiah dan kajian tindakan yang berkaitan dengan Pendidikan Inklusif
III. Menganalisis dokumen laporan empirical berkaitan pendidikan inklusif
IV. Pemerhatian dalam kelas aliran persona yang terdapat kanak-kanak
berkeperluan khas.
V. Keratan akhbar
VI. Pengalaman penulis dalam program pendidikan khas.

1|Page
2.0 PERBINCANGAN JURNAL PILIHAN

2.1 Kekuatan

Penulisan jurnal ini terdapat beberapa kelebihan. Antaranya ialah, penulis jurnal
berusaha untuk menunjukkan tahap pengetahuan guru aliran perdana tentang pendidikan
khas dan pendidikan inklusif terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Penulis juga
mengungkapkan serta menyenaraikan dengan terperinci organisasi yang berkaitan dalam
pendidikan Kanak-Kanak berkeperluan khas di Malaysia dalam pengenalan jurnal ini.
Penerangan ini dapat memberi kefahaman kepada pembaca jurnal sebelum pembaca
didedahkan penerangan tentang Pendidikan Inklusif yang dilaksanakan di Malaysia.

Penelitian penulisan oleh penulis juga menerangkan bagaimana sikap dan


penerimaan guru aliran perdana terhadap Kanak-Kanak Berkeperluan Khas ini dalam
pengajaran dan pembelajaran. Seperti yang dinyatakan oleh penulis, kesan ‘Labelling’
terhadap kanak-kanak berkeperluan khas sangat ketara sekali dalam pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas sehingga menyebabkan kanak-kanak berkeperluan khas ini
enggan untuk menyertai PdP bersama kanak-kanak aliran perdana. Pembaca akan lebih
berpengetahuan tentang Kanak-Kanak Berkeperluan serta menyedarkan mereka bahawa
kanak-kanak ini tidak sepatutnya dilabel dan perlu dibimbing dengan baik melalui pendidikan
yang khas kepada mereka.

Kekuatan seterusnya ialah gaya penulisan jurnal sangat baik. Penulis menggunakan
penjadualan bagi menerangkan kategori masalah kanak-kanak berkeperluan khas dan
peruntukan program pendidikan yang diberikan kepada mereka. Gaya pengurusan grafik
yang digunakan memudahkan pembaca untuk memahami serta pembaca tidak perlu
menyenaraikan kembali sekiranya penulisan ini terpilih untuk dianalisis atau ulasan oleh
pembaca. Bentuk grafik yang digunakan dapat menyampaikan maklumat dengan mudah
dan cepat.

Dapatan kajian juga telah menjawab semua objektif-objektif kajian ini. Faktor yang
mempengaruhi tahap komitmen dan peranan guru dalam pelaksanaan pendidikan inklusif
adalah kerana pendidik mempunyai pengetahuan yang rendah terhadap pendidikan inklusif
dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas ini. Selain itu juga, menurut penulis,
komited para guru dalam pendidikan khas ini kerana atas kewajipan semata-mata. Mereka
tidak mengambil inisiatif untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
pada kanak-kanak berkeperluan khas ini.

2|Page
2.2 Kelemahan

Kelemahan yang terdapat dalam jurnal ialah penulisan abstrak tidak mengandungi
maklumat yang lengkap. Penjelasan dalam abstrak tidak di paparkan secara jelas, bahawa
jurnal ini membincangkan komitmen dan peranan guru dalam pelaksanaan pendidikan
inklusif. Penulisan abstrak juga tidak menjelaskan kaedah dan instrumen kajian yang
digunakan. Penulis hanya menceritakan tentang perkhidmatan pendidikan khas iaitu
pendidikan inklusif di Malaysia.

Seterusnya ialah penulis tidak menjelaskan instrumen atau subjek kajian secara
terperinci dalam penulisan jurnal ini. Penulis hanya menyenaraikan kaedah-kaedah kajian
yang digunakan sahaja. Maklumat kaedah yang digunakan oleh penulis seharusnya
diterangkan dengan lebih mendalam supaya pembaca dapat menganalisis kaedah yang
benar digunakan oleh penulis. Penulis tidak menggunakan kaedah ini dalam hasil penulisan
ini.

Jurnal ini tidak disertakan tarikh disiapkan oleh penulis. Keadaan ini mungkin
menyebabkan pembaca sukar untuk menganalisis jurnal ini dengan baik kerana pembaca
tidak pasti samada jurnal ini adalah jurnal terbaru atau tidak. Rujukan atau petikan yang
digunakan oleh penulis adalah bukan rujukan yang terkini. Penulis menganalisis maklumat
daripada rujukan pada tahun 1990an. Penulis juga tidak menyenaraikan rujukan dengan
lengkap kerana pada penulisan jurnal penulis menyatakan pendapat Clough dan Lindsay
tetapi tiada maklumat rujukan pada bibliografi dalam jurnal ini. Begitu juga dengan keratan
akhbar. Penulis menyatakan bahawa penulis menggunakan keratan akhbar sebagai salah
satu kaedah kajian. Tetapi tiada maklumat rujukan yang berkaitan dengan keratan akhbar
seperti yang dinyatakan oleh penulis.

3.0 Penambahbaikan

Penulis perlu menyatakan maklumat penting seperti kaedah atau instrumen kajian
yang digunakan dalam penulisan abstrak kerana ianya merupakan salah satu pendahuluan
bagi keseluruhan isi kandungan dalam penulisan jurnal. ini supaya pembaca lebih
memahami apabila membaca maklumat-maklumat dari dapatan kajian.
Walaubagaimanapun, penulisan ini memberi penambahbaikan kepada pembaca dalam
menyedarkan masyarakat terutama pendidik untuk memainkan peranan yang betul dalam
memberi pendidikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Ekoran daripada itu, pendidik
yang berkaitan dalam pendidikan inklusif seharusnya lebih proaktif dalam mengendalikan

3|Page
proses pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai kaedah. Seorang guru seharusnya
lebih bersifat pemurah dan lebih bertanggungjawab dalam memberi didikan kepada kanak-
kanak berkeperluan khas ini.

4.0 Rumusan

Pendidikan adalah kunci kepada kemajuan kehidupan bagi seseorang. Pendidikan


inklusif adalah salah satu langkah untuk meningkatkan kemajuan serta kualiti hidup pada
kanak-kanak aliran perdana juga kanak-kanak berkeperluan khas. Secara keseluruhannya,
penulis berjaya membangkitkan peranan yang sepatutnya dimainkan oleh guru aliran
perdana bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pendidikan inklusif
di sesebuah sekolah.

Selain itu, organisasi kajian yang dilakukan oleh penulis diharapkan dapat membantu
membuka jalan kearah peningkatan komitmen dan peranan guru terhadap pelaksanaan
pendidikan inklusif di Malaysia melalui kajian dan langkah-langkah penambahbaikan yang
efektif pada masa yang akan datang.

4|Page
Rujukan

Supiah Saad. (n.d.). Komitmen dan peranan guru dalam pelaksanaan pendekatan
pendidikan inklusif di Malaysia. [online], [Diakses: 23 Mac 2015]. Boleh didapati:
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminarpapers/2005/supiahKPM.pdf

5|Page

You might also like