You are on page 1of 1

Tamadun merupakan istilah popular dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Namun,
tamadun dalam bahasa arab, terdapat lima istilah yang boleh dihubungkaitkan dengan
tamadun antaranya, umran (Ibnu Khaldun,1332-1406M), hadharah, tamaddun, madinah dan
madaniah (Muhammad,Syeikh,abad 20). Didalam istilah barat pula tamadun disebut
Civilization yang berasal daripada perkataan Latin, civitas yang bererti bandar. Secara
umumnya, tamadun bermaksud pencapaian atau kemajuan dalam aspek kerohanian dan
jasmani sesuatu masyarakat yang memberi fokus dari sudut ilmu dan fizikal. Dapat
disimpulkan bahawa tamadun merupakan pencapaian dan perkembangan manusia secara
evolusi melalui beberapa fasa.

Tamadun China merupakan tamadun yang terawal muncul didunia selain tamadun
Mesir dan tamadun Yunani. Tamadun China telah mencapai kegemilangan dalam sistem
pentadbiran, falsafah, sastera, unsur moral dan penciptaan serta sains. Tamadun India
bermula tahun pada 2350 -3000 S.M di lembah sungai Indus dan merupakan sebuah
tamadun awal yang masih kekal sehingga ke hari ini. Tamadun India dapat dibahagikan
kepada dua lokasi iaitu India Utara dan India Selatan. Kedua –dua bahagian India tersebut
mempunyai perbezaan darisegi aspek bahasa, budaya serta amalan keagamaan. Kekayaan
Tamadun India dalam budaya kesenian dan cara hidup masyarakatnya telah mempengaruhi
kehidupan masyarakat khususnya di sekitar kawasan Asia Tenggara.

You might also like