You are on page 1of 8

1.

0 PENGENALAN

Bangsa yang maju adalah bangsa yang berkualiti dalam pendidikan. Hal ini kerana
pendidikan merupakan kayu ukur bagi menentukan kemajuan serta kualiti sesebuah bangsa
dan Negara. Walaubagaimanapun, pendidikan yang maju tidak akan terlepas daripada
peranan guru sebagai kunci kepada keberhasilan dalam kemajuan pendidikan sesebuah
institusi. Guru bukan sahaja mengajar subjek tertentu di dalam kelas bahkan mereka
merupakan ejen kepada perubahan minda masyarakat. Mereka juga merupakan fasilitator
yang melayan, membimbing, membina dan mengusung murid sebagai klien mereka bagi
menuju ke gerbang kejayaan.

Profesion guru adalah pekerjaan yang khusus dimana ia dilaksanakan oleh individu
yang berpendidikan tinggi atau mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup
bermutu. Tanpa latihan serta pendidikan dalam pedagogi, bagaimana seseorang guru ingin
memberi ilmu malah pendidikan secara sistematik dan efektif? Kalau sebelum ini profesion
guru dipandang rendah, diperlekehkan dan dianggap sebagai pekerjaan kelas kedua.
Tetapi, kini profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang mencabar
kerana isu-isu pendidikan pada masa kini, membawa tenaga pengajar serta pengurus
pendidikan untuk lebih peka pada perkembangan terkini dalam pendidikan.

Isu-isu pendidikan kini bukan sekadar mencabar profesion keguruan yang berada di
sekolah atau institusi sekarang, malah secara langsung akan berkaitan kepada bakal guru
kelak. Maka, bakal guru haruslah mengkaji atau mencari jalan penyelesaian untuk
menghadapi isu-isu pendidikan kini dan akan datang. Permuafakatan komuniti dalam
pendidikan merupakan satu kaedah yang dapat menyatukan komuniti dan sekolah untuk
memenuhi keperluan bersama. Maka, peranan bakal guru adalah amat penting dalam
merealisasikan permuafakatan komuniti dalam menangani isu-isu pendidikan di Malaysia.

2.0 ISU-ISU PENDIDIKAN

ISU-ISU PENDIDIKAN

Isu-isu semasa Isu-isu sepanjang zaman

- Denda pelajar yang lewat - Beban tugas guru

- Penggunaan Teknologi - Kekurangan infrastruktur di


Maklumat dan Komunikasi sekolah

- KSSM/KSSR - Dasar pendidikan


Pengurusan grafik diatas menunjukkan antara isu-isu pendidikan yang kini berlaku di
Malaysia. Isu pendidikan ini dapat dibahagi kepada dua kategori, antaranya ialah isu
semasa yang sedang berlaku tetapi isu ini akan reda pada kemudian hari dan isu sepanjang
zaman, difahamkan bahawa isu ini sering diperkatakan. Hukuman denda kepada pelajar
yang lewat ke sekolah menimbulkan perbezaan pendapat. Pada pewaris pelajar semestinya
tidak berpuas hati kerana mereka mengatakan tindakan ini terlalu keras dan memberi kesan
kepada psikologi pelajar. Seterusnya, penggunaan TMK di sekolah merupakan salah satu
pembelajaran alaf 21 yang digariskan dalam PPPM (2013-2015). Penggunaan TMK ini
dapat meningkatkan lagi keberkesan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Untuk merealisasikan penggunaan TMK dalam PdP ini memberi cabaran kepada pihak
sekolah kerana infrstruktur yang tersedia di sekolah tidak mencukupi seperti komputer yang
tidak berfungi ataupun rosak, rangkain internet yang terhad dan sebagainya. Masalah ini
akan memberi kesan untuk menjayakan pembelajaran alaf 21 yang telah digariskan dalam
PPPM.

Pelbagai sistem pendidikan yang telah ditukar antaranya KSSM dan KSSR seperti
membeban dan menambahkan tugas guru. Penerimaan warga pendidik bercampur baur
akan sistem ini kerana pendidik terpaksa mempelajari sistem baru ini untuk diajar kepada
pelajar dan ia mungkin mengambil masa kepada mereka. Sukatan dalam sistem ini
bagaikan ditukarkan secara drastik. Sukatan dan tugasan yang terlalu banyak termasuk
kerja mentaksir dan menilai sepanjang tahun. Termasuk juga urusan jadual waktu yang
mengelirukan. Namun ada juga yang melihat ianya sebagai suatu usaha yang sangat baik
untuk transformasi pendidikan di Malaysia. Kesediaan guru dalam memastikan pelaksanaan
KSSM berjalan dengan lancar juga merupakan satu perkara yang perlu diberi perhatian
sepanjang tahun yang akan datang.

3.0 PERANAN GURU UNTUK MEREALISASIKAN PERMUAFAKATAN KOMUNITI

“Permuafakatan Komuniti dalam Pendidikan” merupakan satu gerakan menyatukan


sumber komuniti dan sekolah untuk memenuhi keperluan bersama. Dr Syed Ismail, Ahmad
Subki (2016). Permuafakatan dan komuniti ini adalah satu kumpulan bertujuan mewujudkan
keselesaan pada persekitaran belajar yang sempurna pada para pelajar denagn penglibatan
pelbagai ahli antaranya sekolah, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), masyarakat, agensi
kerajaan, dan pihak swasta. Setiap ahli dalam komuniti ini mempunyai peranan untuk
bertindak bersatu pada dan teratur serta menjalankan aktivit yang berkaitan dengan
hubungan sekolah. Walaubagaimanapun, tujuan utama permuafakatan dalam komuniti ini
adalah untuk meningkatkan kemajuan sekolah, mengenala pasti permasalah yang dihadapi
dan membuat perancangan selaras dengan tindakan-tindakan yang perlu bagi memenuhi
objektif bersama.

3.1 Peranan Guru dalam Permuafakatan antara sekolah dan komuniti

Kerjasama dan permuafakatan antara sekolah dan komuniti ini akan dapat
mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Permuafakatan komuniti ini berjaya
dilaksanakn sekiranya wujud rasa tanggungjawab dan komitmen masing-masing.
Bagaimana guru dapat menjayakan permuafakatan antara guru dan sekolah, pelbagai
program diatur seperti;

Ceramah dan perbincangan di sekolah yang dapat dihadiri oleh ibu bapa supaya ibu
bapa dapat berinteraksi dengan guru dan berkongsi idea serta sebagainya. Seterusnya
dengan mengadakan gotong royang yang bertemakan ‘Lestari’ di mana mengekalkan
kehijauan dengan pokok-pokok, bunga-bunga dan sebagainya di sekolah supaya pelajar
dapat belajar dalam keselesaan. Program ini juga secara tidak langsung dapat merapatkan
lagi silaturrahim antara guru, pelajar, pihak sekolah, ibu bapa dan sebagainya.
Di samping itu, sekolah dipertanggungjawabkan untuk memberi pendidikan dan
menghasilkan perubahan positif terhadap murid darisegi kognitif atau rohani. Pembelajaran
juga mestilah seimbang dalam konteks jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Sekolah
harus berupaya untuk menyampaikan mesej dan memberikan kesan dalam pembentukan
sahsiah murid. Pendekatan yang wajar diambil oleh guru dalam memastikan permuafakatan
pendidikan adalah pendekatan sebagai “murabbi” dan bukan penguatkuasa disiplin. Dr Syed
Ismail, Ahmad Subki (2016). Justeru, keberkesanan dalam pendidikan kepada pelajar
bergantung kepada interaksi antara murid dengan guru serta sistem pendidikan di sekolah.

3.2 Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG)

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan antara mekanisme penting dalam
mewujudkan pendidikan yang berkualiti di sekolah. Menerusi PIBG, banyak program dan
langkah boleh diatur dalam mengatasi pelbagai kekangan pengajaran dan pembelajaran di
sesebuah sekolah. PIBG ini ditubuhkan untuk menyelesaikan serta mengatasi masalah
salah faham yang timbul antara ibubapa dan guru. Kebanyakan ibubapa lebih percaya pada
kata-kata anak daripada fakta sebenar oleh guru-guru. Ekoran daripada itu, guru sering
dipersalahkan atas segala yang berlaku disekolah antaranya soal prestasi akademik dan
masalah disiplin di kalangan pelajar.

Bagi mengelakkan masalah antara ibubapa dan guru ini, sebagai seorang bakal guru
perlulah berwaspada dalam apa-apa masalah yang akan berlaku kelak. Memikirkan jalan
penyelesaian juga merupakan salah satu kaedah yang dapat dilakukan. Seperti yang
diketahui, setiap sekolah akan mengadakan menyuarat agung PIBG. Dalam menyuarat
inilah setiap ahli memainkan peranan untuk memberi pendapat dan merancang bagaimana
cara untuk meningkatkan prestasi pelajaran anak-anak dan sebagainya. Tetapi, yang
menjadi isu adalah setelah perbincangan selesai pihak sekolah serta ibu bapa tidak lagi
bekerjasama untuk mengatasi masalah ini.

Bagi mengelakkan pelbagai masalah yang akan timbul, ibu bapa haruslah mengambil
tahu perkembangan anak-anak di sekolah dari semasa ke semasa dan bukan
mengharapkan seratus peratus kepada guru. Guru pula haruslah memainkan peranan untuk
menghubungi ibu bapa sekiranya pelajar melakukan kesalahan, buka semena-menanya
membuat hukuman kepada pelajar tersebut. Keadaan ini supaya ibubapa dan guru dapat
berkongsi masalah dan membantu pelajar yang bermasalah, secara tidak langsung tiada
unsur menunding jari selaras untuk menjayakan permuafakatan antara ibu bapa dan guru.
3.3 Kolaborasi guru dan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO)

Peranan badan bukan kerajaan (NGO) penting untuk membangunkan suatu


masyarakat dan bangsa dalam konsep permuafakatan komuniti. Ini disebabkan banyak
pembiayaan institusi pendidikan disalurkan oleh NGO bagi meningkatkan lagi keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran di sekolah atau universiti. Dapat dilihat secara kasar bahawa
permuafakatan komuniti pihak NGO dengan sekolah sangat berkesan bagi memenuhi
keperluan masing-masing. Untuk meningkatkan lagi tahap keberkesan permuafakatan ini,
sebagai bakal guru atau seorang pendidik tidak salah untuk menyertai sukarelawan dan
menjadi ahli aktif dalam organisasi ini. Sebagai contoh Projek Kalsom oleh The Kalsom
Movement iaitu kem motivasi kepada para pelajar. kem motivasi ini disertakan dengan
bengkel kerjaya, maklumat bidang-bidang ijazah dan pemantapan bahasa inggeris
diterapkan dikalangan pelajar-pelajar yang susah. Projek ini merupakan gerakan dan inisiatif
daripada pelajar universiti sendiri.

Selain itu, sebagai contoh kedua, penubuhan ‘Teach For The Needs’ (TFTN) iaitu
kelas tuisyen oleh sekumpulan sukarelawan muda pada tahun 2012 yang lalu. Objektif
penubuhan TFTN adalah untuk menyediakan peluang kepada murid-murid sekolah rendah
yang terdiri daripada mereka yang kurang berkemampuan termasuklah anak-anak yatim
yang tidak berpeluang menghadiri kelas-kelas tuisyen komersial akibat kekangan kewangan.
Ekoran daripada itu, sebagai bakal guru perlulah menyertai sukarelawan ini supaya dapat
belajar dalam mendedahkan pengajaran dan pembelajaran kepada mereka, secara tidak
langsung dapat belajar erti berdikari dalam diri. Program sukarelawan ini juga dapat
merapakan lagi jurang permuafakatan antara guru dan pihak bukan kerajaan.

3.4 Kolaborasi guru dan pihak kerajaan (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Kerajaan telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-


2025 untuk membangunkan bidang pendidikan di negara Malaysia. Terkandungnya 11
anjakan di dalam PPPM. Begitu juga dengan pendedahan pendidikan alaf 21 yang
terkandung dalam dasar pendidikan di Malaysia. Kerajaan juga memberi peruntukan bukan
sahaja pembelajaran di dalam kelas tetapi diluar kelas seperti Ko-kurikulum. Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi, "Kerajaan beri pelbagai peruntukan untuk pendidikan. Jadi sokonglah
kerajaan yang membawa pembangunan ini," katanya.

Program ‘Teach For Malaysia’ adalah program yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk
meningkatkan mutu pendidikan di negara ini. berasaskan konsep mengajar sambil berbakti
yang dipelopori oleh rangkaian global, Teach For All, yang memberi peluang kepada
graduan cemerlang untuk berkhidmat kepada negara dengan menyertai profesion
perguruan setelah menamatkan pengajian di universiti. Program-program yang dilaksanakn
oleh kerajaan sebegini seharusnya disertai oleh para bakal guru supaya mereka dapat
mengumpul pengalaman dalam mengajar dan secara langsung dapat mengasah kerjaya
mereka kelak.

Maka, guru berperanan untuk membantu pihak kerajaan dalam membangunkan


pendidikan ini seperti menyertai kursus untuk memantapkan lagi pengajaran supaya dapat
diterapkan di dalam kelas. Selain daripada mengajar ilmu dikelas, para guru juga perlu
memerhati, menilai dan cuba mencungkil bakat para pelajar serta mengarahkan perjalanan
mereka kearah yang mereka mahir. Ini selaras untuk menjayakan serta merealisasikan
pendidikan yang terbaik di Malaysia.

3.5 Kolaborasi Guru dan Bekas Pelajar

Bagi memperkukuhkan permuafakatan antara guru dan bekas pelajar, Persatuan


Bekas Pelajar boleh ditubuhkan. Persatuan bekas pelajar ini boleh mengadakan satu aktiviti
atau program yang boleh meningkatkan semangat pelajar-pelajar di sekolah dalam
pendidika. Sebagai contoh program seminar dan perbengkelan yang dianjurkan oleh guru
dan bekas pelajar. Dalam program seminar, bekas pelajar yang pernah meraih
kecemerlangan memberi suntikan kepada pelajar dengan berkongsi tip-tip untuk menjadi
seorang pelajar yang berjaya. Selain itu, mereka boleh menjadi mentor untuk mengajar
pelajar dalam sesuatu subjek malah meringankan beban guru di sekolah.

Sesuatu aktiviti yang dijalankan pastinya memerlukan smber kewangan untuk


menjayakan program berkenaana. Kebiasaannya, pihak penganjur perlu menguruskan
sumber kewangan bagi menampung kos setiap program yang dijalankan. Sumber
kewangan ini boleh diperolehi daripada ;

a) Sumbangan peserta
b) Sumbangan ibubapa
c) Tabung PIBG
d) Sumbangan guru-guru

Dalam menjayakan program berkenaan, setiap ahli mestilah memainkan peranan dan
bertanggungjawab. Sekiranya terdapat perkongsian atau permuafakatan yang baik antara
guru, sekolah dan bekas pelajar, banyak daedah yang akan diperoleh oleh pelajar serta
masyarakat setempat seperti kelas tuisyen, kelas motivasi dan sebagainya.

3.6 Institusi Masyarakat

“Masyarakat merupakan institusi tidak formal yang mempengaruhi pendidikan


seseorang murid” Dr Syed Ismail, Ahmad Subki (2016). Masyarakat diluar sana adalah
sebuah kumpulan yang bukan secara langsung terlibat dalam pendidikan tetapi mereka
mampu mempengaruhi para pelajar. institusi masyarakat berfungsi sebagai wahana yang
sepatutnya menerima murid di luar sekolah. Keadaan ini kerana masa para pelajar banyak
terarah untuk berinteraksi sesama rakan sebaya mereka. Guru seharusnya proaktif untuk
berinteraksi bersama masyarakat diluar sana bagi menjayakan permuafakatan ini. Bentuk
institusi masyarakat yang wujud adalah seperti persatuan belia, badan kebajikan penduduk,
badan koperasi, institusi masjid dan sebagainya. Sebagai contoh institusi masjid, guru boleh
terlibat bersama pengurus masjid untuk menjalakan aktiviti pendidikan kepada pelajar di
masjid. Seperti aktiviti bertajwid, ceramah keagamaan dan sebagainya.

Institusi masyarakat perlu membantu dan melibatkan diri dalam program dan aktiviti
yang dikelolakan oleh pihak sekolah supaya permuafakatan dan persefahaman akan terjalin
dalam menyelesaikan pelbagai masalah pelajar serta bagi meningkatkan prestasi
pendidikan pelajar. Oleh itu, tindakan sewajarnya oleh pihak sekolah, guru dan masyarakat
untuk membentuk permuafakatan komuniti yang berhasil dalam membentuk pendidikan
pelajar.

4.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, sekolah dan masyarkat perlu berusaha untuk mewujudkan


permuafakatan yang baik. Perbincangan sebelum ini membincangkan bagaimana peranan
guru dalam merealisasikan permuafakatan komuniti dalam menangani isu-isu pendidikan di
Malaysia. Bagi meneruskan kelangsungan permuafakatan dalam komuniti yang melibatkan
isu-isu pendidikan, hal ini harus ditengani dengan pelbagai aktiviti di sekolah serta diluar
sekolah. Oleh itu guru mempunyai cabaran dalam menjayakan program berkenaan, dengan
itu komuiti adalah kumpulan yang dapat membantu serta menyalurkan tenaga atau
kewangan. Aktiviti yang dijalankan haruslah berkesan kepada para pelajar samada darisegi
kurikulum atau ko-kurikulum. Kesimpulannya, apabila masyarakat mula menyedari kebaikan
dan kepentingan permuafakatan ini, maka mereka akan terpanggil untuk memainkan
peranan masing-masing dalam menjayakan permuafakatan komuniti seperti kata pepatah
“seperti kuku dengan isi” dan “bagai aur dengan tebing”.

You might also like