You are on page 1of 1

Jelaskan maksud dan ciri-ciri indikator keberkesanan sekolah/pendidikan.

Dengan memilih 5
faktor bermakna yg menyumbang kepada keberkesanan sekolah, berikan penilaian anda
sejauhmanakah faktor-faktor tersebut telah digunakan sebagai indikator dalam menilai
keberkesanan sekolah.

1.0 Definisi indikator

Secara umumnya definisi indikator ialah satu himpunan statistik konstruk asas
pendidikan dan sangat berguna dalam menilai konteks amalan polisi pendidikan. Indikator juga
merupakan kayu ukur dalam menilai amalan keberkesanan sekolah. Menurut Morrissey, (2000)
indikator merupakan penanda aras pencapaian dalam mengelola program dan aktiviti untuk
menentukan matlamat dan objektif pendidikan tercapai.

Menurut Wood (2007) indikator ialah pengukuran tidak langsung sesuatu peristiwa
seperti pencapaian murid dalam peperiksaan. Hal ini memberi makluman awal tentang
pencapaian murid dan secara tidak langsung memberi maklumat kepada guru tentang tahap
keupayaan murid. Selain itu, indikator juga ialah variable yang menunjukkan satu
kecenderungan situasi yang dapat dipergunakan untuk mengukur perubahan. Secara asasnya
indikator memberi penekanan terhadap aspek pengukuran dan perubahan. Justeru itu, dapatlah
disimpulkan bahawa definisi indikator ialah satu sistem pengukuran yang mudah dan berkesan
dan membantu organisasi menjelaskan dan mengawal tahap kemajuan sesuatu proses
perkhidmatan selaras dengan misi dan visi sebuah sekolah.

You might also like