You are on page 1of 19

5.

0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

5 (a) i LAKARAN PETA

Peta 3 : Peta lokasi stesen cerapan


5 (a) ii TEKNIK PENGUKURAN

Pengkaji menggunakan teknik pencerapan bagi mengukur suhu di


kawasan kajian iaitu Hutan Lipur Sekayu. Kawasan kajian terbahagi
kepada tiga lokasi iaitu di kawasan lapang, kawasan badan air dan
kawasan hutan. Satu lokasi terbahagi kepada 3 stesen.

PROSES PENGUKURAN
Pengkaji menjalankan kajian seperti langkah yang dicatatkan di bawah :

I. Pengkaji menyesuaikan jangka suhu dengan suhu persekitaran


sebelum mengukur suhu di kawasan kajian.
II. Bagi mendapatkan bacaan yang lebih tepat, pengkaji telah
menggunakan tiga termometer di satu lokasi.
III. Pada permulaannya, pengkaji memegang di bahagian atas alat
thermometer tersebut bagi mengelakkan bacaan suhu terpengaruh
dengan suhu tangan pengkaji.
IV. Seterusnya, pengkaji membaca suhu yang ditujukkan oleh
thermometer tersebut
V. Purata suhu dikira untuk mendapatkan bacaan yang tepat
VI. Akhir sekali, pengkaji mencatat suhu yang diambil di dalam
jadual.
BUKTI PROSES PENGUKURAN DILAKUKAN OLEH PENGKAJI

FOTO 1: Gambar di atas menunjuk pengkaji mengambil bacaan cerapan suhu di


kawasan kajian iaitu di lokasi 1 ( Kawasan lapang)

Foto di atas diambil semasa pengkaji mengambil bacaan suhu di kawasan lapang
iaitu lokasi 1 Alat yang dilihat oleh pengkaji adalah alat mengukur suhu iaitu termometer
yang digunakan bagi mengambil bacaan suhu di sesuatu kawasan.
JADUAL BACAAN SUHU MENGIKUT LOKASI STESEN DAN MASA DI HUTAN LIPUR
SEKAYU

Lokasi Stesen 9.00 Pagi 12.00 3.00 Petang


(℃) Tengahari (℃)
Masa (℃)
Kawasan S1 29 33 33

Lapang S2 30 34 32

S3 32 38 34

Purata 30.33 35 33

Badan Air S1 26 29 30

S2 26 34 31

S3 26 29 31

Purata 26 30.67 30.67

Hutan S1 27 28 28

S2 27 30 30

S3 26 28 29

Purata 26.67 28.67 29


JADUAL PURATA SUHU DI SETIAP LOKASI

WAKTU PAGI TENGAH HARI PETANG

PERKARA ( 9.00 A.M ) (12.00 P.M) (3.00 P.M)

LOKASI 1 30.33 35 33

LOKASI 2 26 30.66 30.66

LOKASI 3 26.33 28.66 29

Jadual menunjukkan purata suhu bagi setiap lokasi. Setiap lokasi diambil bacaan
suhu bagi tiga waktu iaitu pagi, tengah hari dan petang. Setiap lokasi menunjukkan
peningkatan dan penurunan bagi setiap waktu cerapan

GRAF GARIS PENCERAPAN SUHU


40
35
30
25
20
15
10
5
0
9.00 Pagi 12.00 Tengah Hari Petang

Lokasi 1 Lokasi 2 Lokasi 3

Rajah 1
Graf garis di atas menunjukkan nilai purata suhu yang dicerap oleh pengkaji di setiap lokasi
1 (kawasan lapang), lokasi 2 (kawasan badan air), dan lokasi 3 (kawasan hutan).
5.1.7 Penjelasan pola suhu mengikut lokasi dan masa

Pengkaji telah memperolehi data melalui pencerapan suhu di di tiga lokasi pada
waktu yang berbeza dan setiap lokasi mempunyai tiga stesen yang berbeza. Tempat kajian
untuk pencerapan suhu pengkaji ialah di Hutan Lipur Sekayu. Lokasi pertama ialah di
kawasan lapang, lokasi kedua merupakan kawasan badan air dan lokasi cerapan suhu pengkaji
yang terakhir ialah di kawasan hutan.

Setelah selesai cerapan suhu di setiap lokasi pengkaji mendapati terdapat perbeza
suhu di setiap lokasi. .Cerapan suhu di lokasi satu mencatatkan suhu tertingi pada setiap
waktu cerapan dilakukan iaitu pada waktu pagi, tengah hari dan petang. Pada waktu pagi
purata suhu yang dicatatkan di lokasi satu ialah 30.33 celcius berbanding dengan lokasi
tiga 26.33 celcius. Lokasi dua pula mencatatkan suhu terendah iaitu 26.33 celcius.

Hal ini kerana lokasi dua merupakan kawasan badan air yang dikelilingi oleh
tumbuhan hijau yang banyak. Ini menyebabkan kawasan ini suhunya lebih
rendah berbanding lokasi yang lain kerana mempunyai sungai iaitu kawasan
badan air dan mempunyai tumbuhan kerana tumbuha n dapat mempengaruhi suhu
persekitaran sesuatu kawasan. Kawasan yang mempunya i tumbuhan semulajadi yang
banyak,maka suhu persekitaranya lebih rendah berbanding kawasan lapang atau kawasan
yang mempunyai banyak bangunan. Tumbuhan dapat mengurangkan kepekatan gas-gas
rumah hijau di udara sesuatu kawasan melalui proses fotosintesis. Melalui proses
perpeluhan, tumbuhan mengeluarkan manik-manik air yang dapat menyederhanakan suhu.

Pada waktu tengah hari iaitu ketika cerapan kali kedua dilakukan berlaku
perubahan suhu yang tidak ketara. Lokasi dua m e n c a t a t 3 0 . 6 6 c e l c i u s dan lokasi satu
mencatatkan cerapan purata suhu iaitu 35 celcius dan lokasi tiga juga tidak mempunyai
perbezaan yang ketara dengan lokasi satu dan dua iaitu purata suhu sebanyak 28.66 celcius.

Ketiga-tiga stesen mencatatkan cerapan suhu yang berbeza ketika cerapan


dilakukan pada waktu petang iaitu pada pukul 3.00 petang. Lokasi satu merekod suhu
tertinggi iaitu 33 celcius dan diikuti lokasi dua sebanyak 30.66 celcius. Manakala lokasi
tiga mencatatkan purata suhu terendah antara ketiga-tiga lokasi iaitu sebanyak 29 celcius
dan lokasi satu masih mencatatkan suhu tertinggi.
5.2 Faktor Fizikal yang mempengaruhi pola suhu persekitaran

5.2.1 Litupan Tumbuhan


Tumbuhan dapat mempengaruhi suhu persekitaran seuatu kawasan.
Kawasan yang banyak tumbuhan semula jadi yang banyak, suhu
persekitaran lebih rendah berbanding kawasn lapang. Tumbuhan dapat
mengurangkan kepekatan gas rumah hijau di udara sesuatu kawasan
melalui proses fotosinntesis. Melalui proses fotosintesis tumbuha n
mengeluarkan manik-manik air yang dapat menyederhanaka n
suhu.persekitaran. Tumbuhan juga mempunyai nilai albedo yang
tersendiri.
Semasa melakukan kajian pengkaji telah mendapati terdapat
perbezaan ketara antara kawasan Bandar, pertengahan Bandar dan pinggir
Bandar. Kawasan Bandar tidak banyak kawasan yang mempunya i
kawasan litupan tumbuhan manakala kawasan pertengahan Bandar pula
kurang mempunyai tumbuhan tetapi masih agar banyak berbanding
kawasan Bandar. Pinggir Bandar pula masih mempunyai banyak kawasan
litupan tumbuhan malah pengkaji melakukan kajian di Ladang Kelapa
Sawit Paya Kemunting.
Kawasan Bandar merupakan lokasi kajian pengkaji yang pertama,.
Lokasi ini mencatatkan suhu yang paling tinggi semasa kajian dilakukan.
Stesen kedua terletak di kawasan pertengahan Bandar iaitu Taman
Permainan Awam Jitra yang berhadapan dengan Perpustakaan Awam
Jitra. Kawasan ini tidak mencatatkan suhu yang tinggi tidak juga rendah.
Hal ini mungkin kerana kawasan ini tidak mempunyai banyak tumduha n
dan tidak juga kurang tmbuhan.
Lokasi yang terakhir pengkaji adalah Ladang Kelapa Sawit Paya
Kemunting kawasan ini mencatatkan suhu terendah antara ketiga- tiga
stesen cerapan. Kajian ini membuktikan bahawa litupan tumbuhan sangat
mempengaruhi suhu di persekitaran kerana cerapan di stesen ke tiga
mempunyai banyak tumbuhan
Foto 2 : Stesen satu di kawasan tempat letak kereta yang mempunyai kurang kawasan
litupan tumbuhan

Foto 3 : Jalan di sepanjang kajian pencerapan dilakukan yang menunjukkan kurang


litupan tumbuhan
5.2.2 ELEMEN CUACA
Pengkaji telah merasai perbezaan elemen cuaca di kawasan Bandar,
pertengahan Bandar, dan pinggir Bandar dari segi bahangan suria dan juga
awan. Kawasan Bandar mempunyai bahangan suria yang sangat tinggi dan
kurang mempunyai lindungan awan.
Stesen kedua pula mempunyai lindungan awan yang agak banyak
dan bahangan surianya tidak terlalu tinggi jika dibandingkan dengan stesen
satu. Stesen ketiga pula mempunyai lindungan awan yang agak tebal
berbanding dengan ketiga-tiga stesen malah bahangan surianya juga agak
rendah berbanding dengan stesen satu dan stesen tiga.
i) Bahangan Suria
Bahangan suria merujuk kepada sinaran yang dipancarkan oleh
matahari ke permukaan dalam bentuk tenaga sinaran pada waktu siang.
Bahangan suria yang dipancarkan oleh matahari akan diserap dan disimpan
sebagai haba pendam. Semakin tinggi bahangan suria maka semakin besar
nilai haba pendam yang disimpan oleh bangunan yang berada di sekitar
kawasan tersebut.
Stesen pertama menerima bahangan suria yang tinggi jika hendak
dibandingkan dengan stesen dua dan tiga. Hal ini dibuktikan dengan bacaan
cerapan suhu yang telah dilakukan oleh pengkaji apabila bacaan suhu di
stesen satu adalah yang paling tinggi bacaannya jika dibandingkan dengan
stesen dua dan stesen tiga
ii) Litupan awan
Awam pula merupakan titisan air yang sangat halus yang diameter
0.02 mm sehingga 0.06mm serta terapung-apung di udara. Awan terbentuk
akibat penyejukan usara di bawah takat beku yang menyebabkan air
terpeluwap di atmosfera
Semasa kajian dijalankan pengkaji mendapati terdapat perbezaan
ketebalan litupan awan pada waktu pagi, petang dan malam. Pada waktu
pagi litupan awan sangat tebal berbanding dengan pada waktu petang dan
malam. Ini dibuktikan apabila suhu yang dicerap di setiap stesen pada waktu
pagi menunjukkan suhu yang terendah berbanding dengan waktu petang
dan malam.
Foto 4 : Litupan awam yang tebal semasa waktu pagi di stesen satu

Foto 5 : Bahangan suria di Stesen satu semasa waktu pencerapan kali kedua dilakukan
iaitu pada waktu petang
5.3 Aktiviti Manusia yang memberi kesan terhadap pola suhu persekitaran
5.3.1 Pembinaan
Berdasar pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji di
kawasan kajian iaitu Jitra, pengkaji mendapati stesen pertama iaitu
Pasar Raya C-Mart Jitra mempunyai banyak bangunan yang dibina
secara rapat-rapat dan menggunakan bahan binaan yang terdiri
daripada kaca.
Pembinaan bangunanan secara rapat-rapat akan
mencetuskan fenomena pulau haba. kawasan kajian yang ditinja u
oleh pengkaji iaitu pasar Raya C-Mart Jitra, Terdapat
banyak bangunan konkrit bersimen yang di bina disebabkan itu,
haba tidak dapat diserap sebaliknya akan berlakunya pemantula n
semula haba yang boleh menyebabkan kejadian pulau haba berlaku
di kawasan kajian iaitu di stesen satu, semua pembinaan bangunan
adalah berasaskan simen. Hal ini kerana, simen adalah satu bahan
pembinaan yang kukuh, tapak di kawasan bandar juga kini banyak
di tutupi oleh simen. Secara tidak langsung, struktur yang
berasaskan simen ini akan menyebabkan haba terperap dan boleh
menyebabkan kejadian pulau haba berlaku di kawasan kajian.
Selain itu, kawasan kajian juga mempunyai banyak
berlakunya pembinaan yang berasakan bangunan berkaca. Kaca
juga tidak dapat menyerap bahangan haba yang ada.contohnya
seperti public bank ysng berada kedudukannya bertentangan dengan
Pusat Kereta Sewa dan Perhentian Bas., Public Bank di bina dengan
berstrukturkan kaca,maka dengan itu kejadian pulau haba amat
tinggi di lokasi kajian pengkaji iaitu di Pasar Raya C-Mart Jitra iaitu
stesen satu.
Pembinaan bangunan yang tinggi juga boleh menyebabkan
kejadian pulau haba berlaku.di kawasan kajian. Terdapat banyak
bangunan tinggi yang di bina maka haba akan lebih mudah
terkumpul di sekitar kawasan bandar tersebut kerana ketinggia n
bangunan akan menyukarkan pembebasan haba di lakukan di
kawasan bandar.
Pembinaan bangunana secara pesat dan tinggi boleh
menyumbang kepada peningkatan suhu setempat di kawasan
kajian.hal ini dibuktikan lagi melalai penyelidikan yang
dilakukanoleh pengkaji di kawasan kajian berdasarkan pembacaan
di lawan sesawang. (http://adha-westprog.edu.com/ 2012/10/
goegrafi-faktor-yang-mempengaruhi.html).
Hal ini dibuktikan lagi dengan hasil pencerapan dilakukan
apabila suhu di stesen satu menunjukkan suhu tertinggi berbanding
dengan tiga stesen yang lain. Pada pukul 8.00a.m suhu yang dicerap
ialah 29’c dan pada pukul 2.00 p.m pula 31.5’c manakala 33’c pada
lewat petang.

Foto 6 : Penebangan kawasa hutan untuk aktiviti pembinaan di stesen 3


5.3.2 Pengangkutan
Pengangkutan mempengaruhi hampir seluruh aktiviti manusia
kerana pengangkutan yang sistematik merupakan jalinan perhubungan yang
penting bagi melincinkan kehidupan harian (Dewan Kosmik Majalah Sains
Dan Teknologi,1993).
Namun pengangkutan juga membawa kesan buruk kepada
manusia.Penggunaan bahan api fosil dalam kenderaan seperti petroleum
dan gas asli tela menghasilkan gas-gas rumha hijau seperti karbon dioksida,
metana dan sebagainya. Karbon dioksida adaalh gas atmosfera yang terdiri
daripada satu atom karbon dan dua atom oksigen . Karbon dioksida adalah
gas yang penting untuk menyerap bahangan gelombang panang dari
pemukaan bumi dan proses fotosintesis.( Haji Rusly bin Musa,Hajah
Nurashikin Abdullah, 2014 )
Gas-gas lain seperti metana, nitris oksida, dan lain-lain berupaya
untuk memerangkap bahangan yang dibebaskan olehbumi daripad
adilesapkan ke angkasa. klorofluorokarbon atau lebih dikenali sebagai gas
CFC sangat berbahaya kerana gas ini berupaya untuk menghakis lapisan
ozon. Molekul CFC naik ke atmosfera dengan kadar perlahan dan bergerak
kea rah kutub seterusnya terlerai terlerai melalui proses foto kimia menjadi
atom klorin. Atom klorin berupaya memutuskan ikatan kovalen oksigen
dalam ozan yang berfungsi sebagai menyerap,menyerak, menapis dan
memantul sinaran ultra lembayung (UV) daripada menembusi lapisan
troposfera secara berlebihan
Gas-gas tersebut perlu berada dalam atmosfera bumi dalam kualiti
yang tertentu. Sekiranya berlebihan maka akan menyebabkan ketidak
seimbangan kepada proses yang berlaku di atas muka bumi seperti
peningkatan suhu. Kebanyakana gas yang terhasil adalah daripada
penggunaan kenderaan yang tidak menggunakan bahan api mesra alam dan
penggunaan penghawa dingin dalam kenderaan . Berdasarkan penyataan itu
pengkaji telah menninjau tentang penggunaan kenderaan di satiap stesen
yang dikaji dan mencari bukti tentang fakta yang dicari oleh pengkaji
melalui kaedah rujukan di perpustakaan dan internet.
Stesen pertama mempunyai pusat menyewa kenderaan dan tempat
penghentian bas. Hal ini membuktikan penyataan di atas apabila stesen satu
mencatatkan purata suhu tertinggi untuk setiap kali cerapan dilakukan.
Pencerapan yang dilakukan pada waktu pagi mencatatkan sebanyak 29’c,
waktu petang 31.5’c dan lewat petang merekodkan catatan suhu sebanyak
33’c.
Untuk lebih menyakinkan kajian tentang faktor ini pengkaji telah
memilih lagi dua lagi kawasan kajian iaitu di pertengahan Bandar, dan
pinggir Bandar.kadar pengunaan bagi ketiga stesen adalah berbeza. Hal ini
menyebabakan suhu di setiap stesen juga berbeza.
Stesen tiga mempunyai kadar penggunaan kenderaan yang terendah
jika dibandingkan dengan stesen satu dan stesen dua berdasarkan
pemerhatian pengkaji. Hal ini membuktikan fakta yang dikumplkan oleh
pengkaji apabila suhu di pinggir Bandar lebih rendah untuk setiap kali
pencerapan dilakukan. Pada waktu pagi suhu direkodkan sebanyak 23.5’c,
waktu petang pula sebanyak 31’c manakala lewat petang mencatatkan suhu
30’c.
Foto 7 : Penggunaan kenderaan yang tinggi di kawasan kajian pertama

Foto 8 : Pusat perhentian teksi dan penyewaan kereta di stesen 1


5.3 Cadangan untuk mengurangkan suhu di Jitra
5.3..1 Menggunakan tanah secara optimum umtuk menanam tumbuhan
Tinjauan yang dilakukan oleh pengkajii ke atas kawasan kajian iaitu Jitra
mendapati bahawa kawasan tersebut kurang mempunyai tumbuhan dan banyak
kawasan yang masih tidak digunakan secara optimum. Contohnya adalah di atas
bangunan kedai yang terdapat banyak di stesen satu, kawasan kuarters polis yang
ditinggalkan dan kawasan kosong antara Lebuhraya Utara-Selatan dengan Jalan
Kemunting.
Bangunan yang dibina adalah menggunakan simen dan batu yang tidak
dapat menyerap haba sebaliknya memantulkan semula haba. Hal ini boleh
menyebabkan pulau haba terjadi maka suhu persekitaran akan meningkat.
Tumbuhan menggunakan gas-gas rumah hijau seperti gas karbon dioksida
di udara untuk proses pembuatan makanan atau fotosintesis. Penanaman tumbuha n
khususnya tumbuhan berdaun lebar akan menyebabkan kepekatan gas-gas rumah
hijau akan berkurang di atmosfera bumi. Kesannya bahang bumi dapat keluar ke
atmosfera atau angkasa dengan lebih mudah. Secara langsung ini akan menurunka n
suhu di lokasi kajian.
Dengan menjadikan kawasan kosong dan kawasan yang ditingga lka n
sebagai tempat untuk menanam tumbuhan maka suhu persekitaran dapat
dikurangkan. Tumbuhan juga mengurangkan suhu persekiaran dengan melalui
proses pepeluhan dan proses fotosintesis.
Melalui proses fotosintesis tumbuhan akan menghasilkan makanannya
tersendiri. Semasa proses ini tumbuhan akan menukarkan karbon dioksida kepada
oksigan manakala definisi pepeluhan ialah satu proses kehilangan air dari
tumbuhan dengan cara matahari merangsang pembukaan liang-liang stoma daun.
Melalui proses ini tumbuhan dapat membekalkan wap-wap air ke atmosfera.
Hal ini akan membantu mengurangkan suhu di stesen satu yang
mencatatkan suhu tertinggi walaupun waktu pagi iaitu 29’c dan 31.5’c pada waktu
petang manakala pada lewt petang suhu dicatatkan ialaah 33’c. ini kerana di stesen
satu mempunyai banyak ruang yang tidak digunakan seperti di kawasan bumbung
yang boleh dilakukan penanaman tumbuhan melalui kaedah hidroponik.
Foto 9 : kuarters polis yang tidak digunakan di stesen 2

Foto 10 : kawasan lapang yang tidak digunakan di stesen 2


5.4.2 Memperbanyakkan dan memperbesarkan badan-badan air

Pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji tentang suhu di tiga


stesen di Jitra telah merumuskan tentang faktor badan-badan air
mepengaruhi suhu persekitaran. Berdasarkan pemerhatian pengkaji
mendapati tidak banyak badan-badan air di lokasi kajian sebaliknya hanya
dua anak sungai yang didapati sepanjang pencerapam dilakukan iaitu sungai
utama dan sungai korok.
Hal ini dapat dibuktikan apabila suhu di stesen dua dan tiga
menunjukkan suhu antara yang terendah berbanding dengan stesen satu.
Stesen dua mencatatkan suhu sebanyak 28.5’c ( 8.00 a.m), 31.5’c ( 2.00
p.m) dan pada lewat petang pula 31’c iaitu 6.15 p.m. stesen tiga pula
mencatakan suhu 23.5 waktu pagi 31’c pada 2.00 p.m manakala pada waktu
lewat petang pula 30’c.
Ini kerana terdapat Sungai korok berada berdekatan stsen dua dan
sungai utama di stesen tiga. Berbanding dengan stesen satu yang terletak
jauh dari sunber air dan hal ini telah meningkatkan lagi suhu di stesen satu
apabila suhu dicatatkan sebanyak 29’c pada 8.00 a.m 31.5 pada 2.00 a.m
dan pada lewat petang pula ialah 30’c.
Perkara ini disebabkan fungsi badan-badan air dalam
menyederhanakan suhu. Badan-badan air membantu proses sejatan.

Sekiranya banyak badan air maka semakin cepat proses sejatan berlaku.
Sejatan adalah proses penukaran air daripada bentuk pepejal atau
cecair kepada bentuk wap air. Lazimnya sejatan berlaku terhadap
permukaan air seperti laut, sungai, tasik, kolam dan paya.
Sejatan bermula apabila tenaga haba memanaskan permukaan air.
Air yang mengandungi molekul H20 akan menjadi panas dan molekul ini
akan bergerak dan tenaga haba bertukar kepada tenaga kinetik.
Molekul yang bergerak akan berlanggar antara sama lain dan
apabila halaju pergerakan menjadi tinggi akibat peningkatan suhu maka
peluang bagi molekul air untuk bebas ke atmosfera adalah cepat. Molekul
yang terbebas tersebut wujud dalam bentuk wap air dan berada di atmosfera
sehingga mencapai takat tepu sebelum turun sebagai hujan.
Semakin luas permukaan air maka semakin tinggi kadar sejatan.
Misalnya permukaan tasik lebih banyak mengalami kada sejatan
berbanding dengan permukan alur-alur sungai. Kadar sejatan juga lebih
tinggi di permukaan air yang terdedah berbanding dengan permukaan air
yang terlindung.
Wap-wap air yang wujud di atmosfera dapat menyederhanakan
suhu persekitaran dan hujan juga turut menyederhanakan suhu. (Hj
Rusly Musa dan Hjh Nurashikin Abdullah(2014). Maka kerajan
seharusnya menjadi bulatan kawasan roundboard yang dijadikan
kawasan hiasan ditukar digantikan menjadi air terjun buatan sebagai
langkah untuk mengurangka n lagi suhu di kawasan tersebut.

Foto 11 : kawasan roundbourd yang dicadangkan oleh pengkaji untuk diwujudkan


badan air

You might also like